mari memfollow.. kengkawan.. kalo sy tak follow balik let me know ehh..

senyumm

Promosi Keahlian 2011

Wednesday, April 29, 2009

diet n mitos nya...

10 Mitos Nutrisi dan Latihan (Part 1)

Banyak pantang larang atau mitos mengenai makanan dan latihan. “Makanlah yang ini, yang itu tak boleh, “Jangan buat itu, kena buat macam ni” dan macam-macam lagi. Saya senaraikan 10 mitos yang selalu kita dengar:

Mitos 1: Jangan makan kalau nak kurangkan berat
Realiti: Benar, tapi ada tapinya. Tidak makan bermakna kurang kalori. Kurang kalori boleh menurunkan berat badan. Tetapi, ia akan menurunkan paras metabolisma dan tenaga dalam tubuh, menyebabkan otot tidak berkembang. Ia akan memberi masalah kepada kesihatan anda. Uruskan atau seimbangkan kalori mengikut ‘bajet’ anda.


Mitos 2: Bila semakin tua, otot bertukar menjadi lemak
Realiti: Otot dan lemak adalah dua jenis tisu badan yang berbeza. Otot tidak boleh bertukar menjadi lemak. Begitu juga sebaliknya. Mitos ini sering dikaitkan dengan ahli sukan yang menjadi gemuk apabila sudah bersara. Mereka gemuk bukan sebab usia, tetapi tidak berlatih seperti waktu aktif. Ada juga yang tidak mengawal pemakanan mereka.

Kurang bersenam akan mengecutkan otot(otot lembik) – malahan mengurangkan kadar bakaran tenaga dalam tubuh. Ditambah pula tiada latihan, tiada pembakaran kalori. Mereka akan menjadi gemuk. Tetapi, ini tidak bermakna otot anda bertukar menjadi lemak. Ini isu lain. Tidak semestinya anda akan gemuk apabila berhenti berlatih. Anda cuma perlu kurangkan penggunaan kalori. (Apa yang paling baik ialah amalkan makanan seimbang dan bersenam.)


Mitos 3: Saya hanya perlukan aerobik sahaja
Realiti: Jika anda gabungkan latihan berat dengan aerobik atau kardio, kesan kehilangan lemak menjadi tiga kali ganda daripada senaman aerobik semata-mata.

Aerobik sangat baik untuk ketahanan kardiovaskular, tetapi ia mengurangkan kepaduan otot dan kepadatan rangka tulang sebelah atas tubuh. Otot menggunakan bahan bakar yang disimpan dalam otot. 1 kg otot menggunakan bahan bakar sama seperti kita berlari 1 km setiap hari. Selepas berumur 35 tahun, mereka yang tidak aktif akan hilang 250 g otot setahun dan menambah 700 g lemak. Latihan berat akan melambatkan proses penuaan.


Mitos 4: Semua lemak memudaratkan
Realiti: Ya lah. Banyak lemak boleh membawa kepada obesiti dan mengundang banyak penyakit. Tetapi, tubuh juga memerlukan lemak. Ia melambatkan proses penuaan dan menangani masalah kelaparan dalam jangka masa yang lama berbanding karbohidrat. Apa yang penting ialah anda harus kenal lemak ‘baik’ dan lemak ‘jahat’. Anda harus faham bahawa lemak juga satu makronutrien penting (sejumlah 15% lemak diperlukan dalam pengambilan kalori harian anda).


Mitos 5: Untuk membina tubuh langsing, perlu berlatih beberapa jam sehari
Realiti: Jangka masa latihan sebenar sepatutnya tidak melebihi sejam. Walaupun perlu bersosial, ada baiknya jangan buang masa berbual waktu di gim atau minum di lounge.


Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Friday, April 24, 2009

8am to 5pm

mari kenali jenis manusia2 pejabat.-kredit to fynn-

1) cik orientasi

insan begini adalah samada benar2 baik hati atau kepocit. setiap pekerja baru seolah2 tanggungjawabnya untuk memberi pengenalan tentang setiap perkara. mereka adalah manusia pertama yang akan ringan mulut dan menegur anda.

dalam kurang dari 5 minit, semua diajar. cara guna mesin fotokopi, cara betulkan ketinggian kerusi, cara cuci pinggan di pantry. tidak ketinggalan, seluruh umat di dalam dan luar pejabat, dari jawatan paling kecil sehingga paling besar akan kamu kenal, semata2 dari elaborasi terperincinya.

"yang hujung belakang itu kak pah, yang itu cik pora, yang sinu itu mat kodeng"

perbualan satu hala (dan sekali-sekala kamu sekadar "iye. iye." atau "ooo..." atau "ye ke...") itu tidak tamat dengan mudah. cik orientasi biasanya akan terus menyambung cerita tentang suami kak pah, rahsia katil cik pora dan perempuan simpanan mat kodeng, bagaimana tidak mahu tahu pun kamu.

mereka ini juga tergolong dalam perencana tidak rasmi. apalagi kalau disedari ada satu dua persamaan kamu berdua.

