Assalamualaikum....
Hari ni nak berkongsi mengenai tempat makan yang best di Bandar Baru Bangi. Nama kedainya Austin Steak House. Restoran ni terletak di Taman Kajang Impian kat area Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Deko dalam kedainya bercirikan koboi. Cantik dan cozy kedainya. Pada aku servisnya sangat bagus. Layanan sangat baik. Pesanan pun cepat sampai. Untuk rasa, sama standard dengan kebanyakan restoran yang menghidangkan western food. Paling best, harganya sangat berpatutan. Malam tadi kami order spagetti, sizzling steak, fish and chip, chicken chop, chicken golden dan 5 jenis air buah hanya RM65 saja. Berbaloi-baloi kan. Selalu tu harga makanan memang standard kat mana-mana kedai pun. Tapi harga minuman yang macam tak masuk akal. Pada aku macam melampau pulak harga minumannya. Tapi kat kedai ni, aku sangat berpuas hati dengan harga minumannya.
En. Asben punya Sizzling Steak. Berasap-asap lagi. Gambar makanan lain aku tak snap pun. Bukan sebab tak sabar nak makan. Tapi sebab en.asben dah jeling he..he.. Sebelum dia cakap aku annoying lebih baik aku simpan kamera dalam beg.. ha..ha..
Air buah dia dalam gelas besar. Berbaloikan dengan saiz gelas yang macam ni dengan harga RM3 saja. Milo ais dengan saiz yang macam ni pun cuma RM2 saja. Aku order air limau asam boi. Sedap betul.
Az order spaghetti. Banyak portion dia. Cheese pun banyak. Pulak tu dia punya order yang sampai dulu. Memang geram ajelah kita orang tengok. Apalagi, memang seorang-seoranglah dok tumpang rasa he..he.. Itu pun tak habis juga spaghetti dia. Kita orang nak habiskan pun masing-masing dah ketat perut.
Kalau teringinkan western food untuk harga yang berpatutan di Bandar Baru Bangi, pada aku, inilah tempatnya. Wah.. aku promote macam malam tadi dapat makan free kat kedai tu kan.. He..he.. walaupun kena bayar sendiri tapi perkara yang baik memang seronok untuk di kongsi.
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.
Monday, April 29, 2013
Friday, April 26, 2013
Tak cukup bahan..
Assalamualaikum..
Kelmarin aku tak tahu nak masak apa. Lepas dah fikir-fikir aku pun masak ayam sweet sour. Ambil ayam bahagian isi, potong kecil-kecil dan goreng celup tepung. Kemudian buat kuah sweet sour dan tuangkan atas ayam tu. Anak-anak kata sedap. Berselera semuanya makan. En.asben balik kerja tanya aku masak apa. Aku pun cakaplah ayam sweet sour. So dia pun tanya, mana nenasnya? Aku jawab nenas takde. En.asben kata kalau takde nenas bukanlah ayam sweet sour ha..ha..
Semalam aku masak ikan masak kicap. Bosan nak makan sayur goreng aku buat gado-gado. Ha..ha.. bukan gado-gado original sebenarnya tapi bahan-bahan dia macam nak jadi gado-gado. Aku goreng kentang, aku goreng tempe, aku rebus telur, aku potong timun dan hidang. Atasnya aku letak sos cili. Sedap aje anak-anak makan. Untuk en.asben aku dah asingkan dalam pinggan lain tapi tak letak sos atasnya. En.asben buka tudung saji terus cakap, eh, you buat gado-gado eh? Aku pun beria mengangguk sebab tak sangka pulak dia pun tahu aku ada hati nak buat gado-gado. Dia pun tanya mana kuah kacangnya? Aku cakap kuah kacang takde, ganti dengan cili sos.
Bila aku cakap macam tu memang terus keluarlah ayat dia nak kutuk aku. You memang suka masak tak cukup bahan eh? He..he.. sabar ajelah aku. Itulah jadinya bila tak plan nak masak apa. Teringin nak buat itu ini tapi guna bahan-bahan yang ada kat rumah aje. Lain kali kalau ada hati nak buat ayam sweet sour tapi takde nenas aku cakap aje itu sambal ayam. Tak payah nak mengada-ngada nak cakap ayam sweet sour he..he.. Kalau teringin nak buat gado-gado tapi tak kuasa nak buat kuah kacang, aku cakap aje goreng tempe cicah sos. Tak payah nak beria cakap gado-gado. Habis cerita. Takdelah aku kena kutuk ha..ha..
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

Wednesday, April 24, 2013
Bab akhir..
Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. sekarang ni aku sedang giat (err.. giat sikitlah he..he..) menulis manuskrip ke-3. Setakat ni sudah memasuki bab yang ke-6. Idea tu kadang-kadang tajam. Selalunya, tumpul hu..hu.. Walaupun baru merangkak ke bab yang ke-6 dan masih jauh lagi untuk menaip perkataan TAMAT tapi idea untuk bab yang terakhir sudah berada di dalam kepala. Ketika iron baju pagi tadi, macam bersusun idea tu datang. Satu persatu ayat tu menjelma dalam kepala. Sudah terangka bagaimana aku mahu menulisnya nanti. Bagaikan orang angau bercinta, aku tersenyum-senyum sambil iron baju pagi tadi. Macamkan baru dapat habuan yang besar. Begitulah bermaknanya setiap idea yang terilham di dalam kepala buatku.
