Assalamualaikum w.b.t
Di mulakan dengan aku mendapat SMS dari nombor yang tak dikenali pada 20 akhir Ramadan. SMS untuk reunion Teknik Arau batch aku dulu. Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Teja. Dalam kepala hotak ni ligat dok pikiaq Teja mana la.. Adakah Tun Teja? Aku membiarkan persoalan itu berlalu pergi. Dalam hati tu memang teringin bangat nak pi reunion tuh. So, aku tidak mereplykan lagi SMS Tun Teja itu. Sampai aku mendapat panggilan telefon dari en. polis. (aku dah cerita dalam entri yang lepas). En. polis la yang paling bersemangat nak pi reunion tuh. Siap membuat ugutan terhadap diriku ini. ( jugak di ceritakan pada entri yang lepas).
Dan pada hari yang sama aku jugak mendapat panggilan talipon dari memba aku yang paling sengal+hampeh tetapi baek hati :-) Beliau memang tidak asing lagi dalam menggangu hidup aku. Hehe tambah ja ni. Mr. TokMat. Memba aku yang sengal+hampeh tetapi baek hati bersekolah dan bersekelas sama dari ting1 sampai 5. Memang nak ikut aku ja dia tuh. Aku tukaq sekolah dia pon ikut. Tak pa tinggai bab ni. So Mr. TokMat janji nak pi dengan aku. Eh sebenaqnya aku nak pi dengan dia memandangkan beliau mempunyai kereta berkuasa kuda 50 HP. Aku cakap ON ja beb...
Maka hari bersejarah pon menjelma. Hari raya ke3 bersamaan 22/09/09. Keterujaan memang dirasai memandangkan ini kali pertama aku bakal menghadiri sebuah reunion yang formal dan besar-besaran. Besaq ka Tun Teja? Not bad la kan.. Sebelum2 ni dok pi reunion secara tak rasmi ja. Jumpa memba secara tak sengaja macam tu ja. Nak di jadikan ceritera cinta Mr. TokMat mengekol aku pada pukul 11.30pagi pada hari bersejarah itu. Dia kata tak jadi pi reunion sebab mak mertua dia nak datang. Eh silap bakal mak mertua nak pi beraya umah dia. Abih la hang TokMat aku heboh kat sini. Haha~ So, aku pasrah je la mula tu and aku terus memesej Tun Teja. Memaklumkan akan ketidakhadiran aku ke reunion itu.
Tun Teja lantas memberi idea kepadaku. Dan dipendekkan setori aku pi dengan pakjan. Memba lama ni. Dok Changlun. Agak dekat dengan umah aku dan tak dak kontek no. Tun Teja la yang memberikan padaku.tQ Tun Teja ;-D Aku tak dak transpot hari tuh. Suma dah di chup oleh siblingsku yang laen. Maka dia mai amik aku dan kami pon pi la. Bertempat di Hotel Seri Malaysia Alor Setar. Kami sampai agak lambat 4.30 petang. Acara bermula 3.30 petang. Lambat sejam tuh. Sampai2 ja macam2 perubahan yang dapat dilihat oleh rakan2ku. Ye la 7 tahun beb tak jumpa. Di bawah ni banyak gambar aku sertakan. Kepada memba2 reunion, buleh amik gambar2 ni kalau mau. Aku cerita 1 persatu kay..
Before that, nak gitaw la sket. Sehari sebelom reunion ni aku terfikir 1 idea iaitu para lelaki memakai baju Melayu dan aku terus memaklumkan niat murniku itu kepada Tun Teja. Dia pon memesejkan kepada membe2 yang laen. Dan ramai yang ikut. Yang penting aku. 1 sut, sekali ngan sampin.. Semangat2. Ye la mood raya lg beb..
Ini lah sebahagian juadah yang kami menyantap bersama. Sebenaqnya tak sempat nak makan banyak pun memandangkan dok ralit sembang ja. Ya la macam2 benda nak tanya ni. Standet charted la kan. Maka kami berbual sambil menyantap la...
Dengan Naim Tandop. Budak sivil dulu. Dah macam artis dah mamat ni aku tengok. Dia belajaq kat UUM. Amik kos apa ntah, lupa. Tapi yang pastinya bukan sivil la. Aku penah jumpa dia sekali kat uptown Shah Alam dulu. Laa dok Shah Alam tak habaq noh..
