NOTA DIPENGHUJUNG HAYAT


Ada pesan tercatat dari kalam lama
Bercantum dari baris ke baris menjadi nota perit
Pena akal sengaja kita tumpulkan
Bertahun dakwat dosa itu tertumpah

Setitis
Setits..setitis..
Setitis..

Langsung menghitamkan kertas iman
dan kita takkan dapat membaca lagi

Di penghujung hayat ada nota tertinggal:
"salam wahai insan terpilih
pandanglah kepadaku(sakaratulmaut) dengan senyum,
telah tiba saat keberangkatan itu.
inilah nota terakhir dari himpunan riwayatmu
telah sekian lama terjilid dengan benang pekertimu"

Rasulullah memberi perangsang kepada muaz bin jabal

Rasulullah memberi perangsang kepada muaz bin jabal:
"pelajarilah olehmu akan ilmu pengetahuan kerana :

+ mempelajarinya kerana allah adalah hasanah
+ mengkajinya adlah tasbih
+ mencarinya adalah jihad
+ menuntutnya adalah ibadah
+ mengajarnya adalah sedekah
+ mencurahkannya adlah qurban
+ memikirkannya laksana puasa
+ mendiskusikannya ibarat qiam"
Dari Folder : 0 comments | edit post

CITA-CITA

Cita-cita insan soleh
untuk kenal DIA
Mendekatkan diri padaNYA
Dalam hati dan perasaan
Dalam penghayatan dan pengamalan
Semuanya, hanya keranaNYA

Tanpa mujahidah
Cita-cita menjadi angan-angan
Kerna cita-cita perlukan "perjuangan"
Yang berpadu dengan tekun
Yang mantap dengan keyakinan

Dalam mujahidah
Seringkali bertembung dengan 2 keperluan
Kita terpaksa memilih
Diantara 2 kebaikan
Diantara 2 al haq
Tika itu, nafsu seringkali
Memberat pada kebenaran
Maka, kerjakanlah yang berat itu
Walau sukar dan susah
Kerna disana letaknya
petunjuk yang sebenar
Jalan menuju rahmat dan redhaNYA..