Bila bab awal dan bab akhir sudah ada, nampaknya selepas ini aku kena isikan tempat kosong di antaranya untuk menyiapkan cerita. Di peringkat awal, selalu sangat aku rasa payah untuk menyiapkannya. Kadang-kadang bukan main bersemangat nak menghabiskannya. Kadang kala semangat tu luntur tiba-tiba. Kadang-kadang seronok untuk menyiapkan bila idea mencurah-curah datang. Kadang-kadang jemu dan bosan untuk meneruskan bila idea tak kunjung bertandang. Tapi satu yang pasti, segala kepayahan akan jadi indah bila ianya siap nanti. Semoga perjalanan manuskrip ketiga ini akan dipermudahkan hendaknya. Semoga aku tak kalah dengan semangat yang luntur. Tak pernah jemu dan bosan dengan ketandusan idea.
Bila terjumpa nota lama untuk 2 manuskripku yang lepas, aku selalu tersenyum sendiri. Tak sedar, semua nota-nota itu walaupun yang tercatit pada secebis kertas menjadi kesayanganku.Teringat bagaimana aku memerah otak untuk menyiapkan setiap manuskrip. Teringat bagaimana ilham itu datang. Teringat bagaimana aku pening merangka jalan cerita, untuk mengolah dialog, untuk membina konflik, untuk memikirkan logik, untuk mencipta watak, untuk mereka suasana, untuk mewujudkan rasa. Pening memang pening. Tapi seronoknya lagi indah untuk aku kenang.

Tuesday, April 23, 2013
Beringat..
Assalamualaikum..
Dalam satu program agama di radio, aku pernah mendengar ada ustaz ni berkata, jangan kita hina orang yang menjadi pencuri atau peragut. Tapi kita kena bersyukur kerana disebabkan Allah memilih dia menjadi pencuri atau peragut, kita tidak menjadi pencuri dan peragut. Begitu juga dengan perkara-perkara yang lain. Bila sesuatu perkara atau musibah itu menimpa orang lain, jangan kita berasa seronok sangat. Kita patut bersyukur kerana kalau ianya tidak menimpa mereka, mungkin ianya akan menimpa kita. Dari situ aku mendapat satu pengajaran yang berguna. Ianya mengenai, kalau tak dia, tentu saja kita.
Hari ini aku mendapat berita yang sedikit kurang enak. Ianya tidak terkena pada diriku. Tapi terkena pada seorang yang aku kenali. Aku sendiri tidak tahu kesahihan cerita. Tapi untuk mencari kebenaranya aku tidak tahu mahu merujuk pada siapa. Ini kerana aku sendiri tidak tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. Sudahnya aku memilih untuk berkecuali. Dalam pada berkecuali tetap juga aku mengurut dada. Dalam pada bersyukur aku terfikir sendiri. Kalau ianya boleh terkena pada dia, tak mustahil perkara yang sama boleh terkena pada diriku. Satu pengajaran yang aku dapat ialah, aku perlu beringat.
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

Monday, April 22, 2013
Anak I...
Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. hari ini umur anak daraku dah mencecah 14 tahun. Happy Birthday Han Sayang! Semoga rahmat Allah sentiasa ada untukmu, puteriku. Puteri tunggal kami yang menjadi kesayangan ayahnya. Dah namanya anak ayah kan, makanya tengah malam tadi en.asben dah awal-awal tanya kat aku. U dah wish anak I dah? I dah. Amboi, bukan main lagi kan. Wish anak dia on time. Siap eksyen dengan aku lagi he..he.. Pagi tadi sebelum keluar pergi kerja pun masih nak tanya lagi pada aku U dah wish anak I.. he..he.. Alhamdulillah.. mestilah dah. Sedangkan Is dan Az pun tak lupa nak wish pada kakaknya. Takkanlah aku lupa nak wish pada anak aku sendiri.
Kadang-kadang aku rasa macam aku ni mak tiri pada anak kandung sendiri ha..ha.. Mana tidaknya, en.asben tak pernah sebut anak U atau anak kita bila bercakap tentang anak-anak. Kalau cakap dengan orang luar tu lainlah. Ini cakap dengan aku pun guna anak I. Semuanya mesti anak I. Kalau aku memang selalu sebut anak U bila cakap pasal anak-anak dengan en.asben. Tapi en.asben mesti akan cakap anak I. Memang dia takkan sebut anak U. Rasanya macam tak pernah. Macam anak tu anak dia seorang kan he..he.. Tapi dalam rasa macam mak tiri sebenarnya aku rasa sangat istimewa bila dia cakap macam tu. Macam sweet sangat bunyinya.
Semalam kami keluar pergi makan kat The Manhattan Fish Market di Alamanda untuk celebrate birthday Han. First time sebenarnya kita orang makan kat situ. Bila baca review, ramai yang kata portionnya besar. So kami pun takut nak order banyak-banyak. Tapi nampakya portionnya macam kecil bagi kami he..he.. Siap dah habis makan terpaksa tambah order lagi. Sebab rasa macam tak cukup pulak. Bila dah tambah order terpaksalah menunggu pulak. Bagi aku best aje makan kat situ. Tapi en.asben cuma bagi 3 bintang out of 10. Tak kena dengan seleranya kut. Sebenarnya 2 bintang aje dia bagi. 1 bintang tu tambahan sebab meja kita orang mengadap air pancut kat luar kedai ha..ha... So anak-anak pun dah tahu. Nampaknya, lepas ni susah sikitlah kita orang nak ajak en.asben makan kat situ lagi.
