Atas Nama Cinta

Epilog

IR Haraz Rifqi tersenyum melihat permaisuri hatinya Ustazah Dr Karmila Najwa melayan karenah 2 putera bukti cinta mereka. Haraz bangga kerana mempunyai isteri bernama Najwa. Walaupun sibuk degan kerjayanya sebagai Pensyarah di IPTA tetap mempunyai masa untuk melyan anak-anak mereka dan keperluan suamainya.

Najwa baru perasan yang suaminya sudah pulang lalu bergegas menyambut kepulangan suami tercinta dengan senyuman yang manis sekali. Diambil beg tangan lalu dicium tangan suaminya dan meminta maaf atas kesalahannya yang dilakukannya. Haraz memaafkan kerana tiada apa kesalahan yang dilakukan oleh Najwa. Malah dia kagum dengan Najwa kerana pandai membahagi masa dan menjaga anak-anak bila tiada di rumah kerana tugasannya sebagai jurutera yang sering tiada dirumah kerana urusan kerja diluar kawasan. Najwa seorang isteri yang betul diimpikan selama ini.Haraz berharap agar keluarga ini kekal sehingga didalam syurga kelak.



 Kisah 1

Suasana di perpustakaan sunyi. Hanya kedengaran bunyi penghawa dingin yang mengeluarkan haba sejuk yang menyamankan. Tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk. Selesa dan nyaman sekali. Haraz Rifqi sibuk menelaah pelajaran untuk menghadapi peperiksaan yang bakal tiba lagi. Dia berada di tahun akhir dalam pengajian kejuruteraan. Dia terlalu tekun menelaah sehingga tidak sedar sudah 5 jam berada di situ. Apabila perut berbunyi baru dia sedar ada tuntutan lain yang perlu yang ditunaikan iaitu memberi tenaga kepada badan dengan makan.

Haraz pun meninggalkan perpustakaan lalu menuju ke arah kafetaria untuk mengisi perutnya yang dari tadi menjerit-jerit minta diisi. Lemak pucuk ubi dengan ayam goreng menjadi juadah tengahari beliau. Dia perlu mencapai cita-citanya sebagai Jurutera kerana sekarang terlalu ramai jurutera dikuasai oleh bangsa dan agama lain. Dia perlu menjadi jurutera Muslim yang boleh membantu saudara SeIslam di Palestin khususnya dan tanah arab amnya. Jadi dia perlu mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Dia mahu membuktikan bahawa wujud lagi Jurutera Muslim.

Usai menunaikan solat zuhur, Haraz kembali menuju ke perpustakaan untuk meminjam buku. Dia melihat pasangan yang sedang hangat bercinta. Terlintas di fikaran untuk memiliki cinta juga. Cinta? Baginya zaman belajar tiada masa untuk bercinta dengan manusia . Baginya bercinta dengan buku lebih baik daripada bercinta dengan manusia. Dengan manusia boleh habis wang ringgit, masa dan banyak rugi daripada untung. kalau bercinta dengan buku boleh dapat ilmu daripada buku tersebut. Mustahil tiada perasaan untuk berkasih sayang semasa zaman sedang meningkat ini tetapi pandai mengawalnya. Dia tidak mahu cinta menghalang cita-cita. Baginya Cinta ada standardnya sendiri iaitu cinta akan diperolehi hanya selepas nikah. sebelum nikah manisnya telah hilang, umpama lebah mengambil madu daripada bunga.

Haraz yakin dengan janji Allah yang laki2 baik untuk perempuan baik dan begitu sebaliknya. Jadi untuk mendapat perempuan baik untuk menjadi isteri, dia perlu menjadi Muslim Superb terlebih dahulu. Menyiapkan diri terlebih dahulu.Haraz melihat jam. Dia beristighfar kerana hilang 30 minit masa untuk belajar pabila memikirkan pasal kahwin. Dia tidak mahu fokus dia diambil. Dia kembali belajar.

Tamat sudah peperiksaan. Haraz pun tidak sabar untuk pulang ke kampung untuk berjumpa dengan keluarga tercinta. Sudah dua hari Haraz berada di kampung. Ketika bersarapan, umi Haraz menyatakan bahawa ada sahabat seusrah umi haraz berkenan dengan Haraz. Haraz hampir tersedak apabila mendengarnya. Dia terus menjadi malu. Umi bagitahu yang kawannya akan datang rumahnya petang ini. Bukan main malu lagi haraz mendengarnya.