"awak tinggal nilai juga? wah!! boleh kita ke alamanda sama2!!"
"suka filem? saya ada banyak di rumah. nanti datang rumah saya!!!"

tahu2 kamu sudah terjanji untuk terus jadi kawan bersama setiap waktu.
tapi kamu tetap syukur. ada juga yang hendak menegur kamu.


2) cik apa-pandang2.

sila jangan sekali2 membuat sentuhan mata dengan insan ini. merbahaya. walaupun kamu tanpa sengaja bertembung mata sama dia, dan lemparkan senyuman, dia akan cuma senyum pahit dan sepantas kilat menunduk seperti tidak mahu ada kena-mengena sama kamu.

orang begini sangat mengerikan kerana dia bijak mengolah plot kisah. kebiasaannya mereka ini paranoid anda sedang merenung bajunya yang tidak cantik, atau solekannya yang tebal, atau sayur di celah gigi, atau bau badan mereka yang macam sial.

walhal kamu tidak langsung perasan apa2. sebagai ulangan: dia cuma paranoia. risau tahap dewa.pada lumrahnya, cik apa-pandang2 gemar privasi. dia datang pejabat, duduk di kubiknya, siapkan kerja, dan pulang.

amaran: jangan dirodok lebah di sarang.


3) cik apa-pinjam2.

kamu baru. kamu tidak lagi diberi alat tulis. bos besar minta kamu uruskan dokumen A dalam tempoh sepuluh minit. kamu serabut. kamu perlu tunjuk kebagusan diri dalam impresi pertama yang hendak kamu pamerkan. kebetulan, cik apa-pinjam2 itu tempatnya di sisi kamu.

kita gunakan satu barisan soalan sebagai kepala rujukan:
"boleh pinjam liquid paper?"

jawapan satu:
"errr........"
tempoh berkira2nya membuatkan anda tidak selesa untuk mengharapkan apa yang hendak kamu pinjam pada awalnya.

jawapan dua:
"nah."
pendek. tapi dengan muka yang sepayau tahi. cukup untuk buat kamu rasa hendak ke 7eleven 10 minit perjalanan; lebih rela beli sendiri.

jawapan tiga:
"ni... tapi jangan tekan banyak2. tadi saya pakai macam nak habis dah. tapi pakailah. picit perlahan2 sikit. sebab itu hadiah boifren saya"
kamu rasa macam haram. rasa macam nak beri dia duit, untuk ganti.

jawapan empat:
"dah rosak"
padahal tadi dia baru pakai. macamlah kamu buta makna tersirat dia beri.

boleh blah la.


4) cik koperasi-belanjawan-ketat

orang begini sangat terperinci dalam akaun produknya. perlu difahami kerana dia sangat mementingkan kualiti, sanggup berbelanja mahal meskipun dia orang biasa2. bukan kerana gilakan jenama, tapi dia sememangnya orang berjimat berperut ikat untuk memiliki apa yang dimahunya.

sangat selalu dilihat, cik-koperasi-belanjawan-ketat mempunyai cawan cantik, pen istimewa, alatulis khas dan selipar pejabat mirip hotel. mereka juga punya citarasa unik, teh kudup ros atau shortbread mark & spencer atau nestum; menjadikan orang kiri kanan yang tidak reti beli sendiri itu geram.

maka minta kerjasama untuk tidak paw / rembat.
minta dikasihankan.

kalau kamu berdegil, tadahlah telinga untuk mendengar:

"siapa nampak orang yang pakai kole aku? dah pecah!"
"ada orang pakai pen aku tak tutup balik. habis dah dakwat"
"siapa habiskan nestum aku?!"

biasanya akan diselitkan:
"kalau nak, cakap la weh!!"

yang mana kamu jawab dalam hati:
"kalau cakap, kau takkan bagi"


5) cik sentiasa-dirundung-malang

dia tidak akan pedulikan kamu. dia sentiasa berdiam. dia akan selalu berwajah sayu. dia borong semua tisu.

insan begini, di dalam pejabat, akan seboleh2nya cuba untuk tidak melayan perbualan riuh, kerana terlalu sebak sama kesedihan sendiri a) tidak punya boifren, b) ada boifren tapi tidak macam boifren orang lain, c) ralat tidak semampu kawan2 lain yang sibuk bercerita hal beli-belah, d) apa sahaja yang mampu buat dia rasa rendah.

dia juga sangat bijak membuat orang lain rasa serba-salah di setiap terbuka mulutnya.

