CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, October 17, 2009

KERAIAN CINTA SAHABATKU






Sape sangka musuh time zman sklah dlu rupanya jodoh yg dh ditakdirkn utk dia... memang tak disangka2 lgsung... 2 la, dh mmg jodoh...apa2 pn tahniah n smoga bahagia dgn alam baru ni... so, skrang km x bleh dh la nk gla2 cam dlu lg... tp, bla jmpa, prangai ttap cam dlu jgk, mmg x bleh ubah...hehe... dh mmg dr kcik berkwn sama, kutip duit rya pn sma2... kalau bab main mmg x pyah ckp la, mahgrib bru nk blik... tu cerita dlu, tp cerita ni mmg xkn ada sebarang perubahan atau copyright, tp kalau ada persamaan dgn drama lain, tu scara kebetulan je...
i'll keep all the memories...
Tapi sdih jgk sbb 2 org lg kwn baik time kcik2 dlu x dpt hdir msa kwn ni kawen... erm, maybe next time leh jmpa ngan dorang... Insyaallah..:)
Erm, nak upload jgk la gmbr sahabat yg 2 org lg tu kt blog ni... hehe:)
sbgai tanda penghargaan persahabatan yg dibina sjak kcik smpai skrang.., wlaupun msing2 cbuk ngan kerjaya msing2, tp harap2 persahabatan yg dibina ni xkn ptus..:)




new update..(stelah skian lma..)

Lama giler dh x update blog... suka bca blog org, tp blog sndri jrang nk bka.... erm..
awat yg mlaih sgt ni... kja byk, tp.... ?
kalau ada disorder kategori mlas, mmg sgt2 menepati kriteria dh ni...
x mcm nadi-ah, rajin... rajin edit gambaq,haha...
so, demi menghargai msa yg dia dh gunakan utk edit gambaq2 tu, salah 1 drpd gambaq tu akn diabadikan kt blog ni...hehe..
ni gambaq2 time blik kedah thn lpas...
gambaq pling atas tu ja yg edit, yg 2 lg kt bwh gambaq ori..hehe.. knapa ori, sbb mlas nk edit la... hehe, bukan hobi mengedit gambaq cam nadi-ah... hobi kmi x sma..huhu:)









Wednesday, July 29, 2009

H1N1...

Kul 1 pg td ade announcement psal wabak H1N1.. sume bdk2 KAB n KZ kne kuarantin...klas plak dibatalkn..kul 3 ptg lak ade announcement lg, kli ni psal UPSI kne tutup utk sminggu...erm, nk kte sronok, ade la jgk, x sronok pn ade jgk... 50/50...sronoknye sbb klas xde, yg x sronoknye nk gnti klas nt n yg pling pnting cti mid sem nt xde sbb ditrik tuk cti tgempar kes H1N1 nih... kelam kabut gak nk cri tket..sold out... mmg klakar n glabah jgk la nk dptkan tket, kal sna sni, order kt kwan, tp xde jgk.. yg pling sdih, nk kluar bli tket pn xleh.. puas g cri felo nk amik cop pngshan, xdpt..pas2 nek pjbt... ble dh setle, kt p.guard plak x lpas..mmg cbrn... sumenyer sbb nk blik n tpaksa blik...
psal tket mmg xdpt... tp sbb nk blik jgk,so kne redah jgk la..cternyer hnye yg tlibat jer yg taw...tp xla smpai mlibatkn kslhan undg2 ngra.. tp alhmdulillah, dpt jgk cri penyelesaian tuk blik...thanx utk kwn2 yg sgt mbantu...thanx jgk kt nadiah sbb kasi mask.. Insyaallah sume akn ok pasni..slmat bcuti,jga kshatn...hrap2 sume slmat n rutin kt UPSI bjln spt biasa ble dh bke blik nt..:)

Saturday, April 11, 2009

SENYUM DAN TAWA...


Senyuman adalah ibarat perhiasan rohaniah, yang membantu mengindahkan perhiasan lahiriah.

