! ! BajuLusuhSeluarTampal: June 2011

Pages

Thursday, June 30, 2011

kenapa blog mesti ringan untuk load

entri ni untuk mereka yang mengalu-alukan kedatangan manusia lain untuk baca blog mereka. kepada mereka yang jadikan blog untuk tatapan peribadi dan tak harap ada orang datang baca blog tu, benda ni macam tak penting sangat.

aku tulis entri ni bukan bererti aku ni penulis blog yang bagus atau macam dah hebat sangat. tapi aku tulis sebab aku pun pembaca blog jugak, korang yang baca blog mesti paham situasi ni ---> blog berat.

sebab-sebab kenapa blog tak boleh berat:

tak semua orang ada akses internet laju

tau la kat malaysia sekarang ni dah ada UNIFI, tapi berapa kerat la sangat manusia yang ada internet laju tu. ramai pakai internet biasa-biasa je. nak lagi kesian, bila pakai internet wifi yang kena kongsi dengan beberapa ratus lagi manusia, macam kat universiti/kolej. kesian jugak kat mereka yang pakai modem internet 3G, kejap laju, kejap lembap macam siput, kejap lagi mati terus, kang aku campak jugak modem keluar tingkap, kena cop "tak bersyukur" pulak.....

paling kesian kalau ada yang pakai internet dial-up. erk... ada lagi ke ?

tak semua orang ada komputer laju

bukan semua orang mampu ada komputer laju2 dengan 8gb RAM.... atau ada graphic card hebat-hebat yang memudahkan  gambar muncul kat browser.... ada lagi komputer yang pakai windows XP, ada yang pakai netbook (kecik, comel tapi sangat lemah sebenarnya....) ada yang online guna telefon je.... nak tunggu sebijik gambar muncul kat skrin tu pun boleh buat hilang sabar...

tak semua orang ada masa nak tunggu blog ko load selengkapnya

ramai orang akan hilang rasa nak baca blog tu bila benda yang ditunggu-tunggu tak muncul.... bukan je gambar tak muncul, tulisan pun tak ada jugak, yang ada cuma header blog je....takkan nak baca header blog je kot.... bila pengunjung datang kat blog tu, benda yang biasanya dicari adalah entri, bukan bling bling, bukan widget, bukan gambar kat sidebar, bukan lagu, bukan mouse pointer bertukar jadi rama-rama sambil rama-rama tu kentut keluar glitter berkilat-kilat menghiasi ruang angkasa blog. 
credit to freeiconsdownload.com, the icons copyright belongs to original authors.
tak salah pun nak ada semua benda fancy-fancy tu, tapi kalau nak pengunjung blog rasa senang, selesa...jadikanlah blog tu ringan untuk loading...
kepada korang yang ada blog, boleh la buat speed test kat sini http://www.iwebtool.com/speed_test, kalau saiz blog tu bawah 100KB, kira tak berat la tu.... kalau terlebih, bolehlah pikir widget mana satu yang korang rasa patut kena buang, biar ringan sket blog. ini cadangan aku je..... sebab semua orang suka datang dan baca blog yang cepat untuk load.........

Tuesday, June 28, 2011

esok kerja, jangan tido lambat wahai hanafijaafar

malam ni aku terlebih rajin pulak nak buat facebook fanpage. page ni aku rasa perlu sebab aku nak pisahkan facebook biasa aku dan blog ni. kalau korang suka blog ni, boleh lah follow fanpage kat sidebar, mekasih banyak-banyak....

.
.
.
.
.
.
.
haha, mana la datang nama baju lusuh seluar tampal ni?

