Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Kes Siamang Gigit Budak - Baru 2 Minggu Lepas Pergi Zoo Melaka

Malam tadi tengok Buletin Utama, sangat terperanjat bila sekor siamang (spesis beruk) dalam Zoo Melaka gigit sampai parah seorang budak. Saya dengan hasben berpandangan sekejap. Terkejut sebab baru 2 minggu lepas kitorang bawak anak-anak pergi Zoo Melaka.

Kalau kejadian ni berlaku masa kitorang pergi, tak tahu nak cakap apa. Lepas ni memang tak jejak lagi mana-mana Zoo kot. Saya pulak yang trauma.Nasib baik Khair & Khayra sempat tengok binatang-binatang kat Zoo. Tunggu la beberapa tahun lagi baru boleh pergi Zoo lagi kot.

 Detik-detik cemas bila siamang tu mula menggigit.Budak ni budak yang pertama kena gigit disusuli Adik Muhammad Afieq.

MELAKA: “Saya perasan siamang itu melompat-lompat atas jalan sambil mengejar beberapa pengunjung. Saya sangka ia jinak dan memang dilepaskan untuk hiburan pengunjung zoo menyebabkan kami tak bimbang menghampirinya.

“Bagaimanapun, sebaik menghampiri haiwan itu berpusing dan menerkam lalu menggigit kuat betis kanan kaki anak saya yang sedang didukung,” kata Kamarul Baharin Othman, 37, yang anak lelakinya, Muhammad Afieq Haziq, 3, parah akibat betis kanannya digigit seekor siamang hingga terkoyak dan menampakkan tulang ketika melawat Zoo Melaka di Ayer Keroh di sini, kira-kira jam 2.30 petang, kelmarin.

Difahamkan kejadian itu berlaku selang 15 minit selepas haiwan sama menggigit kaki kanan seorang kanak-kanak perempuan, Nurul Zukrina Abdul Hadi, 5, yang berkunjung ke zoo itu sempena cuti sekolah bersama keluarganya dari Pekan, Pahang.


Difahamkan juga kanak-kanak terbabit hanya luka kecil dan menerima tiga jahitan di Hospital Melaka (HM) sebelum dibenarkan pulang. Bapanya enggan ditemu bual berhubung kejadian itu.

Menurut Kamarul, kejadian itu disedari isterinya yang menjerit kuat apabila melihat siamang berbulu hitam, seberat kira-kira 38 kilogram itu menggigit kaki anak keenam daripada tujuh beradik itu.


Katanya, mereka sekeluarga singgah di Zoo Melaka kira-kira jam 12.30 tengah hari.


“Apabila sampai di kawasan siamang itu, kami lihat ramai pengunjung dan saya mendukung Muhammad Afieq sambil diikuti lima anak lain serta isteri yang turut mendukung anak bongsu kami.

“Saya sangka siamang itu jinak kerana tiada papan tanda amaran atau petugas zoo berkawal di kawasan itu. Malah, haiwan itu kelihatan tidak bahaya dan melompat-lompat sambil mengejar pengunjung lain sebelum dia berhenti seketika.


“Ia kemudian berada di kiri saya dan tiba-tiba terus berpusing. Saya tak perasan pada mulanya, namun isteri menjerit kuat mengatakan kaki anak kami digigit dan serentak itu anak menangis kuat,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka kira-kira jam 1 pagi, semalam.

Kamarul berkata, serentak itu dia memegang kepala siamang itu dan cuba mengerak-gerakannya, namun haiwan itu enggan melepaskan gigitannya.


“Saya yang terperanjat jadi panik dan tidak berani menyentap kepala siamang itu kerana bimbang luka pada betis anak lebih parah. Seorang pengunjung lelaki pantas menyepak badan siamang itu hingga gigitannya tercabut dan saya terus mencampaknnya sekuat hati.


