Ahad, 31 Mei 2009

DAP TANDING DUN MELALAP PRU-13.

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kota Kinabalu YB.Dr.Hiew King Cheu mengsahkan bahawa Democratic Action Parti (DAP) akan meletakkan calon Parlimen dan dua kawasan Dewan Undangan Negeri di Tenom pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Menurutnya Pakatan Rakyat telah bersetuju DAP meletakkan calon di Tenom MP, Melalap DUN, dan Kembong, namun DAP tidak bertanding dikawasan Keningau kerana kuota itu ada lah untuk KeAdilan.

" Pakatan Rakyat juga bersetuju pembahagian kuota itu ialah 50/50 bagi kawasan DUN bermakna PKR 30 dan DAP 30 sementara Parlimen 10 kawasan, kata Dr. Hiew.

" DAP bertanding di 30 kawasan Dewan Undangan termasuk kawasan Tenom kerana atas permintaan masyarakat Tionghua, dan pemimpin tertinggi DAP di Sabah telah mempestikan kawasan itu DAP mendapat sokongan amat tinggi oleh masyarakat berbilang kaum.

DAP Tenom akan menggunakan perhubungan mengikut Parlimen dalam dua DUN dan bekal menjadi ketua Bahagian akan diumumkan dalam masa terdekat ini setelah borang yang diedarkan itu dikembali kepada Pejabat DAP Kota Kinabalu. Oleh- Haji Wahab Timpai.

Isnin, 25 Mei 2009

ISU FRANKIE DAN TAN BERBEZA....

KISAH antara Datuk Frankie Chong Naib Presiden SAPP berbeza sama mantan Timbalan Presiden SAPP Datuk Tan Shu Kiah isu tersebut yang ditimbulkan oleh Barisan Nasional dalam soal jawatan dalam Kerajaan setelah SAPP keluar dalam komponen BN dalam kuota China.

Dan demikian juga isu pendirian kedua-dua pemimpin dalam parti juga berbeza Datuk Frankie Chong terus berada dalam SAPP dimana pendirian beliau itu terus mendapat pujian dan senjungan dari rakyat, manakala Datuk Tan Shu Kiah keluar daripada parti asalnya SAPP dan kini telah menyertai dalam parti Gerakan BN apabila serangan kritikan BN bertubi-tubi kerana dia tiada parti masih dalam Kabinet, tetapi ini sudah selesai di peringkat atasan, namun akar umbi belum tahu lagi.

Sehubungan dengan itu, rakyat kini telahpun mula menilai pendirian kedua-dua pemimpin ini seorang kekal dalam BN, dan satu lagi kekal SAPP, namun keputusan penilaian dari rakyat jelata sudah pasti hanya diketahui dalam proses undi sekiranya mereka itu diberi peluang untuk menjadi calon pada pilihan raya umum ke-13.

Datuk Frankie Chong yang berasal daripada Kampung Pulong Tenom satu daerah sama saya, sejak dalam PBS mekanisme beliau berhadapan dengan rakyat sering teruji tetapi berjaya, saya tahu kerana daripada menjadi Setiausha Politik zaman pemerintahan PBS kami bersama dalam Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan Negeri Sabah, dimana ketika itu saya bertugas sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Belia Dan Sukan Datuk Kadoh Agundong, dan diakui cara pendekatan Datuk Farnkie Chong melayan masyarakat begitu baik sekali, namun tidak boleh dinafikan ada juga dikalangan pemimpin kurang senang hati sama beliau apabila keperluan peribadi orang itu tidak tertunai sepenuh, tetapi itu menjadi lumrah dalam hidup manusia , kerana setiap manusia dikurniakan oleh Tuhan beberapa sifat seperti neagitif, positif, dan realiti, itulah sebenar digelar sebagai pemimpin dan bukan mereka yang diselubungi dengan perasaan emosi.Manusia seperti itu masih perlu dipimpin dan tidak layak jadi pemimpin.

Ahad, 24 Mei 2009

MESEJ PENGUNDI PRU -12 JADIKAN IKTIBAR.

SAPP akan membuka sejarah baru dikawasan Tenom dalam penyusunan jawatankuasa pemimpin baru dan lama untuk mengisi tempat yang kosong yang ditinggalkan oleh pemimpin SAPP yang masih mempertahankan BN kerana sebab-sebab tertentu. Tenom P.181 mempunyai dua kawasan Dewan Undangan iaitu N.35 Melalap dan .36 Kemabong, dan kedua-dua kawasan ini termasuk MP ditentang oleh parti pembangkang yang berpusatkan di semenanjung iaitu KeADilan, bagaimana calon-calon pembangkang itu tewas sama BN.

