Tutup buku sudah kisah Siti Mariam

Salam Rabu....

Kasih ibu membawa ke syurga...... kasih anak setakat mana? 
Kalau anak yang sakit, rasanya ibulah orang pertama yang sanggup menjadi taruhan menggalas sakit si anak waima nyawa pun sanggup digantikan asalkan anaknya hidup dengan sihat. Tapi seorang anak, sanggupkah kita bergadai nyawa demi seorang ibu? 

Khidmatlah seribu tahun pun kepada ibu dan ayah, tidak terbanding sedikit pun dengan jasa mereka membesarkan kita dari tapak kaki selebar 2 jari...

Selamat jalan mak, berehatlah mak disana....

Tutup buku sudah kisah Siti Mariam di dunia ini. Mak Siti Mariam, bonda tercinta kepada Pak King yang juga ibu mertua mak telah pulang ke rahmatullah dengan tenangnya pada hari Jumaat 12 Januari 2018 bersamaan 24 Rabiulakhir 1439H, lebih kurang pukul 11 pagi di rumah, setelah genap 3 minggu mak terlantar (2 minggu di hospital dan seminggu di rumah). Begitulah pengakhiran setiap makhluk yang bernyawa, wa'ima kita dikelilingi ramai orang tersayang sekali pun, disaat sakaratul maut menghampiri, yang membantu keluarnya ruh daripada jasad, tetaplah iman kita sendiri.

Arwah mak dimandikan dan disembahyangkan di masjid UPM

Alhamdulillah, sejak sebulan dua ni, Allah telah memberikan kelapangan masa buat mak dan Pak King. Boleh kata setiap hujung minggu jugaklah mak dan Pak King pergi tengok arwah mak.              (Kebiasaannya mak tengok 2 minggu sekali). Walaupun tidak bermalam, tapi ruang masa yang sedikit itu memberi peluang kami mengumpulkan banyak momen momen terakhir bersama arwah mak sebenarnya. 

Macam menjadi satu kewajiban jugak sejak dua menjak ni, mak dan pak King akan singgah ke Tesco dulu cari anggur merah yang tak de biji dan cari buah nangka untuk di bawa sekali bila tengok arwah macam selera sangat bila makan buah ni. Kalau beli nangka 2 paket, sepaket tu memang arwah mak yang habiskan. Pasar Tengahari depan Uniten tu pun jadi sasaran mak jugak selalunya. Macam macam makanan yang boleh dijadikan buah tangan, selain kuih koci yang juga kegemaran arwah mak, nasi briyani kambing pulak kegemaran abah. Murah pun murah, kuantiti pun banyak. Macam nilah kalau dapat menantu yang tak rajin masak, beli ajelah yang mampu hihihi.... 


Menantu hantu pun manusia biasa juga, kalau dah tiap tiap minggu pergi tengok mertua tu, kadang kadang ada jugaklah merungut dalam hati ( dalam hati ajelah.....), biasalah nak buat benda baikkan, laju je syaiton tu menghasut. Nasiblah mak tak jadi syaiton jugak ko, kalau tidak memang menyesal jugaklah mak seumur hidup!

Memanglah... tak ada harga pun apa yang mak dan Pak King buat ni berbanding dengan jasa mereka membesarkan Pak King selama ini tapi sekurang kurangnya, satu kepuasan dalam diri mak dan Pak King bila dapat melayan dan menyantuni arwah mak di masa masih ada hayatnya, dikala arwah mak masih mampu merasa erti sentuhan dan urutan, suapan, mandian yang tak berapa kali itu, dari seorang yang bernama anak dan menantu. 
    
Paling terasa kehilangannya dah tentulah suami yang dah bersama selama 48 tahun, genap pada 26 Disember yang lalu. Selamanya berkongsi suka dan duka. Sabar melayani kerena arwah mak 24 jam sehari. Daripada muda sampailah ke tua, daripada sihat sampailah mak sakit dan akhirnya pergi ke alam yang kekal abadi.  


Sekarang, yang tinggal hanyalah kenangan. Dapat memenuhi keinginan arwah mak nak makan Laksa Johor pada hari Raya Haji baru baru ni dan Botok Botok ketika hayatnya menjadi satu kenangan yang cukup bermakna dalam diri seorang menantu !

Al fatihah....