"saya betul hendak pergi percutian pejabat kali ini, tapi... saya ini tiak mampu... hendak beli kasut pun sampai ikat perut dua minggu..."
"sori la. ai bukan sedih apa... tapi hasben ai tak pernah cakap ailebyuh sebelum ai pergi kerja... macam hasben yu... ai ada perasaan juga, yu tau..."

kebiasaannya, mereka ini merimaskan kerana orang susah hendak melayannya. istilah terkenal adalah "party pooper" atau manusia yang bawa tahi ke majlis sukaria. kalau nak cerita sedih, cari timing. masa singgang di pejabat biasanya orang hendak cerita2 ringan. untuk menenangkan serabut tugas. cik sentiasa-dirundung-malang selalunya tidak memahami yang orang lain juga ada sejuta masalah dalam kepala, malas hendak tunjuk saja.

sila jauhkan dari soalan "awak okay?" padanya. nescaya kamu akan diangkat menjadi kawan karib dan sumber rujukan apa sahaja. setiap update akan dikhabarkan, setiap inci kisah akan dimaklumkan.

tidak perlu disoalkan, kerana dia, dateline kamu akan terlihat begitu sayup2 dan tidak sampai2.


6) cik main-internet-sampai-bengkok

kamu sendiri tidak tahu apa yang difikirkan dalam kepalanya setiap pagi sebelum masuk kerja. apakah sekadar bangkit, masuk pejabat dan melayari facebook / blogspot / yahoo games semata sebelum pulang? atau dia benar2 sudah siapkan kerja di rumah, maka di pejabat sudah lenyap semua tugasan yang berbilang2.

tapi insan ini seperti begitu aman dan tenteram ketika menggelongsorkan tetikus dengan tangan kanannya. siap tanya: "ada facebook ke? meh nak add!!" dengan girang, walhal bagi kamu facebook itu sudah tahap basi. lagi seronok layan sudoku di naskhah star yang kamu beli.

sedikit sebanyak, kamu mengharapkan bos akan muncul secara tidak semena2 di belakangnya dan memberi amaran kecil. kamu terlalu amat ingin tersenyum untuk detik itu, kerana kamu rasa tidak diadilkan. kamu kerja bagai kerbau, dia santai macam hamlau. kamu bukan dengki, cuma sedikit panas dalam hati.

malangnya, bila ia terjadi, cik-main-internet-sampai-bengkok tetap kool dan berperawakan seperti tidak ada apa2.

jangan terus melenting. jangan terus membuat tuduhan dia jual badan pada bos.
mungkin pejabat itu bapak dia punya.


7) cik aku-kesayangan-boss

tidak perlu bualkan apa2 di sini. kecuali mereka sangat bertuah dan beruntung kerana terpilih dalam saringan "my boss' new bff" seperti paris hilton mempunyai pet dog dalam MTV setiap 11 malam.

tidak ada makna kalau anda bising di belakang cik aku-kesayangan-boss, menggelarnya sundal atau murahan, kerana mereka tetap dan sentiasa akan jadi kesayangan boss.

elakkan:
"memang la kesayangan, kaki jilat bontot boss"
"macam anjing perangainya. terjelir2"
"eleh. kesayangan sebab cantik. kaki bodek"

terimalah. kamu tidak cantik.
kalau kamu dapat peluang, kamu pun nak jadi anjing kesayangan tuan.
kan?

pesanan: jangan jadi bodoh dan jadikan dia musuh. buat biasa. jangan masuk campur sama yang buka suara. nanti dengan kamu terlibat sama.


8) cik aku-tanak-amik-pot

mereka ini mudah. mereka datang pejabat dalam pakej. diri mereka sendiri dengan teknologi musik.

syurga mereka adalah di pc sendiri, dengan barisan mp3 sendiri, sekali sama headphone / earphone. mereka siapkan kerja dengan tekun sambil bernyanyi dengan suara falsetto di kubik sendiri. pilihan lagu adalah variasi, tapi sangat mencanang peribadi: koleksi rock kapak, lagu2 indie, band retro atau pop inggeris.

mereka cuma bangkit dari kerusi untuk membancuh air di pantri, itu pun dengan pemain mp3 yang ada mobiliti, supaya tidak ada interaksi sama hidupan berintelek lain.

meski pun begitu, mereka murah senyuman.
ye lah, mereka tidak kenal / tahu apa2.
mereka sangat senang cerita.


9) cik dah-kahwin-maka-tak-perlu-ada-malu

yang keluar dari mulut manusia ini adalah kisah persetubuhannya sama suami, jenaka berahi yang dibaca dari internet, pertanyaan kenapa buah dadanya seperti besar sebelah dan provokasi yang kerap berkenaan kenapa kamu tidak ada boifren.

kamu yang geli-geleman sama ceritanya akan diselar "alah.. sekarang malulah. nanti dah kawen, dah rasa punai, menyorong2". kamu rasa hangin. kamu rasa nak menjawab, tapi kamu tidak ada ingin.

kamu tahu, kamu bukanlah sopan sangat pun dengan kawan2 . biasa saja bual2 tentang kemaluan. tapi kamu ada akal. itu pejabat. dan orang pejabat bukan kawan, tapi rakan sejawat.