Apa kah kemungkinan rakyat masih terkeliru watak-watak para pemimpin PKR dikawasan itu kerana perebutan menjadi calon pada ketika itu sehingga ada diantara sanggup keluar dari PKR dan cuba jadi calon bebas, ini kesilapan siapa rakyat atau pemimpin mesej rakyat itu perlu dinilai serta diteliti dari sekarang kekalahan calon pembangkang PRU 12 lepas kerana rakyat kalau sudah meraju nah itulah hukuman mereka kembeli kepengkal jalan. Malahan ada pula pemimpin peringkat bahagian PKR ketika itu seperti tekut bayang-bayang, menolak orang veteran berada dalam Jawatankuasa mereka takut kerebutan jawatan, kenapa sampai begitu buruk hati pemimpin seumpama itu,pemimpin veteran, kata orang tua-tua duluan makan geram, dan mereka itu sudah jauh perjalan banyak pengelaman, harapan penulis blog ini adanya parti pembangkang tempatan iaitu SAPP dimana penulis difahamkan pada 29 Mei 2009 ini jawatankuasa SAPP Tenom yang baru secara rasminya Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee menyampai surat watikah perlantikan barisan kepimpinan dikawasan Tenom tahniah rakan-rakan yang menjawat jawatan itu. Semoga anda berjaya dalam perjuangan akan datang.
Timbalan Speaker Datuk Frankie Chong disembut oleh AJK Pelaksana perayaan Pesata Kaamatan Peringkat Negeri anjuran SAPP setibanya beliau dikampung Saupi, Nabawan pada petang 23.5.2009(Sabtu) Foto-Hj.Wahab Timpai. klik gambar kalau mahu jelas.

Sabtu, 23 Mei 2009

JAWATAN TIMBALAN SPEAKER JADI PERTIKAIAN PEMIMPIN BN, SELEPAS TAN!!!

Isu desakan Presiden PBRS Tan Seri Joseph Kurup kepada Timbalan Seapker Negeri Sabah Datuk Frankie Chong hanya seorang saja yang dapat memberikan keputusan iaitu Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah.

Frankie Chong ialah Naib Presiden Parti SAPP dan dilantik oleh TYT selaku Timbalan Seapker Dewan Undangan selepas BN memenagi pilihan raya umum ke-12 Mac 2008,bagaimanapun Datuk Yong Teck Lee yang berada dalam BN selama 13 tahun mengumumkan keluar dalam komponen BN.

Saya memetikkan reaksi Speaker DUN Datuk Juhar Mahirddin dalam akhbar Utusan Borneo keluaran 28 April 2009 dimuka dapan kaki bawah sekali yang bertajuk TYT TENTUKAN KEDUDUKAN CHONG SEBAGAI TIMBALAN SPEAKER. kerana kedudukan jawatan itu tertakluk mengikut Perlembagaan Sabah dan bidang kuasa penuh Yang DiPertua Negeri.

Ini bererti mahu kena tunggulah dulu bah, keputusan kepalakan? Kalau kepala diam-diam apa hal ekor terkipat-kipat hambat sana sini, lama-lama ekor sendiri yang putus nah..kan kah, sendiri dapat sakit aje. jangan marah ya, sebab pendangan rakyat ini sangat penting bah, apa cekap PM Rakyat didahulukan.Oleh- Hj. Wahab Timpai. 24.5.2009 (Ahad)

SAPP ADA DASAR BARU!!!

Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee menerangkan dasar baru parti pimpinannya setelah keluar dalam komponen Barisan Nasional, dasar baru itu agaknya menjurus mengekalkan hak asasi dan budaya masyarakat berbilang kaum di Negeri Sabah, terutama sekali beliau tekankan ialah hak tanah yang kini sudah semakin hilang walaupun dihuni samapai berpuluh tahun, ketika beliau berucap merasmikan Perayaan SAPP Peringkat Negeri yang di adakan dikampung Saupi Nabawan pada 23 Mei 2009 bersamaan hari Sabtu yang di hadiri kir-kira 2,000 orang itu.

Beliau memberi satu contoh iaitu masyarakat Murut Kampung Sarudung Tawau yang sudahpun tinggal tiga generasi namun kini mereka terumbang ambing mencari tempat untuk membawa keluarga masing-masing kerana perkampungan mereka itu sudahpun dirampas oleh sebuah Syarikat besar tidak tahu datang darimana itu syarikat,jelas Datuk Yong Teck Lee.

Sehubungan dengan itu Saya dan rakan-rakan dalam SAPP tidak sanggup mendengar maklumat itu serta melihat keadaan yang terbabit dalam penderitaan rakyat, maka SAPP mengambil keputusan untuk keluar dari BN. dan kini kita sama-sama berjuang demi hak dan bukan kerana politik semata-mata, tegas Yong.

Saranan masyarakat dari Nabawan yang mahukan perayaan yang dipanggl IJAWARI dimana setiap 1hb Janauri pesta itu diada, semuanya itu akan diambil perhatian oleh SAPP sekiranya mendapat mendat dari rakyat, tiada masalah, kata Yong. Oleh-Hj.Wahab Timpai.
==================================================================
Sila lihat gambar-gambar dibawa dan untuk mahu imef jelas ,klik digambar berkenaan.
Menurut adat resam masyarakat Murut Tahgol setiap ada majlis perlu tetamu yang datang dalam majlis mereka wajib diberikan ayam jantan untuk disabungkan seketika, tanpa unsur perjudian. Dan disini kelihatan Datuk Yong tengah yang memegang ayam jantan dan diperhatikan oleh Datuk Frankie Chong (kiri) ini bukan judi tetapi budaya Murut setiap adanya majlis keramaian.
Datuk Yong Teck Lee menuang beras dalam bakul tradisi murut(PUPURAN) yang sudah siap diproses cara menunbok menggunakan lasung.
Datuk Yong Teck Lee, Datuk Frankie Chong ketika menyaksikan pertandingan memenjat pokok licin dan (kanan sekali) Alxius Mangka pengerusi Pelaksana Perayaan itu.
Kecil-kecil lada padi bah, remaja ini berjaya membawa turun bendera SAPP dalam pertandingan memenjat pokok licin.
Jimmy Jawatah.
Datuk Frankie Chong (kanan) tiba dimajlis itu.
Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee, menumbok padi dalam lasung tanda rasminya PestaKaamatan SAPP Peringkat Negeri yang di adakan dikampung Saupi Daerah Nabawan pada 23 Mei 2009(Sabtu.

