Jan 28, 2012



ڪــــــــــن ڪــــــــــأفـضل مـــــــا يمڪـنك أن تــڪون

ودع النــاس يقــــــــــــولـون مــــــا يــــــــــقولـــــــــــون

وأعــلـم أن الـڪـون لــه ربــآ ....... يقـــول للشـيء ڪــن فيــــڪون

يمنع الله عنك مَآ تريد ....... ليمنحك مَا تحتاج


Jadilah sebaik-baik apa yang kamu mampu jadi
Abaikan apa yang manusia cakap dengan percakapan mereka itu
Ketahuilah alam ini punyai Tuhan Apabila Dia berkata 'jadilah' pada sesuatu maka jadilah!
Allah menahan sesuatu darimu apa yang kamu mahu
untuk memberikan kepada mu apa yang kamu perlu.

حسبنا الله و نعم الوكيل نعم المولى و نعم النصير

Jan 26, 2012

Do not change the world. CHANGE YOURSELF.






Once upon a time, there was a king who ruled a prosperous country. One day, he went for a trip to some distant areas of his country. When he was back to his palace, he complained that his feet were very painful, because it was the first time that he went for such a long trip, and the road that he went through was very rough and stony.

He then ordered his people to cover every road of the entire country with leather. Definitely, this would need thousands of cows’ skin, and would cost a huge amount of money.

Then one of his wise servants dared himself to tell the king, “Why do you have to spend that unnecessary amount of money? Why don’t you just cut a little piece of leather to cover your feet?”

The king was surprised, but he later agreed to his suggestion, to make a “shoe” for himself.




PS: There is actually a valuable lesson of life in this story: to make this world a happy place to live,
you better change yourself - your heart; and not the world!

-Taken from Islamic Book.

Jan 22, 2012

Wahai murabbi... ceritakan aku perihal Kekasih mu!





من يحب يدفع ثمن المحبة




Sang murabbi mula bercerita....

"Para arwah (ruh-ruh) telah wujud sebelum ia bersatu dengan jasad manusia. Mereka ditanya Tuhan yang menciptakan:

ألست بربكم؟
Bukankah aku Tuhan kalian?

Para arwah seiringan menjawab:

بلى!
sudah tentu!"

Sang murabbi meneruskan kata-kata:

" Maksud dari pertanyaan Allah kepada arwah itu sebenarnya adalah:

ألست بمحبوبكم؟
Bukan kah aku Yang paling kalian cintai?

Dan jawapan ruh-ruh adalah:

بلى!
sudah tentu!"


Usai sang murabbi menamatkan cerita, airmata ruh yang berjasad mula mengalir laju. Pengakuan cinta nya kering. Di manakah bukti CINTA yang diucapkan suatu ketika dulu? Manifestasi cinta adalah dengan MEMBUKTIKAN aku CINTA.

Mungkin, semalam ruh yang berjasad ini tersenyum riang. Kerana dia MENCINTAI ALLAH. Buktinya? dia melakukan TAAT. Solat 5 kali sehari. Puasa dikerjakan. Menuntut ilmu hingga habis keringat. Ruh berjasad itu sebenarnya JAHIL. Dia tidak tahu siapa itu PENCINTA!!

Sang murabbi mengingatkan...

"الحب نسيان النفس في المحبوب من ظل يرى نفسه في محبوبه فليس بالمحب"
Cinta itu adalah bila seseorang melupakan dirinya kerana Kekasihnya dan siapa yang masih melihat dirinya, maka dia bukan lah PENCINTA"





Murabbi beritahu...


"Syurga itu ada dua.
Satu: Syurga akhirat! Yang lagi satu.... Syurga:

محبة!

Ye, CINTA kepada Allah yang selayaknya. Kerana dengan cinta itu kita akan merasai nikmat syurga! ;')


" Ya Allah kami pohon CINTA MU"







Jul 23, 2011

Tidak sama itu adalah Berbeza.



BismiLLAH.

:)

Kaku pula jari-jemari setelah berbulan meninggalkan teratak Iman. Sebeku hati mengalirkan bahasa-bahasa bisu yang tak dapat didengari. Hanya layak untuk dirasa.

Mungkin kali ini memang sudah bertegas dengan diri sendiri. Jangan terus senyap. Perlu terus berbicara. Selagi masih hidup. Perlu terus mencatat...seperti catatan Adam buat Nur Amina ;)

Soalan berlegar-legar dalam cepu otak bersama keinginan mendalam untuk mengetahui jawapannya. Akhirnya bertemu.... soalan yang tiada jawapan salah-betul.

Dia kata : "awek zaman sekarang" dan kata lagi: " awek muslimah zaman sekarang" dan meneruskan katanya: " Muslimah mujahidah solehah".

