Friday, December 9, 2011

Ini tidak okay

........
Aku rasa bolong

Wednesday, December 7, 2011

apa pantek ni!

bercakap tentang keluarga, kadang2 aku rasa tak relevan langsung untuk aku ceritakan.
bercerita tentang family business, apa nak dikepohkan pada dunia luar.
pendam dan biarkan saja abah dan mama mengerah tulang belikat sampai terkikis hancur.
apa nak heran, duit belanja tetap dapat.
apa naj dikisahkan, kwsp tiap bulan 500 dalam akaun.
apa nak dikecohkan, tiap kali keluar minta saja mesti dapat.
kan?

apa nak heran
bukan kau nampak abah tiap malam berkeringat fikirkan masa depan
apa nak difikirkan
bukan kau nampak mama tiap malam bersengkang siapkan kerja harian

yang kau pastikan;
mesti boleh keluar
mesti dapat belanja
jangan dibilang tidak, nanti kau akan merajuk tak bersuara.

apa pantek ni.

---


spa tu kau biarkan kontang tanpa untung (atau untung kau makan senyap) dan kau biarkan saja abah tanggung tiap satu belanja.
apa pantek ni?
suka hati kau nak tutup
suka hati kau nak buka lambat
suka hati pekerja pijak kepala
kehendak dia kau ikut aje.
apa pantek ni.

kemudian kau kecoh kat status facebook yang kau ini malaikat?
apa jadahnya?

yang aku bengangkan sebab kau dah kasi janji hendak bertanggungjawab bila ibu nak jual spa tu.
beria kau merayu jangan.
kau cakap kau mampu.

tapi takkan tiap bulan untung cuma rm300?
--nak bayar gaji pekerja rm500
--nak bayar sewa rm1000
itu belum belanja makan yang kau tiap hari besar aku tengok

hari ni kau bersuka ria kat lost world tu, siap bawak pekerja.
apa pantek!
spa kau tutup.
apa pantek!

Saturday, November 26, 2011

dengki

*jeling mata*
aku tahu dalam hati ada sikit rasa dengki, benci pun mungkin.
tapi dia simpan.

aku boleh dikatakan hampir bertuah.
almost everything yang aku hendak, aku dapat.
sama ada yang aku kumpul sendiri atau yang abah kasi atau aku tebalkan muka pinjam duit abah.
alhamdulillah.

tapi untuk dia aku rasa tidak relevance, macam abah cakap;apa perlunya?

entah lah. mana2 lah.

Thursday, October 27, 2011

ikhlas

apa nak cakap?
sebab kita pun tak tahu orang itu orang ini betul2 ikhlas atau tak
we cant point a finger pun nak tahu tulus ke tak
memang tak tahu
sebab mcm biasa; klise : cuma orang ini orang itu yang tahu dan cuma Allah je yang tahu sebenarnya.

dan yang kita ada; cuma hatred.
kat sudut hati kita, kita rasa banyak orang tak ikhlas.
-- banyak orang cuma show off

*diam*

depan mata pun orang, eh bukan. kita sendiri pun fake. apatah lagi yang lain. apatah lagi bila kiriman post kat wall tu.
-- cuma nak show off

sebab tu aku suka private session
- email
- sms
- bbm
- dua mata
dua mata pun bila dah cukup gagah; akan nampak tak acuh. kalau tak? memang aku bagi kat email, sms, bbm je lah.

entah.
i just hate myself for feeling this way.
cruelty
okbai

Thursday, October 6, 2011

Undilah - MV (Namewee, Afdlin Shauki)

oh yes. memang video ni di-banned. tapi apa yang terucap dalam video inii memang betul. kita sebagai bos negara kita, kena pergi mengundi.