Petang itu, seperti dikatakan umi, kawannya datang bertandang ke rumah. Lega Haraz apbila tiada "gadis"  dibawanya. Haraz dipanggil keluar oleh umi nya untuk melihat biodata calon beliau. Haraz melihat dan membaca biodata calon beliau. Siap dan kena dengan calon yang dia mahukan. Azam, moto, matlamat hidup. Bakal bergelar ustazah lagi. Itu yang dimintanya dalam solat dan doanya..Dua minggu diberi masa kepada Haraz untuk memikirkannya.

Isthikarah dibuat. dan keputusan ditangannya.

bersambung...

Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.

“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”

Pernah dengar ayat macam ini?

Ini saya namakan sebagai Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.

Kenapa saya namakan tawakkal buta? Sebab saya tahu Allah pun tak ajar demikian rupa. ^^

Kalau suka, patutnya bagitahulah(semestinya dengan persediaan. Bukan main bagitahu sahaja. Tengoklah diri tu juga. Kalau main bagitahu sahaja, itu dah masuk dalam bab Cinta Buta). Kemudian, siapa la pandai-pandai ajar kalau bagitahu nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya ni?

Baiklah. Saya bagi contoh buka laci. Macam mana anda mahu buka laci? Anda berdoa sahaja, atau anda usaha buka laci sambil tawakkal bahawa Allahlah yang bantu anda buka laci itu?

Satu lagi. Exam. Macam mana kita mahu cemerlang dalam exam? Berdoa sahaja, luahkan pada Allah bahawa kita tak pandai sahaja, atau kita kena belajar sungguh-sungguh, dan masa exam kena gerakkan otak dan pen untuk jawab exam? Mana satu?

USAHA.

Usaha kena ada. Itu sunnatullah. Maka bagaimana di dalam CINTA kita boleh kata:

“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”??????

Kalau macam itu, saya pun boleh kata, janganlah study. Doa sahaja pada Allah. Allah Maha Tahu Kita Cemerlang Atau Tidak. Bagaimana? Suka?

Jadi janganlah ambil Mazhab Tawakkal Buta ini. Baik dalam exam, mahupun dalam BERCINTA.

Kalau suka, bincanglah dengan ibu bapa. Cakap kat ibu bapa, saya suka si fulan, saya suka si fulanah. Preparekanlah diri. Buatlah background check. Kemudian muhasabah kembali ibadah. Kemudian kalau berkeyakinan, sila masuk melamar. Merisik. Dan sebagainya.

At least kita pun tahu kalau dia tak suka kita, tak berkenan dengan kita. Boleh cari yang lain.

Kalau pendam sahaja buat apa?

Silap hari bulan dia suka kat kita, sebab main pendam, terlepas.

Silap hari bulan dia tak suka kat kita, sebab main pendam, tup-tup dah lama sangat pendam perasaan, syok sangat-sangat, sekali kena tolak. Kecewa. Bertahun dah bazirkan hidup suka dia.

Sebab itu, usaha itu kena ada. Langkah itu perlu diambil.

Tawakkal Buta?

Jangan sekali.

copy paste dari sahabat...

burung gagak

Bismillahir Rahmannir Rahim

Assalamualaikum.. sudah lama ana x update blog ana. maklum lah ana sekarang ini sudah bekerja bukan pelajar lgi. sibuk dengan kerja. sebut pasal kerja ini, ana nak ceritakan pasal kisah burung gagak tempat ana bekerja.

Mengapa burnug gagak menjadi topik ana pada entry kali ini? ana tertarik dengan kesungguhan burung gagak tempat ana bekerja. Seminggu tempat kerja ana di penang x dapat dijalankan sebab material habis. jadi seminggu ana berpindah ke batu kawan. Bila material baru datang ana perasan ada sarang burung gagak di atas mesin yang ana jaga. burung gagak tersebut membuat sarang menggunakan dawai-dawai yang pekerja binaan buang. sungguh cantik sarangnya. (x boleh letak gmbr sbb on9 kat cc)

Setiap hari burung gagak itu akan tunggu kami siap bekerja baru naik ke sarang die. begitulah rutin buruntg gagak tersebut sehinggalah semalam. semalam menjadi kisah sedih buat burung gagak tersebut kerana telur yang dijaganya pecah satu disebabkan terjatuh dari mesin. Foreman yang membetulkan mesin semalam x perasan ad sarang burung di mesin tersebut.

Ana pun mengambil keputusan mengalihkan sarang tersebut ke tempat lebih elok akan tetapi burung gagak tersebut mencaris arangnay di tempat sama. sedig juga melihatnya. nak letak kembali, setinggi 20 meter. x berani ana nak panjat. jadi ana biarkan sahaja.

kesimpulan disini ialah sedangkan burung tahu menjaga tempat tinggal dan bakal anak-anaknya macam mana pula dengan manusia zaman sekarang? menjadikan rumah sebagai tempat melampiasakan  maksiat dan membuang anak-anak yang tak berdosa akibat terlanjur akibat takut dengan cemuhan orang? di mana kesedaran manusia sekarang? bukankah manusia dikurniakan dengan akal untuk berfikir? dijadikan lebih mulia daripada haiwan? fikir-fikirlah.. tepuk dada tanya iman.

akhir kalam, jagalah pandangan agar hati terjaga, jagalah hati agar iman terjaga dan jagalah iman agar hubungan dengan Allah terjaga. Wallahualam..


