aku hazel si shutterbugs! smile....

Friday, January 25, 2013

my lazy weekend

sit back and relax... enjoy my weekend without anybody... just me myself & i.... wuhuuu...

Monday, July 23, 2012

Ramadhan ke -3

penat la.. bukan sebab penat berpuasa.. penat jadi diri sendiri... sedih ada suka ada.. gila kah? tak lagi...
kerja kat opis, kerja nak design itu ini... tolong la saya tolong kamu ... tamau cakap banyak.. sebab tu diam saja... ladam kuda jatuh bertimpa-timpa pun biar je.. sakit... dunia ja... 

Sunday, June 24, 2012

Nahai

berkurun lama tak update blog... Nahai... tak gebang tegar seperti dulu.. sigh...

Sunday, November 6, 2011

she hug her angry

he once mentioned to her.
its like a whisper to her ears.
as she recall, it almost make her tears.
" so don't feel worries dear, i will always in here..."

when she sad,
she hug her angry,
when she anger, 
she hug her angry,
when she happy,
she hug her angry, 
when she had no shoulders to cry on,
she hug her angry,
when she have no one to rely on,
she hug her angry,
when there no one to talk with,
she hug her angry,

it just he with her angry. 
the only angry she had, is the angry he give to her.


Monday, April 18, 2011

...kenapa apa?...

ketika aku mengarang entri ini... seluruh isi rumah dan taman berpenghuni  di ulit mimpi... enak bukan?

waktu yang tenang untuk mengarang,
waktu yang sunyi harus aku perang,
waktu yang aman untuk meluah segala yang tersarang...

tapi aku simpan dahulu... simpan sejauh yang mungkin dalam kotak dan diletakkan di penjuru. biar terasing dahulu...entri kali ni hanya bersifat kiasan versi aku... kalau tak berkias, aku sangat yakin dan 110% PASTI.. caci maki yang berlagu... bukan untuk kamu.. tapi untuk tuan itu...

aku rasa jelik sungguh akan tuan itu,
jelik akan tutur bicaranya,
jelik dengan haruman murah melakat di badannya,
jelik akan tawanya,
jelik akan sifat pura-puranya,
jelik segala sudut yang berkait dengannya.

apa agenda kau wahai tuan?
hadir kau di sini bukan sebagai teman,
yang rapat dengan aku semua kau humban,
tersungkur di depan pintu tak melawan...
apa sebenarnya kau mahukan?
indah benarkah tingkah mu bak puteri kayangan?
jangan sekali kau berangan...
cerminlah dulu melihat bayangan...

hanya madah berkias mampu ku hemburkan
hancur hati aku melihat kawan
sayup pergi tanpa penjelasan
berganti hari baru tiba sang utusan
sudah terlambat untuk aku hentikan...
pedih jiwaku untuk menelan
bila tahu hilang teman
teman yang berjaya kau singkirkan...
tahniah buat kau wahai tuan...
tersenyum sinis tanda kemenangan
biarkan aku sepi tak berteman..
tapi ingat lah wahai tuan
amarah ini akan aku simpan..

TAPI...
tunggulah kau akan tiba hari pembalasan...
segala rahsia kau akan ku bongkarkan..
aku benci kau wahai tuan!
nyah kau pergi ke Darul Rizuan!

----------------------------------------------------------
p/s: sekali lagi... sesapa rasa panas tu, datang la opis aku.. kat opis aku ada kaki kipas...

Friday, April 15, 2011

sepi dua purnama

dah dua bulan aku tak posting entri kat sini...

aku malas menaip keletak-keletuk...

nanti la aku amik sedikit masa yang lapang akan datang...

dalam draf banyak blog yang tak di post...

dah basi dah ceritanya...

TUNGGU...

p/s: berat dan beremosi

Saturday, February 26, 2011

Ini Bukan LUCAH! Ini Kenyataan!