Undilah - MV (Namewee, Afdlin Shauki): A Pete Teo PSA Music Video promoting the vote. Features vocals by Afdlin Shauki, Namewee & Tengku Razaleigh Hamzah and many Malaysians including @Aisehman, Baki Zainal, Bront Palarae, Chelsia Ng, Daphne Iking, Jehan Miskin, Johan F. Khairuddin, Karamjit Singh, Lai Ming, Lee Chong Wei, Nurul Izzah Anwar, Rosnah Abd Rashid Shirlin, Rina Omar, Reshmonu, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Reza Salleh, Tengku Azmil Zahruddin, Tony Fernandes, Wardina Safiyyah, Wee Ka Siong, Yasmin Yusuf, Albert Law, A. Kohilan Pillay, Jason Lo, Mohan, Khalid Samad, Aizat Amdan, Tee Hui Ling, Usha Nandhini, Chia Ting Ting, Nur Farina, Sassi Tharan Rajoo, Nik Nazmi, Tony Pua & David Lai.

Indie band concert at Taylor's, who's in? Faster RSVP!

Indie band concert at Taylor's, who's in? Faster RSVP!: Julie's Share The Love is having its Finale Concert at Taylor's University Lakeside Sunway Campus this Saturday! Featuring indie artists Lab The Rat, Prema Yin, Asmidar and Bihzhu singing the songs you've heard on YouTube. RSVP now!

Tuesday, September 20, 2011

communicate to improve love relationship

Orang kata sesibuk mana pun kita, bertanyalah khabar. Kalau tak sebab nak tanya bini kau sihat ke tak, kau fikir sebab anak kau lah. Takpe, bini kau tak kecik hati pun sebab kalau dia pun, dia akan tanya anak dia dulu daripada suami dia. Haha.

to view full entry - Berkomunikasilah Dengan Cara Apa Sekalipun.

Tuesday, September 13, 2011

fun vlogger, fun video, fun outsider

bukan nak promote, serious bukan.
tapi ini untuk aku seorang yang sangat cepat pelupa. jadi post ni adalah untuk aku sekiranya aku terlupa mana aku bookmark these vlogger. ngehehehe

ryan higa vs higaTV
kev jumba vs jumbafund
chestersee

dan banyak lagi, tapi through these youtube profile, ada link others, so, malas lah nak link banyak2. kikiki

dan bukan aku tak support local vlogger, i do. tapi untuk moment ni, aku tengah layan dorang ni. matlufti, inianwarhadi, shortnap (maria elena), and some others pun aku layan, cumanya aku dah tengok semua video dorang, and at that time, terlupa nak buat post. later okay?

*gelak*

bai!

for our conscious mind

MANA-MANA barangan yang mempunyai 3 TITIK tidak kira corak melintang, 3 segi (satu dia atas dua di bawah) atau 3 titik lurus semuanya adalah produk yang diperbuat daripada kulit babi dan jangan lah kita membelinya.


sandal babi sabrina by knoe


nota sebelah kaki ; aku banyak belajar dengan kak noe ni, through her writing lah. bukan personally. dia bukan kenal aku kot. :D

Wednesday, September 7, 2011

kenapa Rasulullah SAW tidak pernah sakit



a good information untuk aku yang memang terjahil.
rahsia dalam suapan
atau ke link ini
http://perempuanjomblo.blogspot.com/2011/09/rahsia-di-dalam-suapan.html

and this book that i wish to buy;
1. Kenapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit by Dr. Adi Hashman

rm19.90



2. Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang; halal haram

rm8

Tuesday, September 6, 2011


"Aku terima nikah si dia binti si ayahnya dengan mas kahwinnya ..."
Bunyi macam senang? Nah ini erti sebenarnya:

"Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung & bukan lagi ibu bapanya tanggung & aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasiq, dayus & aku rela masuk neraka, aku rela malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badanku."


ya, Allah. permudahkan perjalananku nanti.

