This week macam sebuk giler.. banyak benda aku nak kene settle kan sebelum aku bercuti panjang.. dah la bercuti panjang.. habis cuti panjang.. bercuti pendek pulak.. waaahhh banyak duit kau Puan Hana!!
Mana yang tak settle keje, minggu ni kene settlekan cepat-cepat.. mana yang belum dibeli barang untuk keberangkatan kesana.. minggu ni jugakla aku kene buat.. nak buat awal-awal pitih takdok lagik.. ni dah gaji ni bole la beli barang keperluan untuk di bawa kesana. Check list barang Mia, barang Pechal dan akhir sekali barang aku..
Semalam baru buka bag besa nak diisikan barang.. baru masuk 2 set i**** Pechal dah nak separuh penuh bag kitorang.. Nampaknya Mia punye barang kene letak bag lain.. Mia punye bag lagiklaaaa!! Bag nak bawa naik ke atas pun kene ada. susu dia..baju tambahan.. ubatan dia.. pampers beberapa keping, makanan dia.. manalah tau kan cik Mia ni nak makan lagik dan lagik.. sikecik ni makan berselera.. seronok tengok dia makan.
Pechal pulak tengah sebuk bermid term.. struggle dia study.. takpela ye sayangg.. banyak kan sabar, kuatkan semangat ok.. Ni pakcik ni lagikla kan.. lepas habis bercuti ni.. esoknya dia exam.. Tak taula macam mana dia nak cover paper midterm dia yang satu tu..
Mia? Mia dah diberitahu kita nak ke sana.. dia ok jek.. setiap hari sebut.. "Ibu, kita pegi sana naik kereta ke?" Tak lah anak ku.. huhuhuh.. naïfnye Mia.. dia menghiburkan.
Perasaan aku? excited, berdebar dan rasa macam sebak pun ada.. tak tergambar dengan kata-kata. Dah laammaaaa tak sampai sana. last pergi umur 20 tahun kalau tak silap. Ini yang pertama untuk Pechal dan Mia. Semoga dipermudahkan perjalanan kami.
itu jek nak citer..sebenarnya takde cerita tapi nak cerita jugak.. okla nanti rajin aku sambung lagik. tata
MaMa Nur Qaseh
Tuesday, April 1, 2014
Tuesday, January 28, 2014
Opocott!!
Ni semalam punye cerita.. saya ni adalah pekerja yang berdedikasi dan sangat rajin ye tuan-tuan dan puan puan.. semalam adalah hari kerajinan saya.. **kunun-kunun macam nak dapat bonus 10 bulan so kita kene tunjuk rajin depan bos kan kan huhuhh...memang taklaaaa 10 bulan huhuhuh
Saya dapat satu panggilan.. so angkatlah kan dan lepas tu cakaplah macam biasa..tengah sebuk bercakap tetiba eh..apesal sunyi sepi plak talipon ni kan.. aku cakap sorang sorang ke? so helo helo 3 4 kali takde bunyi aku pun letak la.. dalam 5 menet macam tu try nak call orang, eh! telepon macam tak bunyi langsung..apesal ek???? lepas tu "jiran" meja saya dengan macho nye tolong panggilkan Facilities Team.suruh dorang datang check it out apesal telepon saya 'tak bernyawa'..
Ok..Facilities Team datang nak check it out.. siap nonggeng-nonggeng bawah meja saya ni..yang sorang suluh-suluh..yang sorang nonggeng-nonggeng.. dorang minta izin nak alihkan drawer saya ni kan..so saya bagi je la.. elok dorang alihkan tetibe ada cikT keluar dari bawah meja saya...gileeeeee besar lengan!! saya yang terkejut termelompat atas meja, rasa nak pitam pun ada, rasa macam loya-loya pun ada..serius tak sedar masa bile plak saya dah atas meja.. kalau saya sorang takpe, tapi ramai pulak kene 'histeria' sebab nampak tikus tu lari-lari nak selamat kan diri.. habis semua meja orang lain pun cikT ni datang ziarah... yang lelaki siap angkat kaki lompat ke kerusi...saya dah..whatttt????
Yang Facilities team lagik best macam main kejar-kejar dengan cikT ni ..cikT pegi meja orang..dorang pun ikut.. CikT pegi masuk bilik photostate dorang pun ikut kejar..aku rasa macam tetibe team dorang ni macam hensem pulak sebab kejar tikus. macam macho jek.. lebih kurang macam cerita dongeng yang mana 3 orang putera ( tadi 2 orang kan? tetiba wujud sorang lagik ntah datang dari mana ntah) berusaha menyelamatkan si puteri ( aku la tu kan) dari gangguan dan cengkaman alien ( cik T) dan akhirnya si puteri tu terselamat..ohh...puteraku..!!! tapi budak-budak tu bawah umur kot so tak de lah aku berangan hahahaa opss!
