Sunsets from jetty Panuba Inn, Pulau Tioman 2016 |
Salam Ukhwah :)
seperti tahun2 yang lalu, Tioman Island adalah destinasi wajib untuk i lawati, tahun ni adalah 3 tahun berturut-turut i ke Panuba Inn Tioman & kali ke-6 i ke Pulau Tioman.
i ke Panuba seramai 8 orang termasuk seorang budak kecil yg cute & cheeky. kiranya ni adalah reunion untuk kami. bagi yg dah lama follow blog i, mesti ramai yg tahu i memang suka pulau :) ala2 beach girl.
Tak banyak yg berubah tentang Panuba melainkan setiap tahun i ke Panuba mesti ada kelainan dengan Jetty dekat Panuba ni hehehehe nanti i tepek gambar jetty Panuba daripada tahun 2014,2015 & 2016. Harga juga sudah berubah ( sedikit meningkat kerana ada weekend sur-charge ) hehehe serta agak kecewa dengan tahap kebersihan air. huhuhuhu harap2 pihak Panuba Inn dapat meningkatkan tahap Kebersihan Air serta tahap kekemasan bilik. secara keseluruhan bagi i O.K.
Jetty Panuba Inn 2014 |
Jetty Panuba Inn 2015 |
Jetty Panuba Inn 2016 |
2015 - Jetty Panuba Inn ada bumbung kecik je & tiada kerusi.
2016 - Jetty Panuba Inn tiada bumbung & tiada Kerusi
tapi 1 je yg tak berubah. kami masih enjoy swimming, snorkeling , & terjun daripada jetty sahaja :)
ikan banyak, coral pun ada. yg paling penting coral berwarna Pink! tapi hati2 kerana banyak sea Urchin ataupun dikenali sebagai Landak Laut.
Day 1 -
Kalini kami naik ferry daripada jetty Tg. Gemok. Untuk ke Pulau Tioman ada 2 jetty yg boleh kita naik. Tg. Gemok ataupun Jetty Mersing. biasa kami naik daripada Jetty mersing. tp disebabkan keadaan pasang surut air laut kami terpaksa naik daripada jetty Tg. Gemok.
I naik bas daripada Terminal Larkin dengan seorang Kakak yg dtg drpd Penang. I jumpa dia didalam Group FB Backpackers Buddies Malaysia. I naik Bas pkl 12.00am sampai jetty around 2.00am!
Merasa la i jadi gelandangan dekat Tg. Gemok. jangan risau ramai yang tidur dekat Jetty ni. hehehee
2.00am i da terpacak dekat Tg. Gemok, Rompin! |
Jadi Gelandangan sementara tunggu Ferry Pukul 11.30am! |
dalam Ferry, otw nak ke Tioman! |
Untuk ke Panuba Inn, kita semua akan diturunkan di jetty Kg. ABC. daripada sini boat kecil akan datang jemput kita untuk ke Panuba Inn! sebab tu Jetty Panuba Inn masih belum tercemar kerana Ferry besar tak boleh lalu., Coral & Ikan masih banyak dan cantik. Panuba Inn Please jangan berubah!
Auntie Anna with Nur Hana Rania! masa tahun 2014 Hana masih lagi dalam perut mommy dia masa mommy dia dekat Panuba Inn. so Hana balik kampung. |
pkl 5.30pm masa yang ditunggu2. lets go to beach baby!
layan Sunsets dengan mereka semua :) |
Hana dia taknak mandi tepi laut ok! dia nak jugak follow i terjun laut. such a brave baby this young lady! |
Day 2 -
Routine i pagi2 kalau dekat pulau, i akan bangun seawal pagi & buat morning walks! Subhanallah memang cantik pemandangan, udara yg segar + bunyi ombak memang music yg menenangkan halwa telinga! kemudian i kejutkan kawan2 untuk breakfast :)
yes, ni kaki i :) hahahhaaa |
Aktiviti Snorkeling seawal 10am. yes! mmg fav i. jom kita cari cari Nemo.
tengok corals + mandi sepuasnye.
Ikan biru ni lawa! |
Pink colors i sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaa |
Tengahari Lunch dekat Kg. salang.
i penah stay Kg. salang ni :) i stay dekat Salang Sayang Resort.
Dahi seluas Lautan heheheheee |
Jump Anna Jump! |
Gedebushhh jatuh mcm nangka busuk. hahahahaaaaa |
Balik daripada snorkeling sambung berendam dekat jetty plak :) heheheheee kami semua memang hantu air!
Day 3 -
Macam biasa bangun awal pagi, tapi cuaca kurang baik. hujan + gelombang kuat. so tak boleh nak terjun jetty huhuhuhu. ombak kuat sangat2. so, i just main hujan je.
Peace ida :) |
Kalau cuaca kurang ok, kitaorg ingat nak extend 1day lagi. tp tghari cuaca da o.k. Alhamdulillah :)
hana with Mommy :) susah betul nak smile cik Hana ni.. hehehheee |
posing dulu sebelum naik boat ke jetty Kg. ABC |
Sayonara Panuba Inn, Tioman. next year kita repeat lagi :)
Package 3D2N ( SD Rooms 2 katil queen x 4pax ) RM395/pax
Package 3D2N ( SD Rooms 1 queen + 1 single x 2pax ) RM415/pax
Package 3D2N ( D Rooms 1 queen x 2pax ) RM375/pax