Sejahtera ke atas kamu....

menyentuh kepada tajuk entri kali ini, tiada kaitan pon dengan blog Ahkak Geli... hanya nak meminjam tajuk yang terover kontroversi tu... Ahkak Geli, Ahdik Hazel pinjam ye. Awww...

aku rasa tak ramai di kalangan rakan FB atau umat sekeliling termasuk jiran mak aku yang dekat tingkat 3 tu tahu aku ni di kala lapang menjalankan aktiviti kerja part time sebagai freelance wedding photographer. Hebat tak kerja sebagai wedding photographer ni...? bagi aku profession sebagai wedding photographer ni sangat mendapat permintaan pada masa sekarang dan kemudian hari. dah macam cendawan tumbuh lepas hujan. aku rasa macam suku dari penduduk Malaysia ni dah punya kamera yang gedek gedabak yang orang panggil DSLR tuh...

aku pon tak terkecuali ada sebijik. dan hampir 3 tahun aku mengguna my lovely D60 sebagai medium untuk aku mendapat rezki. perjalanan aku sebagai wedding photographer baru sahaja berusia sepuluh bulan ketika entri ini di tulis. aku ingat lagi job wedding aku yang pertama ... tahu tak bertapa gabra , gugup, nervous dan awkwardnya aku tatkala mengambil gambar pasangan pengantin. sukar nak dilupakan, kelemahan dari segi angle, komposisi dan setting pada camera sangat lemah. boleh FAILED ko tahu... 

tapi kontra aku yang dulu dan aku yang sekarang boleh dikatakan ketara la juga. alhamdulillah berkat tunjuk ajar sifoo dan senpai sekeliling... ilmu di mana-mana. belajarlah... ^^,)/

okay. point yang pertama aku dah sampaikan. kita terus ke ponit... upsss...POINT yang ke dua pulak..

sebagai female photographer banyak betul cabaran nya... ini berdasarkan pengalaman aku. lain orang lain pengalamannya. tapi aku rasa masih ada satu garis persamaan diantara aku dan female photographer yang lain walaupun berbeza cerita.

okay kat sini nak namakan female photographer yang dikenali kat Malaysia mestilah aku sebut Sue Anna Joe, kalo ade yang teka kenal... sila lah Google... aku letak kan beliau sebagai Idol aku dalam bidang ni. Fine art yang dia hasilkan aku sangat la suka. sekali lagi silalah Google. lepas tu kalo international aku sangat suka dengan Miss Aniela... terasa macam self portrait sendiri bikin sendir syok beliau tu tersangat meletop... mata aku ni macam berpesta melihat sensasi variasi idea yang tahap dewa dia persembahkan... haishhhh....

yang di atas tadi tu semuanya ada point, tapi entri kali ni aku nak berkongsi pengalaman aku sebagai female wedding photographer... haishhh.... banyak advantage dan disadvantage sebagai female photographer ni. on the bright side the bride really glad and relief once she know her photographer is a SHE... kalo kamu kaum hawa di luar sana mendapat photographer perempuan mesti la gembiran dan rasa selesa bukan? tak la rasa awkward bila nak berposing.as fo the groom aku rasa tiada problemo at all. mereka kan cool gitu... malah aku rasa nak berinteraksi pon senang sahaja... ehehe...

on the not so bright side or the negative way... SIGH~...!

banyak jugak, pertama nya  pertama nya tak semua orang boleh terima dan percaya akan  kemampuan  female photographer ni. rata-rata majoriti yang menyandang title sebagai photographer ni ramainya dari para Adam... so aku dapat rasakan sedikit pressure bilamana family pihak pengantin sendiri was-was dengan kebolehan aku. keduanya aku dapat rasakan bagi seribu mata yang memandang aku bila aku memegang camera... heh... kadangkala aku jugak sangat x-tream gaban bila amik gambar. untuk dapat super low angle kekadang aku leh berbaring, landing, guling-guling tergolek dog... biar la apa kata orang sekalipon... janji gambar aku tangkap tu puas hati habis.. tapi aku ada la limit nya.. tak la overexpose pulops...

kalo difikirkan dan di kenang balik, memang la kelakar supa dupa... sila abaikan...

tapi dalam banyak-banyak tragedi yang menimpa aku sepanjang aku ambil gambar wedding adalah ganguan fizikal... heh... jangan ingat aku ni tade cutting yang curvaceous macam that so called boom shell and drop that gorgeous Victoria Secret cem Adriana Lima tu aku tak di gangu okay...


dan aku rasa yang paling serius dan 18sx... aku sendir jadi mangsa .kekadang dalam keriuh orang ramai, dok bergasak nak ambil gambar raja sehari bagai, dada dan bontot aku selalu kena touch... ni nak touching ni... nak resign... arghhhh... kesempatan dalam kesempitan... ada yang tertouch tercuit dan  tersiku ouch!!! dekat dada ahkak dik oih...