Last-last dorang pasang perangkap.. dorang letak gam kuat kat merata-merata kawasan dan akhirnya pagi tadi dorang check, yeyy!! dah berjaya tangkap.. hidup lagik ko ek cikT..
Nak katakan tempat aku ada makanan, tak jugak..kalau ada makanan pun semua letak dalam balang..dan aku memang tak suka bawah meja aku ni ada banyak barang..rimas..!!.
agaknya cikT ni ingat wayar telepon aku tu makanan kot tu pasal lah dia geget dengan gembiranya..
ko ni cikT..nak makan pun agak-agak la.. cube ko ziarah meja Noora ke, meja kak Sen ke.. haa meja Shelly ada junkfood dalam laci dia..sedap sedap plak tu..tak pulak ko ziarah dia, ni meja aku yang takde makanan ko datang ziarah..apalah..!!! dah dah..!! nengkali jangan buat lagik ek.. kan dah kene tangkap..huhuhh
Apa jadi dengan talipon saya? owhh sekali lagik adik-adik macho itu datang selamatkan saya dengan membetulkan semula telepon itu kembali kepada normal keh keh keh.. *** baru ingat nak paw talipon baru
Ok..saya sambung keje.. bye
Friday, December 20, 2013
Belanjawan 2014
Sekarang ni baca kat berita macam-macam dah naik.
Naik..naik..naik.. aku pun dah pening kepala, macam-macam nak kene membayarnya..
So, mari kita tengok rangka perbelanjaan aku untuk tahun 2014.
Pembentangan untuk belanjawan 2014 kat Pechal:
Ni aku kira untuk sebulan punye budget..
1. Kereta-kereta RM1,500
2. minyak Kereta RM450
3. Minyak Motor RM150
4. Barang Dapur RM350
5. Bil Air, Elektrik RM100
6. Maintenance Fee RM180
7. Insurance RM550
8. Pampers Mia RM100
9. Susu Mia RM60
10. Toys/book Mia RM60
12. Supplements RM300
11. Loan Rumah RM1,000
12. Saving RM520
13. Tolls RM120
14. Credit Cards RM2,000
15. Duit poket RM 500
Yang bukan bayar bulanan:
1. Road tax Insurans Kereta-Kereta RM2,000
2. Road tax Insurans Motor-motor RM1,200
3. Yuran sekolah Pechal RM12,000
4. Buku sekolah Pechal RM2,500
5. Vacation RM10,000
6. Insurans Rumah RM200
7. Ubat-ubatan RM1,000
8. Hari Raya RM4000 tolls,angpau,baju raya,kuih raya,open house, minyak kereta, duit belanja kat Singapore
9. Cukai Pintu RM220
8. MISC RM7,000 untuk setahun
Yang kat atas ni adalah ANGGARAN SAHAJA yek.. kalau ada lebih..kita simpan, kalau terkurang..pandai-pandailah kawal..
Belanjawan bukan dari aku sorang.. ni belanjawan suami siteri hehhee..
Ni kalau aku sorang ni mau pengsan nak bayar.
Yang aku kira ni belum masuk kalau-kalau Mia dapat adik sorang lagik.. eheee doakan la yek, saya nak anak lagik.
Dulu ada propose nak masukkan Mia ke playschool tapi macam babah tak setuju..alasannya Mia kecik lagik.. hrmm..yela kot so aku remove budget tu dalam 2014. 2015 nanti aku masukkan balik sebab masa tu Mia dah umur 4 tahun.
Bila aku tengok belanjawan ni kan..duit gaji kita ni memang purposely untuk bayar hutang je.. kalau ada bonus ke, insentif ke, back dated increament tu.. syukur sangat-sangat..
Dulu masa aku bujang-bujang aku rasa aku takyah nak pikir semua ni.. Nak beli barang on the spot beli..takde nak pikir panjang..tapi sekarang..Kau kene jimat-jimat, kau kene pandai main duit..
Ahli keluarga aku baru ada 3 orang.. tak taulah kalau yang berkeluarga besar ni.. yang anak nye ada lebih dari sorang.. sure terasa sangat kan.
Apapun..rezeki yang diterima, kami tetap bersyukur.
Naik..naik..naik.. aku pun dah pening kepala, macam-macam nak kene membayarnya..
So, mari kita tengok rangka perbelanjaan aku untuk tahun 2014.