10) cik aku-lebih-bagus-dari-kau

terpampang di dahi mereka.

mudah untuk dikenalpasti. selain dari barang2 cantik dan berjenama, hidung dan dagu mereka ada sedikit tertanjak ke atas. mungkin penyakit, mungkin tidak disengajakan. namun selalunya sindrom ini sejajar dengan kemestian untuk membikin anda rasa seperti najis.

kamu juga tidak mungkin akan menemuinya makan tengahari di tempat sama dengan semua orang. mereka lebih selesa memandu jauh sedikit untuk makan di tempat lain, seolah lebih ekslusif.

eleh, makan mamak juga.
hmmmph.
gaya lebey.


11) cik ada-kerja-tapi-ada-masa-untuk-blog

itu aku.
hahahahahahaha.




Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

hari ketiga

semalam tak timbang.. huhuhu sekarang batuk plak.. bukan sbb JDM.. malam tadi balik ceras.. pastu cik abang beli plak satay.. ushh sedapnye lama tak makan..

dah abis makan baru la terkenang.. kuah satay ada KACANG.. OMG.. da la aku bagi abis kuah tu...
sungguh2 aku makan.. ala2 menghancurkan diet la juga.. hehehehhe

sekarang amik ubat..batuk tak hengat... huhuhu.. tulun2... berapa la berat aku sekarang ek... huhuhu...
Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Thursday, April 23, 2009

cabaran hari ke 2..

hehehe awal2 pagi dah nak hapdet blog.. sementara bersemangat..

kalo nak tau.. sebenarnya every day aku timbang berat.. kira nak tgk perubahan la kan.. tapi sekarang aku tak akan upload gamba dia.. hanya seminggu sekali aku akan upload gamba penunjuk timbang berat tu.. hmm semalam je.. agak terkejut gak.. mcm ader kurang skit.. heheh tapi sekarang pada badan belum nampak susut.. sikit je baru..

tak batuk pun.. Alhamdullilah.. cuma bila tak banyak bergerak badan agak panas.. terasa proses pembakaran lemak.. solution? minum air banyak sikit.. bukan ais tau.. air biasa je.. pastu rasa stabil la.. hehehhe..

tak plak rasa nak terberi2.. ok mcm biasa.. for first impresion agak bagus gak mende alah ni.. hari tu beli 5 pack, rasa mcm nak beli lagi 10.. bole ke.. hehehhe aku minum pun satu hari satu je..

nak beli sekali banyak rasa mcm tergadak plak.. hehhehehe nanti la tanya tokey..

p/s: mcm dah kurang 2-3 lbs berat badan aku ni.. hehehhe
Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Wednesday, April 22, 2009

ku masih menunggu...

hadoi.. mana ek aku punya JDM 5 ni.. aku cek dia nye tracking kat pos ekspress kata dah attempted delivery..

Item Detail


Item: LX429622515MY

Date Time Post Office Remark
21 Apr 20095:31:35 PMPUSAT MEL BUKIT RAJAPosting
22 Apr 20097:32:59 AMTAMPINReceive from Domestic Location
22 Apr 20097:43:18 AMTAMPINAttempted Delivery


haiyo.. opis aku ngan pejabat pos punya la dekat sejengkal.. asal la dia tak anta kat sini dulu.. setelah ku amat berkobar2 nak memulakan sesi itew.. huhuhu.. ish2 malam tadi dah timbang dah..

137 lbs.. hahha kira la bape kilo aku.. amat berat okey..

pastu nak tgk dlm 5 hari ni apa boleh jadi.. ader orang boleh turun 3kg.. kita tgk aku sebenar nya target nak turun about 10-15 kg.. br la berat badan ideal untuk ketinggian aku yang amat tinggi ni.. hehehhe..

hmm takpe.. pk positiv aja.. mungkin dia akan sampai juga lewat2 skit.. menu aku hari ni

Sarapan pagi: Nasi gureng + telor mata= almost 700 kalori dah tu..

so aku leh makan dalam 300 kalori lagi untuk hari ni.. apa aku nak makan ek.. hehhehe tak pe tak lapa lagi.. fuh fuh jgn pikir lapa.. kekekkeke

dah la.. nanti aku hapdet lagi...

------------------------------------------------------------------------

dah sampai.. siap dah bancuh n dah minum.. hmm rasa dia ok.. rasa oren + soya.. SOYA? huhuhu aku ni berpantang ngan produk kekacang.. takpe tgk dulu.. batuk tak nanti..

pas minum tadi asik sendawa je.. huhuhu angin kuar bagus tu.. petanda baik.. hmm next step.. banyak minum air suam n kurangkan makan okey.. huhuhu
Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Tuesday, April 21, 2009

cabaran mengurus kan badan,,

ahaks... sungguh poyos itew cabaran.. tapi kali ni mcm ala2 nekad juge.. tak kisah la kalo terkopak skit purse aku atau wallet encik suami.. ampun ye abang... ayang nak kurus balik ni.. heheheh
ye lah dah 6 bulan kawen lum ader 'isi' mungkin stok lemak dah tersumbat kot.. hehhehe

so far apa yang aku dah buat ye.. hehhe puasa.. alalalal baru 2 hari kelaka betul.. itu pun mcm nak pengsan lapa.. hahah apa lah aku ni.. takpe kali ni nekad.. aku tau diri aku.. aku perlukan pemangkin.. hehhhe setelah membuat research hampir 2 minggu kat tenet.... hehhe teng teng teng.. lihat apa aku jumpa..