Khamis, 21 Mei 2009

APAKAH PEMIMPIN BN TENOM KINI TIDAK LAGI SEPAKAT?

MELIHAT senario politik dalam Barisan Nasional (BN) kini kurang bermuafakat bukan seperti tahun yang lepas, contoh yang mudah ialah pertambungan hari menganjurkan perayan Pesta Kaamatan dimana Pejabat Daerah Kecil Kemabong pun menganjurkan pesta kaamatan pada 23 Mei 2009 DIKAMPUNG BAKUKU dalam Mukim Ulu Tomani dikawasan Dewan Undangan Kemabong,manakala, pejabat Daerah Tenom dalam kawasan Dawan Undangan Melalap di adakan di PENTAS TERBUKA TAMU GROUN,SEDCOVEST PEKAN TENOM, pada tarikh yang sama.

Inikan jadinya rakyat di dahulukan? Yang binggong siapa.... sudah tentu kita punya Ahli Parlimen Tenom kerana kedua-dua Dewan Undangan dalam kawasan Palimen YB Raimie Unggi, alamaa.. talebih sudah.

Isnin, 18 Mei 2009

YB.Raimie Unggi(kiri) sedang meyampaikan tazkirah kepada remaja islam mualaf di Masjid Kampung Mandalom selepas solat Fardu Isya sebelum menyerahkan satu set Kompang.
YB. Raimie Unggi (kiri) sekali ketika menyampaikan ucapan ringkasnya dimajlis kampung karangan Baru.
YB.Raimie Unggi (tiga) dari kiri sedang menikmaati juadah bersama penduduk kampung Karangan Baru kawasan Pilihan raya beliau P.181 Tenom Sabah Malaysia.
YB. Raimie Unggi, sedang meneliti borang permohonan penduduk Kampung Karangan Baru.
Seorang belia kampung Karangan Baru menerima satu set kompang sumbangan YB. Raimie Unggi (kiri)
YB.Raimie Unggi (kiri) menyampaikan gandang kepada pengerusi Masjid Mandalom Hj.Yussop. dan yang duduk ini remaja mualaf islam memegang kompang yang disumbangkan oleh Ahli Parlimen Tenom itu untuk Masjid itu.( Klik gambar kalau mahu imej jelas)

BELIAWANIS DIGESA CEBURI TERENAK TELOR ITIK ATAU PERTANIAN?

TENOM: Belia dan beliawanis digesa supaya menceburi projek penterenakan itik telor dan pertanian moden untuk mengisi masa lapang mereka sebagai langkah awal menceburi perniagaan untuk meningkatkan ekonomi membentu keluarga masing-masing.

Gesaan itu dibuat oleh Ahli Parlimen Tenom Raimie Unggi dalam program turun padang dikampung Karangan Baru malam Isnin, 18 Mei 2009.

Katanya, pihaknya sedia akan membentu memberi peruntukan disetiap kampung yang berminat projek penterenakan itik talor ini.

Justeru itu, golongan belia dan beliawanis perlu mengambil kesempatan ini kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mencari jalan untuk mengatasi pengangguran khususnya mereka yang lepasan SPM yang tidak berjaya melanjutkan pelajaran.

Beliau juga menasihatkan golongan itu supaya tidak memikir neagitif di sudut lain, kerana kerajaan telah mengiktirafkan bahawa penteranak dan petani merupakan perniagaan.

Menurut Raimie, Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus mencari jalan mengatasi keperitan hidup masyarakat diluar bandar supaya setaraf dari golongan bandar disamping meringankan beban menyerah hidup keluarga masing-masing.

Dalam pada itu tegasnya lagi, pihak masyarakat perlu memberikan kerjasama untuk meralisasikan disertai dengan kesungguhan dan iltizam,niat secara ikhlas supaya setiap usaha itu mendapat keberakatan dari Allah.

"Tanpa niat yang ikhlas mungkin usaha itu hanya setekat dipertengahan jalan saja dan tidak sampai ketahap yang diinginkan,katanya.

"Jangan ceburi perusahaan yang tidak menyenangkan hati, kerana cara pengelibatan seperti itu hanya sia-sia saja dan tidak membawa perubahan kepada keluarga itu sendiri, jelas Ahli Parlimen itu.

Raimie Unggi dan romgongan turut berjemaah menunaikan solat Mahgrib di Surau Kampung Karangan Baru, kemudian satu majlis ringkas penyerahan satu set kompang turut diadakan untuk belia islam dikampung itu.