Pembentangan untuk belanjawan 2014 kat Pechal:
Ni aku kira untuk sebulan punye budget..
1. Kereta-kereta RM1,500
2. minyak Kereta RM450
3. Minyak Motor RM150
4. Barang Dapur RM350
5. Bil Air, Elektrik RM100
6. Maintenance Fee RM180
7. Insurance RM550
8. Pampers Mia RM100
9. Susu Mia RM60
10. Toys/book Mia RM60
12. Supplements RM300
11. Loan Rumah RM1,000
12. Saving RM520
13. Tolls RM120
14. Credit Cards RM2,000
15. Duit poket RM 500
Yang bukan bayar bulanan:
1. Road tax Insurans Kereta-Kereta RM2,000
2. Road tax Insurans Motor-motor RM1,200
3. Yuran sekolah Pechal RM12,000
4. Buku sekolah Pechal RM2,500
5. Vacation RM10,000
6. Insurans Rumah RM200
7. Ubat-ubatan RM1,000
8. Hari Raya RM4000 tolls,angpau,baju raya,kuih raya,open house, minyak kereta, duit belanja kat Singapore
9. Cukai Pintu RM220
8. MISC RM7,000 untuk setahun
Yang kat atas ni adalah ANGGARAN SAHAJA yek.. kalau ada lebih..kita simpan, kalau terkurang..pandai-pandailah kawal..
Belanjawan bukan dari aku sorang.. ni belanjawan suami siteri hehhee..
Ni kalau aku sorang ni mau pengsan nak bayar.
Yang aku kira ni belum masuk kalau-kalau Mia dapat adik sorang lagik.. eheee doakan la yek, saya nak anak lagik.
Dulu ada propose nak masukkan Mia ke playschool tapi macam babah tak setuju..alasannya Mia kecik lagik.. hrmm..yela kot so aku remove budget tu dalam 2014. 2015 nanti aku masukkan balik sebab masa tu Mia dah umur 4 tahun.
Bila aku tengok belanjawan ni kan..duit gaji kita ni memang purposely untuk bayar hutang je.. kalau ada bonus ke, insentif ke, back dated increament tu.. syukur sangat-sangat..
Dulu masa aku bujang-bujang aku rasa aku takyah nak pikir semua ni.. Nak beli barang on the spot beli..takde nak pikir panjang..tapi sekarang..Kau kene jimat-jimat, kau kene pandai main duit..
Ahli keluarga aku baru ada 3 orang.. tak taulah kalau yang berkeluarga besar ni.. yang anak nye ada lebih dari sorang.. sure terasa sangat kan.
Apapun..rezeki yang diterima, kami tetap bersyukur.
Wednesday, December 11, 2013
Sabah bah
2 minggu lepas aku, Pechal, Mia, Parents in law, makcik dan anak buah pergi ke Sabah.. so total dalam 7 orang gitu. Ni kira macam rombongan Cik Limah ke Sabah lah ni...
A week before nak pegi tu macam-macam aku kene buat.. kene confirmkan sewa kereta selama kami kat sana nanti, kene confirmkan rumah penginapan kat Kundasang, confirmkan taxi yang nak amik kami dari rumah ke KLIA. cari keperluan anak, suami.. dan last sekali, 2 hari sebelum berlepas kene check in flight.
