Chill cheese cake - oder

Author: Herman & Naza // Category:


Ni lah satu kek lagi yang sama penghantaran dengan kek coklat indulgence kat bawah ni. 
Kek ni ditempah oleh Kak Suhaidah, kawan lama masa di sekolah dulu. 

Kak Su order cheese cake chocolate size kecil juga, size 6 inch dengan berat 1.2kg. 

Order code: #CCC03

Terima kasih diucapkan. 


Kek coklat indulgence - order

Author: Herman & Naza // Category:


Semalam, ku bertungkus lumus menyiapkan 2 biji kek untuk penghantaran ke Desa Tebrau,

Satu kek di tempah oleh Anim, teman lama semasa di VS dulu. Anim menempah kek Chocolate indulgence size 6 inch dan berat 1 kg untuk sambutan Hari Jadi anaknya.


Order code: #CIC03

Terima kasih buat Anim sebab sudi order. Sesiapa yang berminat, silalah isi form ye..






Red velvet cake004 - order

Author: Herman & Naza // Category:


Kek ni diorder oleh kawan lamaku, Hirnany. Lama sgt tak jumpa dia sejak dia dapat anak pertama sampai sekrg anak dah nak masuk 4 org. Anak sulong pun dah berumur 7 tahun.

Jom layan gambar kek ni. 


Nany cakap  tak perlu tulis apa2 di atas kek sebab kek ni untuk buat makan2 sempena kepulangan suaminya.

Kek ni size comel je, 6 inch dan berat 1kg. Berminat, boleh isi borang tempahan.




Penjenamaan semula

Author: Herman & Naza // Category:
As-Salam, 

Wah...tajuk tak boleh blahh kan ...hehe..Setelah lama ku berdiam diri dan tak berblog, hari ni ku kembali dgn blog yang berwajah baru. 

Sebenarnya sejak balik ke Malaysia ni, ku rasa tak banyak benda yang nak dikongsi bersama memandangkan hari-hari yang dilalui sama je seperti orang lain, tiada yang special pun. Cuma rutin harian ku dah berubah sejak Amna dan Hafiz ke sekolah. Memang agak busy menguruskan mereka.

Kalau dulu cuma kakak Amna je ke sekolah, sekarang abang Hafiz pun dah masuk Tadika Ihsan UTM. Alhamdulillah, Hafiz ok je ke sekolah, cuma hari pertama dan kedua ada menangis sekejap. Lepas tu, dah takde nangis-nangis lagi. Seronok bersekolah agaknya. 

Kembali ke tajuk, blog ni akan secara rasminya bertukar ke blog "cake"..hehe. Kalau selama ni, buat kek untuk sendiri makan, sekarang ni ku dah start ambil order. Harga yang ditawarkan InsyaAllah sangat berbaloi dan mengikut kemampuan pembeli. Lepas2 ni, kan ku start upload gambar kek2 tempahan. 

Sesiapa yang berminat, boleh lah lihat senarai kek, hanya click di "cakes list and prices." Tak perlu malu atau segan untuk membuat tempahan ye..:)

Untuk follower blog ini, ku akan cuba juga berkongsi cerita2 kami selagi ku rasakan sesuai utk dikongsi contoh progress anak2 atau cuti2 Malaysia. 

Sekian dulu buat waktu ini. Lepas ni ku cuba luangkan masa untuk blog berwajah baru ni..:)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...