Muaz

Kosong. sepi. sunyi. hambar. itu yang bermain didalam fikiran Harraz Rifqi. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya sekarang. Fikirannya betul-betul buntu. Dia seperti berada di dalam gua yang tiada sebarang sumber cahaya. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Dia kelihatan seperti orang gila walhal dia bukan gila. Dia sering bermonolog dengan dirinya. Macam mana zat Allah? Macam mana rupa Allah? Menurut sahabat baiknya Muaz, jangan fikir tentang zat dan rupa Allah, kerana otak manusia tidak mampu memikirkannya. Boleh gila. Tetapi fikirkanlah apa yang diciptakan oleh Allah. Ambil pengajaran dan apa tujuan Allah cipta semua benda yang berada di sekeliling kita. Contohnya mengapa Allah ciptakan khinzir sedangkan khinzir merupakan najis berat? Menurut kisah semasa bahtera Nabi Nuh belayar kapal dipenuhi dengan najis manusia dan haiwan yang terdapat didalam bahtera Nabi Nuh, lalu Allah perintahkan khinzir memakan najis tersebut. Tengok. Allah menciptakan sesuatu itu pasti ada tujuannya.


Di Pusat Islam Universiti Islam Pulau Pinang, Muaz baru sahaja menunaikan solat sunat dhuha. Solat sunat merupakan kunci rezeki. Rezeki bukan sahaja wang ringgit tetapi ia meliputi ilmu,kesihatan tubuh badan.Solat sunat itu tidak pernah ditinggalkan Muaz sejak baligh lagi. Bagi Muaz solat dhuha itu sudah menjadi solat wajib yang perlu ditunaikan. Muaz akan berasa berdosa jika meninggalkannya. Muaz pernah hampir meninggalkan solat sunat dhuha tersebut semasa menjadi urusetia kejohanan Liga Futsal Zamrud edisi ke 7. Terlalu leka menjadi urusetia sehinggakan dia terlupa. Semasa makan tengahari pukul 12 baru dia teringat yang dia belum menunaikan solat sunat dhuha. Dengan pantas dia melakukannya. Dia betul-betul berasa amat berdosa kerana dengan urusan dunia dia lalai untuk mengerjakan solat sunat dhuha. Muaz berazam tidak akan lalai lagi. 

Solat Malam pun tidak pernah ditinggalkan oleh Muaz sejak baligh. Dia mahu mencontohi Sultan Muhammad al-Fatih, khalifah ke 7 Kerajaan Uthmaniyah. Baginda merupakan orang yang merialisasikan hadis Nabi Muhammad SAW semasa menggali parit Perang Khandaq. “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”  (Hadis riwayat Imam Ahmad)  
Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut?  Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya itu. SubhanAllah. 

Muaz menunggu rakan seperjuangannya datang ke Pusat Islam tersebut. Mereka ada usrah mingguan disitu bersama Ustaz Fazlon. Kehadiran Harraz Rifqi amat dinantikan oleh Muaz. Harraz Rifqi telah diajak oleh Muaz berkali-kali untuk menyertai usrah tersebut untuk menambah ilmu disamping mengukuhkan tali persaudaraan antara mujahid Islam yang berdakwah di kampus itu. Mereka perlu kenal mengenal antara satu sama lain. Dakwah bukan kerja yang boleh dilakukan berseorangan. Rasulullah pun begitu. Rasulullah berdakwah bersama para sahabat. Usrah hampir tiba di penghujung tetapi kelibat Harraz Rifqi masih tiada. Muaz kecewa lalu dia bersangka baik dengan mengatakan yang Harraz Rifqi mempunyai masalah yang tidak boleh dielakkan.Dia mahu berjumpa dengan Harraz Rifqi setelah habis usrah tersebut.

Blok kediaman Harraz Rifqi terletak di blok Baiduri manakala Muaz tinggal di Blok Zamrud. Muaz bersyukur kerana dia belajar di kampus yang kecil. Jadi jarak antara blok tidak jauh. Baju Muaz basah ketika sampai di pintu hadapan bilik Harraz Rifqi, B6.22. Muaz berpeluh disebabkan Pulau Pinang merupakan negeri di Malaysia yang paling panas. Muaz pun mengetuk pintu bilik Harraz Rifqi. Aswad, rakan sebilik Harraz Rifqi membuka pintu bilik. Dia meyangkakan kawan dia datang. Apabila melihat Muaz datang, muka dia terus berubah menjadi masam dan terus meninggalkan bilik.