Bertolak dari rumah aku dalam pukul 5am. On-time sungguh taxi tu, pukul 4.45am pak guard kat rumah aku tu dah call bagithu taxi dah sampai. Aku book taxi seminggu awal, sehari sebelum tu dorang call bagi no plat taxi dan drivernye sekali. Sebabkan pukul 5 pagi, dorang charge lewat malam la kan.. so dari Cheras ke KLIA dorang charge RM168.00 naik Taxi Premium Innova yang sangat selesa.. aku kan jakun bila naik kereta-kereta besar ni, tetibe Pechal kata nak beli Serena.. aduii kenapa dia sebut Serena..?? kenapa tak Alphard terus??? Kalau estima ke kan..suke jek aku..huhuh ok sambung cerita.. flight kami berlepas dari KLIA dalam pukul 8.05am dan sampai sana dalam pukul 11.30am. Nak puji jugak kat kereta sewa ni.. datang ontime, sebelum buat serahan kereta dorang minta kita check dulu..yang calar-balar, yang kemek-kemek, enjin ok ke tak..semua la kitorang kene check sampailah puas hati. Lepas check condition kereta tu... kami gerak ke Bandar KK utk beli barang makan sikit untuk bawa ke Kundasang, so ding dong ding dong kami gerak dalam pukul 1pm gitu then sampai Kundasang dalam pukul 3.30pm. Tapi before sampai ke Kundasang, kami ke Pekan Nabalu untuk beli beras Bario..nak bagi family rasa keenakan, kelazatan dan kelemakan nasi bario huhhuh
Sikecik ni bangun-bangun dari tido nangis.. mamai lagikla kot.. asyik nak berdukung bagai..sudahnye TokMa dia belikan monyet pink.. so suka la dia kan.. terus nak berdiri pulak.. legaaa ibu huhuhhu
Yang sayap ayam ni WAJIB ek beli kat Sabah... tapi tak semua tempat sedap.. haritu aku makan sayap kat Tanjung Aru food court tu..seriusss tak sedap.. yang sedap kat Medan Selera depan Promenade Hotel tu..TERBAIIKK
Kami check in kat Kiram Village http://kirams-village.com dan pilih Cabbage Cabin, Cabbage Cabin ni 2 tingkat. Tingkat atas tu macam loteng la kan.. ade la katil size Queen punye. Ada 1 single size dan double decker. Aku tambah satu set tilam+bantal+selimut lagik untuk makcik aku. Nak bagi semua selesa.. Macam biasa Mia tido dengan ibu dan babah dia lah kan.. Selain katil.. Cabin tu ada dapur untuk memasak siap pinggan mangkuk bagai, peti sejuk dan tv.
Pemandangan semasa nak on the way ke Kiram's Village dari Pekan Kundasang.
Cabbage Cabin
Pemandangan di waktu Subuh jam 5.30am dari loteng Cabbage Cabin
Lepas solat Subuh, aku buka la pintu beranda kat loteng tu kan..cantik nyeeee pemandangan lepas tu agak-agak dah nak cerah dalam pukul 6am cenggitu, aku kejutkan semua orang suruh keluar amik gambar, sebabnye..pagi-pagi tu awan tak banyak lagik so bole la amik gambar gunung Kinabalu.
Model diatas adalah ibu mertua ku yek...
Gambar diatas adalah gambar sepasang suami isteri yang semakin matang yek.. paham paham sendirik la .... Cayang Pechal hohohohohoh tetibee!!
Masuk ke Desa Farm ni kene bayar..tak silap RM4 untuk orang dewasa, budak-budak aku tak perasan pulak berapa kene charge kan.. adalah jumpa anak-anak lembu, kambing dan yang seberadik dengannya. Okla..kan..orang bandar dapat tengok lembu, bukan selalu dapat jumpa kan huhuhuhh lepas tu amik gambar banyak-banyak.
Next destinasi ke Ranau pulak.. kami ke Sungai Moroli,Kampung Luanti Ranau sebab nak ber'fish spa' dengan ikan-ikan besar ada yang sebesar lengan Pechal pun ada.. Ikan-ikan kat situ kalau orang Sabah panggil ikan pelian tapi kalau orang semenanjung panggil ikan kelah. Kat situ kau boleh main dengan ikan tu, kau boleh belai, pegang dan bagi makan..tapi jangan sesekali tangkap ikan tu, sama sekali tak dibenarkan ok! .
Nak masuk ke tempat tu orang dewasa kene bayar RM5, Beli tiket kat kaunter depan kat jalan masuk, lepas parking kereta terus pergi ke kaunter satu lagik untuk ambil nombor. Bila nombor dah dipanggil so boleh lah masuk ke kawasan sungai tu..dorang bagi masa 15 minit untuk 'beramah mesra' dengan ikan. ada makanan ikan dijual so boleh beli dan feed ikan tu. meliuk-liuk manja ikan-ikan kat situ. Serius ikan-ikan kat situ jinak.. dorang tak takut pun dengan manusia, lagik datang dekat dan gigit-gigit manja kat kaki kita ada la..Memula aku masuk dalam air sungai tu ikan-ikan dah berkerumun kat kaki..geli wehh geli sangat-sangat..tapi lama-lama tu rasa geli tu dah kurang so okla kan.. terus rasa jadik seronok plak huhuhuhuhu.
Mia geli nak masuk kan kaki kat dalam air..aku jugak lah yang kene dukung..dah ler kaki aku terpeleot masa nak turun tangga ke sungai tu..tengah dukung mia jugak masa tu..
berdenyut-denyut kaki aku lepas tu.
kat jambatan gantung...untuk ambil gambar sahaja ek..
Kami sampai kat hotel masing-masing terbongkang kepenatan.. so malam tu tak kemana..keluar pergi makan dan balik hotel sambung tido.
