Happy Belated Birthday Khayra Nur Rania
Hai kawan-kawan.
Alhamdulillah kesihatan saya semakin baik. Dapat MC seminggu lepas keluar wad. Thanks kat kawan-kawan yang mendoakan saya. Baby dalam perut ni memang aktif. Tak nampak macam ada pape masalah. Tapi hakikatnya hanya Allah yang tahu.Takmo cerita sedey-sedey dulu.Kita simpan untuk next entry.
Nak story-mori pasal beday Kakak Khayra masa 19 Disember 2011.Nak masuk tahun 2012 baru nak publish.Sori yer Kakak.Alhamdulillah puteri sulung saya Khayra Nur Rania dah 3 tahun. Sob...sob..sob..sangat pantas masa berlalu.Khayra nak dapat lagi adik insyallah bulan Februari 2012 nanti.
Dua orang budak yang gumbira lepas tengok wayang.
Sempat ajak main hide & seek dengan mama.Beday girl yang ceria.
Favorite. Mesti nak naik.
Last-last Kakak je yang berani. Dulu Kakak pun takut macam Adik.Dah besar ni berani lah.
Khayra Nur Rania and Khair Amsyar
As usual, mesti singgah kat Play Land ni.
Makan kat SR. Adik pun dah terlelap balik. Tak bawak stroller, guna Jusco punya. Pilihan yang bijak.Heee.
Papa order.
Mama belanja :)
Tiket wayang tadi.
Kakak yang sangat manja dengan Papa.
Chocolate Indulgence untuk Kakak.
Happy 3rd Birthday Kakak!
Sedaap..!
Oreo Cheese untuk Mama. Kek papa dah lupa, apa ntah.
Spaghetti for kid untuk lunch Kakak hari tu.
Tengok tu, tersenyum. Favorite Kakak.
Sangat menyelerakan
Portion yang besar.Jemput makan...
Masuk dalam troli pulak. Takpelah Kakak, troli pun troli lah.
Adik lena diulit intan.Ngantuk sangat.
My Lil Hero dah bangun. Makan ye sayang.
Alhamdulillah, Kakak dah besar.
Khayra seorang Kakak yang baik. Bila adik nangis, Kakak datang pujuk. Rajin bila mama suruh tolong sesuatu. Kalau nampak ada benda kotor kat lantai, cepat-cepat amik penyapu.Walaupun Kakak sapu tak bersih, tapi mama tahu Kakak rajin tolong mama.Kadang-kadang buat perangai macam budak kecik, tapi mama faham Kakak nak perhatian lebih.Cakap dah makin keletah. Mama suka berborak dengan Kakak.
Mama doakan Kakak membesar dengan bijak, tolong jaga adik-adik nanti, diberi kesihatan yang baik, hormat orang tua, dan cepat-cepat belajar membaca.Mama, Papa & Adik Khair sangat sayang Kakak.MMMUUUUAAHH!!!
Happy 3rd Birthday - Khayra Nur Rania