Selasa, 31 Mac 2009

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Foto: Salah satu kubah Masjid Raya Baitul Rahman di Aceh yang merupakan universiti Islam tertua di Asia. Jam di dindingnya mati pukul 8.48 pagi 26 Disember 2004 ketika gelombang tsunami melintasi masjid tersebut. Orang yang terselamat memberitahu ketika gelombang tsunami sampai, ia berpecah dua mengelak dari meruntuhkan masjid dan bertemu semula apabila melepasan kawasan masjid. Subhanallah!

Sejauh mana anda mengenali Rasulullah SAW? Dalam kitab Syamail Muhammad SAW menerangkan rupa paras dan susuk badan Rasulullah SAW mengikut hadis riwayat dari Tirmizi seperti berikut:
  • Tingginya sederhana tetapi dengan orang yang tinggi Baginda lebih tinggi.
  • Leher sederhana, tidak gemuk.
  • Berbadan tegap.
  • Paling kuat di zamannya. Baginda menang apabila beradu kekuatan dengan Ruqanah.
  • Mudah bergerak.
  • Pergerakan seimbang.
  • Apabila berpaling, seluruh tubuh berpaling.
  • Warna kulitnya berseri dan bercahaya.
  • Bau badan dan peluh harum.
  • Bila bersalam, bau harum kekal seharian.
  • Dapat mengetahui jalan yang dilalui Baginda melalui bau harum itu.
  • Rambutnya antara ikal dan lurus.
  • Banyak akal dan kecerdikan.
  • Muka bulat berseri seperti bulan purnama.
  • Dahi luas.
  • Matanya besar dan menarik.
  • Mata hitamnya besar dan sangat hitam.
  • Mata putihya kemerah-merahan.
  • Dapat melihat di dalam gelap.
  • Kening lebar.
  • Buku mata tebal.
  • Alis mata halus dan memanjang.
  • Lidah petah berkata-kata.
  • Bila bercakap maknanya tepat.
  • Boleh bercakap dengan dialek kaum.
  • Ayat mudah dan ringkas.
  • Lafaz jelas.
  • Ketawa dengan senyuman.
  • Apabila ketawa wajah Baginda bercahaya seperti sinaran kilat memancar di dinding.
  • Hidung mancung.
  • Janggut lebat.
  • Jambang hitam.Apabila bercakap cahaya keluar dari giginya.
  • Dada bidang dan berbulu.
  • Dada dan perut sama rata.
  • Makan dan tidur sedikit.
  • Tulang besar.
  • Lengan dan hastanya panjang.
  • Tapak tangan dan kakinya lebar.
  • Jari panjang.
  • Kuat rangsangan panca indera.
  • Berjalan laju seperti dunia ini dilipatkan.
Foto: Masjid Sultan Ali Saifuddin, Brunei Darus Salam. (Singgah di sini 1984 dan 1986)

Sabtu, 28 Mac 2009

BAGAIMANA MEMBANGUN POTENSI DIRI


APA ITU POTENSI DIRI?

Potensi diri ialah tenaga pendam yang mempunyai kekuatan untuk bertindak yang ada dalam diri anda. Ia ialah kekuatan jiwa, roh, nyawa dan minda anda. Cuba anda lihat air terjun yang tinggi. Lagi tinggi jarak air itu jatuh lagi kuat potensi air itu menghasilkan kesan. Potensi diri sentiasa ada dalam diri seseorang, cuma kekuatannya berbeza-beza.

BAGAIMANA MENGELUARKAN POTENSI DIRI?
  • Tingkatkan keinginan.
  • Wujudkan pemangkin (catalyst).
  • Wujudkan cabaran.
  • Belajar dari pengalaman.
  • Ikuti latihan / kemahiran.

Foto: Bersama al-Ustaz Abdullah Abdul Wahab al-Hafiz, sukarelawan saya di tingkat atas pejabat beliau di Banda Aceh - kawasan tsunami yang telah dibangunkan semula. Di samping mengusahakan kilang tawas, beliau juga membekalkan komputer di Aceh. Bagi saya beliau mempunyai potensi diri yang begitu tinggi, sebab itu beliau berjaya dari seorang hafiz sekarang menjadi seorang usahawan yang berjaya.