Monday, June 27, 2011

perempuan vs lelaki (it never ends but it's fun to watch though)

aku lelaki, aku faham pemikiran lelaki dan aku takkan faham macam mana perempuan berfikir.

aku takkan faham perempuan sebab sampai bila-bila pun aku tetap lelaki. kita takkan faham sesuatu sampai kita sendiri rasa pengalaman tu. tapi aku takkan jadi perempuan, sebab tu aku takkan faham perempuan.

aku minta maaf sebab cerita benda lama dari internet, walaupun ini dah macam berlawanan dengan prinsip blog ni, tapi aku rasa benda ni agak penting (nada serius, hehehee) 
___________________________________________________________________
bila perempuan cakap "fine"
maksud : perempuan itu cuma nak berhenti bertengkar, dan sebenarnya merasakan diri dia tetap betul dan lelaki itu tetap salah.

bila lelaki cakap "fine"
maksud : fine
___________________________________________________________________
bila perempuan cakap "nothing, takde pape"
maksud : sebenarnya ada sesuatu yang tak kena dan lelaki patut menggunakan kuasa membaca minda untuk mengetahui apa yang tak kena dengan perempuan itu, lelaki jugak patut risau dengan keadaan ini dan membaiki dengan segera walaupun tiada clue diberikan.

bila lelaki cakap "nothing, takde pape"
maksud : nothing.
___________________________________________________________________
bila perempuan cakap "whatever"
maksud : weyh lelaki, silalah engkau pergi jahanam dari muka bumi ini, aku sudah malas nak layan kau.

bila lelaki cakap "whatever"
maksud : whatever
___________________________________________________________________

credit to theory.isthereason.com
ini tak ada kaitan dengan aku dan isteri aku, aku tulis satu benda yang sangat general. aku boleh tulis lagi panjang, tapi sebab dah masuk subuh, aku nak solat dan tido. kepada lelaki, ada yang nak back up aku? kepada perempuan, betul ke macam ni, atau semua ini cuma fitnah durjana semata-mata?

derenjis-renjis dipilis

aku tulis kali ni agak ilmiah, tak selesa dengan entri ilmiah? sukati anda lah....
entri ini pasal lagu kahwin yang popular abes la kat majlis kenduri kahwin melayu. please do not say "majlis resepsi", i resent that. geli weyh....


kenal tak lagu direnjis-renjis dipilis ni? aku rasa, setiap kenduri kahwin melayu aku pergi mesti ada lagu ni, tapi masa aku kahwin 6 bulan lepas, aku tak sedar pulak ada ke tak lagu ni. mana ada masa aku nak teliti lagu yang ada masa tu, sibuk weyh...

ini lirik lagu tu, aku tak tau siapa komposer lagu ni.....


Di renjis renjis di pilis 
Di tepungi lah tawar
Hai beras kunyit di tabur
Disiram si air mawar
Duduk muda sejoli
Atas pelamin berseri
Dihias intan baiduri
Sebagai raja sehari
Lepas duduk bersanding 
Jalan rapat berganding
Salam bersalam keliling
Sambil mata menjeling
Riang pengantin baru
Gurau senda bercumbu
Aman damai selalu
Sampai ke anak cucu
rangkap 2 sampai 4 tu aku rasa semua orang paham clean and clear la maksudnya, setakat nak cakap keromentikan pasangan baru kahwin, sampai ada cumbu-cumbu bagai, hahaha.....
tapi, rangkap yang 1st tu macam lain sket.... rangkap 1 tu pasal menepung tawar. satu tradisi melayu zaman dahulu kala. berapa kuno tradisi ini? tradisi menepung tawar berasal dari agama hindu, zaman sebelum Islam sampai kepada orang melayu, majoriti orang melayu beragama hindu.
tugas menepung tawar ni bukan boleh siapa-siapa mak sedara korang naik pelamin, lepas tu renjis-renjis, tepung menepung sesuka hati okeh..... merenjis dan menepung tawar ni adalah tugas khas untuk bomoh wanita satu-satu kampung. masa bomoh ni merenjis, dia akan baca mantera-mantera tertentu untuk kesejahteraan pasangan pengantin...

direnjis-renjis dipilis. dipilis tu pulak apakah?
1 ubat yg dipalitkan pd dahi.
2 tanda silang yg dibuat pd dahi sbg tangkal. berpilis memakai pilis. memilis membubuh tanda silang pd dahi atau pd pelipis dlm upacara persandingan.
3. garis pangkah di dahi utk menghindarkan penyakit; berpilis menggunakan (memakai) pilis.