Lepas makan kononnya nak pusing-pusing Alamanda. Sebabnya jarang benar kami keluar jalan-jalan macam tu. Selalu kalau keluar mesti sebab nak cari barang. Kalau saja-saja nak keluar memang takdelah. Tak bandar betul kami ni kan he..he.. Tak reti nak melepak kat shopping complex. Bila dah tak biasa, semua pun macam tak enjoy nak jalan-jalan takde tujuan macam tu. Sudahnya semua lebih sibuk nak ajak balik. Bagus betul. Keluar rumah pukul 11 lebih. Pukul 1.30 semua dah ajak balik. Itu pun dah campur dengan masa makan. Memang kami ni homely type. Lepak kat rumah lagi best. Ambil bantal, on aircond, baring depan tv, turunkan langsir dan layan mata he..he.. heaven rasanya. Alhamdulillah.
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rakmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.

Friday, April 19, 2013
I love writing...
Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. untuk pagi jumaat yang indah lagi barakah.
Adakala, dalam ada banyak cerita yang ingin ditulis, hati melawan untuk berkongsi cerita. Adakala juga, bila hati terasa mahu bercerita, idea nak mengarang tak timbul-timbul pula he..he.. Namun aku amat bersyukur bila dapat menulis. Bila menulis aku dapat rasakan kepuasannya. Mungkin, menulis adalah minatku yang sebenar. Minat yang dapat mengisi masaku. Jadinya, bila dapat menulis ianya memberikan aku satu kepuasan.
Ada orang yang nak baca penulisanku, aku rasa seronok. Takde orang nak baca, aku baca sendiri he..he.. Apa yang penting dapat menulis. Begitu juga dengan penulisan untuk manuskrip. Bila terlalu memikir, menulis jadi stress. Bila menulis kerana memenuhi minat, menulis jadi lebih seronok. Aku pula jadi puas. Dapat royalti, Alhamdulillah. Jika tidak, aku dapat puas. Boleh diterbitkan, Alhamdulillah. Jika tidak aku masih rasa puas. Orang berminat Alhamdulillah. Jika tidak, aku tetap puas dapat menulis sebab I love writing so much.

Wednesday, April 17, 2013
ALLAH belum nak beri...
Assalamualaikum..
Sebagai manusia biasa yang punya banyak kekurangan diri, amat sukar untuk kita menerima sesuatu kenyataan yang tidak berpihak pada diri kita. Sebagai manusia biasa yang imannya tidak cukup kuat, amat payah untuk kita bersabar dengan perkara yang sudah tertulis untuk kita. Sedangkan, menerima kenyataan itu perlu. Bersabar itu dituntut. Memujuk diri untuk menerima takdir dengan sebaiknya adalah lebih baik dari terus melayan rasa berduka cita yang tidak membawa sebarang kebaikan.
Bila sesuatu rezeki itu tidak menjadi milik kita, kita selalu cenderung untuk menunding tangan menyalahkan orang lain. Terus tersemat dalam hati, sebab dia, kita tidak memperolehinya. Bila sesuatu perkara tidak berlaku seperti mana yang kita harapkan, cukup mudah untuk kita menyalahkan keadaan. Sedangkan hakikatnya, rezeki itu Allah belum mahu berikan kepada kita. Sedangkan, setiap perkara yang berlaku, tidak mungkin berlaku tanpa izin dari Allah. Bila sudah begitu, perlukah kita menyalahkan orang lain? Perlukah kita menyalahkan keadaan?
Setiap apa yang berlaku ada hikmah yang terbaik untuk kita. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Hidup ini terlalu singkat untuk berkeluh kesah. Terlalu pendek untuk mencari kesalahan orang lain. Terlalu berharga untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Adalah lebih baik kita menghabiskan sisa umur kita dengan memperbaiki diri. Tingkatkan prestasi diri agar nilai diri jadi lebih tinggi. Semoga iman dan amal kita akan sentiasa bertambah hendaknya.
Salam hormat untuk kita. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita. Take care and have a nice day.

Tuesday, April 16, 2013
Nombor satu..
Assalamualaikum..
Tahun ini Is akan mengambil peperiksaan UPSR. Jadinya aku nak update perkembangan pelajarannya untuk jadi rujukan aku dan bacaan untuknya nanti-nanti. Seperti yang pernah aku ceritakan sebelum ini, tahun ini Is turun kelas. Dari kelas pertama dia turun langkau 2 kelas tahun ni. Punyalah banyak main di tahun lepas. Tapi seperti biasa, dia tetap rileks. Yang lebih gubranya aku he..he.. Iyelah, ibu manalah yang tak risau bila pelajaran anaknya merosot teruk. Alhamdulillah, ada hikmah di sebalik penurunan kelasnya. Bila dah kena turun kelas, senang sikit aku nak suruh dia belajar walaupun masih banyak juga main dan lekanya. Budak-budak kan. Manalah boleh berpisah dengan games dan tv. Aku pun dari memantau 40% terus jadi meningkat pemantauanku sebanyak 80%. (Nampak sangat sebelum ni tak betul-betul ambil berat. Bila dah merosot baru tahu takut).