“Dalam keadaan anak menangis dan darah keluar dengan banyak hingga mengenai baju dan seluar, saya berlari ke arah kaunter tiket sejauh kira-kira 1.5 atau dua kilometer untuk mendapatkan bantuan sambil menjerit meminta pengunjung ke pejabat pentadbiran.


“Petugas zoo muncul memberi bantuan dengan mencuci dan membalut luka anak saya sebelum kami dibawa ke klinik kesihatan berdekatan,” katanya yang tinggal di Taman Seri Andalas, Klang, Selangor.


Menurutnya, dia kesal kerana mendakwa tiada petugas zoo di tempat haiwan itu untuk memberi sebarang bantuan kepada pengunjung ketika kecemasan.


“Sewajarnya ada petugas di setiap lokasi haiwan berkenaan supaya mudah orang ramai yang mengalami kecemasan mendapatkan bantuan. Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada pihak zoo yang membantu membawa anak ke klinik kesihatan dan seterusnya ke HM untuk rawatan,” katanya.


Menurutnya, setiba di wad kecemasan, anaknya diperiksa dan dirawat doktor sebelum menjalani pembedahan selama tiga jam bermula jam 9 pagi dikendalikan pakar bedah tulang dan pakar bius.


“Alhamdulillah anak saya makin sembuh dan doktor memberitahu dia perlu rawatan susulan setiap hari sehingga benar-benar sembuh. “Selepas itu anak saya perlu menjalani fisiotrapi supaya dapat berjalan seperti sedia kala,” katanya yang merancang memindahkan anaknya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.


Sementara itu, isterinya, Anita Leman, 35, berkata kejadian itu menyebabkan mereka sekeluarga mengalami trauma yang teruk.


“Sampai tujuh keturunan saya tidak akan bawa anak ke mana-mana zoo,” katanya.


p/s : Moga menjadi iktibar kepada semua. Harap, Adik Muhammad Afieq cepat sembuh....

Khayra Nur Rania dan Khair Amsyar

Brrp! Alhamdulillah..Baru lepas melantak dua pinggan nasi lemak telur mata. Lebihan meeting kat ofis tadi. Bertambah - cantik, menarik ko memang tembam lah.

Minggu depan Kakak dah masuk 3 tahun. Insyallah 19 Disember ni birthday Kakak. Hari tu plan nak cuti nak pergi KL time beday tu. Nak jumpa kawan-kawan yang kerja kat KL, pastu bawak Kakak jumpa dengan Ibu An. Ibu An tu pernah jaga Kakak masa duduk kat Taska Mara.Dari umur 4 bulan sampai 1 tahun 4 bulan Ibu An jaga Kakak. Lepas tu terpisah sebab kitorang pindah Melaka.

Kalau takde pape aral mungkin pergi. Tapi belum betul-betul decide lagi. Cuti pun lom apply T_T

Sambil-sambil taip ni, teringatkan anak-anak kat taska tu. Minggu lepas, pas abis meeting kat Seri Negeri, singgah taska kejap. Selalunya saya datang lunch hour, time tu Kakak tengah tidur. Tapi masa tu datang awal pukul 11.30 pagi. Kakak dengan adik baru lepas makan tengah hari. Dak Adik, walaupun baaru je pas makan, bila disuakan dengan susu mak dia ni, tanpa berfikir panjang terus baring kat riba.

 Muka ceria dua beradik. Apa yang sama diorang ni? Yang saya tengok senyuman Kakak & Adik sama.Alahai anak mama. Dahi Kakak yang benjol. Kakak sendiri tak tahu dia kena apa boleh benjol tu. Bila tanya kawan buat, dia kata Aidid buat, bila cakap langgar pintu ke, dia cakap langgar dinding kat toilet. Tak tahu mana satu yang betul. Dia ikut balik jawapan yang kita bagi. Kalau tak bagi pilihan jawapan, Kakak tak tahu nak jawab apa, boley.