pilis ni pun tradisi lama jugak, aku rasa orang zaman sekarang tak buat dah, sebab syirik, agak messy, boleh buat kotor baju pengantin, dan merosakkan make-up pengantin. kesian kat mak andam...
cuba bayangkan dahi pengantin ada tanda X masa bersanding, itu la namanya memakai pilis.

sekarang aku rasa lagu ni macam dah tak sesuai je dgn zaman sekarang. orang zaman ni lebih banyak kesedaran agama, orang dulu-dulu bukan tau sangat ilmu agama, tau sikit-sikit je....

aku harap lagu ni tak ada kat majlis aku haritu, dan tak akan ada orang guna lagi....

Saturday, June 25, 2011

tiga objek agung dalam blog

malam ni aku tiba-tiba mengantuk sebab tgk movie Due Date, jadi aku pun terasa nak pergi terjah blog-blog yang aku tak pernah sampai. sebab aku punya habit untuk bukak sekali 20 tab blog, komputer aku jadi panas, sekarang aku menaip kat tepi pintu balkoni rumah sewa aku. ye, aku duduk sorang-sorang, kesepian sebab bini dah balik india isnin haritu.

oh, dalam aku sibuk tengok-tengok blog orang, aku rasa ada satu pattern yang sama aku jumpa dalam banyak blog. balik-balik nampak ko lagi, asek-asek muka ko je.... bukan muka manusia, tapi benda. salah satu dari tiga objek yang memang korang boleh cari kat kebanyakan blog, mungkin ada kat blog korang sendiri.

tiga benda ni sangatlah agung, biasanya pemilik blog akan letak kat header atau kat sidebar nak bagi semua orang nampak.

kamera SLR
pemilik blog akan sebolehnya nak bagitau pelawat/pembaca jenis kamera SLR apa yang dia ada. kalau boleh letak la nama model kamera sekali. aku tak tau apa yang diaorang ni cuba nak dapat dengan mengumumkan kamera SLR diaorang kat, sebab aku tak ada kamera SLR dan aku tak minat kamera berat.

laptop
they just have to showcase their laptops, don't they? laptop untuk ditayang mesti bagi clear supaya orang boleh nampak brand apa, warna apa, ada aksesori ke tak. ada tampal sticker bling bling ke tak... seronok ke tayang laptop kat blog?

handphone / handset / telefonmudahalihpelbagaigunabolehsurfinternet
dalam fikiran pemilik-pemilik blog tertentu, orang lain mesti tahu tahap kecanggihan telefon dia. ada touchscreen atau cuma ada lampu suluh, ada keypad QWERTY ke tak, cukup berat tak untuk baling kat kepala anjing. atau camera phone yang ada banyak megapixel, lepas tu rasa lagi hebat dari kamera betul semata-mata sebab ada banyak megapixel. atau telefon tu ada huruf I didepannya, jadi bila update status kat facebook ada keluar ayat "via iPhone"....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sebenarnya....
langsung tak salah untuk kita beli gadget canggih-manggih tu, tapi kalau tayang kat blog, rasa-rasa dalam diri tu ada niat yang terpesong tak?

Friday, June 24, 2011

buah ceri merah

warning: this is a kinda jiwang post, please do not proceed if you are in irritated or maddened or annoyed feeling. you have been warned.

kami berdua memang berbeza.

dia lebih suka lagu melayu, aku lagi suka lagu omputih.

dia suka baca novel melayu, aku tak suka novel tak kesah la bahasa apa pun, hahahahahaha..!

dia suka cokelat, aku suka jugak cokelat tapi tak dah kena berhenti  makan, kalau tak nanti dapat diabetes.

dia suka pakai tudung, aku sangat tak suka pakai tudung. tudung tak sesuai dgn aku. bila aku pakai tudung, hodoh sekali...

dia tak suka makan ubat, aku suka suruh dia makan ubat.

dia tak suka kopi, aku sangat suka kopi aku boleh minum banyak-banyak.

dia suka filem melayu, aku suka filem omputih. filem omputih ada letup-letup... bes wacakapsamalu...!

dia suka guna sms, aku suka guna call.

dia rajin belajar, aku agak pemalas. sebab tu aku tak pernah kalahkan dia dalam ranking sekolah dulu....


isteri, mekasih banyak-banyak sebab makankan buah ceri yang masam-masam,
tinggalkan suami yang manis-manis je. sesungguhnya suami tahu isteri suka makan
ceri yang masam-masam je. ini buah ceri yang last.
berbeza bukan bermakna kita tak sesuai bersama, bila aku bayangkan aku dengan orang yang sama minat dengan aku, jadilah hidup aku sangat bosan sebab tak ada benda baru untuk dicuba.
berbeza bukannya kita tak ada benda yang sama-sama kita suka, ada je walaupun tak banyak, tapi biar kita simpan sendiri.

ada yang tanya, korang ni dah berapa lama bersama.... ni aku nak bagitau la ni... 68 bulan.

soalan ini macam bes...

ada banyak benda yang aku pikir dengan sengaja untuk buat otak aku kekal berpikir, bagi aku penting untuk manusia kekal berpikir, biar otak tu bekerja. kena buat macam ni untuk elak otak kita jadi lambat pick up sebab otak lama tak dapat excercise.

soalan jadi lebih menarik bila tak jumpa-jumpa jawapan, kan? tapi kalau soalan dalam exam tak jumpa-jumpa jawapan, memang boleh bikin syahdu dalam hati, hahahahahahhaha.....


siapa-siapa tahu jawapan untuk soalan ni, tolong bagitau aku, sebab aku bukan belajar bidang ni pun....aku tak tau pun ada ke tak bidang untuk benda-benda macam ni.

soalan : macam mana manusia cipta garisan lurus yang pertama, garisan yang betul-betul lurus?

garisan lurus yang solid, macam pembaris, bukan macam benang yang ditegangkan. oh, bercakap pasal pembaris, macam mana nak cipta pembaris kalau tak ada garisan lurus untuk buat panduan nak cipta pembaris....?

ini pembaris pertama aku beli masa baru sampai jermeni dulu, aku jarang sangat guna
pembaris ni sebab aku nak benda ni akan jadi souvenir kenangan bila aku balik malaysia...

Thursday, June 23, 2011

dear beloved wife, thank you for your time

warning: this is a kinda jiwang post, please do not proceed if you are in irritated or maddened or annoyed feeling. you have been warned.

baik, aku tak nak teruskan dalam bahasa inggelish sebab blog ni memang dibuat untuk dalam bahasa melayu sahaja....

kepada isteri, terima kasih sebab datang melawat hari tu. memang tu la dua minggu terbaik dalam hidup. terima kasih sebab jadi teman berjalan, teman memasak, teman membasuh baju kat sungai kedai dobi, teman makan ais kerim sampai pening, teman tido, teman amek gambar banyak-banyak sampai habis bateri kamera.

sumpah, isteri aku bes.

makan nasi lemak atas lantai, konon melayu habis la tapi pakai sudu garpu jugak....
bukan puncak bukit yang kita ingat, tapi jalan naik sampai puncak bukit ni. mengikut kata pepatah melayu
 zaman dahulu kala... kalau tak mahu sakit kaki memanjat bukit, jangan berhotel di atas puncak bukit.
florence, bini aku je yang asek masuk kamera
aku gembira bila tengok kau gembira
5 tingkat menara sebenarnya sama besar dengan aku.

macam-macam kami buat dalam dua minggu tu, dan banyak lagi tempat kami pergi, tapi aku bukan jenis tulis cerita holiday kat blog, sebab aku sendiri elak dari baca entri-entri macam tu kat blog lain. aku tak minat baca entri macam tu, jadi aku takkan tulis entri macam tu kat blog sendiri.

blogwalking tu apa?

lama dah aku tak pegi baca blog, 2 minggu kot aku tinggal amalan mulia itu. semua sebab isteri datang melawat...