geram siak.... kekadang aku fikir jugak... adakah pakcik, atau abang itu hamsap  dan kaki pervert? atau tak sengaja... ahhhh... masa sentuhan berlaku tu adakah mereka rasa seperti...... dan aku pulak rasa seperti @#$%^&&* h*** serius S***, KEJADAHKAH SEMUANYA INI. kau tahu tak yang paling aku tak boleh lupa bilamana dada aku disiku... serius bangkai situasi tu...

kekadang aku pandang pada pesalah laku tu... lengok bersahaja dan seperti tiada apa2. maka aku pon bersangka baik yang dia tak sengaja sambil buat muka kering dan toya...

tapi adakah dalam hati dia berkata "Serius S*** my first strike!!!!!!LOL"... dan kekadang pada kenduri yang sama ada si polan ni buat contact dengan aku 2 time in a row... baiklah aku akan sentiasa bersangka baik... ini kejadian yang tak disengaja... tapi still... dalam hati aku dok fikir adakah si polan tu dalam hati nya sangat evil dan wicked sambil berkata "Serius s*** my second strike!!!! bloody hohohoholiau..."


DAYUMM... wtfbbq...

tergangu tau.... ni nak emo ni ... my twin had been touch accidentally ... ini bukan lucah, ini kenyataan...kalo setakat selisih bahu tu aku okay lagi... but not my twin...  had enough... grrrr.... cabaran ni... 

oklah aku melalut sampai disini. harap maaf di akhir entri ada 18sx sikit... 

p/s: bertukar... henshin..

Saturday, February 12, 2011

di luar kawasan

hari ni aku bersiaran sekali lagi di Library. ni sesuatu di luar kebiasaan ye. sebab aku ni kalo nak tulis blog biasanya kat rumah je. so arini saja nak ubah angin...

Library. aku bajet aku dapat menghasilkan blog yang cambest bilamana aku berada di tempat yang tenang, yang tiada ganguan bunyi-bunyian , hanya satu ruang yang aku rasa sesuai habis guna phrase " silent like a grave yard"...


TETAPI AKU SILAP SAMA SEKALI!!!!! [amarah ni!!!]

aku biasnya akan naik ke tingkat atas sebab ini bahagian rujukan dewasa. akan tetapi dipenuhi oleh puak-puak yang sebaya Justin Beiber  dok dating la, dok gebang la apa la... aku rasa cem kantin skolah dah... bahagian kanak-kanak lagi senyap dari sini... erghhhh....

yang best tu siap ada lak awek2 kacis berjalan ala-ala cat walk semata-mata nak menuju ke meja? hebat... aku dulu tak cem ni pon.. HEH!~

sekarang keadaan tidak terkawal... officer kat sini pon cem dah tak kuasa bagi amaran suruh senyap... ye lah. kejap je senyap nye.. lepas tu jadi cem pasar borong balik.... tergangu tau... tak dapat aku nak hasilkan blog yang berkualiti [ ye ke? ]....

aku rasa aku tak kuasa dah duduk sini lelama... jiwa tak aman... tengok movie lagi bagus... hehe... GREEN HORNET  here i come...



atau bolehkah aku menonton Thambikhottai...Tamil Story... keh...keh..keh... 



ini baru HERO... bergaya tak?

p/s: ada sesapa nak teman?

Wednesday, February 9, 2011

keliling aku sudah...

Ketika entri ini di tulis aku berlokasi secara live di Perpustakaan Awam.. Heh... aku di library ? YA benar dan TEPAT sekali aku kini di library sedang menulis blog, sedang edit gambar, sedang bekerja menyiapkan pertolongan yang Ayah minta dan sedang bermain farmville dan segalanya.. Multi task kan aku ni. huk-aloh! 

