! ! BajuLusuhSeluarTampal: January 2011

Pages

Monday, January 31, 2011

trend internet minggu ni, ini serius!!

jom tgk facebook dan blog dalam masyarakat malaysia yang aman harmoni, sepakat, muhibah, dan apa jadah sebagainya...

minggu ni sibuk orang cakap asal torres, torres nak mintak transfer la, orang kutuk torres, torres tak kutuk korang pun, orang suka torres pindah la. penting betul ye torres kat diaorang ni...

tapi dalam kalangan student-student obersi, tak kesah la ada sponsor ke, bayar sendiri-sendiri ke... topik yang lagi hangat adalah pasal mesir dan keselamatan orang malaysia kat mesir, terutamanya student jugak la....

mana lagi penting, torres nak pindah ke orang malaysia dalam bahaya kat mesir? jangan jadi ignorant boleh tak, bukan aku tak follow pasal cite torres tu, aku siap gelak-gelak lagi kot bila torres yang hantar surat nak mintak pindah. tapi nyawa orang malaysia lagi layak untuk kita amek kesah, aku tak larat nak cite apa jadi kat mesir, sejarah panjang pendek apa jadi sume, tu sume boleh cari kat internet.

kamon la orang malaysia, kalau kita takde sedara-mara atau kawan-kawan yang tersangkut kat mesir tu skarang pun, diaorang tu tetap layak untuk kita risaukan. lepas ni ada plak yang kata, apa aku boleh buat kat sini, bukan aku ada kapal terbang pun nak amek orang-orang malaysia kat mesir tu. adeh...~

MESIR : negara no.1 dalam kategori pengajian luar negara oleh rakyat malaysia, takde negara lain yang mempunyai pelajar malaysia lagi ramai dari mesir.

masa ni la kita patut sokong tindakan kerajaan kita untuk keluarkan orang malaysia dari bumi mesir tu, dan terus dapat perhatian kerajaan untuk keluarkan semua orang kita, bukan sikit-sikit je. jangan lupa doa jugak. tak semestinya kita ni perlu jadi penyokong parti pemerintah malaysia untuk menyokong kerajaan malaysia, ada banyak beza kat situ.

ini serius, dari yang aku tahu, media kat malaysia tak menunjukkan keseriusan terhadap benda ni.


untuk update pasal mesir :

http://english.aljazeera.net/watch_now/
http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/
http://www.ikhwanweb.com/breakingNews.php
http://www.facebook.com/pages/Selamatkan-pelajar-dan-rakyat-Malaysia-di-Mesir/185618624791964
http://jomphp.com/serius-krisis-sebenar-darurat-di-mesir-sebarkan-kepada-semua.html

Saturday, January 29, 2011

tunang koboi ?

sape-sape ntah google perkataan ni "tunang koboi", pastu mendarat kat blog haku.

aku terasa kelakar dowh, tapi tak baik gelakkan, ada orang tu nak bertunang... apa-apa pun tak wujud kot istilah tunang koboi dalam budaya melayu. kawen koboi boleh la jadi, pegi nikah kat london ke, paris atau mew york pun boleh.... kalau bosan dengan 3 bandar besar tu, selatan siam pun boleeeyyy....

tapi, tunang koboi macam tak logik je, dah nama bertunang, bukan ke tu untuk memperkenalkan kepada keluarga, dan jugak memperkenalkan keluarga dengan keluarga...


melainkan.........

korang buat majlis tunang tu, sume pakai pakaian koboi, orait....?

Thursday, January 27, 2011

kemas la bilik walaupun musim exam

exam dah nak start, benda paling penting adalah kemas bilik bagi kemas berkilat-kilat sampai silau mata oltromen.

aku tak tipu weyh, memang kena kemas, kalau tak nanti bakal menyesal on the spot.

bila bilik sepah, rase menyampah plak aku nak studi dalam bilik ni, arghh!! siap-siap pakai baju tebal, kasut spike supaya bila pijak ais pun tak jatuh tergolek depan gadis, sembur deodourant sampai aku dan bilik aku terus wangi, floss gigi dan apakejadah sume yang lain.

straight lagi pegi library....

the only free tables................are outside

ARGGHHHHH!!!


kredit untuk gambar rage face :kevinwuphotography.com   tapi aku rasa gambar ni memang takde copyright

koala dan korang, sama je perangai

hari ni aku terlebih rajin membaca "useless knowledge" :

koala dan manusia ada 2 persamaan, dua-dua kuat tido, korang pun ngaku je kan...

koala tido16 hingga 18 jam sehari, lebih kurang la dengan manusia kan?

sesama koala, cap jari mereka tak sama. haiwan-haiwan lain takde macam ni tau.

sesama manusia, cap jari kita pun tak sama.