                                   

Comments

  1. innalillahiwaainilaihirojiun..takziah kak..al-fatihah. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman...aamiin

    ReplyDelete
  2. Semoga arwah ditempat kan dikalangan orang beriman .
    Tentu suami hainom masih berduka lagi kan...yalah mak kan.Tanpa dia bagai hilang seri kehidupan kita .
    Semoga ayah mertua hainom tabah menghadapi kehilangan ini.

    ReplyDelete
  3. innalillahi wainna ilahirojiun...salam takziah mak, semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh..suatu hari nanti waktu kita juga akan tiba, cuma tak tahu bila dan bagaimana caranya kan. moga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah swt

    ReplyDelete
  4. inalillah.... salam takziah bt pak king sekeluarga ngn kak nom....
    alfatihah bt arwah mak pak king... moga rohnya dicucuri rahmat...

    alhamdulillah, kak nom n pak king dpt melawat arwah tiap minggu... melayan segala kerenah hingga ke akhirnya

    ReplyDelete
  5. Al fatihah...Salam Takziah untuk Hainom sekeluarga atas pemergian ibu mertua...moga rohnya ditempatkan dikalangan para syuhadah...amin

    ReplyDelete
  6. salam takziah...alfatihah utk arwah mak mertua kak Hainom...moga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman

    ReplyDelete
  7. Salam takziah buat Hainom sekeluarga..beruntungnya Hainom dpt menyantuni serta menatap wajahnyer buat kali terakhir...(akk xdpt..huhu..sedih x terkira..)
    Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan mereka yg soleh dan solehah..Alfatihah

    ReplyDelete
  8. Innalillahi wainna ilaihirojiun...
    Salam takziah kak hainom sekeluarga.
    Semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yg beramal soleh.
    Aamiin..

    ReplyDelete
  9. Salam takziah, Hainom sekeluarga.

    ReplyDelete
  10. Salam takziah, al fatihah..

    ReplyDelete
  11. Salam takziah mak.
    Alhamdulillah, dapat berbakti pada arwah mak tu mmg satu kepuasan ..

    Aku plak smp la ni ttp ada rasa terkilan, bila ko sebut anggur serta merta aku tingat arwah mak aku yg nak makan anggur manis tapi tk dapat, sebab apa Tau, aku Tak bersedia Dan Tak peka...

    ReplyDelete
  12. salam takziah kak nom dan suami, semoga rohnya dirahmati Allah dan diampunkan segala dosa.

    ReplyDelete
  13. Al-Fatihah
    Semoga rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  14. Inna lilahi wa inna ilai hirojiun
    Mulianya meninggal di pgi jumaat Allahuakbar
    Semoga rohnya dilimpahi rahmat
    Amiin Allahuma amin

    ReplyDelete
  15. Inna lilahi wa inna ilai hirojiun
    Al fatihah
    salam takziah

    ReplyDelete
  16. Alfatihah..takziah buat hainom sekeluarga.

    ReplyDelete
  17. Salam takziah.
    Semoga arwah ditempatkan bersama para solihin, insyaAllah

    ReplyDelete
  18. Takziah kak. Semoga ALLAH SWT merahmati roh Allahyarham ibu mertua mu.

    ReplyDelete
  19. innalillahiwaainilaihirojiun buat arwah MIL.. baiknya akak sebagai menantu melayan keinginan arwah nk makan itu ini. semoga tenang di sana.

    ReplyDelete
  20. Innalillahi wainna ilaihirojiun...
    Salam takziah mak sekeluarga.
    Semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yg beramal soleh.

    ReplyDelete
  21. Innalillahi wainna ilaihirojiun
    Moga arwah ditempatkan di kalangan insan yang terpilih oleh Allah,
    keluarganya diberikan kesabaran dan diberikan hikmah ujian.

    ReplyDelete
  22. Takziah kak.. Semoga arwah mak mertua akak ditempakan bersama mereka yang beriman....

    ReplyDelete
  23. takziah Nom dan asben.
    semoga arwah dicucuri rahmat.
    bertuah la dpt ziarah selalu.
    itu yg sebaiknya kan...

    ReplyDelete
  24. Salam Takziah untuk Hainom sekeluarga..
    Moga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  25. Innalillahhiwainnailaihirojiun...
    Takziah diucapkan buat HOkje serta seluruh ahli keluarga.
    Semoga roh arwah dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  26. salah takziah buat kak hainom dan keluarga..semoga roh arwah di cucuri rahmat aminn

    ReplyDelete
  27. Innalillahhiwainnailaihirojiun...
    Takziah diucapkan kepada Pak King & Kak Nom sekeluarga..
    Semoga roh arwah dicucuri rahmat, amin...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts