Alhamdulillah, sabtu lepas kami sekeluarga selamat bercuti ke JB. Hari ahadnya kami ke Universal Studio Singapore (USS). Sebelum pergi tu memang aku banyak membaca review tentang USS di blog-blog lain. Setiap dari mereka mempunyai cerita mereka tersendiri. Jadinya aku pun teringin nak abadikan USS dalam versiku pula. Bila aku dapat info yang baik dari blog orang lain, rasanya bagus juga untuk aku berkongsi info dengan orang lain pula.
Aku ambil pakej USS dengan New York Hotel JB. Hotel ni 25 tingkat. Terletak di Jalan Tebrau. Dekat benar untuk ke Pusat Bandar dan Danga Bay. Hanya 10 minit untuk ke imegresen di Woodlands. Hotelnya nampak macam lama sikit, tapi biliknya boleh tahan besar dan cantik juga. Cukup selesa buat aku bersama keluarga juga keluarga mertua. Parking kereta ada banyak di dalam bangunan di tingkat bawah. Jadinya memang takde masalah tentang itu. Sebenarnya banyak juga hotel di JB yang aku survey menawarkan pakej ke USS. Tapi aku tertawan dengan pakej di New York Hotel ni sebab Han yang sudah berumur 12 tahun masih dikira kanak-kanak untuk pakej USS tu. Jadinya memang jimat sikitlah untuk kami. Hotel lain Han sudah dikira dewasa untuk penginapan dan tiket ke USS. Breakfast buffetnya juga banyak pilihan. Di tekakku kira boleh tahan sedap juga makanannya. Penginapan 1 bilik untuk 3 hari 2 malam berserta sarapan pagi, bas ke USS juga tiket masuk ke USS untuk kami berlima (2 dewasa dan 3 kanak-kanak) hanya RM 1270. (Di hotel lain yang aku survey, harga tu cuma untuk 2 hari 1 malam saja). Jadinya kalau nak berjimat sikit, memang New York Hotel pilihan terbaik. Berbaloilah.
View dari bilik Hotel
Lagi view dari Bilik Hotel
Katilnya.. Abaikan kedut-kedut tu sebab anak-anak dah terjah dulu sebelum mamanya snap gambar..
wall papernya cantik.. memang rasa cozy.. tv channel pun banyak.. okeylah..
Bilik cozy tapi kalau mamat-mamat ni buat bising memang susah juga nak tidur.. he..he..
Petang tu kami keluar berjalan-jalan di sekitan Bandar JB. Pergi Danga Bay. Tapi dapat lalu saja sebab hujan lebat sangat. Nak singgah berhenti pun tak dapat. Dapatlah tunjuk kat anak-anak Hospital Sultanah Aminah tempat kelahiranku pada anak-anak. Nak singgah makan pun tak boleh. Sudahnya makan kat kedai-kedai di depan Hotel saja. Itupun selepas dua jam melalui jalan sesak teruk masa nak patah balik ke hotel. Tak dapat nak cari Kacang Pool tu. Hu..hu.. frustnya.
Esok paginya lepas bersarapan kami tunggu di Lobi Hotel untuk bas sampai. Bertolak dalam pukul 8.45 pagi macam tu. Ramai juga yang ambil pakej ke USS dari New York Hotel ni. Separuh penuh juga bas dua tingkat yang disediakan. Anak-anak yang tak pernah merasa naik bas dua tingkat tu memang terujalah. Aku pun sama juga.. he..he.. Kalau naik bas memang kena turun 2 kali di imegresen. Di JB dan di Singapura. Tapi bagi aku taklah beban sangat. Sekurang-kurangnya adalah juga exercise untuk kaki sebelum meneroka ke USS sehari suntuk tu he..he....
Muka excited naik bas.. tapi boleh pulak Is demam pagi tu.. Tapi Alhamdulillah, menjelang petang demamnya dah okey.. Memang sepanjang di USS tu kami bergilir picit kepala dia adooiii... lengguh tangan ni.. tapi semua ride yang kami naik dia join juga dalam demam-demam tu. Lepas paksa makan panadol dan muntah air kat situ barulah dia cergas sikit...
Kena tukar voucher yang Hotel dah minta print sejak awal di kaunter kat bawah ni untuk ambil tiket USS lepas turun dari bas. Kat atas tu dah area USS dah. Jangan risau, pemandu bas memang guide kita tentang semua perkara. Jadi cuma ikut arahan aje.. Then settle. Sebab excited, semua orang dok tunggu depan kaunter.. padahal aku sorang pun dah cukup untuk ambil tiket tu.. he..he.. Kakak ipar dan anaknya pun join kami. Lebih meriah jadinya bila kami bertujuh.. Mertuaku tak ikut sekali. Mereka cuma jalan-jalan berduaan di Singapore.. USS tak menarik minat mereka.
Harga tiket. Sebab weekend dan holiday, kami kena charge mahal sikitlah. Hu..hu.. tapi yang penting harga tu memang berbaloi. Tips : Jangan convert dalam RM yer harga tiket yang dalam SGD tu. Nanti rasa macam taknak masuk pula he..he.. Tapi untuk kami, agen dah siap-siap belikan. Kalau takde tiket boleh beli kat ares pintu masuk. Itupun nasib-nasib. Kadang-kadang tiket sold out. Jadi kalau nak selamat beli tiket online atau minta agen tolong belikan. Mudah dan selamat. Murah tu tidaklah. Sama aje harganya.
Yeahhhhh... Trademark USS. Tempat wajib bergambar sebagai bahan bukti dah sampai ke USS. Globe tu berpusing-pusing. So, kenalah tunggulah tulisan tu sampai kat atas kepala baru snap.. he..he.. En.asben dah pernah sampai sini, jadi dia tak heran nak bergambar kat sini.. Okey jugak.. Boleh tolong snapkan gambar kami. TQ.
Masuk-masuk aje muka memang rasa nak senyum. He..he.. untuk akulah yang nak sangat ke USS ni. Memang banyak karektor kartun di sepanjang jalan. Boleh bergambar dengan mereka kalau nak. Tapi kena beratur. Nanti staff USS akan tolong snapkan gambar. Tapi ada hadnya. Iyelah dia orang kan pakai costume. Jadi tentulah tak boleh lama-lama. Panas tu. Jadinya kalau tak sempat, jangan risau. Nanti-nanti boleh ambil juga. Karektor-karektor lain pun banyak. Sebab banyak kali juga boleh jumpa dengan karektor-karektor tu. Bila dah petang, mereka sendiri yang datang dekat dengan kita. Jadi bolehlah ambil gambar banyak-banyak.
Ada street show juga. Yang ni dari Mel's Restaurant rasanya. Comel dan seksi.
Tangan dah lengguh nak taip. Gambar pun lambat nak uplaod. Jadinya kena bersambung di next entrylah jawabnya. Kalau sudi, bolehlah datang baca lagi nanti. Dah :))