Aku selalu ingatkan dia yang tak kisahlah dia dapat berapa dalam UPSR nanti. Yang aku mahu lihat ialah usaha dan kesungguhan dia untuk berjaya. Bila dan berusaha dan bersungguh tapi tidak berjaya itu namanya bukan rezeki. Tapi bila langsung taknak berusaha apalagi bersungguh itu adalah orang-orang yang rugi. Alhamdulillah, untuk empat bulan pertama ini ada peningkatan yang dapat aku lihat dalam pelajarannya. Mungkin dia sendiri kecewa dan malu sendiri bila kena turun kelas tu. Tapi masih nak buat-buat cool. Dalam buat-buat cool, aku nampak dia ada usaha juga untuk meningkatkan diri tu, Alhamdulillah. Nampaklah sedikit kenaikan dalam markah-markahnya. Macam markah math, kalau tahun lepas asyik dapat C, untuk peperiksaan baru ni dia dah dapat A. Markah sains dari C dah naik B. Untuk BI dan penulisan BM masih kekal B. Harap-harap dia akan terus berusaha untuk dapat markah yang lebih baik lagi.
Alhamdulillah, untuk peperiksaan kali ni dia dapat nombor 1 di dalam kelas. Seronok dia. Siap check sendiri keputusan kat online. Lepas tu minta aku tengok. Alhamdulillah.. Tahniah Abang. Kalau abang lebih berusaha tentu abang akan memperolehi markah yang lebih baik lagi dalam setiap matapelajaran. Sebelum ni di kelas pertama memang agak sukar untuk dia memperolehi kedudukan tersebut. Tapi di kelas ketiga ini, dapatlah dia merasa pegang kedudukan nombor 1 tu. Semoga kedudukan yang baik dan markah yang semakin meningkat ini akan menjadi pemangkin untuk dia terus berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR nanti. Mama tahu, dengan usaha dan kesungguhan abang pasti boleh. All the best sayang! Doa mama dan ayah sentiasa ada untuk abang, kakak dan baby, insyaAllah.
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada utuk kita semua. Take care & have a nice day.

Monday, April 15, 2013
No monday blues..
Assalamualaikum..
Hujung minggu jarang benar tak sibuk. Jarang benar tak penat. Jarang benar jadual tak penuh. Jarang benar tak dipenuhi dengan aktiviti keluarga. Jarang benar takde aktiviti bersama kawan-kawan. Jarang benar tidak berkunjung ke rumah keluarga dan saudara atau rumah sendiri di kunjungi tetamu. Jarang benar dapat berehat puas-puas macam yang diharapkan waktu hari berkerja.
Sebelum tidur di malam hujung minggu yang sibuk, penuh padat dan meriah selalu saja terisi dengan kerisauan andai pagi isnin badan akan jadi longlai. Takut badan yang letih dan tak cukup rehat akan membuatkan hari isnin jadi layu. Tapi, peraturan Allah itu Maha Indah. Hari ini badan jadi sangat segar. Fikiran jadi lapang. Hari jadi lebih indah. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah.
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care & have a nice day.

Friday, April 12, 2013
Jangan berprasangka..
Assalamualaikum..
Pagi semalam ada teman sekerja yang menumpang duduk seketika di sebelahku untuk membuat tugasannya. Sepanjang waktu itu aku memang agak sibuk dengan tugasanku. Bila dia nampak aku sibuk dia pun menegur, eh.. sibuk juga rupanya di sini. Ingatkan kerja ni tak sibuk dan nampak macam senang aje. Rupa-rupanya sibuk dan kalut juga ya. Taklah senang sangat. He..he.. aku hanya tersenyum panjang saja mendengarnya. Dah biasa sangat dah orang menegur begitu setiap kali mereka duduk sama di tempatku. Tentu saja ramai yang menyangka bahawa tugasanku satu tugas yang senang dan tidak sesibuk mana. Tapi bila mereka berada di tempatku, barulah mereka mengetahui situasi sebenar.
Sebenarnya, bukan bidang tugasanku saja. Rasanya seringkali juga kita merasakan yang tugasan seseorang itu sebagai tugas mudah atau tugas yang relaks. Sedangkan hakikatnya, tugas yang dikendalikan tidak semudah yang kita sangka. Tapi kita selalu mengukur dari pandangan mata kita yang sekali sekala melihat kerana kita tidak duduk sama di tempat tersebut. Bila sudah duduk di tempat tersebut barulah kita tahu situasi yang sebenar. Teguran dari orang lain sebenarnya membuatkan aku beringat untuk tidak memandang mudah akan tugasan setiap orang.
Pastinya tugasan setiap orang di sesebuah organisasi itu bukan satu tugas mudah dan tidak penting. Jika tugasan itu cukup senang dan tidak penting, rasanya tidak perlulah jawatan itu diwujudkan. Bila jawatan itu wujud di sesebuah organisasi, tentunya peranan petugas itu sama berat dan tugasannya juga sama penting seperti jawatan lain. Mungkin yang membezakan hanyalah jenis tugasan dan bagaimana tugasan itu dilaksanakan. Teguran semalam memberikan lagi peringatan untuk diriku sendiri agar tidak memandang remeh dengan tugasan orang lain. Buat dulu baru tahu. Berada di situasi itu baru menilai. Satu yang paling utama jangan mudah berprasangka. Sebab berprasangka itu tidak disukai oleh agama.