Esoknye lepas breakfast kami ke Monsopiad Culture Village. Dalam pukul 9.00am kami sampai dan beli tiket, lepas tu tengok persembahan kebudayaan dulu. Tengok dorang menari..teringat zaman memuda dulu..huuu rindu laaa. Aku pernah ada kat atas pentas cenggini masa Pesta Kaamatan suatu ketika dulu..
Ok..tiket masuk ke Monsopiad Culture Village ni RM55 untuk dewasa, kanak-kanak RM15 dan warga emas RM20 je yek.. kalau kau ada bawa student card lagikla murah kan.. Ni yang aku cerita harga tiket ni semua untuk warganegara Malaysia yek.. kalau kau bukan warganegara Malaysia kau kene bayar double ok.
Masa ni aku tengah beli tiket..sempat lagik dorang posing tak ajak aku.. sampai ati.. aku tengok dari jauh je tauu
Habis pergi Monsopiad Culture Village tu kami ke bandar sebab nak shopping..takde plak gambar shopping shopping kami.. Kalau pergi ke Sabah, tak sah kalau tak singgah ke Pasar Filipina yang jual mutiara, ikan masin dan ampang dan kuih cincin dan dan dan. Kali ni tak beli banyak sebab kebetulan bulan 3 lepas aku dah sampai sini.. dah tu penah belajar kat Borneo, so koleksi Mutiara aku banyak ok.. so dah tak kesah..
Itu jela cerita Sabah aku..kesimpulannya kalu tahun depan nak ajak aku pegi Sabah lagik ..aku sukeee jekk... ok bye!
Thursday, December 5, 2013
Kerisauan Saya
Aku ni dah macam mak-mak la pulak kan.. risau sana risau sini.. sekarang ni selalu pikir bukan-bukan.. selalu macam risau-risau gaban.. kalau dulu aku ni main aci redah jek.. la ni takde dah.. mesti macam risau-risau..
Sekarang ni family baru ada 3 orang ahli termasukla aku kan.. so yang babah nye dengan style macam ni.. yang Mia nye dengan style macam tu.. Ni kalau adad rezeki sorang lagik.. kerisauan aku akan terbahagi kepada 4. Yelakan dulu bujang cuma jaga diri jek.. ni dah kawen nak kene jaga semua.. sekarang barulah aku tau dulu-dulu..kalau aku balik lambat dari sekolah, abah aku dah berdiri depan rumah tunggu aku.. masa tu aku mana pikir yang dorang risau ke apa kan.. yang aku tau kalau aku balik lambat rotan Abah yang panjang menjela tu dah ada kat tangan dia. Kalau alasan kau balik lambat tak munasabah memang kene zzzaaapppppp!!! tak pun kau kene pial telinga.. dah sebab aku paling tua..aku la yang paling banyak kene.. hheeeee
Ok..sebenarnya nak citer bende lain tapi melalut pulak kan.. Ni la sebenarnya.. bersempena dengan hobi suami tercinta aku ni kan.. aku sebenarnya risau la jugak dengan cinta hati aku tu.. pakcik tu dah terjebak dalam dunia permotoran sejak dibangku sekolah lagik.. so kalau nak halang pun takleh dah sebab aku pun 2 kali 5 minat moto.. cume lately ni aku selalu la dengar berita berita tak best pasal rider yang bawa moto berkuasa tinggi ni.. Eksiden bagai.. eksiden sana sini.. aihh risau la wehh.. berapa kilometer sejam la kan dorang bawa tu ek.. setakat ni dari intaian aku selama aku jadik pilion a.k.a penunggang.. Pechal setakat ni paling maksimum dia bawa 160km/jam. aku tak taula pulak kan kalau aku takde kat belakang dia.. dia bawa laju mana.. tapi seriuss wehhh bole tahan seronok cuak gakla sebab laju nye. Penah bawa kereta selaju 160km/jam tak.. so boleh teka la macam mana rasanya laju tu kan. Inikan pulak moto yang takde ekon.. yang takde seat sandar, yang memang terdedah dengan angin yang bukan dari kalangan sepoi-sepoi bahasa. kekadang tu aku siap pelok Pechal aku kuat-kuat lepas tu tundukkan kepala nak elakkan kan angin.. nasib Pechal gagah perkasa so boleh la cover aku yang kat belakang ni. Aku ni kan.. setiap kali nampak Pechal pegang jacket hitam nak keluar rumah tu.. aku dah risau-risau dah.. dah konpom konpom dah dia akan naik moto gajah dia tu kan. Aku mesti doa-doa supaya dia selamat. Sapa tak sayang suami kan huk huk batuk jap.