 Kakak yang sangat sayang kat Adik. Adik pun sayang Kakak. Suka bila tengok diorang ni berpeluk-pelukan.

Mata Kakak lagi sepet  dari Adik. Adik ni pesen bulat sikit. Saya rasa Adik boleh beat ketinggian Kakak tak lama lagi. Kakak ni rendang je, kawan-kawan dia yang lain semuanya tinggi dari Kakak.

Oklah, nak pergi taska jap. Cherio!

Campak-campak Je, Terus Jadi Kek Coklat

Sabtu petang, lepas bawak anak-anak jalan-jalan pusing taman, tiba-tiba jadi rajin nak baking cake.Konon lah... Rajin sebab guna tepung kek segera. Heeee. Hari Jumaat pergi Mydin Hypermarket, Ayer Keroh, nampak tepung kek ni.Rasanya dah lama tak menggunakan khidmat oven kat dalam stor tu. Rasanya dekat 2 tahun jugak oven tu tak berasap.Apalagas, terus sambar lah itu tepong.

Bahan-bahan yang perlu kita tambah sendiri hanya telur, susu pekat manis, mejerin / minyak masak & air panas.
 Ini dia tepung kek DRosni. Ada pandan flavour, butter & coklat. Saya pilih coklat sebab kat kepala ni dah nampak yang laki ai memang giler dengan kek coklat.Cuma wife dia ni je yang "rajin" tak buat kek T_T

 Mula-mula amik 3 biji telur. 

 Pastu pukul telur dengan garfu je. Pukul dalam masa seminit. Selamat mixer kat dalam kotak tu. Bertambah karat lah kamu.

 Lepas pukul lebih kurang, pastu campakkan tepung kek. Bagi dia mesra sesama mereka didalam tu ye.

Lepas dah beramah mesra, masukkan 3/4 susu manis. Mesrakan lagi.

 Lepas tu baru masukkan 3/4 majerin dan 3/4 air panas. Disebabkan kat rumah takde majerin, saya guna minyak masak. Itu dibenarkan dalam undang-undang kek ni ye.

 Dah setel semuanya, kita carik loyang dan lenserkan dengan butter/majerin. Tuang adunan tadi dan sedia untuk direntungkan. Oven tu jangan lupa bagi panas dulu. 

 Inilah rupa kek saya yang senget sebelah.Ini disebabkan dah lama sangat tak guna oven tu, so tak perasan yang saya heat untuk bahagian atas. Sepatutnya atas bawah. Bila dah 20 minit bakar, baru mak perasan nok. Masa tu atas kek dah garing.Pergh! Cepat-cepat adjust balik bottom & top. Bahagian bawah baru nak naik, tapi tersekat sebab top dah garing dah. Jadilah kek senget sebelah T_T

Kita siapkan topping pulak. Pun dah ada dalam peket tepung kek tu. Just masak je. Dah siap,kita tuang je atas kek.Tengok tu melimpah ruah.

 Inside. Gebu lah jugak.Kakak siap nyanyikan lagu birthday untuk mama. Dia ingat mama buat kek sebab dah harijadi.

Jemput makan kawan-kawan. Sedap makan time berasap.Rasanya sedap, moist. Tapi saya rasa kalau letak shortening lagi sedap kot, lemak-lemak sikit.Tapi termanis pulak. Pasni boleh kurangkan susu manis kalau nak buat lagi.

Ombak Rindu Maniac

Hari Jumaat minggu lepas dah tengok Ombak Rindu kat MBO. Macam yang saya bebelkan, novel Ombak Rindu tak pernah lagi saya baca. Sekarang tergedik-gedik nak habis novel 563 mukasurat tu. Pinjam kat Aini dari hari Isnin hari tu. Sampai sekarang belum habis lagi.