“Dari Abu Hurairah r.a., bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: “Jauhilah oleh kalian berprasangka, kerana berprasangka merupakan seburuk-buruk pembicaraan, serta janganlah kalian meraba-raba dan mencari-cari kesalahan orang lain, janganlah kalian saling berdebat, saling hasut-menghasut, saling benci-membenci dan saling belakang-membelakangi, tetapi jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara sebagaimana yang diperintahkan kepada kalian. Orang Islam adalah saudara bagi Islam yang lain, tidak boleh saling menganiaya, membiarkan, mendustakan, dan saling menghina. Taqwa itu disini, dan (sambil) Baginda mengisyaratkan (telunjuk) ke dadanya tiga kali. Cukuplah seseorang dikatakan orang jahat (buruk perangai) apabila dia menghina saudaranya yang Islam. Setiap orang Islam terhadap orang Islam yang lain adalah haram darahnya, kehormatannya dan hartanya. Sesungguhnya Allah tidak memandang tubuh, rupa dan amal-amal perbuatanmu, tetapi Allah memandang kepada hati.” (HR Bukhari dan Muslim)

Thursday, April 11, 2013
Improvement skills..
Assalamualaikum..
Kalau bab buat kerja dapur, aku mengaku yang aku agak slow sikit. Slow sebab aku tak berapa reti nak buat 2 kerja dalam satu masa. Kalau masak, aku kena tumpu kat masak aje. Tak boleh nak buat kerja-kerja menyiang atau basuh pinggan ke sambil ada kuali atas tungku dapur. Kalau masak lauk sekali di atas 2 tungku pun, mesti salah satu dari lauk tu akan kering atau hangit jadinya he..he.. punyalah tak teror.
Kalau emak aku memasak, bukan kata setakat 2 tungku, masak 4 tungku pun masakan dia takde yang tak menjadi. Semuanya dapat dikawal dengan baik. Sambil memasak siap boleh kemas bilik, siap boleh sapu rumah, siap boleh lap meja dan benda lain. Bila siap masak memang dalam sink dah bersih berkilat. Siap dapur-dapur dah dinding dah siap berlap. Maknanya, emak boleh menyambil buat kerja lain sekali harung. Habis masak, kerja rumah semua dah settle. Lepas tu boleh rehat.
Kalau aku, lepas masak baru terhegeh-hegeh nak buat benda lain. Baru nak kosongkan sink dan lap dapur semua. Baru nak menyapu dan lap apa yang perlu. Kalau penat biarkan dulu. Dah hilang penat rasa malas pula nak buat. Bila dah macam tu, selalu jadi tak rajin nak masak he..he.. TAPI.. itu dulu. Alhamdulillah,
sejak 4 bulan emak duduk di rumah adik, skill aku di dapur dah semakin baik. Walaupun tak secekap emak, nampak jugalah aku macam emak-emak bila buat kerja di dapur sekarang ni ha..ha..
Macam semalam aku mula memasak pukul 6.30 petang. Pukul 7.30 dah siap masak dannnnn siap menyapu rumah, siap clearkan meja makan untuk hidangkan lauk makan malam, siap kosongkan sinki dan lap dapur semua. Memang lepas maghrib Is akan sempat makan di dapur yang bersih sebelum pergi tuisyen. Bila dapat buat semuanya sekali serentak, rasa penat tidak terlalu terasa. Rasa malas nak kemas dapur atau malas memasak jadi kurang. Sebenarnya bukan susah sangat. Tapi bila tak dipraktikkan atau jarang-jarang dipraktikkan, susahlah skill kita nak meningkat. Bila dah ada improvement skills boleh update kat blog sebab ini semua poyo he..he.. takdelah. Sekadar untuk update peningkatan diri. Itu saja.

Wednesday, April 10, 2013
Hadiah dari peminat..
Assalamualaikum..
Kisah beberapa hari yang lepas..
Kak, ada peminat akak bagi hadiah. Lepas tu dia suruh akak sign novel dia sekali. Kata temanku sambil menghulurkan novel Takdir Fitrah Terindah bersama bungkusan kuih. Siap temanku snap gambarku bersama novel lagi untuk diberikan kepada pembaca itu. Ya Allah, aku jadi malu dan terharu dibuatnya. Balik kerja, aku bawa balik kuih itu untuk dimakan bersama en.asben. Mana dapat? Tanya en. asben. Peminat I bagi he..he.. (Saja aje nak guna ayat temanku ketika di pejabat sebelum tu untuk mengusik en.asben). Peminat??? Aku ada peminat ke? he..he.. Perkataan yang paling tepat bukanlah peminat sebenarnya. Tapi pembaca novelku. Alhamdulillah, ada yang berminat untuk membaca novelku. Terima kasih banyak atas sokongan yang telah diberikan oleh peminat opppssss pembaca novelku. Alhamdulillah, setakat ni, komen-komen yang diterima amat memberangsangkan. Ianya selalu menjadi pendorong yang kuat untuk aku terus menulis. Sehingga kini, masih ada yang mencari novel pertamaku. Novel Takdir Fitrah Terindah juga selalu berada dalam kata carian di blogku. Alhamdulillah, terima kasih banyak buat semua pembaca yang beminat dengan novelku. Aku sangat menghargainya. Selain dari carian Novel Takdir Fitrah Terindah, carian tentang Novel Kedua Hanis Azla, Novel Terbaru Hanis Azla dan Benar-benar Cinta Ilham Karangkraf juga sering termasuk dalam carian. Terharu juga bila ada yang membuat carian tersebut.
