Sunday, September 19, 2010

RAGAM RAYA KITA

Tak sangka kita dah masuk syawal kn…rasa sekejap jer kita berpuasa…masa nak raya esok lah masing-masing mula sibuk…mak dekat dapur melalak bagi arahan suruh potong bawang, potong daging, cari buluh, cari kayu api macam-macam lagi…riuh sekampung…hahaha…tapi dalam sekelip mata jer sumanya siap esok pagi…mana taknya bersengkang mata nak siap sumanya…pagi-pagi tu la nak bersiap lawa-lawa, wangi-wangi nak mengerjakan ibadah sunat hari raya di masjid.

Masa di masjidlah saya lihat ramai orang di masjid berbanding hari dan waktu yang lain…mana taknya sembahyang raya kan setahun sekali yang lain hari-hari ada…waktu ini la ramai orang berkejar-kejar ke masjid sampai tak cukup ruang nak sembahyang…ye la orang kata waktu istimewa….saya pun hairan jugak ramai rupanya sembahyang sunat raya…tapi mana pulak masa solat subuh, zohor, asar, magrib dan isyak…mungkin waktu tu sibuk dengan bekerja dan mungkin rumah terlalu jauh…

Masa ziarah lain lak kerenah orang kita ni…mana taknya macam-macam benda nak makan ye la dah sebulan berpuasa…waktu raya la kita boleh rasa macam-macam rending, ketupat, lemang, soto, kuih raye dan macam-macam lagi…fuh memang bergelora nafsu…kuih bukan sejenis ada banyak..almond londan, tart, sarang semut, biskut kacang banyak lagi la…memang nak rasa semua kalau boleh…hahaha…ada yang sampai kembung perut tak larat nak bernafas makan time raya nie…tu baru sehari beraya bila dah tiga hari beraya ramai dah naik berat sampai berkilo-kila…hehe…terpikir jugak saya, kita ni kalah dengan nafsu ke sampai makan tak ingat dunia…ish3x…apa gunanya kita berpuasa selama ni…agaknya sekadar ibadat semata-mata kowt…mana agaknya kesabaran, kawalan nafsu…entah la…yang tu korang fikir-fikirkanlah….

PUASA OH PUASA


Dah nak sebulan rupanya kita berpuasa…macam-macam kerenah manusia kita boleh lihat ketika puasa dan sampai kita sendiri lihat pun boleh tergelak…tapi pelik jugak kan kenapa time puasa nilah nafsu makin menjadi mana taknya klau pegi bazar ramadhan macam-macam kita nak makan ye la seharian tak makan…klau kita tengok orang yang beli tuk juadah berbuka nanti penuh kat tangan…tak sah klau 4 bungkus jenis makanan…dah lapar comfirm bleh habis nyer…tapi bila da berbuka mula tak larat nak makan…waktu tu la rasa malas nak gi tarawih ye la dah mula gosok perut time tu la nak mengantuk…alaa terawih tu sunat aje…buat kt bilik pun boleh...agaknya la…


Ingat tak masa kita budak-budak waktu tu kita nak mula berpuasa…fuh!!! Memang berat masa tu mana taknya tak makan seharian katakana…tapi parent kita memang bijak klau kita berjaya puasa sehari bleh dapat singgit tu…terus semangat time tu nak berpuasa ye la dapat duit kan sape taknak…hahaha…bila puasa macam-macam la budak-budak ni merenget lapar la, tak tahan, haus la, bila nak berbuka macam-macam lagi kerenah dorang tunjuk time berbuka…tapi parent kita bijak dorang suh sabar… “adik sabar yer jap lagi jer nak berbuka” pandai mereka main psiko supaya teruskan puasa….hahaha…tradisi ni diteruskan ke generasi ke generasi…tapi bila dah besar tak dapat la plak…huhu…tapi tu la salah satu cara nak pupuk budak-budak tuk berpuasa…

Time raya mula tersenyum lebar yelah dapat duit raya banyak sebab puasa penuh…pas smayang raya mula la projek menziarah rumah ke rumah nak cari income…hahaha….kita kena ingat kenapa kita berpuasa dan ianya bukannya ibadah wajib semata-mata…jangan sesekali kita lupa mengajar hikmah berpuasa kerana tidak mahu anak-anak kita hanya berpuasa semata-mata tanpa mempelajari apa-apa….ingatlah waktu di bulan Ramadhan terbukanya pintu syurga tertutupnya pintu neraka…amal ibadat menjadi berganda hanya tinggal kita untuk merebut peluang….fikir-fikirkanlah….

Tuesday, August 17, 2010

Pendakwah Gila-Gila

Teringat kembali pengalaman saya ketika dalam perjalanan pulang dari membeli-belah dimana ketika berada di dalam bas rapid saya melihat kelibat seorang pak cik berpakaian kemas dengan berkot dan berkopiah di kepalanya. Ketika itu, pak cik tersebut begitu ligat memarahi dan menasihat penumpang-penumpang yang berada di dalam bas kerana kelakuan anak muda zaman sekarang yang pakaian ketat-ketat menjolok mata, duduk berpasangan sambil berpelukan walaupun tidak berkahwin dan tidak berbudi bahasa kepada orang yang lebih tua. Boleh dikatakan pak cik tersebut memarahi semua orang di dalam bas sehinggakan saya merasa pelik akan kelakuannya sehinggalah dia menegur saya dengan sopan tetapi dengan tiba-tiba pak cik tersebut naik angin memarahi saya tanpa mengetahui sebabnya. Oleh itu saya memerhati beliau akhirnya saya faham bahawa beliau adalah gila sebenarnya.

Apa yang menarik tentang pak cik ini ialah beliau berani menegur dan marah atas maksiat yang sedang berlaku di depan kata mata kita dan menggunakan hujah dalil dan hadis sedangkan kita yang celik akal sempurna paincaindera ini tidak berani untuk menegur untuk mencegah maksiat yang berlaku. Ingatlah bahawa kita adalah umat Islam dan kita mempunyai tanggungjawab untuk saling memperingati sesama saudara kita. Bagi saya kita kenalah menjadi pak cik tersebut untuk berani. Pedulikanlah apa orang akan kata bahawa kita adalah pendakwah gila-gila tetapi apabila kita disoal oleh Allah kita menpunyai bukti yang kita melakukan tugas kita sebagai umat Islam.

Jadi mana yang kita mahu samaada yang waras tetapi penakut untuk menegakkan agama Allah atau orang gila yang berani menegakkan kebenaran....fikir-fikirkanlah

"hidup ini perlu banyak memberi dari banyak
dari banyak menerima"

Sunday, August 15, 2010

wanita mengancam lelaki terancam

Tidakkah kita terfikir kenapa begitu banyak kes rogol berlaku, buang anak, khalwat, zina dan bermacam berlaku disekeliling kita. Adakah lelaki yang menjadi punca kepada segala kemaksiatan yang berlaku??? padahal wanitalah yang menjadi punca perkara yang tidak baik berlaku. Lelaki tidak akan terdorong melakukan maksiat sekiranya tiada punca. Seperti yang kita lihat pada zaman kini para wanita memakai pakaian yang amat menjolokkan mata dan katanya adalah mengikut peredaran zaman. Tetapi disebabkan memakai pakaian yang mendedahkan auratlah ramai lelaki yang tidak kuat imannya jatuh ke lembah maksiat akibat terdorong dengan nafsu....

Seperti yang kita tahu aurat wanita adalah fitnah dimana ia adalah satu dugaan bagi kaum lelaki. Setiap aurat dianggota badan wanita boleh menaikan nafsu syahwat seorang lelaki. Allah juga menyuruh kita agar memakai pakaian yang menutup aurat dalam firmanNya:

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab : Ayat 59)

Tidak ada satu ayat pun menyuruh kita memakai pakaian yang ketat-ketat malah menyuruh menutup aurat dan melabuhkannya. Tidak salah jika ingin bergaya atau berfesyen tetapi biarlah berpada-pada. Oleh itu berwaspadalah wanita boleh mengancam iman seorang lelaki.....fikir-fikirkanlah...

"hebatnya seorang wanita adalah wanita yang menjaga auratnya"

Related Posts with Thumbnails