Alunan azan sayup-sayup kedengaran. Sayup jugak hati ini. Jiwa meruntun. Satu persatu kenangan terterbit di layar minda. Imaginasi yang tidak kekal lama. Mengecil, makin kecil dan terus hilang dalam lipatan relung masa. Menyusuri sebuah perjalanan dalam mencari sinar. Sinar tu tampak kelam. Hanya sesekali cahaya halus menyinari. Tidak lama. Kembali suram dan kelam. Mengakhiri perjalanan dengan longlai. Tidak bersemangat.
Hidup ini kadang-kadang tidak seperti direncanakan. Terlalu banyak halangan dan ranjau berduri mendatang. Yang kita sendiri tidak pernah tahu. Tidak pernah terlintas di fikiran. Sebuah hakikat yang tidak akan berubah, hidup ini adalah rahmat dariNYA. Memberi kita mengecapi segala kenikmatan. Memberi kita merasai lelahnya perjuangan. Memberi kita menghargai sebuah kehidupan. Kehidupan yang kita sendiri tidak dapat pastikan.
Masa melewati hari-hari tanpa disedari. Singgahnya ibarat dedaun kering yang ditiup sang bayu dinihari. Kalau dapat diundurkan putaran pada paksinya, ramai yang berebut-rebut menggagahi barangkali.
2010.
Begitu banyak episod yang singgah untuk tahun masihi ini. Episod yang akan terus dikenang di layar memori. Tak kurang juga episod yang langsung ditinggali. Apa jua episod hidup ini, ianya telah berlalu pergi. Episod kegembiraan, kepedihan, kekecewaan, kesedihan yang semuanya diguling sekali.
Alam berubah kerana manusia. Manusia berubah kerana manusia. Alangkah baiknya kalau manusia berubah kerana penciptaNya. Aku jua insan yang telah mengalami perubahan diri. Insan yang masih mencari sinar. Insan ini masih belajar membaiki diri.
Orang di luar sana menilai diri ini dari sudut dan perspektif yang berbeda. Insan ini selalu menunjukkan kegembiraannya. Adakah insan ini tiada kesedihan menyelubungi diri? Insan ini selalu memperlihatkan ketabahan yang digagahi. Adakah insan ini tiada dugaan atau cabaran dalam hidupnya sehari-hari?
Telah tertulis suratan hidup ini. Walau cuba menempis ia datang tanpa berlapis-lapis. Tapi apakan daya untuk bertempis. Ia singgah jua walau secebis. Hanya iman dan takwa menjadi sandaran. Menjadi hamparan untuk segala persinggahan.
2011.
Mungkin azam diperbaharui. Jika ditanya, jawapan menjadi lebih baik menjadi majoriti. Sifat lahiriah manusia sendiri. Mengejar kesempurnaan yang tak berbelah-bagi. Hanya harapan dan doa mengiringi. Menjadi senjata untuk menempis segala dugaan yang bakal menghujani.
Sama-samalah kita mencari hakikat sebuah kehidupan. Jadikan yang lalu sejarah dan panduan. Iktibar dan pengajaran terus digenggami. Yang bakal mendatang sebagai persediaan untuk bertemu Ya Rabul Izzati.
Hami Asraff:
1. Berat kaki melangkah.
2. Perjuangan harus diteruskan.
3. Selamat Tahun Baru 2011 semua.