Dengan senyuman, ke manapun kita pergi, bersinarlah di sana cahata kegembiraan. Tidak ada urusan yang berat dalam dunia ini.
Semuanya dapat diatasi.

Senyumlah, supaya alam turut tersenyum kepadamu. Teranglah alam ibarat malaikat rahmat yang turun ke bumi.

Senyuman itu kelopak, ketawa itu bunga yang sempurna kembangnya. Jangan tertawa melihat orang jatuh, kerana jarang seseorang itu jatuh dengan sengaja. Tetapi bersyukurlah kepada Tuhan, jika tidak jatuh dalam perjalanan yang kita lalui.

Bicaranya ...ialah senyum.

Dibawanya senyum matanya, dirasakan hari hujan. Dibawanya gelak pipinya, dirasakan hari panas. Jangan engkau tertawa di tempat yang tidak menghairankan, jangan berjalan tanpa mempunyai maksud, jangan bertanya tentang yang tidak perlu padamu, jangan sia-siakan hartamu dan memperbaiki harta orang lain, yang dikatakan hartamu ialah yang engkau pergunakan buat amal, dan harta orang lain ialah yang engkau tinggalkan.

Berapakah harga ketawa yang diakhiri dengan ratapan dan tangisan?

Tentu tidak semahal harga tangisan yang diakhiri dengan senyuman dan tawa.


Thursday, April 9, 2009

Program Kepimpinan Insan Terbilang, SMK Clifford

Alhamdulillah, saya n kwn2 berjaya melaksanakan Program Kepimpinan Insan Terbilang yang ke2 di SMK Clifford... Bersyukur sangat sebab kerjasama yg diberikan sgt membanggakan... walaupun persediaan saya sndri utk program kali ini agak kelam kabut, tapi pengalaman sewaktu program terdahulu membantu saya untuk lakukan yg terbaik... terima ksih utk kwn2 yg byk membantu...terima kasih jgk untuk semua peserta yg memberi kerjasama yg baik sepanjang program... pengalaman mengendalikan program ini amat bermakna buat saya... utk kwn2 semua, semoga kita mampu buat n laksanakan program dgn lbih baik pd msa depan... pengalaman yg diperoleh diharap mnjadi panduan dan juga sbg kenangan utk kte.... dan kepada semua peserta, diharap dpt mengecapi kjyaan suatu hari nt... buat yg terbaik utk spm n stpm nanti... gud luck...!









Wednesday, March 25, 2009

Renungan Bersama...

Islam meletakkan kedudukan yang tinggi terhadap orang yang menuntut ilmu. Sekiranya, dibuka lipatan sejarah ketamadunan manusia yang silam, elemen ilmu merupakan sebahagian pra syarat ciri-ciri negara yang bertamadun seperti yang berlaku dalam era kegemilangan Islam silam. Matlamat manusia mencari ilmu pengetahuan adalah untuk memperoleh hakikat ilmu yang benar. Secara tradisinya, kebanyakan golongan intektual menterjemahkan ilmu sebagai kebolehan untuk memahami kedudukan dan fungsi yang tepat dan wajar bagi setiap persoalan alam ini yang membawa kepada pengenalan kepada Tuhan sebagai Maha Pencipta dan Maha Pentadbir segala alam ini. Oleh yang demikian, Islam amat mementingkan penghayatan terhadap ilmu sama ada yang meliputi hal-hal kedunian atau akhirat. Dalam usaha menuntut ilmu, seseorang yang dikenali sebagai pelajar perlu mematuhi etika-etika atau adab-adab supaya ilmu yang diperolehi itu diberkati dan diredhai oleh Allah.

