Wednesday, March 30, 2011

Singgang Ikan Selar

Salam semua kawan-kawan.Lama gak tak update blog nie.Aku dah terjangkit virus M nie.Tambah pulak dah kat Malaysia nie.Macam-macam pilihan makanan ada jual.Masak pun agak slow skit.Ditambah lagi broadband yg lembab nie.Nak loading pun macam nak tak nak jer.Ermmm,hari nie aku nak share resepi simple jer pun.Resepi Singgang Ikan Selar.Jom layan resepi pulak....


Bahan-Bahan:  
3 ekor ikan selar sedang
4 biji cili hijau (dibelah dua)
2 biji tomato (dibelah dua)
4 keping asam keping
2 batang serai (diketuk)
1 helai daun kunyit
Sedikit garam dan kunyit
Air secukupnya

Bahan-bahan dihiris:
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 sm halia

Cara: Bersihkan ikan dan ketepikan sebentar. Bubuh air secukupnya di dalam periuk dan masukkan cili hijau, bawang kecil, bawang putih, halia, asam keping, serai, daun kunyit, garam dan kunyit. Biar menggelegak baru masukkan ikan. Bila ikan masak, masukkan tomato pula. Biar lima minit, rasakan garam dan angkat.



Tuesday, March 08, 2011

Sayur Bayam Merah

Salam semua.
Just nak share resepi untuk menu sayur simple jer hari nie.
Resepi ambik dari trymasak. Jom tgk resepi pulak...



Bahan-Bahan:-

1) Bayam merah (300g)
2) Bawang merah (2 ulas)
3) Ikan bilis (segenggam)
4) Serbuk lada hitam (sedikit)
5) Cili merah - dihiris nipis (1 biji)
6) Air (3 cawan)
7) Garam (sedikit)

Cara Penyediaan:-
Cara-caranya, pertama sekali tumbuk bawang merah diikuti dengan ikan bilis.

Kemudian, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk dan masukkan air diikuti dengan serbuk lada hitam.

Selepas itu, masak sehingga mendidih dan masukkan bayam yang telah dibersihkan. Kacau sebentar dan masukkan garam secukup rasa dan cili merah.

Kacau dan biarkan mendidih sehingga semua bahan-bahan tadi layu dan sedia untuk dihidang.



Monday, March 07, 2011

Ikan Keli Berlada

Salam semua kawan-kawan.Alamak,bersawang dah blog aku nie!!!!Kena bersihkan cepat2 nie....hehehee....Erm,macam biasa hari nie aku nak share resepi.Nie kali pertama aku share resepi yg bersiaran dari Malaysia.So,aku share resepi Ikan Keli Berlada.Ikan keli nie fresh tau.Bukan yg frozen cam dok kat Adelaide dulu.Bila dah balik nie yg best sbb dpt makan pelbagai jenis ikan.Nak pulak dok Terengganu.Ikan compem fresh sokmo.Resepi pulak aku ambik dari dapur Potret Kasih.TQ so much.Jom kita jenguk resepi pulak....



Bahan-Bahan:-
500 gm ikan sembilang atau keli ( buang perut dan di bersihkan )
1 labu bawang besar ( di potong2 @ di tumbuk )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk )
1/2 inci halia ( ditumbuk )
1 batang serai ( diketuk )
2 sudu makan cili kisar
2 sudu besar sos cili
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara penyediaan
1. Ikan yang telah dibersihkan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng ikan hingga kekuningan kemudian angkat dan ketepikan.
3. Masukkan 2 sudu minyak tadi di dalam kuali yang lain kemudian tumis cili kisar dan bahan bahan yang telah di tumbuk.
4. Masukkan serai kemudian goreng hingga wangi.
5. Masukkan  sos cili dan sedikit air dan masak hingga pekat sedikit.
6. Sesuaikan rasa kemudian masukkan ikan yang telah di goreng tadi.
7. Boleh kuah rata bolehlah di hidangkan.