sebenarnya dah lama tahu..leh tahan gaks rege dia.. hahahha takpe bukan beli sekotak pun.. aku beli trial pek je.. mari kita tgk selama 5 hari.. mampu kah aku..

beli apa2 produk pun sama.. yang penting usaha n kaedah pemakanan.. mcm jm5 ni dia saran kan dalam sehari kita hanya amik 1000kalori je.. eh betul ke info ni.. hehhe betul kot..
so aku nak cuba.. stat esok..

hmm berat sekarang? ntah mcm sangat berat je.. hehhe balik kang aku timbang, esok aku hapdet.. kalo ingat lah.. n kalo menjadi yang ni aku nak kekal kot.. smapi berjaya merandung.. :d

ader gak testi menarik..

Mengandung lepas ambil JDM 5

Salam semua, sekian lama menyepi kini saya muncul kembali untuk menyediakan pelbagai info untuk rujukan semua.

2 bulan lepas, saya menerima berita gembira dari 2 orang pelanggan saya yang mana masing-masing telah disahkan mengandung selepas sebulan mengambil Jus Mate 5. Salah seorang darinya, anak yang paling bongsu buat masa ini sudah berumur 7 tahun. Beliau sendiri tidak menyangka akan mengandung lagi. Walaubagaimana pun berita tersebut diterima dengan hati yang gembira dan syukur dengan rezeki yang tidak disangka itu.

Tidak lama kemudian saya terima lagi berita dari seorang downline saya yang mengatakan 3 orang pelanggannya juga sudah disahkan berbadan dua. Sungguh menakjubkan. Adakah berita2 di atas hanya satu kebetulan atau Jus Mate 5 berjaya membantu meningkatkan tahap kesuburan mereka? Berikut saya huraikan penerangan Dr. Rozmey tentang masalah ketidak-suburan wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan.

Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan, mempunyai risiko lebih 50% untuk mengalami sindrom PCOS. PCOS atau Polcystic ovaris adalah sejenis sindrom yang menyebabkan seseoarang indidvidu sukar untuk mengandung. Ini kerana ia menyebabkan mereka sukar untuk menghasilkan telur yang elok yang dapat dilepaskan ke dalam fallopian tiub seterusnya ke rahim.

Ia membesar tetapi ia tidak matang(masak). Ini bermaksud ia tidak membesar ke saiz 20mm. Kemudian ia tidak dilepaskan oleh kilang ovari masuk ke dalam fallopian tiub iaitu tangan rahim. Seterusnya ia kecut dan karung itu kemudian bengkak dipenuhi air dan menjadi cyst. Dikatakan ia bermula dengan paras hormon yang tidak seimbang di dalam badan. Ia juga selalu terjadi apabila seseorang meningkat berat badan. Terdapat sebilangan kecil wanita kurus mengidap PCOS jua.

tapi aku tak PCOS.. sbb period on time.. takpe kita cuba dulu..

en suami plak? hmm sian dia skrg.. nampak sangat bz sangat.. siang keje.. malam kelas n paling klaka.. ahad ader kelas bulan sabit merah.. hahahha sangat lucu..


tapi selama 5 minggu ni tak dapat la dia nak balik melaka.. kerana kelas itew... aku plak akan lebih spend masa di bangi.. maka tiap2 minggu aku sentiasa berharap dapat jumpa sama itew anak buah fahri... sangat comel n getiks.. hehhehehe gambar lupa plak nak bwk.. lam memory card satu lagi.. huhuhuhu.. bila la nak ader hasil sendiri.. hheheeh jgn tamak.. InsyaAllah allah akan kasi bahagian masing2 ye tak..

so to me.. semoga berjaya.. harap2 esok dah tak malas lagi nak hapdet..




p/s: malas nak emo tulis blog lagi.. hehhehe
Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Monday, March 16, 2009

kerja vs life vs bisnes..

hmm lama gila tak hapdet.. n sebenarnya kalo rajin2 baca blog orang.. ayat common bg memulakan blog biasa mcm tu la.. 'lama gila tak hapdet'.. dalam kepala banyak betul benda nak tulis.. mana nak mula pun tak tau.. ye lah.. tau kan ari tu hilang 3 mingu sebab pergi kursus.. hahhaha janji2 manis konon nak update blog masa g kursus.. tapi hampeh..


napa? sbb masa hari aku cuti sebelum g kursus tu rumah kat pandan mewah tu kene masuk pencuri..

hancur luluh hati aku.. patut la masa hr kejadian tu aku dr tampin hati tak sedap jek nak balik kl.. sampai umah grill umah aku dah terbuka.. huhuh aku ingat abg aku lupa kunci grill.. tapi tak pernah plak dia buat perangai mcm tu..aku call dia.. dia kata dia kunci segala pintu.. huwargh.. masa tu aku br sedar yg solex kat grill tu dah tade.. huhuh aku masuk umah .. suprise.. belambak barang.. dr ruang tamu sampai la ke bilik.. huhuh masa tu aku pk 1 hal je.. astro.. hahahha apasal tah.. bila aku pandang dekoder tu ader fuhh selamat..

pastu abg aku dah terjerit2 kat tepon.. yanggg tgk laptop..


ha.ah br aku tekenang laptop.. huhuhu 2 laptop aku dikebasnya.. huhuh maka terus la aku mengalami kemurunngan.. huhuhu.. call member tuk teman kan aku sementara tunggu cik suami pulang.. malam tu polis datang umah.. amik report.. tak amik cap jari pun ingat kan mcm csi.. hehehhehe..

antara barang2 kene songlap..


  • laptop 2 biji

  • perfume original sume dia hangkut-yang x ori pandai plak dia tinggalkan

  • jam hantaran tuk laki n perempuan

  • trim rambut elektrik cik suami nya

huhuh ntah apa ntah lagi.. banyak aku tak hingat.. tapi yang lain benda kecik2 la.... huhu tu satu sebab aku senyap...


pastu life... hehehhe seronok happy n agak depress.. napa? ntah.. kerja ok.. kawan2 ? ntah takde.. hahhaha tapi paling wat hati aku mcm terusik.. aku dapat sesuatu.. tak tau la ugutan ancaman atau peringatan.. 'ko kene ingat2, mungkin satu hari nanti dorang akan cuba jatuhkan ko'... hmmm ntah la.. aku rasa aku dah buat yang terbaik la.. yang aku kesalkan melayu sama melayu plak tu.. marah sebab 'kawan bekepentingan'... hmm penah ke nampak aku gunakan advantage yg aku ader bila kawan ngan org berkepentingan.. sama je.. mcm orang lain.. kenapa aku boleh get along ngan orang mcm tu? sbb aku nak ke jalan yang lurus.. heheh tp yang penting prinsip aku bila kerja is kerja.. luar len cerita.. tak perlu la cerita luar dalam di jadi hebahan.. hahah pas ni blog aku plak panas.. napa? eh.. ni blog aku.. aku leh tulis apa je aku nak.. apa je aku rasa.. since aku dah tak berapa nak luahkan hati kat orang... tak nak orang tersepit.. so aku nak luah apa pun boleh kat sini... dis is my space.. aku x kisah tak nak kawan ke nak meng island kan aku ke.. but if you play hard.. i'll be harder than dat.. :D if you play smart i'll respect.. hahhaha


merapu tak sudah...

ntah akan upload ke tidak aku nye entri kali ni..

~upload je la.. hak aku kan.. hehehhe


Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Wednesday, February 11, 2009

السلام عليكم..

هوهوهو اكو اري ني هاري تراخير كت اوڤيس اونتوق بولن ني.. سبب ميڠڬو دڤن اكو بركورسوس د اينستون سلاما 3 ميڠڬو.. هيهيه تاڤي باواق كتا سنديري.. ليه لا باليق جومڤا انچئ سوامي تياڤ2 ميڠڬو.. هيهيه كالو تق دمم لاڬي لا چئ سوامي Ø´.. اماچم كول تق؟ ڬونا توليسن جاوي.. هيههيهيهي

كريدت تو سواي اننا..

Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Friday, January 23, 2009

limau oh limau

hehhe lama dahh tak hapdet blog.. sibuk.. hehhehe tapi aku sempat gak baca blog orang.. update 'blog' lagi satu.. hehehhehe

hehheh semenjak dua menjak ni ramai gak singgah blog aku yang ni.. yerr arr link dr kedai tu kan.. tak kisah sebenarnya.. tapi apa yang haku tulis dalam blog ni abis kat sini je ekk.. tak perlu ungkit kat luar atau nak terasa hati atau nak merajuk atau nak tetiba cam wat aku rasa ...'what i have done to you?' hehhehehe..

ni tempat luahan hati dan perasaan aku je.. heheh luah sini abis sini.. hehehhe so tak perlu la sebar segala rumors atau apa2 yang tak patut.. im really appreciate korang datang singgah.. hehhehe .. ye arr sharing is caring rite..

ok hari ni nak citer pasal CNY.. hehhe bila sebut pasal CNY ni mesti la limau jek yang melambak.. heheh aku sendiri pun makan banyak sangat limau.. huhuh sampai terkucil pun mcm dah bau limau .. hehheheh.. baik punya.. wahahahha

ni aku nak share resepi yang leh gunakan limau ni.. ye lah kan banyak.. leh ar jadikan resepi plak kan.. hehheh kredit from kawasari7.blogspot
hehehhe

Resepi Limau Mandarin Masak Seminggu



BAHAN-BAHANNYA
1. 7 bijik limau mandarin

CARA-CARANYA
Ambil sebijik limau mandarin setiap hari, kopek kulitnya dan terus makan, begitulah seterusnya untuk Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dah Ahad.