Monday, September 5, 2011

nafsu serakah

aku ada satu tabiat buruk.
aku terlalu suka gadget, dan bila yang aku terlebih2 suka, aku mesti nak beli.
masa sekarang duduk dengan abah, ada elaun mara, im afford to buy 1/2 things. tapi bila dah kahwin nanti camna? aku ni dah laa degil. kalau nak, mesti nak. ni elaun pun dah nak abis. acane?

*diam*

ok, ni kira wishlist yang maybe hanya akan tinggal wishlist.
bear with me, please.

1. Ipad 2 with ultra-thin keyboard + smartcover (aku harap aku takkan jenguk apple page lagi, terutama kalau keluar ipad 3)



estimated cost : rm3000

2. Blackberry Bold 9900/9930



estimated cost : rm2500

3. Samsung Galaxy Tab 10.1



estimated cost : rm2000

4. Acer Unveil Iconia



estimated cost : rm3699


5. Sony Tablet



Sony Tablet S 1

estimated cost : n/a



Sony Tablet P

estimated cost : n/a



ini the utmost wanted wishlist gadget. utmost

aku harap aku dah tak terdedah dengan semua benda ni.
*diam*
*pandang kiri*
*pandang kanan*
*telan air liur*

ok, bai.


Friday, August 26, 2011

kerana bagi aku, apalah hijabmu kalau bertelanjang, kalau tutupnya rambut semata, kalau buatnya tanpa solat pengepung dosa? kerana sesungguhnya, ciri2 seperti itulah yang menjadikan aku zalim pada diri sendiri dan agama aku. kerana benci aku pada normaliti memuji luaran tapi tidak dalaman, normaliti berhijab tak solat itu lebih bagus dari bersolat tak hijab-- aku jadi sang bodoh yang menolak hijab.

*pause*

ya hayyu ya qayyum
birahmatika astagheethu
aslihni sya'ni kullaha
wa laa takiluni ila nafsi
turfata 'ainin.


- fynn jamal, 2011

Wednesday, August 24, 2011

Thursday, August 18, 2011

hancur

untuk kebelakangan ini;
aku hancur habis.
money term = yes
life term = hampir
tapi mostly tentang duit.

susah lah nak sembang pasal duit sebab kat dunia ni mana pernah nak ada je duit.

*diam*

pasal kerja pun dah jadi boring. yang susah semua lambak kat aku.
benci.


dan celaka laptop aku ni, pasaipa movie asyik buffering je. fak aa. orang sebelah okay je tengok movie kat situ tu. babi aaa.

Thursday, July 21, 2011

Meg Cabot and some other



















Tuesday, July 12, 2011

12.7.2011

draft malam tadi --> deleted.

ambil ni;
pengajaran untuk kita semua.


Monday, July 4, 2011

Jauh

Makin jauh

Banyak yang dah tak berkongsi dua tiga hari ni
Berdiam

Dia - banyak meluah dalam status bbm
Aku - diam sebab memang tak tahu apa satu pun

Atau mungkin ini cuma perasaan aku?

Friday, July 1, 2011

jodoh dari mana?

credit kak noe yang bukak entry ni.
kenapa aku letak sini?
sebab aku rasa best lah.
+ untuk simpanan aku masa depan. aku ni ada short term memory lost. cepat lupa. dari aku terus lupa, baik aku buat back-up. kan?

nah
jodoh dari mana

and the best part of this entry was the comments. brilianto!


NI PULAK BREASTFEEDING

nota kaki: aku kena kasi anak2 aku minum susu ibu selama 2 tahun paling kurang. tak note, sawwah

Wednesday, June 29, 2011

sawwah uke aqim nyanyi.

last sunday made my holidays worthless.

kasi hadiah dan aku diberi hadiah.

nah~



haqim - suatu pernah (cover)

Friday, June 24, 2011

23

Tak ada rasa apa.
Waima teruja
atau apa
-- kosong

Macam hari biasa;
Rutin normal. Cumanya di awal2 pagi, macam biasa; check hp Ada dua tiga fb notification, satu bbm dari Abah dan kekasih, satu msg Dari mama.
Dan pagi tadi bila bersalaman dengan Abah, dan Ibu, disulami dengan ucapan
Nothing extraordinary

Delay Facebook pun sengaja aku katupkan tarikh hari lahir. Sebab aku nak tengok siapa yang betul2 ingot tanpa bantuan peringatan percuma.
Alah. Tu pun aku tak tutup wall. Kalau tutup, lagi syok. Ni tak, org lain boleh tengok Dan wish jugak.
HAHAHAHA

Next year aku akan katup wall.

