Assalamualaikum W.B.T
Selamat hari Khamis diucapkan! :-) Dah 2 minggu aku menglepakkan diri di rumah. Macam biasalah kegiatan yang dilakukan. Bangun tidur, makan, tengok tv, mentelaah (kunun), keluar jalan2. Macam sekarang ni pun aku dekat cyber cafe. Dah gian kot nak update blog. Hehe~ :-D
Ada 1 cerita yang menarik perhatian aku untuk dikongsi di sini. Ceritanya bermula malam tadi aku tertonton sebuah rancangan lawak kat TV3 iaitu Bang Bang Boom! Ala rancangan yang prank orang tuh. Tak apa la, aku layan macam biasa. Sampai kat yang pekena artis. Artis yang terlibat malam tadi ialah Juara Gadis Melayu Musim Ke2. Dikategori artiskah? Selebriti la kot.
Bukan nak cerita pasal dia kena prank ke apa. Tak pernah tengok pun rancangan ni. Tup2 dah ada pemenang. Fiqa kot nama pemenangnya ( minta maaf kalau silap ). Alhamdulillah, dari raut wajah memang gadis Melayu yang muslimah. Tapi yang menjadi kemusykilan di saraf mindaku ialah finalis gadis Melayu yang lain. Tak payah sebut kot. Nak sebut jugak? Hemm, dari segi penutupan aurat.
Tak tahulah macam mana kriteria TV9 untuk mencari gadis-gadis Melayu ni. Adakah hanya berbekal ilmu dunia, hebat dalam berkata-kata, berjaya menyelesaikan tugas-tugas yang diberikan? Cukupkah hanya itu untuk diangkat sebagai gadis Melayu hingga mengetepikan hukum yang ditetapkan syariat. Tepuk dada tanya hati, tanya iman.
Sebenarnya banyak lagi nak komen, tapi abangku sudah menunggu di luar sana. Tak ada niat untuk menyentuh sensitiviti sesiapa. Hanya pandangan dari insan yang jahil. Kalau ada salah dan silap minta maaf. Moga diberi tunjuk ajar. Wassalam~