ini sebuah cerita yang hanya sekali diceritakan kat aku... mungkin terlalu sedih untuk diulang oleh mereka yang merasa..
aku janji, ini kisah benar... tempat, waktu, nilai matawang semuanya sama, yang aku tukar cuma nama...
biar aku mulakan dengan beri nama kepada watak utama.. nama paling biasa dari buku teks, Ahmad.
_._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._
Ahmad baru tamat ijazah sarjana muda dan ditawarkan biasiswa untuk peringkat ijazah (master) di University of Boston. sebelum dia terbang ke negara orang, dia berkahwin dengan seorang wanita dari kursus pengajian yang sama dengannya di peringkat ijazah sarjana muda...
selesai berkahwin, beberapa bulan selepas itu pasangan muda ini terbang ke amerika memulakan hidup baru sebagai suami isteri... tahun 1978, penerbangan terus ke Boston dari Malaysia belum wujud lagi.. bertukar-tukar penerbangan dan akhirnya hampir dua hari kemudian, tibalah mereka di negara asing.
pasangan ini tidak bercadang untuk pulang ke tanah air sehingga tamat pengajian 2 tahun kemudian, si isteri tidak belajar atau bekerja, tetapi sekali-sekala mengambil upah menjaga anak orang kenamaan yang berasal dari benua afrika.
berutus surat antara amerika dan Malaysia jugak tidak dilupa, cuma mereka hanya mampu untuk mengguna pos standard yang mengambil masa dua bulan untuk sepucuk surat tiba..
mereka secara asasnya hidup dengan duit biasiswa dari Malaysia, cukup untuk mereka berdua, malah cukup untuk dikirimkan kepada kedua orang tua di kampung...Ringgit Malaysia Dua Ratus, nilai yang cukup besar di zaman 70-an, dihantar melalui transaksi bank terus dari amerika..
suatu hari pihak bank mengutus surat ke kediaman mereka, kata pihak bank, transaksi bernilai RM200 yang dibuat tidak berjaya sampai ke Malaysia...Ahmad kekeliruan, adakah ada masalah dengan akaunnya, atau masalah dengan akaun orang tuanya di Malaysia...
beberapa minggu kemudian tiba surat dari kampung, bapa sudah meninggal.
ya, sudah dua bulan meninggal...surat di tahun 1979 bukan seperti menghantar SMS antara benua di tahun 2012, cuma memerlukan beberapa saat..
terkesima Ahmad dengan berita, tapi apakan daya, berita kematian sampai terlalu lambat...pengajiannya pun tinggal beberapa bulan saja lagi untuk tamat, elok saja dia tunggu sehingga habis belajar.. akaun bapa di Malaysia sudah ditutup, sebab itu transaksi wang ke Malaysia hari itu gagal..
_._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._
susah nak bayangkan kalau aku yang berada dalam keadaan macam Ahmad, larat ke aku nak terima kenyataan...macam mana la agaknya aku nak kawal diri dan perasaan..
setiap kali aku teringat cerita ni, aku rasa sedih dan aku harap sangat takkan berlaku dekat aku... dan ini cuma satu dari banyak lagi kisah sedih dari kami yang belajar di luar negara.....ada yang ibu bapa meninggal, ada pelajar yang meninggal.. dan setiap kali ada musibah sebegini terjadi, aku akan jadi tergamam untuk seminggu dua...walaupun yang meninggal tu bukan orang yang aku kenal pun..
akhir kata, jangan lupa sayangi ibu bapa anda
hek eleh kucing, buat muka sedih pulak kau...