Sambil selam minum air...tapi awas... janga minum air yang kat sumin pul tuh.. keh..keh.keh.. di yakini terkontaminasi dengan urin.... air laut dah tahu dah nature nya... ada filter semula jadi... isk.. dah menyimpang dah ni...


kembali kepada ponit, upss sori...POINT  yang aku nak sampaikan...
lately aku banyak duduk saja tanpa menyumbang sebarang entri pada blog ini. lebih suka melihat orang keliling aku... ragam orang ni memang macam Variety Bucket yang korang boleh dapat kat KFC tuh... faham tak aku cakap apa?

ada yang kaki  autar, kaki kencing bersepah, kaki mengampu, kaki joli, kaki ayam dan bermacam jenis kaki la. nak di nyatakan pon buat penat aku ketik keyboard ni keletak-keletuk... 

kekadang aku akan buat konklusi sendiri atas dasar apa mereka ini [yang kaki itu dan ini] berkelakuan sedemikian. atas dasar yang positif atau negatif? untuk kepentingan sendiri atau semua pihak. KENAPA dan MENGAPA... 

contoh yang terdekat jadi depan mata aku sendiri...

kata si polan ni dialah yang paling boleh dipercayai, tapi kenapa dipukul canang dekat semua orang keliling,  Bernama dan Metro pon boleh kalah atas kepantasan menyampai cerita. dah tu di tokok tambah macam makan nasik kandar kat kedai mamak. tambah kuah itu tambah kuah ini , kari itu kurma ini. ada rasa rempah ada rasa cili... baru la sedap bila ditambah itu ini... sensasi rasa dari tindakan tambah menambah tu akan sizzle kan lagi cerita yang sebenarnya plain tanpa nada telah bertukar menjadi cacamarba meriah macam Jom Heboh... 

bila cerita ni berpatah balik pada empunya badan. dah jadi macam tak sedap dah. lain di cerita lain yang jadinya... faham tak aku cakap apa? heh~  dah tu si polan yang pukul canang boleh pulak berdrama yang dia tak salah langsung. erghhh.... kesian kan... symbiosis manusia keliling aku kadangkala pathetic. 

kekadang aku rasa macam aku ni dalam rancangan realiti sendiri... Keeping Up With Hazel Ruslan... keh...keh...keh.... ^^,)/

dalam kes yang aku hadapi sekarang. banyak betul mangsa.. aku pon bakal mangsa atas benda yang aku tak buat... kabar angin pon boleh buat orang lain macam telur di hujung tanduk... uiceh berpeibahasa la pulak... keh..keh..keh...

ceritanya sekarang... masing - masing ada perihal masalah sendiri, aku pon punya permasalahan... tindakan bijak untuk permulaan ialah uruskan diri dan uruskan masalah itu. kalo benar ingin berkongsi , biarlah orang yang ingin kita kongsi tu a good listener. habis di situ jugak... jangan la di canang sampai ke semua telinga. 

aku ni pon ada yang tak betul jugak, jadikan kelemahan diri sebagai rujukan supaya senang diperbaiki kelak... [positive tak aku? tetiba pulak]...

p/s: aku dah lapar... sign out sat ye....

Saturday, January 29, 2011

ringkasan

5 minit aku ambil masa untuk fikirkan tajuk.

10 minit aku tenung skrin PC....

30 saat aku decide nak posting blank page...

apa kena dengan aku ni? dalam ingatan aku pada tahun lalu. walaupun aku tak seaktif dan tegar terhadap penulisan blog... aku tetap buat posting selang sehari dua... tapi sekarang bila aku log masuk ke blog sendiri. aku terasa berat teramat sangat untuk aku mengetik setiap petak huruf di papan kekunci.apa jadi pada aku ni,... sudah miskin dengan cerita, sudah miskin dengan kata, sudah miskin idea segala.

aku tak mintak mahupun bercita-cita menjadi seorang blogger tegar. aku cuma mahu menulis. menulis untuk ekspresi diri, menulis untuk luahkan segala, menulis untuk berkongsi semua. tapi tahun ni semacam tsunami kemalasan membadai aku. maka terdamparlah aku di pantai sepi cerita dan kata.

dan satu lagi, aku cemburu pada kamu yang punya sesuatu yang tak aku miliki, yang tak aku  mampu beli, yang tidak akan pernah aku perolehi... arghhh... cemburu itu memang membunuh. jadi pada sesiapa yang punya X-Factor yang aku tak nyatakan itu..gunakan sebaik mungkin... 

andai X-Factor itu dijual di 7E sekalipun, sanggup aku laburkan duit semata untuk itu... 

aku merapu apa ni... ?  tetiba aku sedar kembali.... kisahnya ialah,orang kalau tak cukup tidur, segala rasional emosi mamang flat habis. apa yang di cakapt tak seiring dengan perbuatan.kalah orang yang mambuk high... 

sampai di sini


p/s: seriously.... GO  GET SOME SLEEP...