Ada juga teman pembaca yang sedang berada di kedai buku menelefon bertanyakan tentang novel keduaku kerana mereka ingin membelinya. Di chat FB pun ramai juga yang bertanya. Bila aku beritahu belum keluar lagi, mereka bertanyakan bila akan keluar? Untuk memberi jawapan, aku tiada jawapannya. Perkara itu membuatkan aku bertanyakan tentang manuskrip keduaku kepada pihak penerbitan. Di sini aku ingin kongsikan jawapan dari pihak penerbitan. Menurut mereka, manuskrip keduaku masih lagi dalam proses penilaian. Jadual penerbitan untuk tahun 2013 juga sudah penuh. Jika ada rezeki untuk novel keduaku diterbitkan mungkin di tahun yang berikutnya. Itupun jika ada rezeki. Jika tiada rezeki nampaknya manuskrip kedua itu akan sekadar menjadi simpanan peribadi untuk diriku sendiri. Sebenarnya, memang mengambil masa untuk sesebuah manuskrip itu untuk diterbitkan. Ianya bukan hal yang mudah juga, maksudku, bukan sekadar manuskrip dihantar, diterima, dicetak dan diterbitkan. Lainlah untuk penulis yang sudah mempunyai nama. Tambah-tambah lagi dengan bilangan penulis lama dan baru yang hebat-hebat sekarang ini. Bilangan manuskrip yang diterima juga bukan-sikit-sikit. Bukan satu tugas mudah bagi pihak editor untuk membuat pemilihan. Genre dan kisah yang selalu menjadi pilihan pembaca juga perlu diambil kira. Untuk Novel Takdir Fitrah Terindah juga begitu. Selepas setahun menghantar manuskrip, barulah ada rezeki untuk diterbitkan. Semoga ada rezeki juga untuk Benar-benar Cinta diterbitkan nanti, insyaAllah. Doa-doakan sama ya!

Tuesday, April 9, 2013
Room makeover..
Assalamualaikum..
Entah kenapa sekarang ni, mood nak mengemas rumah jadi sangat tinggi. Kalau menyapu, mesti sampai bawah-bawah carpet pun aku nak sapu. Kiranya, kalau menyapu tu memang kena alih kerusi meja baru rasa puas hati. Bila rumah dah kemas, terasa lebih beria nak menghias dan ubah susun aturnya pula. Tapi sebab tak berapa kreatif, dapat ubah sikit-sikit aje susun atur rumah. Jadilah, sekadar dapat rasa suasana baru dan menghilangkan kebosanan dengan susun atur yang sama. Bila dah susun atur rumah terasa nak tukar dan tambah perabot pula he..he.. Adooii.. terus rasa macam semua nak tukar baru.
Macam baru-baru ni terasa nak buat ubah suai bilik tidur. Terasa nak tukar perabot dan buat build in cabinet. Tapi perabot-perabot tu semua masih elok lagi. Terasa sayang pula nak membazir untuk perkara yang tak perlu. Tapi dah jemu dengan kedudukan susun atur perabot sekarang. Nak tukar kedudukan macam tak boleh sebab bilik aku macam dah ada ruang khas untuk katil, untuk almari, untuk meja solek. (He..he.. penilaian dari orang yang tak berapa kreatif nak susun atur ruang).
Sebab dah rasa tak boleh nak buat apa, aku sekadar alihkan perabot yang kecil-kecil mana yang boleh aje. Almari buka yang tumpang dalam bilik anak aku alihkan semula ke dalam bilik aku. Buku-buku yang letak kat ruang keluarga aku bawa masuk dalam bilik. Dalam laci semua susun elok-elok. Dalam almari, semua atur kemas-kemas. Lappy aku letakkan kat satu meja khas. Takdelah bertenggek kat atas katil bila nak guna. Benda-benda yang tak perlu aku keluarkan dan buang. Bila dah ada perubahan, barulah hati rasa senang. Alhamdulillah.. walaupun sekadar perubahan kecil, tapi efeknya sangat mengembirakan. Terasa macam dah buat total room makeover he..he.. Sebab apa yang penting bukanlah perabot baru. Tapi kekemasan dan kebersihan.

Monday, April 8, 2013
Kesalku, kerana dia...
Assalamualaikum..
Tahun lepas, ada berita yang kurang enak aku dengar tentang X yang tidak aku kenali tetapi salah seorang ahli keluarganya agak rapat denganku. Dari temanku, aku mendengar luahan hatinya tentang perihal X. Walaupun X langsung tidak ku kenali dan dia juga bukan ahli keluarga atau orang yang rapat denganku, tetapi rasa ralat dan kesal dengan apa yang berlaku tetap sangat aku rasai. Tapi perkara yang sudah berlaku, mana mungkin boleh ditarik kembali. Hanya penyesalan serta doa dan harapan agar perkara itu tidak berulang lagi saja yang dapat diikhtiarkan. Menurut temanku, X juga nampaknya cukup kesal dengan apa yang berlaku. Bersungguh juga X mahu memperbaiki diri agar perkara yang sama tidak berulang lagi. Dengan sokongan yang tidak berbelah bagi dari seluruh ahli keluarga, X dibantu untuk melalui perkara itu dengan cara yang paling baik.