18 jam sehari beliau buat muka tido macam ni dowh... kredit gambar kepada prelovac.com

tapi bila campur antara koala dan kita (manusia), ada antara kita yang kongsi cap jari yang sama dengan koala.

*sape-sape rasa dia ada perangai banyak tido macam koala, aku rasa mesti korang ada cap jari sama macam koala. kalau nak confirm, boleh pegi ostrolia*

Tuesday, January 25, 2011

Dilarang berak !

sekarang tengah ribut salji, mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka versi jerman, fenomena ini dipanggil Schneesturm.

rumah ini ada 6 orang penduduk, semua orang dalam rumah ini dilarang berak. sebab tisu tandas tak ada dan aku malas nak meredah ribut pegi beli tisu tandas.

kepada ahli rumah ini, kalau mahu beli tisu tandas, tolong belikan yang ini :

gambar dari eaprotection.com , website yang jual bendajadah ni.
meningkatkan kepantasan otak sambil mengurangkan isi kandungan perut

Monday, January 24, 2011

good idea

winter datang balik, sejuk dowh angin winter masa kini. lepas balik dari hantar borang, aku belek-belek website meiko dari bulan lepas. aku memang setuju dengan beliau. mana nak beli menatang ni....?


kredit kepada site.meikomusic.com

aku suka dengar lagu meiko walaupun aku tau korang tak kenal sape meiko. http://www.facebook.com/meikomusic

Thursday, January 20, 2011

silau wauauauau

bangun pagi je bukak langsir luas-luas, terus aku silau skejap. salji turun balik la plak, putih dunia. hari aku kne travel pegi Bamberg la salji turun lebat, takpe la, mcm ni rejeki aku.

ini bukan sayur, ini buah, buah apa aku tak tahu...
*keretapi, jangan nak buat hal sangkut-sangkut tengah jalan plak hari ni. aku baru hantar ko servis kat KTMB kot minggu lepas*


gambar : kredit kepada hongkiat.com [link]   dia bagi gambar-gambar buah kat sape-sape yg nk guna.

Saturday, January 15, 2011

helmet ini macam bes

aku tak dapat tahan nafsu aku untuk menulis benda ni walaupun sikit je...

aku rasa aku nak helmet mcm torpedo boyz, sila rujuk gambarajah di bawah. kalau boleh dengan baju pun aku nak, hahahaha...

ini macam ultraman + power rangers, *kagum*
kredit kepada last.fm

tak kenal sape torpedo boyz ? yang penting mereka bukan new boyz, mereka ni group electronica / funky yang buat lagu dalam bahasa england, jepun, dan jermen.   d-(^.^)z Good Job!

aku suka satu ni je dari lagu mamat-mamat torpedo ni, dan aku suka video klip untuk lagu ni.



*haha,mcm tu la bunyi orang jepun cakap jermen*

Thursday, January 13, 2011

kau lucu, aku sepak karang.



aku rasa kelakar bila ada yang mengaku jadi perantau kat negara orang, tapi lepak dgn orang-orang melayu jugak. kawan dgn budak-budak melayu je. bukan aku suruh ko ikut semua budaya orang putih ke, minum alkohol ke, tapi kalau tak bercampur, baik ko duduk diam-diam je kat malaysia, jimat duit rakyat.

bukannya tak boleh bercampur dgn orang tempatan dan kekal jadi orang islam yang baik. dok gitu ?

untuk menunjukkan aku memang terasa situasi lucu ini, aku tulis ketawa aku : huahauhauhauhauhauhauhauhauahuahuahauhau

*duk malaysia bes, boleh makan roti canai tiap-tiap pagi*

Saturday, January 8, 2011

hot chocolate adalah untuk perempuan

macam mane ntah aku tak order kopi, ini hot chocolate yang bila aku minum, rasa macam perempuan pulak... sekarang rasa geli dengan diri sendiri pun ada...

ni la hot chocolate yang bersalah tu, hahaha

oh, baru aku ingat. masa tu kul 4 pagi dan aku nk tido dalam flight seterusnya. tapi masih rasa geli dengan diri sendiri...