APAKAH HALANGAN MEMBANGUNKAN POTENSI DIRI?
  • Tindakan terlalu perlahan / lambat.
  • Hasutan syaitan.
  • Dorongan nafsu.
  • Sudah berada di dalam zon selesa.
  • Berpuas hati dengan pencapaian sekarang atau dengan apa yang ada.
  • Kecewa atau putus asa.
APAKAH AKIBAT POTENSI DIRI YANG NEGATIF?

Potensi diri yang negatif seperti enjin jet pesawat yang di'reverse'kan ketika pesawat hendak memperlahankan momentum pesawat setelah mendarat. Kesannya ialah kuasa negatif. Diri kita akan terbantut.

Potensi diri yang negatif ini yang membuatkan orang berani membunuh diri. Ini berlawanan dengan orang yang berani mencipta rekod kerana dia menambah potensi diri dengan menambah risiko.

BAGAIMANA MEMBANGUN POTENSI DIRI PADA KANAK-KANAK?
  • Cungkil (stimulate).
  • Melalui pergerakan kognitif.
  • Ajar menghadapi kesusahan.
  • Tunjukkan contoh orang yang telah berjaya.
  • Wujudkan cabaran.
  • Wujudkan aktiviti untuk menggerakkan panca inderanya.
  • Bagi tugasan (tasks).
  • Puji sedikit apabila dia menunjukkan kecemerlangan.

Foto: Anak-anak di Masjid Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan ini memang mempunyai potensi diri yang tinggi untuk dicungkil dan dibangunkan. (Singgah sebentar Mac 2009 dalam lawatan ke Kelantan.)

BAGAIMANA MEMBANGUN POTENSI DIRI DI KALANGAN PEKERJA?
  • Anggap perusahaan itu kepunyaan sendiri.
  • Tajamkan pemerhatian minda dan panca indera.
  • Tingkatkan motivasi.
  • Jelaskan hala tuju / sasaran.
  • Beri hadiah, bonus, kenaikan, anugerah dan penghargaan.
  • Jika terpaksa beri tekanan.
BAGAIMANA MENGEKALKAN DAN MENINGKATKAN POTENSI DIRI?
  • Tingkatkan takah perbezaan (increase the potential).
  • Ajak orang lain menyertai aktiviti kita (berjemaah).
  • Kuat dan stabilkan asas atau tapak diri seperti berdirinya sebuah piramid.
  • Tambah ilmu.
  • Tambah keyakinan diri.
  • Tingkatkan kemahiran.
  • Lebih banyak memberi daripada menerima.
  • Eksplorasi hobi baru.
Foto: Sukerelawan Sri al-Ain gotong-royong membersihkan persekitaran surau perkampungan orang Asli, Kg. Merbau, Maran, Pahang. Dari kiri: Mohd. Salman al-Farisi, Helmi (Mesin Niaga), saya, Abot, Nizam (Yamani Angle), Syukri (anak angkat Kemboja) dan Puan Rusnah (Presiden NGO-BERSAMA). Aktiviti ini dalam usaha mengekalkan potensi diri yang telah berbunga.

Jumaat, 27 Mac 2009

The Morning Person

Foto: Berpagi-pagi di rumah emak di Kg. Titian Bintangor, Rembau, Negeri Sembilan: Sebagai anak sulung sedang mempengerusikan mesyuarat untuk majlis perkahwinan adik perempuan bongsu Dr. Norlaili (kiri sekali berskaf) dengan Mr. Aron Husking Abdullah dari New Zealand pada Disember 2008.


The morning person
bermaksud "orang yang berpagi-pagi." Maksudnya ialah orang yang menggunakan waktu pagi untuk menghasilkan produktiviti terbaik. Allah SWT menjadikan waktu pagi paling istimewa. Diindahkan dengan terbitnya fajar Saddiq di ufuk Timur. Dihiasi pagi dengan kokokan ayam serta kicauan unggas dan burung.