Rombongan kemudian beredar dari situ untuk meneruskan program turun padang Ahli Parlimen Tenom itu untuk pergi turut solat berjemaah masyarakat golongan mualaf Islam di Masjid Mandalom dan juga menyampaikan satu set kompang. OLEH-HJ.WAHAB TIMPAI.

Ahad, 17 Mei 2009

POLITIK WANG KEMBAR DENGAN GILA KEDUDUKAN.

HJ.WAHAB TIMPAI.
POLITIK wang dan gila kedudukan sama juga hala tujunya dan perkara ini merupakan menjadi saudara kambar yang boleh memusnahkan sistem demokrasi dalam erti kata sebenarnya, dalam pada itu apa yang berlaku di Negera kita di Malaysia ini kedua-duanya sudah jadi amalan oleh mereka yang tanpa pendirian serta orang yang tamak sanggup berbuat apa saja asalkan keinginannya itu tertunai sehingga dia jadi manusia yang bergelar lupa deratan.

Perebutan jawatan tertinggi diperingkat pusat dalam parti kini telahpun berjangkit ke parti-parti yang kecil pada setiap pemilihan dalam Malaysia dan saya khuatir penyakit seumpama ini juga kemungkin akan datang berlaku pada parti saya sendiri, justeru itu, pucuk kepimpinan parti PBRS perlu bertindak tegas sekiranya ada laporan diterima dalam pemilihan Ahli Majlis Teringgi dalam Parti pada akan datang.

Tidak dapat di nafikan bahawa politik ada saja lakonannya tetapi biar pelakon DRAMA itu dilakon oleh pemegang watak itu sendiri untuk dinilai oleh perwakilan dan bukan mengunakan wayang kulit dimana pelakonnya bersembunyi dibelakang tabir.

Selasa, 12 Mei 2009

JALAN-JALAN DIKAMPUNG ROSAK TERUK SELEPAS DIBUBUH TAR.

SAYA orang kampung masuk kampung keluar kampung bah, khususnya dikawasan Melalap ini, apa yang menyedihkan jalan-jalan kampung itu yang sudah ditar rosak teruk bah, jadi sebenarnya siapa yang bertanggungjawab untuk memperbaikinya selepas itu? Ini bah orang kampung mahu tahu ini, sebab kalau tulis di surat khabarpun diaorang tidak kasih siar bah juga, jadi terpaksalah tulis diblog, tepi blog luar negeri pun boleh baca, nah mana kamu pilih di tulis di surat khabar atau blog.

Saya bagi contoh lah,jalan-jalan yang rosak teruk itu, seperti Skim Penempatan Industeri Getah Lagud Sebarang, ini tempat bukan sahaja penoraka yang menggunakan tetapi Guru-guru lalu juga dijalan itu sebab di disana ada Sekolah Rendah SK.Batu Tiningkang, Jalan Nanapokan, Jalan Kampung Sawang Melalap,Jalan Natanduan, Jalan Paguokon Laut, dan barang kali sama juga ditempat yang lain saya belum masuk Insya Allah saya akan masuk juga seperti Pantongan, Batu,Batu, Saga dalam masa terdekat ini.

Sehubungan dengan itu saya dengan rendah diri sebagai penulis blog menjemput lah semua pemimpin politik dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) bermaufakatlah duduk dimeja bulat bincang ikut nasihat Perdana Menteri dan Ketua Menteri turun padang tinjau dikampung dekati rakyak, tanya JKKK siapa kontraktor yang tar atau semen itu jalan, kalau kamu sudah lihat rosak cari jalan macam mana dapat peruntukan perbaiki itu yang rosak, jangan sampai pilihan raya baru ramai muka pemimpin masuk kampung sudah lepas pilihan raya itu pemimpin berkampung di Kota Kinabalu datang di Tenom hanya sebulan sekali apabila kena jemput rasmi ini rasmi itu kena sambut pukul Gong, Kompang dan tarian singalah, ini cara sudah tidak relevan lagi zaman sekarang ni percayalah orang-orang sekarang mereka mahu tindakan drastik dari pemimpin itu. sala ka kososn ragaling ih ulun-ulun ru mamagun ti maya akyuk ra ragu ru tingganai, raino poyo nakulau, akaw raino talo kaw wakil rakyat bonsoiyo min pemagunan ti omon masaga kaw rumondon a monsoi inggalan. paie ru makalaat aku ra inggalan min, akaw galama mampaguang atan sonor ru bintatikan kutuh.

Bagi orang bandar pula kalau saya tidak silap ada beberapa orang dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah, terdiri dikalangan pemimpin dalam komponen BN cubalah cari jalan buat cadangan yang terbaik supaya pekan Tenom ini dilihat cantik dan bersih bah, saya masih ingat semasa menjadi Ahli Majlis Daerah kawan-kawan mahu suruh saya cekap tentang soal parit dia sendiri tidak mahu cekap, sedangkan dia tinggal di kedai dia tahu setiap buka mata dari tidur dia sudah tahu apa masalah, saya tegur sama dia,itu pun tidak juga berani cekap..AH.. NAMA DIA ITU BIAR KITA SIMPAN SAHAJA DULU, selama saya bersama mereka Ahli Majlis, hanya satu kali saya dengar dia itu bersuara, itu pun dia hanya tanya ada borang masuk tanderkah, fasal projek pasang tiang lampung jalanan dari Kampung Amboi dua sampai Chung Chin. faham-faham lah kamu tu.