wahahhaha laawak siot.. aku pun terkena.. ye ar.. aku duk pk nak wat apa limau banyak2 ni.. nak kasi orang dorang pun ader banyak gaks.. hehehhehe

selamat mencuba.. hehehhehe


p/s gamba limau ni menarik kan.. bentuk dia cam dadu.. hehehhe.. sapa nak? unik ni.. aku jual seriban je.. wahahhahaha



saje nak buh gamba diri sendiri.. nak tunjuk banyak jururawat datang melawat haku hehehhe
ader idea tak mana aku nak anta jururawat ni balik.. hehhehehe
Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Friday, January 16, 2009

hadiah:P

agak lama tak hapdet blog.. sbb bz.. ahaksss bz la bangat.. hehhehe.. sibuk ke sana dan ke mari sebenarnya.. ngan bisnes Alhamdullilah.. pastu ngan Talu lagi.. hehheh talu ni anak angkat guer.. hahhaha.. seramai 535 fail.. hadui.. lemas gak sebenarnya buat dia ni.. tapi hari tu my c.c tanya..

'intan .. ko suka ke wat mende ni?'
laju je jawab 'suka c...sy dah jatuh cinta ngan kerja saya'.. hehhehe ikhlas tu..

tapi sebenarnya lama tak nak menyemai 'cinta' tuh.. ye ar.. dulu masa zana ader.. aku br masuk lagi.. aku perasan la.. segala tentang notis.. sume harapkan zana..dia sorang yang pulun notis.. berulang alik masuk bilik timbalan kene marah kene puji.. huhuhu.. masa tu aku dah terpikir.. apa kerja orang len ek?? hahhahaah .. perhati kan lagi.. owh.. dorang minor tu minor ni.. owhh.. tapi pada pemerhatian aku kerja notis ni tak susah n tak senang.. tapi LECEH... owh patut ar bebudak ni tak gemar nak buat .. apa lagi nak amik tahu...

masa tu aku dah cuak.. aku nak ikut yang mana? minor ke major? :)) minor mcm glamer.. tapi tak banyak keje.. ala takat datang opis pot pet pastu ada la keje sikit2.. hhehhehe selamba je kutuk kan.. hahahha major plak mcm senyap jek duk kat tempat sendiri pastu kekadang serabut sorang2... hehhehe pastu ader plak perkabaran yang zana nak pindah.. aku nampak dr air muka c.c betapa dia kecewa n patah kaki nye bila zana kata nak pindah..

mula ar keadaan opis porak peranda.. masa tu aku wat keputusan.. tak pe ar.. let me be d major.. sbb aku memang sentiasa serabut pun ahaks.. aku amik kelas insentif ngan zana.. mak oii garang nye dia ngajar haku wat notis.. paham la sikit2.. huhuhu pergi kursus lagi.. paham la lagi..

hehheeh pastu tahn lepas datang la masalah talu ni.. mak sebenar talu ni plak masa tu tgh ader masalah... aku terjebak mcm mana? niat nak tolong je.. tapi sebenarnya AKU yang buat semua.. sorry girl guer tak marah ngan kamu n masalah kamu.. tapi marah ngan attitude kamu.. kerja is kerja masalah belakang kira.. hehhehe.. oleh kerana mak talu sebenarnya terlalu banyak masalah akhirnya secara rasmi aku laaa yang jadi mak angkat talu..

tu la serba sedikit citer talu.. my anak angkat .. hahhaa kisah sebenarnya hari ni nak cite.. my frend kasi hadiah.. wahahah sangat la besh walaupun visual je.. tapi rasa mcm sejuk je dalam perut :)) wahahah tq ar cik...



banyak gamba lagi.. hahha pilih antara yang besh ni.. kang keco plak masing2..

hehehe guer ader purse baru tau,, n jam comel hari tu pun ader bertambah lagi 2 kaler blue n black.. lum amek gambar lagi.. kerana hr tu termiss place letak kamera...sib baik da jumpa hehehhe
Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Wednesday, January 14, 2009

lagu fav sekarang.. hehhehe




Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Friday, January 9, 2009

rindu


saya rindu diaaaa..

Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

kekeciwaan semalam

semalam hari frust sedunia aku.. leh lak dalam meeting rasa nak menitik air mata.. bila my big bos dato d.o kata 'dengan ini tiada sebarang pertukaran sampai jun 2011' what? dem dem dem..
hati aku nyumpah2.. huhuh dosa besau aku semalam.. huhuhu ni sume gara2 nak aplikasikan sistem baru e-tanah.. huhuh mula2 aku dah lega dah sbb tak tergolong dlm grup yang akan di training sbg expert.. hehhe tapi tak le tukau tu masalah besau tu..

huhu aku memang suka kojo sini... tp tau la kan nak berulang alik tu.. plus kalo nanti nak keje sampai malam sume.. or should i stay here n dapatkan sebijik umah? huhuhu.. duk umah dato d.o buleh?? wahahahhaha semalam dah tak de perasaan lagi dah nak keje.. abis meeting aku terus pack up barang nak balik... keciwaaa.. dalam kete call hubby nangis2 :)) wat lawak tull..

