17 Mei 2020
Ingat lagi, menjelang hari hari terakhir Ramadhan, aku dikejutkan dengan sebuah whatsapp;
“Assalamualaikum. Anak saya, Anis Syazween baru sahaja kembali ke Rahmatullah... mohon sedekahkan Al Fatihah buat arwah anak saya, Anis.”
Allah!
Terkejut bukan kepalang. Mau tidaknya, 2 bulan sebelum tu ada berjumpa arwah. Ditemani suaminya. Arwah, klien yang mencarum Takaful dengan aku sejak 2015 lagi. Seorang Peguam yang positif dan optimis. Yang sentiasa ceria dan bersahaja orangnya.
“Anis ingat nanti nak tambah plan. Dan nanti Hami try calculate tengok plan baby dalam kandungan. Nak buat kira-kira dulu.”
Waktu ni usia kandungan arwah dalam 10 minggu. Tak sangka perbualan-perbualan ini yang terakhir kali.
Petang tu sempat bertandang ke rumah mak ayah arwah. Kebetulan, adik arwah kenalan.
“Takziah Is. Boleh tahu arwah meninggal sebab apa?”
“Masa bersalin tu akak bleeding teruk. Pagi tadi tengah sarapan, tiba-tiba pitam. Bawa ke hospital dan meninggal dunia. Memang sangat cepat. Nak tahu punca kematian kena tunggu report post-mortem. Yang paling sedih anak arwah baru usia 19 hari.”
Allahuakbar!
Waktu ni aku dah speechless. Paling speechless bila arwah dan suami menunggu 5 tahun untuk dapat cahaya mata yang pertama. Dan arwah sempat tatap anak kesayangan hanya 18 hari.
Al-fatihah.
25 September 2020
RM167,136.56 pampasan Hibah Takaful telah dikreditkan ke akaun suami, mak dan ayah arwah. Arwah letak 3 penama untuk wariskan wang pampasan.
Yang pergi tetap pergi. Tetapi besar perbezaan pergi meninggalkan sesuatu dan pergi tanpa meninggalkan apa-apa.
Dari dulu hingga sekarang saya tidak henti-henti promosi Hibah Takaful, inilah sebab terbesarnya. Hari ini kita bergelak tawa, bergurau senda. Mungkin hari esok kita sudah tiada.
Takaful bukan hanya untuk kita. Tetapi untuk orang yang kita sayang. Jangan pernah rugi memiliki Takaful, tetapi rugilah jika kita tidak mencarumnya hari ini.
Tugas saya menyampaikan. Tugas anda putuskan.
Hami Asraff,
Yang Terus Berjuang