Pekan Tenom setiap tahun kenderaan didaerah ini akan bertambah, masalah sekarang ialah tempat letak kereta tidak mencukupi dan meminta pihak berwajib dapat menyediakan tapak tempat letak kereta sebelum keadaan dipekan kesasakan yang serius, kalau dulu pekan Tenom hanya sukar cari letak kereta pada hari Ahak, sekarang ini setiap hari agak sukar mencari tempat letak kereta.

Adalah lebih baik pihak Majlis Daerah Tenom (MDT) mencadangkan supaya kawasan yang ditimbus secara haram oleh Pemaju dihadapan PESAR yang belum mendapat kelulusan itu digunakan untuk kawasan tempat letak kereta kerana tempat itu sesuai ianya berhampiran dikawasan TEMU MINGGUAN dan pesar umum.

INI PERHATIAN KEPADA PIHAK POLIS.
______________________________

Parking lintang pukang setiap hari dipekan Tenom juga menimbulkan kesulitan orang ramai kerana mereka meletakkan kenderaan tidak menentu ada yang lurus dan sebaliknya, lebih teruk lagi pula mereka letak kereta berkembar. Lagi pun banyak yang tiada tanda kotak letak kereta mungkin menggalakkan para pengguna meletakkan kereta mereka tidak mengikut peraturan, untuk mengatasi masalah ini hanya kerjasama daripada pihak polis saja untuk membetulkan suasana seperti yang berlaku.

Justeru itu diminta pihak berkuasa segera mencatkan tanda kotak letak kereta disemua kawasan pekan yang sudah terpadam untuk memudahkan pengguna meletakkan kereta masing-masing cara yang teratur.

Isnin, 11 Mei 2009

BEGINILAH KEADAAN SEBENAR SEPERTI KELIHATAN DIGAMBAR INI SUNGAI PADAS SEMAKIN MELIBAR DUA RUMAH TERANCAM JUGA JAMBATAN JALAN UTAMA KEMABONG -TENOM.

Apa lagi Kerajaan mahu tunggu tidak timbun batu besar, nah lihat bah rumah Mesri mahu masuk sungai sudah . -gambar Hj. Wahab Timpai.

HAKISAN SUNGAI PADAS DI KG TANAM LAMA!!!

Ramai orang nampak bah ini tanah runtuh di sungai Padas dikampung Tanam Lama ini tetapi antahlah macam dia orang biar saja tutup mata, macam tidak kena bawah dalam persidangan Dewan Undangan, kalau ini jambatan ikut runtuh barulah rasa balik macam dulu-dulu naik sampan saja. Ini rumah yang nampak dalam gambar sekarang ini pun sudah nyawa-nyawa ikan bah sudah apa kah Kerajaan mahu tunggu runtuh semua ini rumah baru bertindak, sayapun tidak faham sekarang sama salah wakil rakyat atau jebatan yang lambat bertindak, lagipun kampung Tanam Lama tiada JKKK mungkin masuk JKDB, ini JKDB pun mengantok angkali, kalau gitu bagus lagi kami tubuh JKKK sendiri disini baru puas hati sebab kami yang tinggal disinipun mengundi juga bah kalau pilihan raya, lagipun dengar-dengar dulu penduduk di tanam lama ini dikhasnya sebanyak 30 buah rumah diperumahan fasa empat di Kallang, betulkan, tiadapun eh ambuak ak ginoh.Oleh- Hj. Wahab Timpai penulis blog dan gambar.

MAAF GAMBAR ALLAHYARHAM KURANG JELAS HANYA SELINAN SAJA.

TUN DATU HAJI MUSTAPHA BIN DATU HARUN, YANG DIPERTUA NEGERI SABAH, KETIKA ITU KEMUDIAN ALLAHYARHAM TURUN KE BAWAH UNTUK MENYANDANG JAWATAN KETUA MENTERI SELEPAS DATUK PETER LO SU YIN DARI TAHUN 1965-1967 BERMAKNA TUN MERUPAKAN KETUA MENTERI SABAH YANG KETIGA DARI TAHUN 1967-1975.

BARISAN KABINET 1963 DI NEGERI SABAH.

Duduk dari kiri. Datuk Haris Salleh, Datuk Khoo Siak Chiew, Tun Fuad Stephen, Datuk Pang Tet Tshung, dan Datuk G.S. Sundang. manakala berdiri dari kiri, terdiri dari En. R. (Bob) Speedy, Tan Sri Mohd. Said Keruak, En. R.Jones, RM. Turner, En, A. Jones, Datuk Richard E. Yapp.

Ahad, 10 Mei 2009

BARISAN PEMIMPIN MENTADBIR NEGERI SELEPAS MERDEKA.

Susunan Kabinet pertama pada tahun1963 dimana pada ketika itu Ketua Menteri disandang oleh Allahyarham Tun Mohd.Fuad Stephens.