2 minggu isteri aku datang tengok-tengok aku kat sini aritu, dia cakap dia saja datang nak tengok laki dia sehat ke tak, makan cukup ke tak, perut buncit ke tak... 

lepas tu bila dia dah balik india, dia ada pesan....

"kanda, usahlah kanda mencoba pakaian-pakaian dinda yang tertinggal di rumah kanda itu, nescaya akan rosak binasalah pakaian dinda"

"adinda usah risau, kanda cuma mahu test pakai baju yang kecik-kecik saja, muahahahahahahhaha...!"

okeh, tipu. agak geli jugaklah kalau cakap "kanda dinda", sebab kami ni masih perasan muda remaja, kami cakap "aku kau" je.....





Tuesday, June 7, 2011

apa yang TV3 dan RTM ajar kita dari kecik

semalam aku dah post pasal hollywood, ini pulak versi televisyen tempatan kita... oh, by the way, this is an autopost. today i'm in Frankfurt picking up my wife at the airport. balik kepada tajuk asal entri ni....

apa yang RTM ajar kita dari kecik

p ramlee adalah sangat agung, RTM cuba sampaikan ini kat kita:
tak ada pelakon/direktor filem sehebat p. ramlee dalam sejarah malaysia. dia saje lah yang paling hebat, sampai bila-bila pun tak akan ada yang boleh lawan.

RTM buat macam-macam untuk kempen p. ramlee mereka. ulang filem berpuluh-puluh kali setiap tahun, buat pertandingan yang ada kaitan dgn p. ramlee. pasang lagu-lagu p. ramlee kat radio-radio RTM beberapa juta kali.

di mata generasi sekarang, p. ramlee lah hero filem melayu tulen, budak-budak zaman sekarang ramai je yang hafal dialog dalam filem-filem beliau. tapi, betul ke tu p. ramlee sehebat tu pada zaman dia.

zaman gemilang p. ramlee adalah lepas dia meninggal dunia, masa dia hidup, tak la dia disambut macam zaman sekarang. pernah je dia datang ke sebuah U, kena boo dengan student U sebab masa tu, dia dianggap sebagai artis yang dah tua, tak cool lagi...

aku rasa, satu-satunya benda yang RTM berjaya buat adalah buat nama p. ramlee hebat. selebihnya, kita tau la sendiri kan camne stesen-stesen RTM ni, membosankan....

apa yang cerita seram kat tv3 ajar kita

cerita hantu melayu ada market besa, habis satu cerita, datang satu lagi cerita seram.... aku tak galakkan korang tengok, sebab cerita-cerita macam ni la yang mengongkong pemikiran bangsa. otak kita tersekat kat pemikiran tahyul, takutkan makhluk halus. memang makhluk halus wujud, tapi sebab cerita-cerita hantu kat tv3 ni la yang buat penonton jadi takut melampau-lampau.

dalam cerita ni, mesti ada watak hero menyelamatkan kampung dari gangguan hantu syaitonirrajiiiimmmm.... hero ni mesti ustaz. sampai ke satu tahap, orang pikir pekerjaan ustaz adalah menghalau hantu. asal ada hantu je cari ustaz, asal ada ustaz je tanya pasal hantu... kesian tau tak kat para ustaz kita, pekerjaan mulia tu jangan la kita bagi imej yang salah...

Monday, June 6, 2011

om nom nom

ini entri merepek di petang hari, maaf. 


semester ni aku buat praktikal kat kilang bosch bamberg, germany.

gambar hak milik sendiri


hari ini aku makan lunch sambil rasa nak menitiskan air mata, tapi aku tahan juga sebab ada beberapa ratus orang kat kantin kilang bosch tadi. lauk hari ini terlalu sedap, dan bukan setakat sedap.... lauk hari ni dah macam lauk ikan masak lemak. cuma makan dengan pasta dan ada brokoli. oh, dan mesti la tak pedas....

orang putih kang makan pedas, mesti merah gila muka diaorang......