Alhamdulillah, walaupun seluruh ahli keluarga terluka dan hati mereka dipenuhi dengan rasa kesal, namun X tetap ditatang sebaiknya. Tiada langsung ahli keluarga yang meminggir. Malah susah dan senangnya tetap menjadi keutamaan keluarga. Subhanallah, Allah telah mengurniakan ibu dan ayah serta ahli keluarga yang terbaik untuk X. Sangkaku, perkara itu akan diambil iktibar oleh X untuk menjadi lebih baik selepas itu. Juga untuk tidak lagi melukakan perasaan ibu dan ayahnya. Namun selepas setahun berlalu, juga selepas segala yang berlaku dapat dilalui dengan baik oleh X dan ahli keluarganya, perkara yang sama tetap berulang kembali. Mendengar cerita itu, aku pula yang merasa amat sedih dan kesal. Itu perasaan aku. Bagaimana dengan perasaan kedua ibu bapanya yang terluka untuk kali yang kedua? Subhanallah, berat sungguh ujian untuk kedua ibu dan ayahnya.
Aku juga pernah muda. Aku juga pernah melalui kehidupan sosial zaman remaja. Aku tahu bagaimana cabarannya untuk melawan keinginan dan kehendak jiwa remaja. Jika tidak kuat, memang mudah untuk hanyut dalam arus kebebasan minda dan jiwa. Mungkin aku bernasib baik kerana tidak terjebak dengan masalah sosial. Mungkin aku dilindungi. Tapi, aku tahu yang aku selalu beringat. Aku tahu had dan batasan yang perlu aku jaga. Satu perkara yang aku ingat sampai sekarang, sebelum membuat sesuatu perkara, aku akan ingat wajah emak dan arwah ayah. Bukan setiap masa aku mampu gembirakan hati keduanya dengan kejayaanku. Tapi aku sangat berjaga-jaga agar tidak melukakan hati keduanya dengan salah lakuku.
Kenapa aku mahu berkongsi tentang hal ini? Jawapannya ialah aku takut. Masalah sosial ada bermacam-macam. Anak-anakku sendiri mula memasuki usia remaja. Banyak perkara yang perlu aku dan en.asben kawal dan berjaga-jaga. Namun, ada juga perkara yang boleh terjadi di luar kawalan kami. Bila pernah melalui zaman itu, aku sendiri berasa sangat takut untuk membiarkan anak-anak melalui zaman remaja mereka. Tapi, mana mungkin aku boleh menahannya. Yang aku boleh buat ialah berdoa dan terus memberikan didikan yang baik untuk anak-anak. Juga pesanan secara tak langsung melalui entry-entry yang aku kongsikan.

Thursday, April 4, 2013
Kayuhan Patriotik...
Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. hari ini aku rasa cukup fresh. Kenapa? Sebab semalam aku dan rakan-rakan dapat berbasikal. Semalam, aku ingatkan hari ini aku akan lembik dan akan sakit-sakit badan bila dah lama tak berbasikal. Tapi rupa-rupanya aku rasa lebih segar pula.. Alhamdulillah. Petang semalam aku dan rakan-rakan ikut serta dalam Kayuhan Patriotik 1 Malaysia di Putrajaya. Seronok sangat bila sesekali dapat beriadah. Rasa lebih sihat bila peluh keluar mencurah-curah. Seronok juga bila dapat peluang untuk berbasikal beramai-ramai. Lebih-lebih lagi bila dah lama tak mengayuh basikal. Memang mengamit nostalgia zaman kecil dulu. Kami rasa sangat enjoy. Alhamdulillah.. ianya satu aktiviti yang sangat best. Terus rasa nak beli basikal sendiri dan kembali berbasikal.
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.
Alhamdulillah.. hari ini aku rasa cukup fresh. Kenapa? Sebab semalam aku dan rakan-rakan dapat berbasikal. Semalam, aku ingatkan hari ini aku akan lembik dan akan sakit-sakit badan bila dah lama tak berbasikal. Tapi rupa-rupanya aku rasa lebih segar pula.. Alhamdulillah. Petang semalam aku dan rakan-rakan ikut serta dalam Kayuhan Patriotik 1 Malaysia di Putrajaya. Seronok sangat bila sesekali dapat beriadah. Rasa lebih sihat bila peluh keluar mencurah-curah. Seronok juga bila dapat peluang untuk berbasikal beramai-ramai. Lebih-lebih lagi bila dah lama tak mengayuh basikal. Memang mengamit nostalgia zaman kecil dulu. Kami rasa sangat enjoy. Alhamdulillah.. ianya satu aktiviti yang sangat best. Terus rasa nak beli basikal sendiri dan kembali berbasikal.
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah.. semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.
Wednesday, April 3, 2013
Tuan doktor..
Assalamualaikum..
Jumaat lepas aku dan en.asben bercuti. Cadangnya nak balik ke Taiping untuk melawat tok di samping untuk menghadiri kenduri di Ipoh pada hujung minggu. Tapi perancangan hanya tinggal perancangan bila adik aku sakit tiba-tiba. Alhamdulillah, kami tidak jadi balik ke kampung pada awal pagi itu. Jika tidak, tentu keadaan adik aku akan jadi lebih teruk lagi. Alhamdulillah, hari ini keadaan adik aku sudah kembali pulih. Alhamdulillah, petang semalam dia sudah dibenarkan keluar dari hospital setelah 2 hari dimasukkan ke wad ICU dan 3 hari ditahan di wad biasa. Semoga adik aku terus diberikan kesihatan yang baik hendaknya.