Almaklum emak anak dua ni. Banyak sangat iklan time baca. Kalau baca kat rumah confirm 5 page je, mesti anak-anak kacau. Mintak itulah, nak makan lah, nak ber*k lah. Tutup balik novel.Sekarang ni ada modal nak membaca time traffic light.
Itu dia, novel Ombak Rindu pinjam.

Sempat ko membaca time ni nok. Sambil mata tu melilau tengok nombor. Kang dah hijau kena hon tak memasal.

Kat ofis baca gak. Tapi tak kusyuk sangat. Budak-budak ofis suka kacau bila tengok saya nak bergenang air mata. Tapi walaupun baca sambung-sambung, tapi tetap ada feel. Kalau tiba-tiba ada orang call - time tu lah aku nak nangis - boleh sambung nangis balik bila start baca.Hahaha. Lorat mak.

Kat rumah, sebelum tidur dapatlah baca beberapa page lagi. Nasib baik laki ai sporting. Dia layan anak-anak dulu, bagi saya feeling baca novel.Tapi gambar tu bukan gambar saya.... T_T
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Itu gambar orang yang tidak mahu dikenali. Dia pun layan jugak.Suwiiitt..hehehehehe...
Orang yang tak mahu dikenali itu baring bersama seorang perempuan yang tidak mahu dikenali jugak. Siapakah mereka? Takpelah, identiti mereka terpaksa dirahsiakan ;)

Nak ajak hasben tengok wayang citer Ombak Rindu. Tapi tunggu je lah Astro First. Hari tu saya masuk lambat 15minit. Tengok-tengok  Izzah dah kena paksa layan Hariz. Tak nak citer lebih-lebih kat hasben, nanti dia dah tak feel bila tengok Ombak Rindu tu sebab dah tau jalan citer. Sekarang dia tengah baca novel pulak, ala sama je dia dah tahu jalan citer. Ooops! saya terpecah rahsia ke?.....

Aktiviti Berbayar Di Hujung Minggu

Aktiviti hujung minggu.

Dah lama tak bawak Kakak & Adik pergi Play Land kat Jusco Melaka. Hari tu seminggu atau 2 minggu sekali kena bawak Kakak. Almaklum budak-budak sekarang ni ingatan dia kuat. Selalu remindkan dengan mama & papa bila nak pergi tempat lompat-lompat lagi.

Kalau dah selalu diremindkan , nak tak nak kenalah bawak. Tapi janji kena tolong mama kemas rumah, jaga adik, makan kena habiskan and bla,bla,bla.Kakak memang patuh.Lately ni banyak pulak majlis nak kena attend. So, Kakak pun dah terlupa nak pergi kat tempat-tempat macam tu. Sekali masuk RM8.00 T_T

Kakak dengan Terowong Ajaib

 Kat taska pun ada rumah macam tu. Tapi kalau dah nama budak, semua benda baru dia nak main.


Adik yang kontrol hensem. Tak minat lagi main benda-benda macam ni. Saya perasan yang adik ni pemalu sikit kalau ada ramai orang. Mesti nak melekap je. Kalau orang yang dia dah kenal, ok la. Lari sana, lari sini. Penat nak kejar. 

Jengah Kakak yang main pondok-pondok sorang-sorang.

 Aih?! Mana Kakak ni? Hilang dah. Tadi ada..

 Apa benda yang diorang tengok tu. Adik still maintain macho tak nak masuk rumah tu. Konon.

Sebenarnya dalam rumah tu dah ada budak lain masuk. Kakak segan, so dia pun keluar. Tapi jengah kat tingkap je la dengan Adik.

 Macam nak geget je tengok budak ni. Geram!

 
 
Masa ni 1st time pergi Play Land. Sepatutnya kena pakai jeans. Dah pakai skirt ni asik ternampak je lah yang belah dalam tu. Sori ye Kakak.



Mama dengan Adik jadi penunggu setia Kakak yang nak mencuba setiap permainan kat dalam tu.Pena tunggu. Papa tukang amik gambar. Adik yang sangat manja.

