Iftar Ramadhan minggu ke 3

Author: Nazariah // Category:

Assalamualaikum w.b.t

Sabtu lepas merupakan majlis Iftar Ramadhan ke 3 yang diadakan buat pertama kalinya di rumah kami. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Sebelum ni ianya diadakan di rumah Sarah (minggu pertama) dan Seri ( minggu kedua).

Kami selaku tuan rumah menyediakan nasi beriani bersama ayam beriani, acar nanas dan popedem. Manakala Su dan Lyn selaku host bersama menyediakan mee kari dan bowtie meat lasagna. Majlis ini dihadiri oleh 7 keluarga dari MD club, manakala dua keluarga lagi telah pulang ke Malaysia untuk cuti Hari Raya. Bestnya dapat beraya kat Malaysia. Kami dah 2 tahun beraya kat sini. Huahh...sadisnya....sob...sob..:(
Syahida sekeluarga pula tidak dapat hadir kerana masih berpantang anak ketiga manakala Kak Zulina pula terikat dengan kerja.

Terima kasih juga buat tetamu yang lain kerana menyediakan menu2 lazat lseperti sate , bubur kacang, cupcake dan kuih muih. Banyak betul makanan malam tu, memang best betul dah macam berbuka kat Malaysia pulak rasanya.

Majlis bermula pukul 5 petang dan kak Mas sekeluarga merupakan keluarga pertama yang sampai ke rumah kami diikuti dengan keluarga yang lain. Selepas berbuka puasa dan mengerjakan solat Maghrib di rumah kami, kaum bapa pergi ke masjid untuk menunaikan solat Isyak dan terawikh.

Majlis tamat pada pukul 10 .30 malam dan proses pembersihan rumah habis pukul 1.30 pagi. Eh takdelah, kemas rumah siap pukul 12 tgh mlm cuma kami tidur pukul 1.30 pagi sebab melayan Hafiz yang masih belum mengantuk lagi. Lambatnya tidur sampai tak sedar jam bunyi pukul 4.30 pagi. Kami sedar dah pukul 5.05 pagi, dah habis waktu bersahur. Huhu...

Jon layan beberapa keping gambar di sekitar majlis Iftar Ramadhan malam tu.

Rumah yang serba sederhana, kenalah duduk rapat2 yer... ni gambar semua tetamu terlupa nak ambik. Masa tu lagilah sarat rumah kami ni.

Antara tetamu yang telah sampai, keluarga Norwan, Yazid, kak Mas, dan Su


Await Amna muka pelik ni tengok ayah ambik gambar...


Antara menu utama nasi beriani, ayam beriani, acar nanas dan popedem. Burger Msia tu pun aku yg buat. Hihi...

Menu lazat yang lain sate ayam dan daging, lasagna, roti canai dan kuih muih


Mee kari pun sodap...yum2..


Minuman pula kami sediakan air oren. Su bawak coffee maker untuk minuman panas. Betul macam Su cakap, sekali minum original coffee memang sedaplah. Nak beli jugala coffee maker. Ngihihi...

Anak2 bermain di dalam bilik mainan. Ada sejadah sebab, lepas budak2 main kat sini jugalah tetamu mengerjakan solat Maghrib.

Amna sedang tunjuk kebolehan.


~Semalam buat pulut durian, hari ni pulak buat laksa Johor. Bilalah dapat letak resipi kat sini.~

Resipi roti jala

Author: Nazariah // Category:
Selamat berpuasa semua. Lama dah tak update blog sejak nak pose hari tu. Actually ada yang nak diceritakan terutama Iftar Ramadhan yang telah diadakan setiap hujung minggu. Tapi memandangkan asyik terlupa nak bawak kamera, jadi takdelah gambar dan takdelah cerita. InsyaAllah Iftar Ramadhan yang terakhir akan diadakan di rumah kami pada Sabtu ini. Harap2 taklah lupa nak ambik gambar. Tunggu entry yang berikutnya ya...

Kali ni nak tulis resipi roti jala. Yeahh... roti jala sebab ini 1st time aku buat roti jala. Kesian kan. Hihi...Oleh sebab dah teringin nak mencuba, aku pun servey2 lah resipi roti jala ni. Mudah juga rupanya cuma nak menjala tu je lambat sikit. Actually minggu lepas aku makan roti jala bersama gula durian. 1st time cuba tau sebab aku tak pernah dengar plak sebelum ni. Rupanya, orang yang dok kat KL memang dah biasa makan dengan gula durian. Tapi rasanya memang sodap. Aku dah teringin plak, nantilah nak kena carik durian plak ni.

Hari ni aku masak kari ayam aje. Gambar tak ambik sebab aku masak tadi lambat. Oleh kerana dah nak berbuka, terlupa plak nak ambik gambar kari ayamku itew. Kira halallah, yang penting gambar roti jalanya kan. Ngihihi...


Inilah hasilnya. Boleh tahan sedapla, komen dari husbandku. Hihi...lain kali boleh buat lagi..:D



Ok jom tengok bahan2nya :

  • 300g tepung gandum
  • 3/4 camt garam
  • sedikit pewarna kuning
  • 300 ml susu segar
  • 2 biji telur (di pukul sedikit )
  • 300 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
  • 2 camb mentega cair
  • minyak untuk melenser
  • acuan roti jala

Cara - cara penyediaan :

1. Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Masukkan pewarna kuning. Tapis dengan penapis halus.

Ketepikan adunan selama 20-30 minit.

2. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.


3. Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.


4. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.


5. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.




* Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.

Happy Belated Birthday for Hafiz

Author: Nazariah // Category:
Sebenarnya Birthday Hafiz yang ke -2 adalah pada 6hb Ogos yang lalu, tapi kami belikan kek untuk Hafiz pada keesokkan harinya sebab birthday Hafiz kena hari Jumaat. Memandangkan ayah kena pegi school, jadi sambutan tu dilanjutkan ke hari Sabtu.

Actually taklah sambut sangat pun, cuma belikan kek untuk Hafiz je. Hadiah pun belum beli lagi dan belum fikir lagi nak belikan hadiah ape. Yang paling penting Hafiz nampak happy malam tu walaupun Hafiz masih belum faham makna sambutan hari lahir.

Mama dan ayah nak ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke -2 buat Hafiz, semoga Hafiz diberikan kesihatan yang baik untuk terus membesar di depan mata mama dan ayah. Sentiasa dilindungi Allah S.W.T dan sentiasa berada di bawah lindunganNya, semoga Hafiz menjadi anak yang soleh, pintar dan berguna kepada keluarga, agama dan masyarakat di luar sana suatu hari nanti. Amin....

Jom layan beberapa keping gambar yang sempat ambik malam tuh...

Inilah kek birthday Hafiz


Hafiz yang nampak happy tak sabar nak potong kek


Smile...:D, Amna yang over nampak...ngihihi...


Happy Birthday to u ....Yeahhhh....


Amna pun sibuk nak potong kek juga


Di kesempatan ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua yang mengenali kami sama ada yang berada di OZ dan Malaysia. Semoga ibadah kita di bulan mulia ini diterima olehNya. Amin....

Pengalaman manis sepanjang bercuti di Melbourne dan Malaysia

Author: Nazariah // Category:
Assalamualaikum w.b.t

Lama rasanya blog ni tak berupdate. Sepanjang berada di rumah Ila kat Melbourne dan Malaysia, rasa betul2 tak sempat nak menghadap laptop lama2. Kalau nak bukak facebook pun sekejap jek. Lepas baca apa yang patut je terus logout semula. Tak tahulah kenapa macam tu, tapi kami rasa betul2 seronok sepanjang percutian kami untuk kali pertama ini. Harap2 lepas ni adalah percutian buat kali kedua sebelum balik betul2 masa tahun ketiga nanti.


Sepanjang kami di Melbourne, kami tak pergi berjalan sangat sbb jaga Ila yg baru je selamat melahirkan puteri sulong yang diberi nama Sufia Az-zahra. Ingatkan bolehlah nak bagi nama Sufia tu kat anak perempuan kami lepas ni tapi tak sangka Ila pun minat nama yg sama. Hihi...kenalah fikir nama lain plak lepas ni. Berangan jek, takde apa2 pun lagi sebenarnya. Masa kat rumah Ila, tugas aku adalah masak untuk Ila yang dalam pantang dan untuk kami sekeluarga makan. Macam biasa kalau masak dalam pantang tu menu wajib adalah sawi dan carrot masak air, ikan masak singgang, ikan bakar dan sambal halia. Selain tu, tolong pakaikan ila bengkung. Ada jugak Aren ajak kami ke Preston market, dapatlah tengok suasana pasar kat sana. Al-maklumlah kat Sydney kami berbelanja di Woolworth je. Selain tu kami ada jugak pegi Coles, jalan kaki je sebab tak berapa jauh pun dari rumah Ila.


Ayah bersama Amna dan Hafiz


Bergambar kenangan di Preston market

Akhirnya masa untuk bertolak ke Malaysia telah tiba, kami bertolak dari rumah Ila dalam pukul 10 malam hari Isnin, 12hb Julai. Yg tak syoknya kebetulan Hafiz plak tak sihat time tu, demam selsema. Huahh...aku dah agak apa yg bakal berlaku di airport dan dlm flight kalau keadaan hafiz camtu. Yg tak bestnya masa nak check in, beratur punyalah panjang sampai dah tak terasa aircond. Hafiz plak dah merengek2 dok gosok2 hidung sebab selsema. Kesian gak kat husbandku itew sebab kena bawak semua beg kami dan aku pulak terpaksa keluar barisan untuk menenangkan Hafiz. Huhu....dugaan betul, menguji kesabaran aku sungguh. Dalam flight pun camtu gak sebab Hafiz sangat2 tak selesa, nak tido pun tak nyenyak, bergilir2lah dengan husbandku memangku Hafiz. Tapi bak kata orang semangat nak balik Malaysia tu lagi kuat, nak tak nak kena juga gagahkan diriku ini melawan segala dugaan yg mendatang. Huahaha....


Sampai di LCCT dalam pukul 8 pagi waktu Malaysia. Sarapan pagi sekejap kat Marrybrown sambil husbandku pergi beli tiket bas ke Melaka pukul 9 pagi. Sampai bandar Melaka kena ambik teksi plak ke rumah mak mertua Ila dan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Kami dijamu kek coklat dan keropok ikan yang sedap. Huhu...hilang je haus, kena bertolak lagi ke rumah mak aku kat Kulai. Pergh, betul2 penat bila sampai Kulai dlm pukul 5 petang dan kami makan tgh hari di kawasan rehat Pagoh.
Oleh kerana cuti di Malaysia tinggal 2 minggu sahaja, jadi kami bahagi masa seminggu di rumah mak aku dan seminggu di rumah ibu mertua di Rengit Batu Pahat. Hari2 yang kami lalui di Malaysia terpaksa dipenuhi dengan beberapa perkara yang perlu diselesaikan. Masa juga sangat2 terhad untuk berbelanja tapi sempat jugalah kami shopping baju raya. Angsana pun tak sempat nak pergi. Aku beli baju siap jek, tak payah nak jahit2 lagi.

Amna keletihan main basikal dengan Hafiz


Amna, Kimi dan kak Pijot bergambar kat kereta makngah


Amna dan Kimi naik motor Pak Usu

Di rengit pula, sempat juga kami pergi ke Carefour Batu Pahat saje jalan2 bawak Amna dan hafiz bersama maktok dan kawan maktok. Belanja maktok makan kat KFC, itu je yang kami jumpa dan kebetulan perut pun dah lapar, KFC pun KFC lah.

Cepat betul masa berlalu, sekejap je dah nak balik. Tiba pula masa untuk pulangkan kereta makngah kat Melaka. kami bertolak ke Melaka pada pagi Sabtu dan kebetulan mak andak balik mlm Jumaat tu. Dapatlah jumpa mak andak sekejap n dapat ambik2 gambar ngan mak andak.



Ni gambar masa gi Carefour Batu Pahat


Gambar kat umah maktok. Time ni Hafiz semangat plak nak bergambar, mama apalagi semangat jugalah nak snap. Hihi....

Ngehehe....:P

Masa untuk gi Melaka plak, erm... cepat tul masa berlalu...:(


Sempat bergambar sebelum balik


Smile...:)

Sampai di Melaka lebih kurang pukul 12.30 tgh hari, kami ke taman buaya dulu sementara nak tunggu masa untuk check in hotel pukul 2 petang. Dah sampai taman buaya baru perasan signboard Taman Tema Air dan tak perlu lah pegi ke Waterworld Melaka. Jadi kami decide untuk ke taman tema pada keesokkannya pula. Kami nampak Hafiz sangat suka bila sekali sekala dapat bercuti dan menginap di hotel. Memang nampak Hafiz happy sangat, suka tul bila tengok Hafiz suka sebab kuranglah sikit merengek2 manja dia tu. Lagipun mungkin masa ni Hafiz dah sihat, gatal2 kat kaki dan tangan Hafiz pun dah beransur pulih.


Kat taman buaya


Kaki Hafiz yang tak boleh pakai kasut tertutup, masa ni terpaksalah beli kasut yang sesuai


Makan kat McD sebelah taman buaya

Amna di Kings Hotel Melaka

Kat kapal di bandar Melaka

Esoknya sekali lagi ke taman buaya untuk ke taman tema air bermandi manda dengan Amna dan Hafiz. Kalau dulu kami rajin membawa anak2 kami ke Tiara Beach Resort Port Dickson, Lost World Of Tambun untuk main air. Tapi bila dah duduk di Oz, kami cuma pernah bawak Amna ke Jamberoo dan The Entrance je. Itupun tak tidur, jadi kepuasan bermain air agak kurang di situ.
Yerla, kat OZ ni kan ada 4 musim, jadi nak main2 air ni dah tentulah masa musim panas. Huhu... Bila dah lama tak main air, Hafiz punya suka sampai tak nak naik walaupun dah kesejukkan. At last kami terpaksa juga ajak Hafiz naik walaupun hafiz menangis nak mandi lagi.

Masa baru sampai, ni masa yg Amna tunggu2...

Seronok tul Hafiz main air

Nenek, mak long dan mak usu datang jemput kami di Melaka. jadi, bila dah pulangkan kereta makngah kami ke Kulai semula. Selepas mandi2 kami singgah sebentar ke Taman mini Malaysia untuk makan tengah hari. Seperti biasa, mak aku kalo pegi mana2 mesti bawak bekal. Bagus juga jimat belanja. Hihi...
Selesai pulangkan kereta dan solat zohor di rumah mak mertua Ila, kami bertolak balik ke Kulai. Sampai rumah pukul 5 petang, terasa letih badan. Tinggal hari Isnin je nak rehat sebab Selasa tu dah nak bertolak ke Singapore.

Amna bersama mak long dan mak usu kat taman buaya

Lunch kat Taman Mini Malaysia, Melaka

Kami naik flight di Changi airport pukul 10 malam. Isnin tu masih ada lagi perkara yang perlu diselesaikan lagi. Adus, tak settle2 lagi sampai kami dah nak balik Aussie dah. Harap2 lepas ni takdelah ape2 masalah lagi dan semoga lepas ni ia akan berjalan seperti yang dirancang. Amin.
Masa untuk pulang telah tiba. Rasa sekejap sangat, rasa tak puas. Huahh...nak lagi, nak cuti lama2. Takpelah, mungkin lepas ni mana tahu ada lagi rezeki boleh balik lagi ke tahun depan. Saper tahu? Mudah2han begitulah...:D

Bertolak dari Changi Airport pukul 10 malam dan transit di darwin. Rupanya kat Darwin tu dah kena lalu kastam. Huhu...terpaksalah, pastu kena plak tunggu 3 jam untuk flight ke Sydney pulak. Huh...dugaan lagi, yerlah mana taknya kul 4 pagi sampai Darwin nak tggu pukul 7 pagi baru fly semula. Lotih betul badan ni. Tapi alhamdulillah kami selamat sampai di Sydney pada pukul 12.30 tgh hari dan kami mintak tolong Shah untuk menjemput kami di airport. Terima kasih banyak2 Shah dan Su.

Tunggu flight kat Changi Airport, Singapore

Amna, posing sket...:)

Kakak Amna dan adik Hafiz

Hafiz tgh posing. Ngihihi...x pernah Hafiz posing cmni...:P

Sesampainya kami di Sydney maka tamatlah percutian kami di Malaysia. Hari2 yang mendatang bakal dilalui bersama husband dan dua anak tercinta. Tiadalah mak dan adik beradik yang lain. InyaAllah kami akan pulang lagi lepas ni. Doakan kami bahagia dan selamat hidup di perantauan dan pulang membawa seribu kemanisan.

~ Sampai bertemu lagi Malaysia ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...