Bila kesihatannya sudah baik, bolehlah aku bercerita tentang doktornya. Sejak sakit, adik aku telah dirawat oleh seorang Doktor Pakar di Pusat Perubatan itu. Yang bestnya, doktor tu adalah sangat hensem. (Tapi tentulah en.asben i lagi hensem di mata i kan.. ceh-ceh ayat cover line). He..he.. bukan aku aje yang cakap macam tu. Makcik-makcik, sepupu-sepupu dan emak aku pun cakap macam tu. Doktor tu chinese. Cakap melayu memang tak fasih. Muka nampak muda untuk jadi doktor pakar. Tapi bila dirisik dengan nurse kat situ rupanya umurnya dah 37 tahun. Ha..ha.. sempat lagi merisik tu. Bukannya apa, kalau kami tidak bertanya, tentu nurse-nurse kat situ yang lebih dulu buka cerita pasal dia. Siap main teka-teki lagi. See.. betapa hotnya doktor tu.
Sebenarnya bab kekacakan tu dah jadi hal yang kedua sebab doktor tu sangat bertanggungjawab dengan tugas dan pesakitnya. Jadinya bab bertanggungjawab tu dah jadi bab utama yang lebih menarik perhatianku. Dia siap bagi adik aku nombor hp dia untuk adik aku hubungi jika ada masalah berkaitan kesihatannya. Macam last month sebelum dia pergi bercuti ke europe, dia siap beritahu awal-awal yang adik aku masih boleh juga call dia. See.. sangat bertanggungjawab kan. Macam hari jumaat tu bila keadaan adik aku jadi agak teruk, kami terus hubungi dia untuk dapatkan nasihat. Dia terus minta kami bawa adik aku ke Bahagian Emergency di Pusat Rawatan itu. Waktu kami nak settlekan urusan pendaftaran, doktor tu dah siap-siap datang untuk tengok keadaan adik aku. Bila nampak keadaan adik aku, dia sendiri yang terus tolak adik aku ke bilik rawatan. Tak payah tunggu nurse yang tolong tolakkan. Dia buat sendiri aje.
Alhamdulillah.. adik aku mendapat doktor yang baik. Hensem pulak tu he..he.. Hensem tapi garang sikitlah. Garang bab kesihatan pesakit. Macam hari tu, menadahlah telinga kita orang dengar dia bebel sebab kita orang lambat bawa adik aku ke hospital. Sedangkan kami sendiri tidak tahu yang keadaan adik aku akan jadi seteruk itu. Asyik tergeleng-geleng aje kepala dia nak tunjukkan rasa tidak puas hati. Tapi bila keadaan adik aku dah bertambah baik, muka dia jadi lebih manis. Siap nurse semua cakap yang doktor senang hati tengok keadaan adik aku yang bertambah baik. Lepas tu sebelum keluar semalam, berbakul juga nasihat dia untuk adik aku supaya lebih aware dengan keadaan sekeliling dan pemakanan. Siap ada ayat perli lagi he..he.. Perli sebab ada kisah disebaliknya ya. Bukan perli yang saja-saja. Tapi untuk kebaikan adik aku juga. Nasiblah tuan doktor hensem. Perli pun tak terasa ha..ha.. Anyway.. Thank you so much Doc!

Tuesday, April 2, 2013
Air tembikai...
Assalamualaikum...
Panas betul semalam. Bila panas, rasa dahaga terasa lebih lagi. Bila dahaga, dalam kepala dah tentu-tentu terbayang minuman sejuk. Sejak dari ofis, aku teringatkan air tembikai. Malam tadi kami ke hospital melawat adik aku selepas menghantarkan Is ke kelas tuisyen. Balik dari hospital, terus ke pusat tuisyen semula untuk mengambil Is. Dalam perjalanan tu memang terasa dahaga. Jadinya aku dah terfikir nak singgah beli air tembikai di restoran belakang pusat tuisyen Is. Dalam pada merancang sendiri, en.asben memberitahuku yang dia juga dahaga. Lepas tu dia cakap, nanti kita singgah beli air tembikailah. Subhanallah.. kami terfikir tentang perkara yang sama rupanya. Sedangkan, air tembikai bukanlah minuman kegemaran kami. Kalau makan di luar pun, hanya sesekali saja kami akan pesan air tu.
Bila dia dah sebut macam tu aku pun beritahulah yang memang perkara itu sudah berada di dalam fikiran aku. Bila dah terfikir perkara yang sama tentulah aku rasa excited kerana terasa seperti kami sejiwa. Tapi reaksi en.asben pula berbeza. Boleh pulak dia kutuk aku. Eleh, you kalau pasal makan minum memanglah selalu terfikir dalam kepala. Eeeiiiii... geramnya. Aku baru ingat nak feeling sehati sejiwa, dia dah kacau mood aku. Hmm.. lelaki ni selalu macam tu kan. Bila kita rasa benda tu sweet, dia rasa biasa aje. Kadang-kadang dia langsung tak rasa apa-apa. Sedangkan hati kita dah mengebu-gebu dah ni. Siap nak cerita kat blog lagi ha..ha..
Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Positif juga akhirnya..
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.. 23/2/2022 - Az sakit kepala. Sakit kepala sangat agaknya sampaikan dia turun bawah terus baringka...
-
Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. majlis perkahwinan sepupuku pada ahad lepas telah berlangsung dengan lancar dan penuh meriah. Semingg...
-
Tandas (tempat mandi) tersumbat memang selalu memeningkan. Bila dah tersumbat, airnya jadi melimpah. Waktu mandi, air bertakung bagaikan ko...
-
Assalamualaikum.. Bismillahirahmanirrahim. ALLAH.. terasa kekok untuk kembali menulis selepas berbulan tidak menulis di sini. Tapi...