Muaz tersenyum melihat karenah Aswad. Dia rasa bersalah kerana jika tetamu tidak disenangi oleh tuan rumah, dia perlu beredar. Dia segera memanggil Aswad, Muaz bertanya adakah Aswad tidak suka dia datang menziarah Harraz Rifqi? Aswad menjawab dia sebenarnya  tidak menyenangi Muaz sebab Muaz rapat dengan Harraz Rifqi yang digelar sewel oleh Aswad. Beristighfar Muaz mendengarnya. lalu dia memberitahu Aswad yang jika kita panggil seseorang dengan panggilan keji sebanyak  40 kali, sebenarnya ia memantul kearah kita kembali. Ia umpama cermin. Memantulkan kembali. Setelah mendengarnya baru Aswad sedar akan kesilapannya lalu ingin meminta maaf kepada Muaz. Muaz mengatakan dia hanya menyampaikan apa yang dia tahu dan Aswad perlu meminta maaf kepada Harraz Rifqi bukannya dia.

Lalu mereka berdua menuju ke bilik untuk bertemu dengan Harraz Rifqi. Terkejut mereka melihat Harraz Rifqi  duduk bercangkung di atas tingkap. Perbuatannya dia seperti ingin membunuh diri dengan melompat ke bawah melalui tingkap tersebut. Dengan segera, Muaz dan Aswad berlari menangkap Harraz Rifqi daripada membunuh diri. Meronta-ronta Harraz Rifqi apabila kehendaknya dihalang. Aswad yang berbadan besar dengan mudahnya menghentikan rontaan Harraz Rifqi yang berbadan kecil. Muaz dengan wajah yang penuh bercahaya dan lembutnya bertanya mengapa Harraz Rifqi ingin membunuh diri? Harraz mengatakan yang bisikan dalam hatinya yang mengatakan dia perlu terjun untuk mengetahui benar atau tidak manusia boleh hidup semula? Muaz berasa Harraz Rifqi mempunyai masalah aqidah dan perlu mendapatkan bimbingan daripada Ustaz Fazlon. 

Muaz memberitahu bahawa yang membunuh diri bukan cara untuk melihat kita hidup semula. Jika kita melakukannya kita akan mengulanginya seperti itu diakhirat kelak malah lebih dasyat lagi. Apa yang perlu dilakukan kita hanya percaya dengan AL-Quran dan Hadis Nabi SAW yang mengatakan adanya kehidupan selepas kematian di dunia ini. Kehidupan yang kekal selama-lamanya. Hidup di dunia ini hanya sementara. Tempat untuk manusia mengharungi ujian daripada Allah yang ingin menguji tahap keimanan seseorang. Jadi, kita perlulah banyakkan amal ibadat kita. Jika kita ikut sunah Nabi, setiap benda kita lakukan akan mendapat pahala ganjarannya. Esok, Harraz Rifqi ikut Muaz pergi berjumpa dengan Ustaz Fazlon. Harraz Rifqi boleh menceritakan masalah Harraz Rifqi kepada Ustaz Fazlon. InsyaAllah Ustaz Fazlon boleh bantu Harraz Rifqi.

Dua bulan daripada peristiwa tersebut kelihatan Muaz, Harraz Rifqi dengan Aswad berjalan beriringan keluar daripada Pusat Islam. Mereka kelihatan tersenyum. Muaz insan paling gembira. Dia bersyukur kerana Allah memperkenankan doanya untuk melihat Harraz Rifqi menghampiri dan menyertai usrah mingguan dan Muaz bertambah syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan bonus dengan membuka hidayah kepada Aswad untuk menyertai usrah tersebut. Muaz berazam mengajar mereka berdua kemanisan usrah. Melalui usrah dapat melahirkan ukhwah.Ukhwah Fillah.


siapakah bakal menjadi zaujah ana?

 Bismillahir Rahmannir Rahim

Tika ana remaja,
sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha, Ali dan Fatimah,
ana sering bertanya
siapakah bakal menjadi zaujah ana?

Bagaimana rupanya,
Comel ke tidak
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Cantik atau hodoh.

Puas ana membayangkan,
Impikan puteri idaman,
Persis bidadari kayangan

Ketika ana melangkah ke alam dewasa
Dikala sedang menuntut di UiTM
Timbul semula persoalan itu,
siapakah bakal menjadi zaujah ana?

Bagaimana harta keluarganya,
Motor atau kereta,
3310 atau Galaxy Note,
Selipar jepun atau Adidas,
Puas ana mencari
Impikan wanita hartawan
Persis seorang anak puteri raja.