Pechal penah jek eksiden moto masa bulan puasa 2013 yang ke 3 hari. Aku dapat call dari dia petang tu.. line tak berapa nak clear so aku ingatkan dia tanya aku dah kat mana kan.. dalam otak aku terpikir mebi dia nak tanya lauk apa nak masak.. tapi apesal background bunyi handphone dia tu macam atas jalan raya jek.. macam ramai orang jek..macam bising jek.. so aku assume dia kat bazaar Ramadhan la kot.. sekali pakcik ni jerit cakap " SAYA EKSIDEN LAAA!!!" aku yang tengah bawa kereta tadi terkejut beruang dan otak ni dah pikir bukan bukan dah.. dahla jalan dah start jammed masa tu.. aku rasa macam nak lompat dari kereta lepas tu larik ke tempat eksiden dia.. masa tu pikir kalau lah ade tangan yang besaaaa macam dalam iklan tv suatu ketika dulu.. aku akan call tuan punye tangan tu kasik pinjam kejap..angkat kereta aku terus letak kat tempat Pechal eksiden tu. Sebab tempat eksiden Pechal tu tak lah jauh sangat dari tempat aku terima call dari dia. Dia suruh datang amik dia.. (Dia eksiden kat jalan masuk ke Batu 9 lepas grand saga tol.. lagik 2 kilometer jek nak sampai rumah kami). Aku sedaya upaya nak bawa kereta laju.. tapi memang tak la kan.. kereta kereta banyak so bawa pun macam kura-kura.. dalam 5 minit macam tu.. Pechal call balik cakap takyah amik dah sebab ada orang willing nak hantar dia ke hospital.. dia cuma bagitahu kalau boleh alihkan moto dia ketepi sikit.. aku?? aku?? aku nak alihkan?? tau tak berat ya rabbi moto tu.. kudrat aku tak mampu.. tapi besela.. cintan punye pasal ikutkan ajela kan.. tapi bila sampai kat tempat kejadian tengok dah ada orang alihkan.. abang-abang moto kot yang lalu lalang kat situ..
Aku balik amik Mia kat rumah MIL cepat-cepat ingat nak balik rumah japkan.. sampai-sampai rumah tetibe pintu terbukak.. aku tengok Pechal tersengih sengih.. bole pulak dia sengih ek.. aihh. bukan kata pegi hospital ke? Dia citer dia langgar kereta saga then terterbang ke cermin kereta belakang tu lepas tu kepala dia terhantuk kat cermin tu then cermin tu pecah..dia golek golek atas jalan raya.. aku tengok dia cuma lebam lebam jek tapi aku cuak jugakla kalau ada luke dalaman kan.. kata kepala terhantuk kat cermin. seluar dia koyak rabak. habis tertetas seluar tu.. nasib baiklah dia pakai jaket keselamatan ( tah pakai ke tak aku tak sure) dengan halmet yang elok. Kalau tak.. aduhhhh susahh nye hati aku.. tapi lepas tengok dia tak teruk aku lega la sikit kan.
Kekadang aku terfikir.. yang beli moto besa ni kan.. dah penah ada pengalaman tak bawa moto kecik dulu.. maksudnya.. kau belajar bawa 100cc dulu lepas tu bawah 250cc dulu lepas tu barulah 500cc keatas.. Lagik satu.. dorang dah prektis ke belum masa bawa tu..kasi 2-3 bulan berlatih dulu ke lepas tu baru pegi jejauh huuhuuhhu..memanda- mandai je aku kan..
Eh tapikan ada sekali tu aku ikut Pechal pegi kedai yang jual moto gabak dia tu kan.. dia nak amik barang moto la kan. ada satu mamat ni baru beli moto yang sama macam Pechal cuma warna jek la lain.. dari jauh aku nampakla dia tunggang motor tu.. tapi masa dia berhenti boleh plak tetiba dia jatuh kan.. dan bila dia bangun aku terkejut besa.. sebab apa? sebab moto tu tinggi dia tu rendah.. macam mana nak bawa nanti?? dia prektis bawa moto baru dia kat depan kedai moto tu tapi still jatuh jugak.. orang kedai moto tu dah rendah kan habis dah moto baru dia tu tapi still kaki dia tak sampai.. cecah jari hujung pun tak smpai langsung tau.. aku takleh imagine kalau dia berhenti kat traffic light kan.. bahaya tu..dan memang pun terjadik, masa kat traffic light dia jatuh sekali lagik.. Kesian sangat. Nasib baik motor dia dah pasang slider siap-siap so taklah calar balar moto tu kan..