Sukaa sangat gambar ni!!

Itulah aktiviti kalau weekend. Lepas ni nak ajak Kakak bawak basikal kat Taman Rekreasi pulak lah. Tengok dah pandai sikit-sikit kayuh. Kena bagi tempat yang luas untuk Kakak berlatih. Kat dalam rumah yang terhad tu manalah puas Kakak nak berkayuh kan.

Air Asia 10 cents Sale

Wow!! Mari-mari..kita naik kapalterbang dengan rege seposen.Hahahaha.


AirAsia 10 cents Sale !! 8-11 December 2011

Booking Period : 00:00 8 Dec to 11 Dec 2011
Travel Period : 1 July to 27 Oct 2012

Fly from Kuala Lumpur to

Penang
Kuching
Kota Kinabalu
Kota Bharu
Medan
Bali
Jakarta
Bangkok
Singapore
Hanoi
Hat Yai
Phuket
Langkawi

Dah boleh nak pujuk papa pergi jalan-jalan tahun depan.Papa...jom kita pegi Langkawi tak pun Phuket..oopps! ada orang takleh kuar negara la..haih...

Tote Boutique Giveaway

Jom kawan-kawan kita join Tote Boutique Giveaway Cik As!

WordLess Wednesday - Budak Kotak

Artikel : Bersalin Selepas Dua Hari Meninggal Dunia

Hari ni saya nak share artikel yang menyentuh naluri saya seorang ibu. Aduhai sangat sedih. Setiap kejadian ada yang tersirat yang Allah berikan. Artikel ini tak beritahu waktu kejadian.Semoga kita semua dilindungi oleh-Nya.



Seorang ibu yang disahkan meninggal dunia namun melahirkan bayi yang sempurna. Kejadian luar biasa ini menggemparkan dunia kedoktoran. Berita ini menjadi bahan perbincangan bidang perubatan.

Mahmoud Soliman suami yang berumur 29 tahun tidak pernah membayangkan boleh menghadapi kesedihan dan kebahagiaan menjadi satu. Isteri yang dicintainya Jayne Soliman 41 tahun, pergi untuk selamanya. Dan sebagai gantinya, dia mendapat seorang bayi perempuan cantik yang dilahirkan dari rahim isterinya.

Yang mengharukan, Aya Jayne demikian nama bayi tersebut, dilahirkan DUA HARI setelah Jayne disahkan meninggal dunia akibat otaknya tidak berfungsi lagi. Hasil bantuan hospital, Aya dilahirkan dengan selamat. 




Sebenarnya kehamilan Jayne tidak mempunyai masalah. Namun di usia kehamilannya yang mencapai 25 minggu, tiba-tiba dia pengsan setelah mengeluh sakit kepala. Mahmoud dengan segera menghantarnya ke Hospital John Radcliffe di Oxford. Namun beberapa jam kemudian,doktor menyatakan otak bekas atlit ski ais nasional Britain ini sudah mati.

Doktor cuba membantu jantung Jayne agar tetap berdenyut dengan pelbagai peralatan. Upaya ini dilakukan agar bayi yang berada di perut Jayne dapat ditolong. Jayne diberi dua dos besar steroid, sehingga jantung bayinya boleh berkembang. Dan akhirnya, Aya Jayne pun lahir dengan selamat melalui pembedahan.

Selepas keluar dari rahim Jayne, Aya diletakkan di perut ibunya untuk memberi sedikit masa bagi keduanya untuk bertemu. Selepas itu Aya terus dimasukkan ke unit rawatan intensif. Mahmoud diberi kesempatan untuk mengucapkan selamat jalan kepada isterinya, sebelum akhirnya doktor mematikan peralatan sokongan hidupnya.

Perkataan “Aya” berasal dari bahasa Arab yang bermaksud “KEAJAIBAN”. Itu merupakan nama yang dipilih Jayne semasa hidup.


Speechless T_T
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...