Ketika ana akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha mencari kerja
Bertanya ana sekian kali,
siapakah bakal menjadi zaujah ana?

Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas ana berdoa
Impikan wanita solehah,
Persis seorang beriman.
 
 ana tanya lagi pada diri sendiri,
siapakah bakal menjadi zaujah ana?

Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam ana seketika.

Kerana ana melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk menyunting  pencinta Ilahi,
Diri ana terasa lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalau bakal zaujah ana ini ketahui,
Bertapa hinanya bakal imamnya
Pasti dia menyesal sekali

Lalu ana tanamkan azam,
Allah masih memberi ana peluang
Akan ana berusaha membaiki diri dan mempelajari ilmu,
mendekatkan diri pada-Nya,
Mencintai Allah, Rasul-Nya dan Ibubapa,
Bagi melayakkan diri ana pada yang terbaik
Semoga  bakal  zaujah ana,
Akan bahagia bersama ana di dunia dan di akhirat nanti.

Untukmu Tony

Tahun 1991 merupakan tahun perkenalan Mujahid dengan Tony. Tony merupakan anak kelahiran Sarawak bumi kenyalang. Tony merupakan seorang Kristian. Pertemuan pertama antara Mujahid dengan Tony berlaku apabila mereka mendapat satu bilik ketika menuntut di Cambridge University. Dari situ, perkenalan dan persahabatan mereka begitu akrab sekali kerana mereka berasal dari negara yang sama walaupun berlainan agama dan bangsa.

Perhubungan antara Mujahid dengan Tony semakin akrab kerana kedua-dua mempunyai minat dan kecenderungan yang hampir sama khususnya dalam bidang penulisan. Setiap ada waktu kelapangan, mereka sentiasa berbincang mengenai pelbagai perkara termasuklah soal-soal keagamaan khususnya yang bersangkut paut antara Islam dengan Kristian.

Setelah 5 tahun berada di perantauan orang, Mujahid pulang ke Malaysia tetapi tidak bagi Tony. Tony ditawarkan bekerja di negara kanggaroo sebagai jurutera. Itu memang menjadi cita-cita Tony sejak kecil lagi. Namun persahabatan mereka tidak terputus di situ, mereka tetap berbalas email untuk bertanya khabar. Pada tahun 2000, Mujahid terkejut dengan email yang diterima daripada Tony. Tony telah menyentuh isu sensitif mengenai Islam.

Di dalam email tersebut, Tony membangkitan Keesaan Allah, mengapa bahasa Arab menjadi bahasa akhirat, dan orang Islam tidak dijamin masuk syurga,  Mujahid termenung sebentar setelah membaca berkali-kali. Mujahid berasa terkejut dengan email itu. Akhirnya Mujahid mengambil keputusan untuk membalas email tersebut dengan mana yang mampu dia jawab setelah dia memahami apa yang cuba disampaikan oleh Tony. Mujahid pun memulakan taipan emailnya yang berbunyi:

Bismillahir Rahmannir Rahim

Ke hadapan sahabatku tony, Apa khabar? Saya mendoakan saudara sihat selalu. Saya telah membaca email yang saudara emailkan kepada saya. Terima kasih kepada saudara. Saya berharap persahabatn kita masih kekal walaupun berbeza anutan dan bangsa. saya akan menjawab soalan satu persatu dan banyak persoalan saudara saya rujuk buku " Dialog Masalah Ketuhanan Jesus" oleh K.D Bahaudin Mudhary terbitan Persatuan Ulama Malaysia


Saya akan menjawab persoalan saudara mengenai ketuhanan Nabi Isa atau Jesus. Saudara pernah mengatakan konsep Trinity seperti matahari. Matahari ibarat Allah, cahaya diumpamakan Nabi Isa dan haba matahari umpama Ruhul Kudus. Saudara menyimpulkan bahawa ketiga-tiga unsur sebenarnya satu. Ketiga-tiganya berada dalam satu. Saya menghormati pendapat saudara. saya pelik dengan orang-orang Kristian mengapa suka berhujah dengan logik akal bukan dengan merujuk kepada kitab suci mereka bila ingin mempertahankan soal ketuhanan? Saudara juga pernah berkata bahawa soal ketuhanan tidak boleh menggunakan logik akal. Kalau begitu mengapa saudara berhujah menggunakan logik akal walhal Bible lebih berautoriti daripada akal manusia. Lagi yang menghairankan saya ialah orang kristian lebih menerima Injil Yahya yang menekan konsep trinity walhal 3 Injil Sinoptik yang lain  tidak. Yang peliknya satu lawan tiga, satu yang menang.