Zaman pemerintahan beliau hanya enam menteri penuh dalam Kabinet, yang terdiri daripada Datuk Harris Salleh Menteri Kerajaan Tempatan, Datuk Khoo Siak Chiew Menteri Perhubungan dan Kerja Raya, Datuk Pang Tet Tshung, Menteri Kewangan, Datuk G.S. Sundang Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Mohd Said Keruak Menteri Pertanian dan Datuk Richard E. Yaap Menteri Sumber Alam.

Kemudian hanya melantikkan tiga kulit puteh menyandangkan tugas sebagai Paguam Awan Negeri En. R. Jones, R.M. Turner Ketua Setiausaha Kabinet dan En. R. (Bob) Speedy sebagai Setiausaha Sulit kepada Yang Dipertua Negeri seperti kelihatan dalam gambar.

Sabtu, 9 Mei 2009

IBU BAPA YANG HADIR DIMAJLIS ITU.

KAKI TANGAN URUSETIA YANG DITUGAS MENGENDALI KOMPUTER.

Kesihan mereka ini belum ada calon diumumkan terpaksa tunggu, sabar!!!

WAH!!! JANGAN MAIN-MAIN PENGERUSI PERSIDANGAN INI TEGAS , BELIAU MERUPAKAN WARGA PENDIDIK JUGA SMK.TENOM.

Kelihatan dalam gambar duduk disebelah kanan Cikgu Alias Hj. Abas, ketika mempengerusikan pemilihan bagi sesi 2009/2010 AJK. PIBG SMK. Tenom, dan seorang pembentu beliau untuk mencatit minit sepanjang persidangan dijalankan, dan kedua-dua mereka ini warga pendidik SMK.Tenom. GAMBAR-OLEH HJ. WAHAB TIMPAI. dan juga penulis bloggers ini.

TIMBALAN PIBG SMK. TENOM OSMAN MARZUKI, PEGAWAI PERTANIAN DAERAH TENOM.

Beliau ini mudah berurusan kepada sesiapa saja suka membantu tepi tegas menjalankan tugas wajibnya.

YANG DIPERTUA BARU SMK. TENOM, USTAZ ASRAN AMAT BELIAU MEMIMPIN PIBG SESI 2009/2010.

Yang Dipertua PIBG SMK.Tenom tiada pengulungan...?

AJK LAMA MEMOHON MAAF KALAU ADA KELEMAHAN!!

TENOM: Mantan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK) Tenom Matusin Balang memohon maaf kepada pihak sekolah sekiranya ada terdapat kelemahan sepanjang memimpin PIBG SMK. Tenom beberapa panggal.

"Saya manusia biasa sudah tentu tidak lari dalam kesilapan,katanya dalam ucapan alu-aluan yang terakhir dimajlis itu pada Sabtu.

Beliau yang juga Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Tenom bagaimanpun, bersyukur kepada Tuhan kerana selama memimpinPIBG SMK, Tenom, terus mendapat kerjasama dari semua pihak termasuk pentadbir sekolah, dan AJK, serta juga ibubapa untuk mengatasi permasalahan yang dihadapi terutama mencari sumber kewangan.

Namun, harapan saya pada kepimpinan yang baru merujuk permohonan kami itu untuk membina sebuah dewan terbuka SMK. Tenom dan semua dokumen mengenai tujuan itu sudah tersedia, jelas beliau.

Tambahnya lagi, walaupun saya tidak lagi memimpin PIBG kerjasama itu saya teruskan untuk membentu kepada sekolah itu setekat yang termampu berdesarkan tugas wajib dalam Pejabat Pelajaran Daerah Tenom. OLEH-HJ.WAHAB TIMPAI.

Jumaat, 8 Mei 2009

JASA MU KAMI HARGAI ,TERIMA KASIH MUNGKIN ITU LAH KATA-KATA PENGETUA KEPADA MATUSIN KETIKA MENYAMPAIKAN SIJIL ITU.

MANTAN PENGERUSI PIBG SMK.TENOM MATUSIN BALANG (KIRI) MENERIMA SIJIL PENGHARGAAN DARI PENGETUA SMK.TENOM TUAN HJ.ABDUL AZIZ MOHAMED ZAIN.
HJ.KAIPIN ROSMIN MENANDA TANGANI REKOD LAWATAN DI SMK.TENOM SAMBIL DIPERHATIKAN OLEH PENGETUA SMK.TENOM.
HJ.KAIPIN ROSMIN (KANAN) KETIKA MENERIMA CENERA KENENGAN DARI PENGETUA SMK.TENOM HJ. ABDUL AZIZ MOHAMED ZAIN (KIRI) GAMBAR OLEH-HJ.WAHAB TIMPAI.

SMK TENOM AKAN PULIH KEGEMILANGAN?

TENOM: Pegawai Pelajaran Daerah Tambunan Tuan Haji Kaipin Rosmin yakin bahawa Sekoleh Menengah Kebangsan Tenom(SMK) Tenom akan pulih kegemilangannya dalam pentadbiran yang baru ini.

Beliau berkata demikian dalam uncapan perasmiannya mesyuarat Agung PIBG SMK Tenom dalam sesi 2009/2010 di Dewan Makan di sekolah itu pagi tadi bersamaan hari Sabtu.

Sehubungan itu pihak ibubapa perlu memberikan kerjasama yang padu supaya setiap perencangan pihak pentadbir sekolah dapat dilaksanakan dengan berkesan.

"Katanya saya telah mendengar penerangan secara terperinci daripada Pengetua yang menceritakan mengenai masalah yang dihadapi oleh sekolah itu, namun perkara itu boleh diatasi sekiranya para pelajar berubah sikap dan menerima mekanisme yang akan diperkenalkan oleh pegetua sekarang.

Beliau juga kegum cara pengetua baru itu yang memperincikan laporannya dihadapan ibubapa dengan telus tidak ada yang disembunyikan berterus terang untuk di ambil perhatian oleh ibubapa demi kebaikan anak-anak mereka.

Selain daripada itu Kaipin Rosmin juga menegaskan supaya PIBG kepimpinan baru itu memainkan peranan lebih mantap lagi sebagai kesenambungan perancangan kepimpinan PIBG yang lalu.

Justeru itu, ujarnya lagi, PIBG perlu berkerjasama dengan pihak pentadbir sekolah, Guru-guru, dan ibubapa dalam meneyelasaikan kekelutan dan bukan untuk landasan mengkritik yang bermotif menjatuhkan orang lain.

Dalam pada itu perhubungan diantara PIBG dan sekolah perlu akrab demi untuk kepentingan anak-anak yang belajar di sekolah itu.

Sementera itu Kaipin juga menasihatkan ibu bapa supaya jangan menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab mendidik anak mereka ditangan guru-guru, ibu bapa wajib mengawasi setiap pergerakan anak masing-masing disamping memeriksa buku, poket seluar, dan kantung buku apabila anak-anak itu balik dari sekolah untuk mempestikan mereka tidak terlibat dalam gejala kegiatan seperti merokok, dadah dan sebagainya. OLEH-HJ.WAHAB TIMPAI.

INI LAH KEMAH KAMI TUNGGU AIR SURUT SELAMA 36 JAM.

KAMI BERSYUKUR KERANA ADA KELUARGA YANG HANTAR BANTUAN NASI BUNGKUS KAMI MAKAN, NAMUN DARI KERAJAAN TIADA .

Kami hanya berkemah ditepi jalan selama dua hari satu malam kerana tiada yang datang memindahkan keluarga saya, dan menyebabkan saya tidak mengisi borang pembahagian bantuan itu selepas banjir kerana dalam borang itu di tulis seperti ini" BORANG BANTUAN MANGSA BANJR DIPUSAT PEMINDAHAN, bermakna saya tidak layak mendapat bantuan walaupun rumah sayapun hanya 2 inci saja lagi sampai dilantai.

HJ. WAHAB TIMPAI DAN KELUARGA YANG LAIN MAKAN TAPAU (NASI BUNGKUS) YANG DISUMBANGKAN OLEH ADIK IPAR DARIPADA KAMPUNG CINTA MATA KEMABONG .

KELIHATAN TUAN IMAM AGAK SIBUK MAHU MEMINDAHKAN BARANG-BARANG.

CUCU HJ. WAHAB TIMPAI KELUARGA YANG LAIN TERPAKSA BERMALAM DITEPI JALAN RAYA MENUNGGU AIR SURUT.

KEPERITAN MANGSA BANJR TURUT DI RASAI OLEH PENULIS BLOG HJ. WAHAB TIMPAI PADA 15 MAC 2009 DITENOM LAMA.

Rabu, 6 Mei 2009

JALAN RAYA UTAMA KAMPUNG GUNTING HANYA SEPERUH SAHAJA DISIMIN, YANG KELIHATAN DALAM GAMBAR INI BELUM LAGI DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN SEMIN JALAN INI.

Bila jalan ini diturap atau disemen?

sila lihat keadaan jalan saya dikampung Gunting wajarkan ini dipanggil jalan raya, meskipun sudah Sabah Merdeka 46 tahun menerusi Malaysia.

Kalau Perdana Menteri boleh buat, menteri, dan wakil rakyat tak boleh buat, mesti boleh, itu kata-kata beliau diatas pantas.

DATUK NAJIB BIN TUN RAZAK.

TURUN PADANG...?

SAYA sungguh terharu mendengar ucapan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, walaupun saya hanya menoton dan mendengar TV dirumah saja,tetapi, apa yang mengkegumkan pada saya iaitu, isi ucapan beliau itu betul-betul ditujukan kepada para menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri, pembantu-pembantu menteri, dan wakil-wakil rakyat khususnya di Sabah.

Begitu lantang Perdana Menteri, berkata " Sekarang kita mesti turun padang melihat mata kepala kita sendiri, mendekati rakyat dengar apa masalah mereka tegasnya. BOLEHKAH PARA MENTERI,TIMBALAN MENTERI, PEMBANTU MENTERI, DAN WAKIL RAKYAT, laksanakan apa yang di amanahkan oleh Perdana Menteri itu?

Karajaan BN perlu fikir juga kalau Menteri, mereka mempunyai peruntukan khas dan boleh umum bila-bila masa kalau masuk kampung, tetapi bagaimana pula kepada mereka hanya wakil rakyat biasa saja, yang hanya mengharap peruntukan RM350, ribu setahun, kalau tidak pandai lobi kepada Ketua Menteri adakah wakil rakyat itu berani turun padang.