Motor tu berat wehhh seriusss.. even kalau kau nak undur kan motor keluar dari parking pun kekadang tu perlukan orang utk bantu.. selalunye aku la yang punye keje tu tarik moto tu keluar dari parking huhuhuh. Tak tau apa jadik dengan dia lepas tu.. harap dia selamat la kan.
Kesimpulannya kene lah hati-hati yang kawan-kawan.. tak kira lah moto besa ke kecik ke sederhana ke.. please please please hati hati yek..orang yang expert bawa moto pun boleh eksiden inikan pulak yang baru berjinak-jinak. Itula kisah kerisauan saya pada hari ini ye kawan-kawan.. Kerisauan ini lebih ditujukan pada Abang Pechal sayang yang dicintai. Untuk suamiku.. " Pandu dengan Bijak.. Ingatlah orang tersayang" cewwahh!! sekian.
Tuesday, November 26, 2013
Mak Abah Pergi Haji
Kalau tak silap la kan last month 9.10.2013 Alhamdulillah dengan izin Allah, Mak Abah telah selamat berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan Haji melalui penerbangan terakhir KT69. Dorang ke sana selama 40 hari dan tempat pertama dorang akan pergi ofkos la ke Mekah terus.. kata dah terakhir kan so nanti lagik seminggu nak balik Malaysia barulah dorang singgah ke Madinah.
Kalau ikutkan lagi beberapa hari kot kan nak sambut Raya Aidiladha. So sebab aku yang paling tua dalam adik beradik kenelah bertindak jadik orang tua.. dah pikir dah nanti mesti adik-beradik balik rumah mak.. kesian pulak kat adik yang paling kecik ( kecikla konon) duduk rumah mak sorang-sorang.. maka plannya nak memasak juadah Hari Raya la.. nak kata aku ni hebat masak tu takdela kan..tapi hebat la..hek hek ;p
Tapi tula kan.. plan jee, semua tuhan yang tentukan.. elok aku hantar mak abah pegi Kompleks Tabung Haji.. balik tu aku ter'check in' hospital.. haaa sakit perot tak hengat.. check punye check rupanya sah! gastric. Macam-macam la doctor chcek it out kat aku.. amik urine test la.. buat Ultra SOund la.. masuk video skop melalui mulut la.. apala..inila.. kesimpulannya memang tak bes duduk hospital, kau pegilah hospital paling mahal kat Malaysia ni tetap akan cakap duduk hospital tak bes.. yang bes orang yang datang melawat kita jek.. wah kaya nye kau 'check in' sini.. kau?? kau?? belum tentu makanan hospital tu kau boleh makan, belum tentu kau dapat mandi dalam jakuzi sambil dengar radio atau tengok TV, SPA? jangan mimpila nak buat spa masa kau sakit. nak sauna bagai.. Kau boleh buat apa? duduk terlantar je atas katil..lepas tu tangan kanan kau kene drip air, tangan kiri ada 'name tag' hehehe.. Baju? Kalau dia bagi baju kau kene baju hospital.. pendek kata tak kelass pun duduk spital ni,
Dah elok-elok aku check out dari hospital.. selang berapa hari mak mertua aku pulak masuk hospital. Haaa lagik 2 hari ok nak Raya.. aku tengok Pechal dah macam orang tak terurus dah.. mana nak jaga aku, jaga Mia, jaga Abah dia yang uzur.. mana nak sembelih lembu lagik ( kata hari raya kan).. nak masak juadah raya lagik.. aku konpom konpom la keluar hospital kene pantang. nak jadik food tester memang tak la.. buatnya lauk tu pedas berapi.. mau kene check in balik masuk hospital. TAKMOOO aku!! Nak taknak Pechal kene la masak juadah Raya..nasib baik Pechal hebat memasak masak ni.. dia siapkan juadah untuk makanan belah aku ( untuk diberi pada adik-beradik aku) dan belah Pechal sekali pandang macam Chef Wan aku tengok Pechal ni.. dua kali pandang aikk!! macam Chef Zubir pulak keh keh kehh... Malam raya lepas jenguk MIL kat spital..kami terus balik rumah Ampang.. dah janji dengan adik kecik nak temankan dia malam raya tu.. so pagi raya kat Ampang.. lepas sembahyang raya kat Hulu Langat.. hebat tak kami?