Kembali kepaada matahari yang saudara hujahkan dahulu. Saya pun berhujah mengikut logik akal kerana saudara lebih suka menggunakan logik akal sedangkan saya lebih suka berhujah menggunakan nas-nas yang terdapat didalam al-Quran. Memang ketiga-tiga unsur itu berasal daripada matahari tetapi haba tidak dipanggil matahari kan? Tentu tidak bukan. begitu juga masaalah tuhan. Nabi isa, Allah dan Ruhul Kudus tak sama. Lagi satu yang menyokong hujah saya ialah matahari hanya terdapat pada waktu siang. pada malam hari tiada matahari. Apakah begitu sifat tuhan? serba kekurangan. Maha Suci Allah dari segala sifat kekurangan.

Persoalan kedua yang saudara kemukan ialah mengapa bahasa Arab menjadi bahasa akhirat bukan bahasa lain?  Allah itu lebih mengetahui apa yang makhluk-Nya tidak tahu. Allah Maha Mengetahui. Bahasa Arab menjadi bahasa rasmi akhirat kerana tiada bahasa lain di dunia ini paling lengkap dan sistematik dari segi nahu, kaedah bahasa, sastera. Saya percaya bahawa tiada bahasa lain yang selengkap bahasa Arab. Bahasa arab adalah bahasa al-Quran. Wahyu Allah. Kitab suci yang diturunkan oleh Allah. Al-Quran menjadi pedoman hidup seluruh umat manusia menggunakan bahasa Arab. Kekuatan struktur ayat-ayat suci al-Quran yang menggunakan bahasa Arab mampu bertindak sebagai penghibur hati dan mampu mententeramkan jiwa orang yang membaca dan mendengaranya. SubhanAllah. Seseorang tidak akan jemu membaca al-Quran. Dari mula belajar sehingga ia mati tidak akan jemu membacanya. Semakin kita membaca dan menghayati maknanya hati kiuta terhibur dan tidak bosan membacanya. Seronok dan mengasyikkan. Susah nak diungkapkan dengan kata-kata. Hanya orang yang membaca dan menghayati sahaja yang tahu nikmatnya. Amat rugi bagi siapa tidak pandai dan menghayati Al-Quran.  Dengan faktor yang saya huraikan itu, bahasa Arab dipilih menjadi bahasa akhirat.

Persoalan terakhir yang saudara pertikaikan ialah mendakwa orang Islam tidak dijamin masuk syurga sekalipun mereka melakukan banyak ibadat. Saya terima pendapat saudara dan ramai umat Islam yakin dengan pendapat tersebut. Namun persoaln masuk neraka atai syurga tiada siapa yang tahu kecuali Allah. Allah maha Pengasih kerana tidak membiarkan hidup terawang-awang dan sebab itu Allah mengutus para Nabi dan Rasul untuk membimbing manusia. Kehidupan yang abadi ialah dia akhirat. Setiap amal perbuatan manusia di dunia akan dihitungkan di padang masyar kelak. Kalau baik amalannya, insyaALLAH dia akan ditempatkan di syurga dan begitu jua sebaliknya. Ingin saya tegaskan disini bahawa banyak ayat-ayat didalam al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW  yang menunjukkan ganjaran syurga bagi orang yang beriman. Allah pasti tidak akan memungkiri janji-NYA. Bahkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud" Sesiapa yang mengucapakan kalimah Lailaha Illallah akan dimasukkan ke dalam syurga" Ini merupakan jaminan mutlak bagi sesiapa sahaja yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Ini merupakan suatu kepastian dan suatu janji yang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Sahabatku Tony saya berharap apa yang saya tulis ini menjawab persoalan yang saudara kemukan. Sebelum saya mengakhiri pernulisan ini saya ingin saudara perhatikan peratusan orang yang menukar agama sejak dahulu lagi. Ramai cerdik pandai, golongan intelek bahkan paderi kristian memeluk agama Islam. Mereka memeluk agama Islam setelah apa yang dicari selama ini dalam agama asal mereka tidak ditemui seperti kedamaian dan ketenangan. Sebahagian yang lain mendapat taufiq dan hidayah Allah. Seperti contoh Monsior Etin Dinet pelukis yang berasal daripada Perancis. Dia memeluk Islam setelah gagal melukis gambar tuhan. Dia telah mengembara seluruh dunia untuk melihat tuhan anutan agama lain tetapi tidak memberi suatu kepuasan kepada dia. Akhirnya dia berjumpa dengan seorang Muslim. Dia bertanya kepada Muslim tersebut macam mana rupa tuhan orang Islam? Orang Muslim tersebut menjawab Allah tidak boleh dilukis, dipotret dan juga tidak boleh disamakan dengan sesuatu apa pun. Selama mana boleh disamakan dengan sesuatu, maka itu sebenarnya bukan Allah tetapi makhluk-Nya. Jadi Etin Dinet terpegun dan mengakui kebenarannya. Semoga kisah ini dapat diambil iktibar.