Cuaca pagi cukup sejuk kerana lamanya matahari terbenam. Cuaca tenang dan tidak berdebu kerana semua makhluk yang bernyawa dan yang tidak bernyawa tidur sepanjang malam. Debu-debu pun masih tidur. Embun yang turun menyejukkan suasana. Kadang-kadang menjadi kabus yang menyegarkan. Bunga-bunga turut kuncup, tidur.

Bangun Sebelum Subuh

Sepagi mana anda mula bekerja? Ada orang yang bangun sebelum subuh. Untuk bangun sebelum subuh anda perlu tidur awal - sebelum jam 12 tengah malam. Anda cuma memerlukan 5 jam sahaja untuk tidur sehari.

Kalau anda boleh bangun sebelum subuh banyak perkara yang boleh anda lakukan:
  • Solat Tahajud dan ditutup dengan solat Witir 3 rakaat.
  • Membaca al-Quran.
  • Menulis blog.
  • Menyedut udara segar yang dipenuhi oksigen.
  • Menikmati ketenteraman alam.
Apabila masuk waktu subuh, anda boleh solat Subuh berjemaah di masjid atau surau berhampiran. Anda boleh solat sunat Tahiyatul Masjid dan solat sunat Subuh dua rakaat. Aktiviti lepas solat Subuh:
  • Mendengar kuliah subuh.
  • Mentelaah fardu ain atau menghafal al-Quran.
  • Joging.
  • Membersihkan halaman rumah.
  • Membaca akhbar pagi.
  • Sarapan pagi.
Kelebihan Bekerja Pagi

The morning person
memulakan kerja harian lebih awal kerana inilah waktu prima (prime time). Kelebihan bekerja dalam waktu prima:
  • Tenaga masih segar.
  • Lakukan pekerjaan yang susah dahulu.
  • Aktiviti harian orang lain belum begitu sibuk.
  • Minda masih belum dibebani dengan persoalan, masalah dan tugas harian.
  • Cuaca belum panas.
  • Panggilan telefon belum banyak mengganggu.
  • Tetamu belum tiba.
Kalau anda memulakan kerja jam 8 pagi, masa 2 jam hingga jam 10 pagi itu merupakan waktu prima yang paling berharga. Jika anda dapat melakukan kerja dengan cepat, laju, cekap dan tepat, anda akan berhasil menyiapkan 40% dari tugas harian anda dalam waktu itu. 40% ini adalah tugas yang sukar - mungkin memerlukan 4 jam atau lebih jika dilakukan sebelah tengahari atau sebelah petang.

Amalan Bangun Pagi Ini Universal

Pahlawan Melayu zaman dahulu diberitakan mandi air embun yang melekat di hujung daun pokok di hutan. Sekarang orang menanam pokok di perkarangan rumah membentuk sebuah taman yang menghijau, memelihara ikan di dalam kolam buatan dan membina rock garden.

Di taman-taman sekarang ini banyak ditanam pokok yang rendang yang sangat menyejukkan pada waktu pagi. Warna daunnya sangat menghijau terutama selepas hujan.

Sebenarnya bukan orang Melayu atau umat Islam sahaja yang diajar untuk menjadi the morning person. Bangsa lain pun sama. Orang India turun memetik bunga Melur dan lain-lain bunga sebelum waktu subuh. Aura bunga ini sangat baik untuk kesihatan. Orang China pula sering bermain taici menghadap matahari terbit.

Foto: Berpagi-pagi bersama Y. Bhg. al-Ustaz Zainul Abidin, Mudir Maahad el-Muhajirin, Kampung Saum, Kemboja sebelum menyembelih korban pada pagi Hari Raya Aidil Adha 1430H yang lalu.

Tidur Waktu Pagi


Malangnya ramai orang yang tidur pada waktu pagi terutama para remaja. Mereka tidak tidur malam - bukan melakukan perkara yang produktif seperti belajar atau bekerja sambilan tetapi membuang masa bersama kawan sambil berhibur. Ini satu kerugian besar dan membazir usia muda!