apa yang hollywood ajar kita dari kecik



ibu tiri adalah sentiasa jahat, kejam dan ganas

kalau mak tiri je, mesti jahat, suruh buat kerja-kerja rumah. benda ni ada kat hollywood dari dulu sampai sekarang. dari cerita snow white lagi. ini tak adil untuk anak-anak salih yaakob....salih yaakob ada 4 isteri.... bila pikir balik, setiap anak salih yaakob ada 3 mak tiri....kalau ikutkan jalan cerita hollywood, setiap anak salih yaakob kena menghadapi 3 mak tiri yang jahat...aku tak rasa mak tiri zaman sekarang macam tu lagi.....

fairytale adalah sangat sangat sangat indah

fairytale adalah segalanya perfect, kuda yang tarik kereta kuda tak berak keluar taik berterabur pun, rambut puteri dalam fairytale adalah perfect sebab tak payah guna syampu 3 in 1 pun untuk dapat rambut panjang, shining2, tebal dan sihat tak ada kelemumur.

kuda tengah super saiya agaknye....


ini la hollywood, kita jadi penonton, percaya je bulat-bulat. sini aku nak bagi contoh sebenarnya cerita asal fairytale bukannya tamat dengan "....and they lived happily ever after..."

ingat lagi cerita sleeping beauty, alaa...pasal ada puteri terluka kena spinning wheel, lepas tu tido tak bangun-bangun sampai ada putera cium dia. itu versi dari filem Disney 1959.

versi cerita ni yang lebih lama (1697) pulak, jauh lebih hardcore. puteri tu tido tak nak bangun-bangun, ada putera datang, rogol puteri yang tengah tido tu, puteri tu melahirkan dua orang anak (kembar). ya, melahirkan anak sambil tido! dan salah seorang anak tu menggigit jari mak dia (puteri) yang tengah tido tu, sampai terkeluarlah racun, lepastu barulah puteri sleeping beauty tu bangun.

nak lagi ganas, mengikut beberapa versi lama yang lain pulak, dua anak yang dilahirkan puteri tu ditangkap, dibunuh dan dimasak menjadi lauk.

haa, ganas tak fairytale ?

lelaki macho tidak melihat letupan

mengikut undang-undang hollywood, haram untuk hero atau heroin melihat letupan. kalau hero/heroin tengok letupan, mereka terus jadi tak cool. 
hero/heroin mesti, aku ulang, mesti....berjalan atau berlari membelakangkan letupan, anggap macam tak ada letupan berlaku. untuk jadi lebih power, kena buat dalam slow-motion.

aku rasa, arghh, ini sungguh haram jadah, penipu, kalau main mercun letupan kecik-kecik tu pun aku mesti nak tengok, rugi gila tak dapat tengok letupan besar-besar.

thelonelyisland siap ada buat lagu "cool guys don't look at explosions" 


Sunday, June 5, 2011

ninja boy

hahahahhaha.....ini benda yang aku rindu, ninja boy. anime jepun yang bes. aku bukan peminat tegar anime, apa yang ada kat tv aku tengok la...

pic from animenation


hari ni baru aku tahu ninja boy bermula pada tahun 1993. tak pelik pun mula dari 1993. tapi yang aku terkejut, ninja boy tak pernah habis, masih lagi berjalan dan dah ala lebih 1400 episod, gilos!!

jadi sekarang aku rasa nak cari semua 1471 episod, tengok sampai lebam, hahahahhaha.....

Saturday, June 4, 2011

penemuan hari ini.

hari ni hari sabtu...

hari ni aku sakit kepala, bukan pening kepala tau, sakit....

setelah kajian mendalam dibuat, aku pun dapat tahu aku sakit kepala sebab kunyah chewing gum banyak sangat...eh, bukan banyak, tapi lama sangat..

hasil kajian adalah seperti berikut:

semalam jumaat, lepas solat jumaat, aku singgah supermarkt semata-mata nak beli chewing gum, sangap agapnye... keluar je supermarkt, aku terus mengunyah. dari pukul 2 sampai pukul 5 petang... balik rumah sambung lagi sejam men-chewinggum-kan diri...

tahniah hanafijaafar, hari sabtu dapat sakit kepala.......