Buat akhir kalam, saya berseru kepada diri saya dan saudara agar sentiasa bertaubat dan memohon ampun kepada Allah atas kesilapan dan kesalahan. Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.

Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar.

Mujahid menekan butang send. Mujahid berharap dengan apa yang ditulis ini dapat memberi sinar hidayah kepada Tony. Mujahid berharap Tony memeluk Islam dan boleh berjuang bersama-sama dia dalam menyebarkan dakwah Islamiah kepada orang ramai. Kepetahan dan hasil karya Tony amat sesuai dan berguna jika ia digunakan untuk menarik orang ramai. Itu yang diharapkan Mujahid. Semoga Allah memberi hidayah kepada Tony.


Antara Dua..

Pantai Telok amat indah sekali pada waktu petang. Matahari terbenam di ufuk barat begitu indah bila dipotretkan. Namun, suasana aman damai beserta tiupan dingin bayu laut di tepi pantai pada petang itu terasa panas bagi hadif. Entah mengapa hadif berasa tidak tenang sekali petang itu. Fikiran hadif begitu serabut. Pening memikirkan dirinya dan jodoh pilihannya. Hadif tidak tahu yang mana satu harus dipilih. Dua-dua mempunyai keistimewaan sendiri.

Hadif lelaki yang berasal dari selatan tanah air dan merupakan pelajar semester  akhir di institut pengajian tinggi awam di utara tanah air. Pada mulanya hadif merupakan pelajar yang bermasalah semasa sekolah menengah tetapi menerima sinar hidayah daripada Allah. Hadif mendapat kawan yang membantu dia mendekatkan diri kepada Allah. kawannya jugalah banyak mengajar dan mengajak hadif untuk mendalami ilmu agama. Hadif mula mendekatkan diri pada Allah. Banyak perubahan positif yang dia alami sejak memasuki ke institut pengajian tinggi tersebut.

Elya  gadis yang berasal dari negeri yang kuat makan tempoyak iaitu perak.  Sama tempat pengajian dengan hadif tetapi merupakan junior hadif. keluarga Elya yang mempunyai tarbiah keagamaan yang kuat.Keluarga Elya besar kerana mempunyai ramai adik-beradik. Elya merupakan anak kelima daripada sembilan adik beradik. Gadis itulah yang banyak mengajar hadif tentang nikmat tarbiah dalam Islam. Kemanisan ukhwah. Seperti namanya orangnya lembut. Elya gadis yang periang namun tegas.  Mempunyai pendirian yang tetap. Tidak mudah mengalah. Gadis yang berjiwa cekal dan kental.Itu yang menarik minat Hadif kepada Elya.
 
Ketika bersama Elya, Hadif merasakan dia kekurangan ilmu agama yang dimiliki. Hadif kadang-kadang merasakan dia sepatutnya belajar ilmu agama dari dahulu lagi tetapi hadif sedar bahaw masa tidak boleh diundurkan. Hadif tidak boleh menyalahkan takdir. Hadif pasrah dengan segala-galanya. Pasrah bukan erti berputus asa. Hadif semakin memantapkan ilmu dirinya dengan menghadiri kuliah maghrib, usrah mingguan. Ibadah sunnahnya juga tidak ditinggalkan. Tahajjud, puasa sunat isnin khamis, dhuha itu sudah menjadi kebiasaan bagi hadif. Namun semua itu dilakukan bukan untuk menarik perhatian Elya tetapi perhatian Allah. Hadif berhajat memperisterikan Elya apabila tamat belajar kelak.

Elya,
wajahmu semanis namamu,
walaupun tidak memakai solekan tetap menawan,
tenang sekali bila memandang wajah bercahayamu,
ku tahu berdosa memandang wajahmu dengan perasaan yang lain,
ku tahu harus jaga pandanganku seperti surah an-Nur ayat 31,
namun,
aku tidak mmapu melupakan wajahmu

Elya,
setiap bicaramu tegas seperti khalifah umar,
tidak hairan jika ramai memanggilmu sebagai serikandi umar,
aku tahu tidak layak untuk kau,
tapi
biarkan aku lembutkan hatimu dengan bacaan Quran
seperti Umar mendengar adiknya membca surah Taha ayat 1-5,

Elya,
aku ingin menjadikan kau sebagai zaujahku,
namun aku rasa seperti tidak layak
tapi
aku tetap mengharapkan kau terima aku


Maria gadis kristian daripada negeri dibawah bayu, sabah. Maria merupakan pelajar semester akhir sama seperti hadif namun berlainan fakulti. Hadif pelajar kejuruteraan manakala maria pelajar perhotelan. Maria merupakan anak kedua daripada lima adik beradik. Bapanya athies dan ibunya kristian. Akaknya budhha dan dia kristian begitu juga adiknya. Maria seorang yang cantik. Bak kata lelaki buaya darat mengatakan sekali pandang boleh jatuh hati. Kecantikan merupakan aset penting bagi Maria.