Ahad, 8 Mac 2009

JANGAN PUTUS ASA

Foto: Jangan sekali-kali berputus asa dengan kemiskinan hidup. Bergambar bersama penduduk Kampung Bomtol, Kompong Chhnang, Kemboja yang menyambut kedatangan saya dan rombongan Misi Kemanusiaan kali pertama tahun 2007. Sebelah kiri saya ialah Al-Ustaz Abdul Malik (Obdul Malick) al-Hafiz. Di tapak yang sama sekarang telah terbina sebuah masjid baru hasil sumbangan kawan-kawan di Malaysia.



Saban hari ramai orang putus asa. Kecewa. Down-to-earth. Rasa dunia ini sudah hampir kepada kiamat. Rasa hidup tak berguna lagi.


Akibatnya ada yang menangis, melolong, mengurung diri, tak makan dan tak minum, murung, tak mahu bercakap, menyendiri, memakan ubat tidur atau lain-lain ubat. Ada yang menyalahkan Tuhan. Dan yang paling ektrim sampai ada yang membunuh diri.


Apa pun sebabnya anda tidak wajar putus asa. Jangan putus asa dalam apa keadaan sekali pun kerana sebenarnya seseorang itu belum lagi gagal selagi dia masih mahu mencuba. Anda hanya akan gagal apabila anda berhenti mencuba.


Foto: Jangan sekali-kali berputus asa dalam belajar. Sekali gagal bukan segala-galanya. Bersama anakanda yang dikasihi dari kiri: Muhammad Syafiq, tahun akhir Ijazah Kejuruteraan Elektrik di University of British Columbia, Canada, Muhammad Suhail, sedang mendaftar ijazah Ph.D dalam Bio-Technology di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan Muhammad Salman al-Farisi, baru hafal 5 juzuk di Madrasah Sheikh Mohd Salehuddin al-Amin, Hulu Langat, tahun ini ambil SPM di Sekolah al-Irsyad, Kuantan.



Kenapa anda mesti berputus asa:

  • Jangan berputus asa atas kesusahan. Kerana kesusahan itu tidak akan menghinggapi anda selamanya selagi anda berdaya untuk berubah dan bertindak.
  • Kepayahan dan kesulitan juga tidak berpanjangan atau berterusan. Ia akan berakhir.
  • Pemergian orang yang disayangi adalah lumrah alam. Jangan dikesali. Yang pergi tetap pergi. Kita yang hidup harus meneruskan kehidupan.
  • Penyakit bertandang di tubuh badan kita. Jangan dikesali kerana itu tanda Tuhan sayang dengan kita supaya kita berubat. Tuhan belum mencabut nyawa kita.


Jangan layan perasaan mahu berputus asa sebaliknya:

  • Bekerja dengan lebih gigih untuk melupakan perasaan berputus asa.
  • Fahamilah bahawa kegagalan juga perkara lumrah yang sering bertandang. Berapa ramai orang yang berjaya dalam dunia ini adalah asalnya di kalangan orang yang pernah gagal!
  • Jangan putus harapan kepada Tuhan. Tuhan tidak pernah menganiaya makhluknya. Mungkin kita yang tersilap langkah. Sang ulat mungkin tersilap langkah kerana hidup di atas batu. Itu pun Tuahn beri rezeki. Inikan pula kita yang hidup di bumi yang bertuah dan makmur! Kenapa mesti putus asa?
  • Carilah tenaga dalaman yang kuat untuk bangun selepas kecewa.


Bagaimana mengelakkan dari berputus asa?

  • Ramai berkawan dengan orang yang baik-baik.
  • Berguru dengan guru yang mursyid dan alim. Selalu berdamping dengan mereka. Jika jauh telefon atau SMS mereka.
  • SMS dan berhubung dengan kawan-kawan apabila berasa tertekan.
  • Mengadu kepada kaunselor (jika ada).
  • Minta pandangan orang lain apabila anda buntu terhadap sesuatu perkara.
  • Biasakan menegur jiran setiap hari atau setiap kali bertemu. Jenguk-jenguk apabila keluar rumah. Jangan menonong sahaja keluar dan masuk rumah.
  • Elak berseorangan. Jemaah itu berkat. Kalau anda nak keluar makan tengahari atau makan malam ajak seseorang bersama. Jangan fikirkan siapa yang nak bayar.
  • Jangan menangis tetapi menjerit dengan kuat sambil menggenggam tangan. Luahkan apa yang terpendam di hati anda. Jeritlah, "Aku akan bangun!"
  • Kekalkan solat di awal waktu. Berdoalah selepas solat - berdialoglah dengan Tuhan.
  • Adakah aktiviti luar atau out door pada hari Ahad atau cuti. Mulakan dengan joging selepas subuh.