stick note pun jadi la...

bila aku sampai jermen balik lepas lari ke malaysia untuk 2 minggu, ada la orang tinggalkan mutiara kata atas meja aku.
so true

perempuan lawan wanita

entri pantas, aku cuma nak cakap, perkataan "perempuan" lagi bes dari "wanita".

orang tak cakap "anak wanita saya hari menang moto kat peraduan ali cafe", walaupun anak dia tu dah ada anak 12 orang.

perempuan, bila disebut lagi sedap didengar, wanita..? ntah!

perempuan lebih formal

borang-borang rasmi kerajaan menggunakan "perempuan" sebagai penanda jantina, bukan"wanita"

perempuan lebih tak formal jugak, hahahaha

pada suatu hari, Cempaka berkata kepada Melati, "weyh perempuan, ko ingat eyelashes palsu ko yang panjang mengurai tu hebat sangat ah ?!" dan kemudian mereka melakukan aksi tarik menarik rambut sambil orang ramai menjadi tukang sorak pertempuran dua perempuan ganas masa kini.

seriusli, orang putih kat sini buat kain serban tu
 untuk bungkus leher masa musim sejuk

*berapa ramai orang bagi nama anak Cempaka atau Melati...?*

Thursday, January 6, 2011

hari winter yang sedap

klik gambar ni baru puas tengok besa-besa

ini gambar dari rumah aku, hari ni winter bersikap sopan santun. takde ribut salji yang buat aku nak berbalut dalam selimut saje. musim sejuk ini cantik, tapi cuma cantik bila pandang dari dalam rumah. sebab bila keluar rumah terus rasa menyesal sambil kesat hingus meleleh-leleh.

*sejuk dowh...*

sindiket paling sukses kat malaysia

aku tak dapat rasa hidup universiti macam kat malaysia. yang korang suka sebut sebagai campus life ke apa ntah tu... tapi aku sempat la masuk UiTM seksyen 17, duk sana 2 tahun stengah. boleh la kot nak kira aku dapat merasa campus life tuh...



sebabkan kitorg sume ni wajib duduk kolej kediaman, memang takde la yang merasa duduk umah sewa ke apa. satu je aku nak cakap pasal duduk dalam kolej ni....

duduk kat kolej ni adalah sindiket untuk buat korang tak reti masak. tak boleh ada dapur gas, dapur letrik, dapur paling stylo iaitu dapur arang pun tak bagi. peti ais pun tak boleh jugak. aku rasa memang saje la diaorg ni nak bagi pelajar U tak pandai masak.

pastu habes duit beli makanan setiap hari yang penuh dengan bahan perisa cap ajinomoto, kaya la pakcik ajinomoto kat jepun tu. ntah-ntah pakcik ajinomoto tu yang suruh kolej kediaman jangan bagi student masak, hahahahaha...

bukan ke bagus kalau muda-mudi [ hakhakhak ] macam kita sume tahu memasak walaupun sket. tak kesah la lelaki ke perempuan.
jom baca jawi, eh..ni arab la...


Ajinomoto kini mengeluarkan sekitar 33% daripada MSG di dunia, dengan hasil tahunan sebanyak AS$9.84 bilion = RM 30 180 000 000     =_="   kaya nak mampus! *

Saturday, January 1, 2011

entri minta maaf

kepada kawan-kawan aku yang jauh, dekat, rapat, padat, melekat. aku minta maaf sebab tak bagitau korang kenapa aku balik malaysia hari tu. hari ni aku dah sampai jermen balik, kembali kat tempat sejuk beku. kalau la aku duduk lama-lama kat luar tu, boleh la kategorikan aku jadi frozen food.

aku ada sebab sendiri tak bagitau apa yang aku buat kat malaysia, hehe, sebab ni tak dapat la aku nak bagitau ye.

by the way, sape yang betul-betul paham ayat dalam entri pendek yang ni , tahu la yang aku balik malaysia 2 minggu lepas. kat sape-sape yang tahu aku balik malaysia, pastu call atau sms aku tanya kenapa aku balik.....? lama ke balik.....? aku bagi je jawapannya..

*kepada cik nursarah ( tak tau la nama sebenar ke tak ), aku mintak maaf tahu.... eh, eh... aku dah sampai kedai ko aritu tau, bukan datang sorang-sorang plak tu.*