hubby ckp pe? kalo tak dapat nak pindah, bonti la kojo.. poi la kojo swasta.. hahah nak keje mana? weststar? huhuh memang dorang ader offer lagi.. tapi.. huhuh aku suka keje sini.. less stress n aku rasa sini aku kerja lagi ikhlas.. heheheh.. sebab aku jenis komited kat kerja even sometimes feel like i love to delayed all my work, ehehheheh.. tapi i'll finish it no matter what..

hmm kesimpulan nya aku amat pusing terhadap ini.. huhu tp hari ni aku tetap teruskan kerja sbb aku tau kalo datang kerje tak wat kerja.. dosa tauu.. makan gaji buta.. wahahaahha..
nantila.. ikut la kata my best fren donna.. 'just follow d flow'.. so work hard for me.. chaiyo2!!

hmm.. benti ke cr umah? hahhahahaha
Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Wednesday, January 7, 2009

obes..

aduhai.. sedih plak ari ni.. wahahah.. senget gak aku..sedih tapi gelak.. biasa ar..
tadi ade pemeriksaan kesihatan percuma.. kat hopis..
maka dgn ini aku disahkan obes.. leh tahan tinggi bmi aku.. tu la da la petot.. makan banyak plak tu.. hehhehehe patut arr aku selalu sakit2 lutut sekrg.. cam orang tua nye sakit..
whahaha

kesian kaki aku tak mampu tanggung berat badan.. so ngan ini aku istiharkan diet.. :)) boleh ke buat? kekekeke k la cuba tahan tak mau makan nasi.. tapi aku makan lauk je la.. hahhaha..
banyak kan makan buah2an..

hmmmm.. ntah laaaa..


hahah gajah oh gajah.. besau tapi cumel.. tapi guer tak mau jadi gajah.. :((


Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Tuesday, January 6, 2009

jam baru..

lupa nak bg tau.. ader jam baru.. hehhehe .. da lama ushar br dapat beli tahun ni.. padahal tak mahal punn.. hehhehe


comell.. pink kaler gitew..
huhuhu nak beli lagi la.. kaler len ader sapa2 nak sponsor? murah je.. 20 'sen' jek.. huhuh banje la... nak kale baby blue ngan oren.. hehhehe
Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

gumbira

ahaks.. ahaks.. Alhamdullilah.. akhirnya aku lulus gak exam.. padahal exam tu senang.. sume orang kata senang.. siap leh bukak buku lagi.. aku gak yang amik smapai 3 kali br luluus.. rezeki aku kot.. Alhamdullilah.. dah lulus leh dapat confirmation cepat.. pastu leh aku mtk tansper..

hehehhe.. bukan tak sayang kat tempat kerja ni.. sayang.. suka.. tapi sbb nak duk dekat ngan hubby.. huhuh.. cian dia.. makan tak tentu hala... baju menimbun tak basuh2.. rumah bersepah.. hahaha bukan nak kata dia malas.. tapi tu tanggungjawab haku.. hehhehe..

cian dia balik umah sorang2 je.. dulu sblm kawen ader housemate.. balik umah ader la teman borak2.. ni.. tenung dinding.. hehhehe.. lagipun membayang kan kalu ader 'rezeki' nanti.. kan ke penat haku berulang alik.. huhuhuuh

cian kami.. hahahha bak kata member.. kejap je aku balik 'mengeram'.. walaupun agak kejam n kelakau ayat mengeram tu.. tapi ttp buatku tersenyum.. hehhehe banyak gak orang amik berat aku kat sini..huhu kalo aku coti lama.. mc lama ke.. heheh sayang jugak korang kat aku kan.. hehhehehe..

hmm tapi nak buat cemana.. pengorbanan perlu gak dibuat.. huhuh.. takpe.. sabar2.. mana2 pergi pun aku ni mencari rezeki.. hehehe.. so teruskan la kerja yang patut aku wat.. huhuhu..

apo ni.. posting tajuk gembira.. tapi mcm sedih plak.. hahahah.. ni la namanya gembira tak terkata.. sampai jadi sedih plaks.. hahahha
Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Monday, January 5, 2009

hehhe saje je nak nyemak2..

aktiviti masa cuti sakit.. hehehhe gambau lama tapi saje add lagu konon2 suweettt.. tapi memang suwett pon jangan jales ha..


huhu sebenarnya aku addicted kat lagu ni.. huhuh n masa en suami karoke pun dia suka nyanyi lagi ni.. pastu part pempuan nye kompom aku tak nyanyi.. wahahha.. cian dia.. nak wat gane.. tade keyakinan diri la nak nyanyi.. hahhaha

Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Sunday, January 4, 2009

hehhe mari melihat tudung koleksi peribadi saya..

saje je nak eksyen.. tapi kalo nak request sebijik mcm sy punya jgn segan silu.. heheh email diera_n@yahoo.com / 0193333806..









ader lagi yang len2.. akan upload later.. heheh apa lagi.. jom arrr...
Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...