Wednesday, June 1, 2011

menjadi ninja adalah cita-cita saya



masa aku kat sekolah rendah, masa darjah satu dua tiga, cikgu akan suruh budak-budak sekolah tulis 3 cita-cita atas kertas. nombor 1 adalah yang semestinya paling bes, dan seperti biasa jawapan yang paling popular adalah cikgu dan polis.

aku pun pernah kot beberapa kali tulis cikgu atau polis, tapi biasanya benda kat kertas tu aku buat main-main je. masa tu aku ada beberapa cita-cita yang betul-betul dalam kepala otak aku.

  1. ninja
  2. manusia yang cipta surf board yang boleh terbang
  3. angkasawan


ya, aku tahu cita-cita menjadi angkasawan adalah sumpahbosan. aku bukan seorang-doktor-hensem, sebab tu tak boleh jadi angkasawan.

untuk cita-cita nombor 2 tu plak, tu pun dah jadi bosan, sebab sekarang aku dah tau realiti macam mana satu teknologi tu lahir, betapa susahnya kerja nak menghasilkan benda canggih, betapa boleh sakit otak memikir camne nak selesaikan benda-benda detail ni. boleh la lupakan cita-cita tu.

jadi tinggal la cita-cita untuk jadi ninja. tolong jangan pikir ninja turtle atau naruto, naruto tu dah terlalu ramai orang baca/tengok, aku rasa dah jadi overrated plak. ninja yang aku pikir selalu dalam kepala takde cakra atau boleh buat kuasa sampai keluar api dari badan ke ape.... tapi ninja yang boleh berjalan dengan senyap, menyorok dengan berkesan, lari laju....benda-benda tu la. walaupun aku dah besa, aku tetap rasa kerja jadi ninja adalah sangat cool. inilah kesan dari banyak sangat tengok tv.....

dan bila aku aku masuk darjah 4, aku takde simpan cita-cita lagi. rasa macam tak bes pun pikir jauh-jauh masa tu, jadi budak lagi bes. pikir kena pegi skolah, balik skolah main, esok buat benda lama lagi, tak bosan pun. jadi, sampai la abes skolah aku takde cita-cita, aku tak tau la cita-cita tu penting ke tak, tapi cikgu asek cakap cita-cita tu penting, "kalau takde cita-cita nanti kamu masuk ajaran sesat, lepas tu kamu memberontak jadi ahli parti komunis....", kata seorang guru yang dirahsiakan namanya.

balik kepada cerita aku nak jadi ninja.

haha, rajin pulak aku lukis kat paint malam-malam ni....


sebab aku dari kecik rasa nak jadi ninja, aku pun konon-konon berlatih untuk berjalan dengan senyap, naik tangga dengan senyap, perlahankan heart beat....... itupun ada banyak lagi benda dalam kurikulum ninja yang belum aku buat, contohnye terbang dengan glider, menyelam dalam air lama-lama, membaling benda tajam, menggunakan bom asap, melekat kat siling macam spiderman.

bila pikir balik pasal cita-cita yang terkubur ni, rasa macam.......

sekarang aku rasa aku dah terlalu tua untuk jadi seorang ninja. masih adakah sinar harapan untuk aku menjadi seorang ninja yang berkaliber? kalau aku berjalan buat semua benda dalam silibus seorang ninja, ada siapa-siapa nak amek aku bekerja tak? jadi ninja dapat cuti raya berapa hari?

3 tahun je aku simpan cita-cita, lepas dari 3 tahun tu, aku tak pasti dah apa yang buatkan aku terus belajar benda kat sekolah, mungkin mak bapak aku kot yang buat aku tak lupa untuk belajar dan pergi sekolah....

aku rasa hidup tak ada cita-cita tak la seburuk yang dihebohkan oleh cikgu-cikgu atau pakar motivasi.