Thursday, June 23, 2011

bangun

supaya aku terus bangun.


fynn jamal - pergi

sekali lagi
kau bilang kau mahu pergi
sekali lagi
kau biarkan aku mati
sekali lagi
kau biarkan aku tanpa perasaan
apa kau fikir aku ni haiwan?
tak pernahkah kau tahu betapa aku rindu
apakah kau peduli
apa yang aku tahu
sampai hati kau pergi
sampai hati kau biarkan aku mati!

perasaan yang terlalu menakutkan
perasaan yang terlalu menyeramkan;
aku ditinggal di tepi jalan
aku ditinggal tanpa rakan dan taulan
celakanya perasaan ini
ku fikirkan aku tak akan peduli kau pergi

kau memang lelaki yang harus mati
sampai hati kau biarkan aku begini;
berseorang diri

ini;
bukan yang biasa
ini;
cinta yang ada lainnya
tapi kau tidak pernah merasa
apa yang ku rasa
kau panggil aku gila
bila kau bilang
kau hendak pergi
sampai hati engkau biar ku mati
berapa kali kau laku begini
berapa kali
berapa kali
dan di setiapnya aku tak peduli
bila engkau mengambil pisau
dan menjadi duri di dalam hati ini
biarkan engkau begitu
membuat aku seperti itu

bagaimana hendak aku ceritakan pd semua insan
bila benda yang terjadi pada aku ini;
sudah biasa
sudah biasa diperhatikan
tapi kita
tetap masih mahu menjadi manusia yang bodoh itu
menanti dan menanti
si dia yang bangang itu
mengapa kita biarkan hati ini
kepergian
tersendiri

pesan pada diri ku
jangan jatuh
jangan jatuh
jangan jatuh
jangan jatuh
jangan jatuh
jangan jatuh
jangan jatuh


fynn jamal - jangan jatuh

perasaan yang terlalu menakutkan
perasaan yang terlalu menyeramkan
aku ditinggal di tepi jalan
aku ditinggal tanpa rakan dan taulan

celakanya perasaan ini
ku fikirkan aku bisa berdiri sendiri
terlalu percaya pada kudrat diri
sampai aku lupa yang aku tak mampu berdiri

tapi bukan sebenarnya aku ini tak mahu
bukannya aku tak mahu ditinggalkan seperti dulu
tapi aku sudah dibiasa untuk berada bersama2 kamu
celakalah engkau yang memaksa aku diajar untuk memegang tangan itu
bila dibiarkan aku sendirian--
ah, celaka.

celaka
celaka
celaka
celaka

jangan jatuh
jangan jatuh
jangan jatuh
jangan jatuh

jangan jatuh
jangan jatuh!
jangan jatuh!
jangan jatuh!

semua orang memaksa aku terjatuh2
dan aku bisikkan pada jiwa aku
yang kulit ini tak akan melepuh

ku biarkan siapa-jutanya berada di belakang telinga
ku biar saja;
aku kata aku takkan jatuh kerana dia
aku takkan jatuh semata!

semata dia
jangan jatuh-jatuh

jangan jatuh-jatuh
jangan jatuh-jatuh

jangan jatuh!