Semuanya adalah diskripsi untuk seorang Hawa. Tapi, apa bezanya?





AWEK ZAMAN SEKARANG


AWEK MUSLIMAH ZAMAN SEKARANG


MUSLIMAH MUJAHIDAH SOLEHAH



Bagai hitam yang kelam... atau kelabu berdebu... dan seputih kapas.

Ungkapan metafora yang penuh makna.. buat yang mahu mengerti.

May 1, 2011

Pesan seorang murabbi



Hari itu hati saya tertunduk. Pada sentuhan kalam sang murabbi. :')






قال سيّدي الشيخ يوسف بخور الحسني:

سرّ التصوّف بكلمة واحدة: معرفة الله.
اعرفي الله ثمّ عيشي كما تريدين. لأنك لما تعرفين الله لن تعيشي إلا كما يريد الله




Syeikh Yusuf Bakhur Al-Hasaniy berkata:

Rahsia tasawwuf itu pada satu kalimah: Mengenal Allah.
Kenali lah Allah kemudian hidup lah dengan apa cara sekalipun yang kamu inginkan. Kerana apabila kamu mengenali Allah, kamu tidak akan sesekali menjalani kehidupan mu melainkan dengan apa yang dikehendaki Allah

***




"Bila hati saya 'sakit', saya jadi takut. Cuba cari punca 'sakit'nya. Saya solat. Saya zikir. Tapi hati tetap 'sakit'. Saya terfikir-fikir.. adakah dalam dekat saya jauh? Saya ingat Allah. Tapi mungkin tak kenal Allah. :'(

Saya yang lemah terus berdoa. Moga Allah terus pimpin. Allah itu kan maha Pengasih lagi maha Penyayang. Mustahil DIA biarkan hambaNya sendirian. Saya beritahu hati: Doa' terus. Doa sumber kekuatan mu.

Sebab Allah itu maha Mendengar dan maha Pengampun. Saya minta, Allah jawab. Allah datangkan 'doktor hati' untuk ubatkan 'sakit' saya. Itu adalah nikmat terbesar yang Allah beri pada saya. Sentiasa dapat bersama-sama kekasihNya.

فبأي ءالاء ربكما تكذّبان
Maka, nikmat Tuhan Mu yang mana kah yang ingin kamu dustakan?


Terima kasih ya Allah! Saya mohon, supaya saya dapat bersama-sama dengan Nabi Muhammad SollaLLAHU alaihi wasallam pula diSANA.

Saya tahu..saya hina. Tapi saya tetap mahu meminta. Istajib Ya Rabb!


;'(

Apr 29, 2011


Hungry monster nak taubat :'(



Nah.. cuba baca ni. Sedikit perkongsian yang al-faqeerah dapat dari buku kuliyah Subjek Tasawwuf yang masih menjerit minta dihabiskan baca dengan cepat. -_-' Moga bermanfaat! :)




مداخل الشيطان إلى القلب

الغضب
الحسد
الشبع من الطعام
حب التزيّن من الأثاث والدار والثياب
الطمع
البخل و خوف الفقر








الشبع من الطعام

في كثرة الأكل ست خصال مذمومة:

الأوّل: أن يذهب خوف الله من قلبه
الثاني: أن يذهب رحمة الخلق من قلبه لأنه يظن أنهم كلهم شباع
الثالث: أن يثقل عن الطاعة
الرابع: أنه إذا سمع كلام الحكمة والموعظة لا يجد له رقّة
الخامس: إذا تكلم بالموعظة والحكمة لا يقع في قلوب الناس
السادس: أن يهيج فيه الأمراض



Ala-ala terjemahan dari al-faqeerah:

Pintu masuk Syaitan ke dalam hati manusia adalah ketika:

Marah
Hasad
kekenyagan
Suka berhias (pakaian,rumah,perabot etc)
Tamak
Bakhil dan takut miskin


Kekenyangan

Ciri-ciri yang keji bagi orang yang kekenyangan:

1) Hatinya tidak akan berasa takut dengan Allah.
2) Hilang rasa rahmatnya kepada makhluk yang lain kerana orang yang kenyang akan menyangka orang lain juga kenyang.
3) Sukar baginya untuk beribadah.
4) Apabila dia mendengar nasihat, hatinya tidak akan tersentuh.
5) Jika dia memberi nasihat, orang lain tidak akan terkesan dengan nasihatnya.
6) Akan terkena penyakit.


Takut! Kakak panggil saya 'hungry monster'. Adik pun panggil saya 'hungry monster'. Jadi maknanya apa?! :(

















Apr 21, 2011


Sabar sokmo~ :)