Kalau dulu-dulu punya cara rakyat yang cari wakil rakyat, melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) apakah mekanisme itu perlu diubahkan? Kemudian tunggu wakil rakyat datang mencari kemuskilan rakyat dikawasannya, kalaupun itu YB.YB. turun padang pun jawapan dia 2x5=10 5x2=10 juga bah itu, sebab semua permohonan JKKK sebelum inipun belum lagi selesai, sebagai contoh kami punya JKKK kampung Gunting berapa lama sudah menunggu pembinaan Apangan Air sawah padi, penurapan jalan raya, sehingga sekarang belum ada tindakan.

Namun sekarang harapan rakyat jelata khususnya kampung Gunting, adanya cara pembaruhan benar-benar berkesan dan ada perubahan sesuai dengan slogan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita sekarang ini. Rakyat didahulu, Pencapaian Diutamakan "Satu Malaysia"

"Yang menariknya seperti biasa , kalau pemimpin itu lantang berucap diatas pentas, maka barisan tempat duduk dihadapan yang terdiri dikalangan Menteri-menteri memberi tapokan tangan dahulu dan kemudian dikuti dibelakang mereka semua terdiri wakil-wakil rakyat, tangan mereka berbunyi pak,pak,pak, mereka betapok tangan, rakyat jelata pun ikut tapok tangan, pak,pak,pak. selepas tapok tangan tidak kah terfikir oleh pemimpin itu tentang pulus. pada saya mereka tentu ada terfikir tepi, siapa bernai tentang arahan Perdana Menteri.

Semangat seumpama itu lah kita mahu bah, kalau sudah terpilih jadi wakil rakyat kerja betul-betul itu namanya wakil, mewakili kepada rakyat sampaikan masalah rakyat kepada kerajaan, tetapi, turun padang saja tidak cukup, yang satu hal timbul ialah Bola tiada walaupun pengadil sudah sedia dengan kelongan wiselnya dilihir. masalah yang timbul kepada pemainnya (wakil rakyat) mereka tidak boleh buat apa-apa datang dipadang sembang-sembang saja seperti biasa mungkin maksud penulis blog ini, peruntukan untuk diumumkan oleh wakil rakyat ketika melawat dikawasan masing-masing, siapa yang memikirkan sekarang sama ada Ketua Menteri, Menteri atau wakil rakyat mari lah kita sama-sama tunggu setekat mana pencapaian mekanisme baru ini. terima kasih, Assalamualaikum.

Selasa, 5 Mei 2009

KELIHATAN TAN SHU KIAH KIRI.

SELESAIKAH KEMELUT POLITIK TAN...?

HARAPAN saya sebagai rakyat biasa penyertaan Datuk Tan Shu Kiah ke parti Gerakan dapat menyelasaikan kemelut politik peribadinya di negeri bawah bayu ini yang bisa dingin udaranya namun diakhir-akhir ini agak panas pula ikoran dari terlewatnya Tan mencari tempat bernaung dalam mengekalkan hala tuju karier politik beliau dan rakan-rakan seperjuangan dari SAPP.

Sehubugan dengan itu, setelah beliau kini dalam BN, persoalannya sekarang bagaimana pula kuncu-kuncu beliau itu yang telah dibuang kerja ada kah mereka itu dapat dikembelikan dalam tugas masing-masing yang majoritinya perlantikan Kapitan Cina semasa dalam SAPP?

Adalah tidak adil sekiranya Datuk Tan Shu Kiah kekal dalam barisan kabinet kerajaan Sabah sedangkan penyokong beliau yang telahpun dibuang oleh BN tidak di kembelikan bertugas,terkecuali yang masih kekal meyokong dalam perjuangan SAPP, mari lah kita tunggu sama-sama perkembangan selanjutnya.

Isnin, 4 Mei 2009

DATUK RADIN MALLEH CEK TEKANAN DARAH.

SALAH SEORANG AJK BAHAGIAN MENDERMA DARAH SAMBIL DIPERHATIKAN DATUK RADIN MALLEH DIHOSPITAL TENOM

AKTIVITI TAHUNAN PARTI BERSATU SABAH (PBS) N.35 MELALAP.

Turun padang bukan hanya masuk kampung menemui rakyat, dan memberi peruntukan pembinaan projek kecil dimana tugas itu mungkin hanya Wakil Rakyat saja yang dapat melaksanakan kerana mereka (wakil rakyat) ada peruntukan khas.

namum saya bersetuju lawatan amal ini boleh dibuat oleh semua pemimpin dalam parti sama ada mereka ini dalam kerajaan atau pun diluar kerajaan, seperti mendermakan darah dihospital dan sebagainya.

Syabas kepada Parti Bersatu Sabah (PBS) N.35 Melalap kerana mereka mempuyai penghorbanan yang agak istimewa untuk menyelamatkan nyawa kepada mereka yang memerlukan darah apabila AJK Bahagian yang diketuai oleh YB. Datuk Radin Malleh membuat lawatan amal di Hospital daerah Tenom setiap tahun, walaupun beliau (Radin) tidak sanggup menderma darahnya kerana difahamkan Datuk ini takut dijarum bah.

saya pun ahli PBRS masuk isi borang 21Ogos,2006 inda percaya nah, lihat bah borang ini.