pernahkah tidak
kau berada dalam situasi yang kau benci
-- dimana kau terpaksa memakai topeng untukmu setiap hari
pernahkah tidak
kau rasakan seperti engkau terlalu membenci diri
tetapi hidupmu
-- untuk memuaskan hati
pernah tak tidak
kau rasa seperti mahu membunuh setiap yang ada di depan muka
pernah tidak kau rasa sepertinya;
yang kau tak berdaya
pernah tidak kita merasa
pernahkah tidak kita merasa
ini semua kita
-- kerna kita manusia

apakah semua fikir kita tak punya perasaan
setiap hari perlu jagakan hati
-- setiap manusia dan setiap insan
tapi siapa yang mau jaga hati ini?
setiap kali kita membagikan rasa
setiap kali kita memberikan rasa
-- dipijak
dihenyak
dibagikan ke muka
dibagikan kita padankan muka
aku tak mahu lagi seperti begini
tapi bila hidupku sudah pun serasanya mati
-- aku perlu jiwa ini.

setiap hari perlu menjaga semua
setiap hari perlu dikatakan yang aku cinta
pada semua manusia
tapi siapa yang ada untuk menjaga saya
setiap hari hati aku memarahi diri
setiap hari aku membenci
aku tanyakan
aku tanyakan;
siapa yang mahu aku ini?

perasaan somebody who live for other people

Tuesday, June 21, 2011

dicarik aku dari belakang, kiri, kanan
bukan dari depan
bukan secara suluh
bukan secara terang.

--

dia datang lagi.
kali ni aku menyorok belakang dengan meerhati cuma profile dan gambar.
aku bilang 'jangan kau jatuh sebab kau sudah ada untuk berpegang'
dia cuma sekejap
dan perasaan ni akan menghilang

--

dia membingit
bukan terangan
cuma di status bbm
entah apa yang dia pusing dengan aku pun aku tak tahu
tiba2 saja menghentam begitu

aku panas
tapi aku pandangkan kata2 kakak, dan aku senyap.
biar lah.

Friday, June 17, 2011

Jentera Tepi Jalan Perak

ok. terus saja. tak perlulah aku berulam cita di sini.

aku mahu cari sesiapa yang sudi meringankan tulang, sedekahkah kudrat tanpa sebarang bayaran untuk menjadi bala tentera jentera perak menjayakan projek konserto fynn jamal.

apa benda projek konserto ni?
kau jangan jadi malas. nak aku suap semua. cuba baca sini; projek konserto

macam mana boleh terdatang idea untuk adanya projek ni? kau baca sini pulak; projek kesian dan aku mau cari siapa yang mau bantu aku

KAU WAJIB FAHAM projek konserto SEBELUM KAU MAU JADI SAYAP AKU.

kalau mahu, kau pm aku kat sarahmeaysnm

notakaki: aku akan kasitau apa jobscope dan rancangan2 lain kat post lain nanti. terima kasih.
sayang korang!

Tuesday, April 12, 2011

kemam

*tarik nafas*
*hembus perlahan*

*diam*

banyak benda yang dah jadi sejak kebelakangan ni; baik dugaan juga yang mendatangkan senyuman.

dengan kes practical yang tak mendatangkan hasil lagi sedangkan cuma tinggal dua tiga hari saja lagi due date untuk konfermasi tempat. semua masih senyap. ada satu, dua yang turn down. yang bersuara pagi2 cuma company dari kl. susahnya nak mencari company kat ipoh ni.

dengan berita mengejut meragut hati yang baru aku dapat petang tadi.

*diam*

ada alasan kenapa dia buat aku camni. tak sampai hati katanya. semua berpakat sembunyikan dari aku. tapi, tak apa lah. bukan tak jumpa langsung, kan? dua tahun je. pejam celik dah habis. tapi, walimatulurus aku nanti, aku rasa dia tak dapat datang. tak ‘kan nak paksa dia turun ke sini. tak bertimbang rasa untuk aku paksa datang dari jauh. kalau dia dalam malaysia, tak apa.

aku kena set mental dan fizikal untuk terima dan telan semua ni sekaligus. jangan bertangguh2.