Cita-cita Maria ialah menjadi paderi kristian dan menyesatkan ramai orang Islam ditempat dia belajar. Maria pandai menggunakan kecantikan dia untuk menggoda syabab Islam. Ramai yang berjaya disesatkan dia. Maria begitu bangga kerana dapat menyesatkan ramai orang Islam. Kawan maria, cindy mencadangkan Maria menyesatkan hadif. Maria pun bersetuju dengan cadangan tersebut. Maria pun merangka rancangan dengan teliti agar Hadif berjaya keluar daripada agama asalnya.

Maria meminta pertolongan James yang merupakan rakan sebilik hadif untuk berkenalan degan Hadif. Pada awalnya Hadif tidak mahu sebab baginya Elya yang bertakhta di hati dia selepas Allah, Rasul dan orang tuanya. Setelah bermacam cara dilakukan oleh Mari, akhirnya Hadif tewas juga. Maria suka kerana rancangannya berjaya namun dia tidak tahu bahawa Hadif pun mempunyai rancangan disebalik persetujuan itu. Hadif berazam menarik Maria masuk Islam.

Pertemuan pertama berjalan lancar. Pertemuan Hadif bersama Maria petang itu di Jusco ditemani oleh James.  Pada mulanya Maria tidak bagi James ikut namun setelah dipaksa keras oleh Hadif, Maria mengalah jua. Setelah beberapa kali bertemu dengan adanya James, Maria merancang mengadakan pertemuan tanpa James. Namun Maria hampa kerana perancangan dia tetap tak berjaya hadif tetap dengan pendirian. Hadif pun mula mengatur langkah apabila berjumpa dengan Maria, dia bercerita tentang Islam. Maria dan James begitu teruja dengan Islam.

Pada suatu hari, Maria bertanya soalan kepada hadif. Soalan berkaitan Kristian dengan Islam.  Hadif menyampaikan hujah-hujah berdasarkan al-Quran dan as-sunnah.  Semua persoalan yang ditanya oleh Maria dijawab oleh Hadif. Dengan hidayah Allah, Maria dengan James memeluk Islam dihadapan Hadif kerana mereka sedar Islam agama yang sebenar. Agama yang merangkumi semua aspek. Agama yang mereka anuti selama ini hanya perbohongan semata-mata.

Sejak hari itu, James belajar mendalami agama daripada hadif dan Maria belajar agama daripada Elya. Maria pada mulanya ingin belajar agama daripada Hadif namun hadif menolaknya kerana berlainan jantina. Boleh mengundang fitnah. Maria berat hati kerana hatinya mula terpaut pada Hadif. Hadif berasa bersalah kerana tujuannya kerana allah dan Islam. Bukan kerana perempuan.

Maria,
gadis yang ayu,
semua mata yang memandang pasti tergoda denganmu,
namun
sungguh indah bila wajah itu dijaga dan ada hijabnya,
rambutmu yang panjang mengurai,
sungguh lawa dan berkilat bila dipandang
namun
sungguh indah bila ia ditutup
dan menjadi tatapan insan bergelar suami

Maria,
aku tahu  tujuan asalmu
namun
Allah telah bagi kekuatan dan ilham kepada aku
akhirnya
dengan hidayah Allah
Kau berjaya menjadi Orang Islam,
Aku harap terus kekal selamanya,
ini nikmat yang paling besar sekali.

Maria,
niat aku hanya demi Islam
bukan cinta ayng aku harapkan
namun aku hanya berharap kau terus menjadi hambaNya yang solehah

Tersentak lamunan Hadif petang itu kerana mendengar Seruan Ilahi menandakan masuknya maghrib. Sungguh dia tidak sangka begitu cepatnya masa berlalu. hadif rasa bersalah dan berdosa kepada Allah kerana memikirkan masalah ini terlalu lama dan mengikut perasaan sehingga msuk waktu maghrib. Hadif pun bingkas bangun dan menuju ke kereta untuk pergi menunaikan kewajipan dia sebagai hamba-Nya. Hadif membiarkan persoalan dan pertanyaan yang mana harus dipilih, antara Elya dengan Maria kepada pemilik-Nya. Biarlah Allah tunjukkan dia melalui isthikharah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...