Ni sorang lagi muka artis. Ishh Ucop ni dulu standet ja. Siap pakai songkok lagi pi klas. La memang laen sangat. Budak mekanikal. Sekarang ni dia kerja kat KL. Yang nampak muka sikit tuh the lucu boy, Helmi.
Bersama Zam sivil n Haqim bersama isterinya. Haqim ni kerja as technician kat Penang. Dia buat part time as a photographer. Waa chantek la Haqim. Aku memang tengah cari photographer. Nak belajaq sket selok belok dalam tangkap gambaq ni. Sempoi2! Isterinya cikgu. Tua pada Haqim. Maka, tua pada aku jugak. Hehe~
Baju puteh Ehsan Bahjat, diikuti dengan Beby ( nama glamer ), Zam n Aku.
I'm so lucky that day. Seumoq idop aku tak pernah dapat cabutan bertuah. Maka hari pecah la rekod. Haha~ Aku dapat hamper for the lucky number 41 ;-)
Ni dia Tun Teja.. The person yang bertanggungjawab handle n arrange pasal reunion ni. Tahniah la Tun Teja. Tetiba nama beliau sangat femes di kalangan kami. Lepaih ni kita wat lagi ya Tun Teja ;-p Yang paling aku tak tau dia pon student UiTM Shah Alam gak. Ishh2 what a small world. Dia kos laen. Tara 1 kos pon kadang susah nak jumpa. Ni fakulti laen, lagi la. Apa2 pon tq la ya..
Sesi bergambar kelas. Ucop dengan secara tak rasminya membuat susunan orang yang bakal duduk sebelahnya. Yo yo oo aku nie.. Kelas mekanikal.
Gelak dulu sebelom possing... Tun Teja paling gelak kuat nie... Hehe~
Dan inilah hasilnya. Weh But awat tak tengok kamera? Aduyai.. Aku tak mau tangkap laen dah..
Aksi yang dipamerkan oleh photographer. Ishh tak sabaq aku nak belajaq skill nih!
Ni pulak kelas sivil. Atau bahasa melayunya awam. Memang majoriti sivil gurls next door concuer @ konke..
Dan mereka lagi...
Tara.. Ni ha wakil budak2 elektrik. Ishh hampes betoi! Malam tu aku dah membuat promosi secara besar-besaran jugak. Tu pon jangan kata nak mai, aram.. Mr. TokMat budak klas aku la. Begitu jugak En. Polis yang terpaksa kerja di saat2 akhir. Kesian kat Mael yang tersilap information. Ya ampun Mael.. Dan untuk Zambros yang hampes! Janji nak mai.. Cis!
Mereka yang aku sebutkan namanya tak dapat hadiri kerna ada masalah2 tersendiri. Budak pompuan pon camtu gak. Tak pa la.. 4 orang pon tak pa la.. Layannzz..!
Dari kiri : But, Beby, Haqim n Aku
Aksi menggoda But. But dari dulu sampai sekarang still macam tuh. Cuma makin chubby n still maintainence the funny. Beby aku akan setori kat bawah nanti.
Now turn for the hero-hero SMTA nak berpossing. Haha padan muka Haqim tak sempat nak duduk.. Nasib la bang oii..!
Tak ramai yang tengok kamera sini. Aku rasa aku sorang ja kot tengok. Kamera aku.. Haha~
Ni pulak heroin2. Ishh tadi nampak cam ramai. Ada yang tak join nie.. N ada yang aku tak kenai pon ada nie..
Aku rasa depa pon tak kenai aku.. Gua bukan seorang yang pemes dolu..
Yang ni kena tangkap! The femes person on that day. Laen noh kamoo Tun Teja.. Adakah aku jugak laen? Tun Teja dulu mekanikal. Tapi sekarang amik kos Bahasa Inggeris. Buleh la cek belajaq speaking dengan kamoo noh lepain nie..
With Pak Lah. Muka serius ja.. Tapi baguih insan ni. Juga mekanikal. Hari tu diz mamat masuk Buletin Utama. Dia kerja bahagian penguatkuasaan LHDN. Ala yang rampas2 barang tuh. Dah kawen pon. Weh kawen tak panggil pon..
Blue baju melayu is Mamak. Aku pon tatau la nama betoi dia apa. Dok panggil Mamak ja dari dolu. Dan the puteh boy, Zam. Zam ni selalu lepak dorm aku dolu. Dan mempunyai sedara dengan jiran aku.