Ok..tau ajelah 1st time beraya tanpa orang tua kat Ampang.. sangap gak kami adik beradik.. aku ni dah terbiasa tak sah dalam seminggu tu akan telefon mak kat rumah berkali kali. masa mak kat Mekah..aku asyik nak tertekan je no fon dia. Mia pulak asyik tanya mana nenek mana atok.. asal datang Ampang je..dia bagi salam "Assalammualaikum nenek..." aihh...saba jela.. ni mak abah baru pegi 40 hari ni kami adik beradik dah rasa macam rinduu sangat dengan dorang. Ada la jugak berwhatsapp dengan dorang tapi kejap kejap jek.. kekadang tu risau jugak.. apa kaba dorang ni.. sehat ke tak.. dah makan ke belum.. risaukan abah tu sebab tahun lepas dia buat operation kat jantung dia.. mak pulak ada asthma.. kekadang tu sempot.. ishh semoga tuhan permudahkan urusan mereka. Amin
Ni masa aku taip blog ni.. mak abah dah selamat balik dah pun.. lepas ni dah boleh panggil Haji Zakaria dan Hajah Juliah.. fuhh!! ntah bila la aku nak tunaikan Haji pulak.. semoga di permudahkan, Amin.
Aku tak mampu nak buat entry dalam blog ni masa dorang kat sana sebab takut air mata mengalir..rindula katakan.. dalam anak-anak mak abah aku la paling nakal..( tapi paling cute) walopun luaran aku nampak gangster, brutal dan ganas.. tapi dalam hati aku ni ada taman woo... senang nangis tu takyah cite la.. aku ni banyak cover line je.. kene marah dengan Pechal pun aku boleh nangis.. tapi mamat tu tak pasan pun aku nangis. nak suh dia pujuk?? masa boyfren gifren bole la dia nak pujuk..skrg ni?? hoh!!!
itujela pun aku nak cerita..sekian..
*** sorry takde gambar sebab pemalas
Thursday, October 24, 2013
Family Day- Cameron lagikkk
Aku ni kan pemalas.. kalau pemalas tu memang pemalas la.. haihh bila nak brubah ni..
ok.. nak cerita pasal family day. kiranya rombongan Haji Zack ke Cameron Highland. Kenapa Cameron? 1. sebab Abah yang belanja Hotel.. 2. Sebab Hotel yang Abah pilih tu adalah hotel tempat kami masa kecik kecik dulu...gituu 3. Sebab Cameron sejuk.. 4. sebab kitorang memang suka pun pegi Cameron..
Berkumpul beramai-ramai memangg bess.. yelakan masing-masing dah ada keluarga masing-masing so nak ber vacation bersama tu memang payah.. Ni punye plan ni pun 2 bulan awal kalau tak silap.. lepas balik Bali minggu depannye aku, Pechal dan Mia naik ke Cameron pulak..haaa overr tauu cuti tak hengat!
Aktiviti wajib kalau ke sana..
day 1 - kami selalunye akan check in hotel dulu tapi sebab perot dah lapau, kami makan dulu.. kata pegi awalkan.. so perot tu masa dah samapi tu agak berkeroncong jugakla.. singgah la kejap ke Bharat Teh Plantation isi perot.. tu baru appertizer.. yang berat punye kita carik kedai lain hehehe
Mak Abah sampai lambat so kami yang sampai dulu ni lepak-lepak je dalam bilik hilangkan lelah. Malam nanti wajib makan steamboat.. tempat sejuk..bila makan steamboat tu layan jugakla.
day 2 - Pepagi lepas breakfast pergi tgk lebah.. sampai situ Mia dah zzzzz.. takdela aku nak turun tengok..naik turun tangga mengangkat Mia..so duduk diam-diam kat atas sambil makan magnum.. Lepas tu berjalan pegi tengok bunga bunga..hahahahaa 1 st time pegi tu.. ingatkan tak penat..ni aku rasa nak terpengsan sebab nak daki tangga yang bertangga tangga..aduiii. Lassttt tempat persinggahan .. pegi strawberry farm bes bes bes.. strawberry nye besa dan manis.. seriusss!
Balik hotel check out lepas tu aku terus ke pasar beli sayur..kebetulan masa beli sayur tu hujan.. tambah la gigil aku
dah itu je pun.. dah kata pemalas.. update mana wajib je la kan.. takde la karangan 700 patah perkataan nye.. oklaa korang tgk je gambar ek..
BHARAT TEH PLANTATION
CENTURY PINE HOTEL
Dua budak ni tak boleh berenggang...sama nakal
STEAMBOAT RESTAURANT SEBELAH DE LA FERN
BREAKFAST @ CENTURY PINE HOTEL
BEE FARM
BUNGA FARM ( aku belasah nama farm tu..seriuss tak tau nama )
yang ni yang aku cakap menggigil aku naik tangga..seriussss menggigil
anak sapa laaa niii
STARWBERRY FARM
Subscribe to:
Posts (Atom)