Sabtu, 7 Mac 2009

BELAJARLAH DARI SEJARAH

Foto: Bersama Dr. Komala Pomtas (kanan), pensyarah Kejuruteraan di Universiti Syiah Kuala, Aceh Darus Salam yang dijemput berceramah tentang sejarah tsunami di 10 tempat di Lembah Kelang dan Tanjung Karang sempena ulangtahun tsunami ke-empat - 25 Dis. 2008 baru-baru ini.

"Sesiapa yang mengambil pengajaran daripada sejarah, akan meningkatkan potensi kesedarannya." (Imam Syafi’i dalam ’Aja-ib al-Atsar)


Sejarah merupakan rakaman penting ketamadunan dan kehidupan manusia dan alam sekitar dengan zamannya. Sejarah bererti memahami tiga perkara:

1. Aliran perkembangan manusia dan alam masa lalu.

2. Apa implikasi pada situasi kemanusiaan masa kini.

3. Apa perspektif pembangunan masa depan peradabannya.

Ringkasnya kita memerlukan sejarah kerana ia menceritakan masa lalu, apa yang sedang terjadi dan apa yang kemungkinan atau pasti terjadi di masa depan.

Sejarah ialah riwayat perjuangan manusia dalam aspek benar dan salah atau baik dan buruknya. Al-Quran menjadikan kisah dan sejarah umat terdahulu sebagai salah satu muatan sistem peradaban manusia. Antara cara al-Quran mengajarkan keimanan kepada umat manusia adalah dengan menuturkan sejumlah kisah.

Al-Quran memaparkan sejarah atau kisah bukan sahaja orang soleh seperti Nabi Ibrahim a.s., Nabi Nuh a.s., Nabi Musa a.s., dan lain-lain; tetapi juga kisah para penentang Tuhan seperti Firaun dan Namrud.

Lihat sahaja sejarah perjalanan dakwah Rasulullah SAW. Ada iktibar besar. Anda bacalah sejarah pemimpin besar dunia seperti Mahatma Gandi dan Abraham Lincoln. Baca sejarah pemimpin dunia Islam seperti Salehuddin al-Ayubi dan Sultan Muhammad al-Fateh. Baca sejarah pejuang gerakan Islam seperti al-Shahid Hasan al-Banna atau Syed Qutb. Baca sejarah pemimpin semasa saperti Ahmadenejad dan Osama Ben Ladin (karya saya yang ke-28 yang bakal terbit menjelang April 2009).

Tetapi "Sejarah adalah omongan kosong bagi orang yang tidak mahu mengambil pengajaran," kata Henry Ford.

Sejarah tidak memberikan apa pun kepada orang seperti ini.

Namun, Cicero, seorang cendikiawan Yunani, mengatakan bahwa, "Seseorang yang tidak mempelajari sejarah akan menjadi seperti bayi - iaitu sering mengulangi kesalahan-kesalahan yang sama yang dilakukan sebelumnya."

Islam sendiri sangat menekankan kepentingan unsur sejarah, kerana ia memberikan pelajaran kepada umat Islam bahwa mereka adalah pelakon sejarah. Dengan membaca sejarah, mereka dituntut untuk meneliti sejarah dan mampu mengukir sejarah yang benar dan objektif.

Belajar sejarah adalah belajar ibrah (pengajaran) dan uswah (suri teladan). Sejarah buruk dijadikan ibrah (pengajaran teladan) dan sejarah kebaikan dijadikan uswah (teladan baik). Sejarah hendaklah dilihat bukan sebagai sogokan masa lalu yang mati tetapi merupakan peristiwa yang tetap hidup di masa kini.