Ucop, Mamak dan Helmi. Nak cerita pasai Helmi plak ni. Dia ni dolu nampak cam skema ja, laa rock n roll.. Haha~ jangan marah noh.. Ala hang kan tengok pon blog aku ni. Dengan rambut panjang dia. Petang tuh aku dok sembang dengan dia tak larat nak gelak. Lawak2 yang beliau ketengahkan banyak improvement.
Ni dia Ucop the artis boy. Dia bukan artis. Tapi saja panggil artis. Dah muka cam artis dah la ni. Salam dengan aku kunun dia la bagi kat aku hamper..
Buit baju puteh. Buit ni bakal cikgu. Baguih2.. Dok belajaq lagi. Tak pa2 cikgu Buit slow2.. Sekali lagi bersama artis Ucop.
Dan turut tidak ketinggalan. Naim the tandop mari... Dia ni ada bakat jadi model. Kacak la.. Lupa nak mintak sign.. Hahaha~
Dan with Mr. Engineer. Or nama glamer beliau Beby.. Haha~ Nama ni masa kat sekolah dolu la. Tatau la camna buleh dapat. Muka macam baby? Ishh bapak baby ada.. Tapi gua bangga dengan lu bro.. Dah jadik Engineer.. Tunggu beb.. Gua akan mengekorimu.. Nanti aku bagi resume kat hang noh. Hang buat tak kenai siap!
Bersama Ehsan Bahjat. Budak mekanikal. Ni sorang lagi budak UiTM Shah Alam yang aku tatau.. Aduyai..~ Dah la sem last dah.. Ishh2 what a small world ( eh macam dah guna ayat ni ). Dia ni amik kos programming kat UiTM kalo tak silap aku. Betoi kan Ehsan?
Last but not list, baju biru Ciken, Paklah, pakai spek itam But, Beby dan aku.
Ni la Che T rupanya... Aku dok 'jumpa' dia dalam friendster ja.. Tatau kata yang ni.. apa Gurl Bapak?! Hehe~
Bersama Wardah ( aku baru ja taw nama dia Wardah masa nak tulih ni la, tu pon Teja bagitau..) Hehe~
Dari kiri Syafiq, aku n Syukran. Syukran ni aku kenai dari Ting1 lagi. Sekolah Changlun sama2 dolu. Ishh mamat ni berubah banyak sungguh. Makin tembun aku tengok. Tembun=gemok. Hati senang kot. Keja kat Penang, Western Digital n Berliau dah bertunang dengan adik angkatnya (suatu ketika dulu).
Ni la serba sedikit gambar yang aku sempat capture. Kepada sesiapa yang tiada dalam gambar or aku tak cerita pasal dia, jangan la kecik hati. ( ceh macam la hampa semua ushar blog aku. Hehe~ ). Reunion kami ni tamat pada pukul 6 petang lebih2. Tapi kami hero2 mengambil keputusan untuk lepak kat luar plak. Kedai Nasi Kandar Ahmediah menjadi pilihan. Sambung perbualan yang terbengkalai. Sambung cerita kehidupan2 lampau.
Begitulah alkisahnya Reunion Sek Men Teknik Arau Batch 01/02 (2009). Ramai tak dapat join kerna terikat dengan program masing2. Tapi boleh dikatakan sangat OKEY la. Lepaih ni ingat nak buat laen. N kalo buleh nak kumpul budak2 letrik expecially classmate aku dolu. Tun Teja kena tolong uruskan sama ya..:-) Tu baru 7 tahun tak jumpa. Pelbagai cerita dan perubahan yang dapat dikongsi dan jelas kelihatan. Kalo tambah 7 tahun lagi pakat semua mai bawak anak2 la.
I'm the 1 who very appreciated any friendship that i'm involve to. There have a lot fun, stories, happiness, sadness, and so on. When we have a friend, treasure it, take care of it, be true to it, make good use of it, because friends comes unseen we can only see it when it's gone. Alhamdulillah tengok rakan2 laen bersama jalan hidup dan kerjaya masing2. Tumpang gembira dengan rakan2 semua. Aku akan doakan kejayaan hampa semua. Hampa pon jangan lupa doa kat aku sama noh. Ini lah perjalanan hidup aku. My journey will continue. Mengharap dan menanti sinar di hujung destinasi. Sama2 lah kita mengorak langkah ke arah itu. Umur panjang, murah rezeki, ada jodoh bertemu lagi geng2 semua. Sayonara..~ Wassalam..~