21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang
Tidak ada formula khusus mendidik anak kerana setiap anak ialah makhluk yang luar biasa dan unik, yakni berbeza- beza antara satu sama lain.
Duhai Anakku Yang Tercinta...
Kepada anda, IBU dan AYAH....
Seorang ayah atau ibu melihat anaknya membersar dengan penuh debaran. Berdebar kerana dua kemungkinan. Anak itu membesar menjadi anak soleh dan solehah atau anak itu membesar menjadi anak derhaka...
Etika Pejabat
Memberi panduan untuk mengendalikan sebuah pejabat yang teratur, produktif, dan cemerlang. Buku ini juga secara detail menyenaraikan pembentukkan imej diri dan peribadi unggul. Di samping itu ia menyentuh prosedur, kaedah dan tatatertib kerja di dalam sesebuah pejabat.
Keluarkan Singa Daripada Diri Anda
Anda sebenarnya mempunyai potensi yang cukup kuat untuk berjaya mengatasi orang Lain. Tetapi anda sendiri tidak mengetahuinya atau tidak pasti tentang kewujudannya. Bakat anda sentiasa terpendam. Tidak ada orang yang sudi membongkar keupayaan anda yang unggul itu.
Walhasil anda adalah seperti diri anda yang dulu. Tabiat manusia memang cukup susah untuk berubah. Buku ini akan mengubah sikap anda yang terperonyok itu!
Dalam diri anda ada suatu tenaga yang sangat kuat dan berpotensi. Ada ahli motivasi menamakan ia “gergasi”. Yang lain memanggilnya “harimau”. Penulis menamakan tenaga itu sebagai “singa”. Buku ini cuba membantu anda untuk mengeluarkan singa tersebut daripada diri anda. Kemudian memandu singa yang sudah bebas itu untuk mengaum ke seantero dunia dalam usaha menggapai kecemerlangan.
Selepas membaca buku ini anda akan mengubah diri anda meniti tangga kejayaan!
Langkah Bijak Usahawan Terbilang
Ramai orang bercita-cita menjadi usahawan. Kata mereka, "Keusahawanan ialah dunia yang glamor." Anda juga mungkin tidak terkecuali. Kalau pun bukan sekarang mungkin untuk suatu masa yang akan datang.
Buku ini menyediakan kedua-duanya. Kekuatan persiapan awal lebih penting kerana ia akan memberi lonjakan dalam langkah permulaan anda. Ilmu keusahawanan akan memberi jawapan kepada tohmahan, ugutan dan cabaran yang mendatang. Seorang usahawan perlu memiliki hati sekeras batu untuk berhadapan dengan cabaran tersebut tetapi mempunyai perasaan selembut air untuk berhadapan dengan ramai insan yang pelbagai ragam.
Menerobos Sempadan Diri
Diri anda sebenarnya mampu melakukan "wonders" lebih daripada apa yang anda sangkakan. Apa yang minda anda mampu bayangkan, anda mampu milikinya. Tetapi diri anda sering dipagari tembok yang menghalang anda daripada mencapai cita-cita tersebut. Kadang-kadang anda takut gagal. Sejarah lampau juga menghantui langkah anda. Mungkin juga anda jahil. Atau sasaran anda terlalu kabur untuk anda fokus. Buku ini memberi panduan untuk anda meruntuhkan tembok itu dan menerobos sempadan diri.
Menempuh Gerbang Perkahwinan
Panduan untuk remaja, bakal pengantin, pengantin baru dan pengantin veteran mendapatkan tip mengharungi dan melayari alam rumahtangga yang mencabar.
Teks dipermudahkan dalam bentuk byline, nota ringka, sub-tajuk, quotation dan kisah untuk memudahkan anda membuat rujukan dengan santai.
Gambar foto dan ilustrasi memberi penjelasan dan gambaran secara praktik bahawa keharmonian rumahtangga adalah benar, realiti dan mudah dicapai.
Gambarajah, carta dan jadual menerangkan langkah yang lebih efisyen dalam kemahiran rumahtangga.
Petua Membuat Orang Jatuh Cinta
Buku ini tampil memaparkan punca kenapa kita sukar mencari jodoh. Selain itu,menerangkan keinginan seorang lelaki dan wanita menjadi idaman yang perlu ada pada pasangannya kelak.
Petua Menangani Anak Bermasalah
Buku ini adalah sekelumit bantuan yang dapat membantu para ibubapa dalam menangani anak-anak yang bermasalah. Ia juga menerangkan kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak serta kaedah penyelesaian masalah tersebut.
Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif
Anak ialah cahaya mata penawar hati ibu dan ayah. Inilah ikatan kasih yang paling istimewa dalam hidup ini. Anak juga sebahagian daripada ujian Allah. Kesabaran dalam mendidik anak-anak, diuji dengan kerenahnya seawal hari pertama kelahiran hingga meningkat dewasa. Apatah lagi apabila mereka menjenguk usia remaja. Apakah ciri-ciri anak yang positif? Adakah cukup sekadar pendidikan duniawi semata-mata? Benarkah pemilihan pasangan mempengaruhi peribadi anak-anak?
Petua Menangani Stress
Petua Untuk Sentiasa Ceria
Ceria berpunca dari hati. Hati yang tenang memancarkan nur (cahaya) ketenangan di muka, anggota badan dan pancaindera. Bermula dari hati yang ceria akan melahirkan tindakan yang yakin, mantap dan bersungguh-sungguh.
Petua Pelajar Cemerlang
Sebagai seorang pelajar, kecemerlangan merupakan agenda utama dalam kehidupan. Kecemerlangan tidak datang secara bergolek. Ia hanya akan dapat dimiliki dengan usaha dan kerja keras.
Rahsia Minda Hebat
• Buku ini memberi panduan untuk pelajar, remaja, ibu bapa, guru dan setiap individu yang ingin meningkatkan keupayaan diri. • Teks dipermudahkan dalam bentuk byline, nota ringkas, flashers, subtopik, quotation dan kisah. • Gambar rajah dan foto memberi gambaran yang lebih jelas tentang petua dan konsep. • Memaparkan rajah saintifik dan jadual yang memantapkan penerangan. • Ayat al-Quran, hadis dan doa yang amat berguna untuk hafalan dan rujukan. • Dapatkan juga fakta yang menarik lagi mengejutkan di dalam! • Kandungan terkini dan dimantapkan dengan fakta dan kajian yang lebih menarik untuk diamalkan.
Teknik Belajar Berkesan Nur Amalina
Buku ini mendedahkan rahsia kejayaan seorang insan yang cemerlang dalam segenap bidang yang dicuburinya. Kaedah, formula, tip dan teknik yang digunakan mungkin menjadi panduan yang lebih tersusun dan terarah. Ia juga sesuai dibaca kepada anak-anak dan murid-murid dalam perngurusan pendidikan mereka.
Strategi Menghadapi Peperiksaan
Buku ini menyingkap segala persoalan mengenai apakah pendekatan terbaik yang perlu diambil oleh pelajar sebelum, semasa malah selepas menghadapi peperiksaan. Ia turut menyediakan tiptip sebelum memasuki dewan peperiksaan, doa-doa khusus menghadapi peperiksaan, panduan membuat jadual study yang efektif dan sebagainya. Garapan serta olahan yang umum juga mebolehkan sesiapa sahaja yang bakal berdepan dengan peperiksaan boleh menjadikan buku ini sebagai panduan yang amat berguna.

Kehidupan anda dalam era globalisasi hari ini mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan rakyat jelata.
Stres menjadikan diri kita tertekan, produktiviti diri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak rasional. Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan hilang keyakinan diri.