Penyelewengan Dalam Sejarah

Sejarah sering menghadapi penyelewengan (distortion). Penyebabnya sangat banyak. Tokoh sejarah terkemuka, Ibnu Khaldun, yang mengarang kitab al-Mukadimah mencatat :

Sebab Kebohongan yang Menyelewengkan Sejarah

1.Karena semangat ingin terlibat kepada pendapat-pendapat atau mazhab-mazhab. Semangat ini cenderung untuk menghalangi pelakunya untuk melakukan sikap kritis dan analisa terhadap sejarah.
2.Terlalu percaya kepada orang yang menukilkannya.
3.Tidak memahami maksud yang sebenarnya.
4.Tidak mengetahui kondisi-kondisi sesuai dengan realiti yang sebenarnya karena cita-cita tertentu.
5.Adanya fakta bahawa sebahagian besar manusia cenderung mengambil hati para penguasa (seperti penjajah) atau yang memiliki posisi tertentu.
6.Ketidaktahuan tentang watak berbagai kondisi yang muncul dan peradaban.

Sejarah Perlu Diteruskan

Data-data sejarah telah banyak menunjukkan bahawa sejak awal perkembangannya, Islam telah melahirkan tokoh-tokoh sejarah yang gemilang. Sekarang kita harus bertanggungjawab untuk mewarisi peranan kepahlawanan tokoh tersebut agar nilai-nilai perjuangan mereka mampu membawa anak-anak generasi hari ini ke ruang keindahan Islam di bawah pohon rendang kegagahan agama Islam.

Sifat takwa merupakan kunci untuk kita mencipta sejarah. Allah SWT berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al-Hasyr:18)

Imam Abu Hanifah r.a. suatu ketika ditanya oleh salah seorang sahabatnya: ”Ya Imam, mengapa engkau memikirkan sesuatu yang belum terjadi, begini dan begitu?

Dengan cerdas Imam Abu Hanifah r.a. menjawab, "Orang cerdas adalah orang yang telah mempersiapkan jawaban sebelum pertanyaannya datang.

Moralnya ialah: Tugas penting kita saat ini adalah menemukan pikiran-pikiran dan idea besar untuk kemudian disesuaikan agar ia menjadi kemauan atau motivasi kolektif yang kuat.

Kelemahan Kita

Salah satu yang membuat kita sebagai umat Islam 'setengah hati’ adalah kerana kurangnya kita membaca dan memahami sejarah: Sejarah peradaban Islam, sejarah peradaban Barat, sejarah bangsa dan negara kita, termasuk sejarah diri kita sendiri. Untuk itu, kita hendaklah menoleh ke belakang pada saat kita berdiri tegak dalam menatap masa depan.

Hikmah Belajar Dari Sejarah

1. Sejarah kecemerlangan dicipta dengan susah payah. Jika kita mengikuti jejak langkah yang sama kita pasti mencapai kecemerlangan yang sama, jika tidak lebih lagi.
2. Belajar dari sejarah memendekkan masa trial and error.
3. Langkah yang diikuti dalam sejarah boleh ditingkatkan ketika kita mengikutinya, lantas meningkatkan keputusan.
4. Mengikut hukum alam (sunnatullah), sejarah akan berulang mengikut pusingan masa. Maka kita boleh merangka kemuncak kecemerlangan yang kita mahukan.
5. Al-Quran sendiri adalah buku Sejarah terpenting yang diaturkan Allah untuk kita ikuti.
6. Kejayaan orang terdahulu mencabar dan menaikkan semangat dan motivasi diri kita.
7. Sejarah mengajar kita bahawa orang yang miskin, lemah, daif dan serba kekurangan boleh mencipta kejayaan luar biasa.
8. Sejarah juga mengajar kita bagaimana Allah menghukum orang yang engkar, takabur, sombong dan lupa diri.

Kesimpulan:

Belilah sebuah buku biografi sebulan atau dua bulan sekali. Baca dan kaji kejayaan pemimpin tersebut. Hayati dan cubalah lakar sejarah anda sendiri berpanduan kecemerlangan tokoh tersebut untuk menuju kecemerlangan.