Adab Murid Dengan Guru

Dalam penulisan agung “Ihya’ `Ulum al-Din” karangan Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali, beliau telah membuat satu garis panduan adab pelajar dalam menuntut ilmu. Dalam penulisannya, beliau telah mengenalpasti 10 panduan yang boleh dijadikan asas pedoman kepada para pelajar. Asas-asas ini perlu dihayati dan dicernakan dalam diri para pelajar dalam usaha mereka menuntut ilmu sama ada di peringkat rendah atau di peringkat pengajian tinggi.
Pertama, menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan akhlak yang murni, kerana ilmu amat mudah mendekati orang yang baik budi pekertinya dan jiwa yang sentiasa bersih dan tenang. Sekiranya, hati seseorang itu dicemari dengan elemen-elemen yang negatif yang boleh merosakkan kemurnian hati dan jiwa menyebabkan pelajar tersebut sukar untuk menguasai ilmu. Ini kerana secara prinsipnya, ilmu itu bersifat suci. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang musyriq itu najis” (at-Taubah:28).
Istilah najis yang dijelaskan oleh al-Quran merupakan simbolik yang mengertikan sifat kotor tersebut mesti dijauhi dan dihindari disebabkan sifat tersebut boleh merosakkan manusia.
Kedua, para pelajar disarankan tidak terlalu terikat dengan hal-hal keduniaan yang berkecenderungan melalaikan fikiran daripada menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran. Unsur-unsur ini boleh menyebabkan pelajar tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya sebagai pelajar yang hakiki dan memalingkan fikirannya dalam usaha menuntut ilmu. Hal ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
“Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua organ hati dalam rongganya” (al-Ahzab:4).
Oleh yang demikian, sekiranya fikiran para pelajar dipengaruhi oleh elemen-elemen yang boleh mencemari mentalitinya menyukarkan untuk mengetahui hakikat ilmu. Menurut Imam al-Ghazali, “Seseorang itu tidak dapat menguasai ilmu secara sebahagian, melainkan ia memberi perhatian dan tumpuan yang sepenuhnya”. Beliau memberi perumpamaan terhadap pemikiran yang dipengaruhi oleh hal-hal yang tidak berkait dengan ilmu seperti air yang mengalir dari sungai kecil, sebahagiannya diserap oleh tanah dan sebahagian lagi diserap oleh udara sehingga tidak ada lagi yang sampai ke ladang.
Ketiga, para pelajar tidak boleh bersikap angkuh dan bongkak terhadap golongan intelektual dan guru. Adalah menjadi kewajipan pelajar untuk menyerahkan segala urusan berkaitan ilmu dan mematuhi serta menghormati guru seperti orang sakit yang mematuhi arahan dan nasihat doktor. Para pelajar dituntut bersifat rendah diri, baik sangka dan setia kepada guru serta sedia menawarkan perkhidmatan kepadanya. Oleh yang demikian, pelajar tidak boleh bersikap sombong dengan guru seperti tidak mengambil manfaat ilmu yang disampaikannya dengan alasan antaranya, beranggapan guru tersebut tidak mempunyai kelayakan akademik yang tinggi. Sikap seperti ini menunjukkan kebodohan dan kedangkalan pemikiran yang ada dalam diri seseorang pelajar. Sebaliknya, para pelajar seharusnya merasa terhutang budi terhadap guru yang mencurahkan ilmu yang memandunya ke arah kebenaran
Keempat, orang yang bersifat tekun dalam menuntut ilmu pada tahap awalnya perlu mengelakkan diri mendengar perselisihan dan perbezaan pendapat di kalangan manusia sama ada yang melibatkan ilmu keduniaan atau ilmu akhirat. Secara rasionalnya, ia boleh mengelirukan pemikirannya terhadap disiplin ilmu yang baru dipelajarinya dan membantutkan usahanya untuk membuat penyelidikan yang mendalam. Namun begitu, bagi seseorang yang telah menguasai sesuatu bidang disiplin ilmu secara mahir dan mendalam tidak menjadi halangan untuk mengkaji perbezaan pendapat tentang sesuatu perkara. Ini kerana, perbezaan pendapat tentang sesuatu perkara merupakan salah satu daripada metodologi medan penyelidikan ilmu.
Kelima, seseorang pelajar tidak boleh meninggalkan sesuatu disiplin ilmu yang terpuji melainkan ia telah mempertimbangkan dengan sebaik mungkin. Sekiranya faktor usia mengizinkan untuk menuntut ilmu, ia harus mengambil peluang untuk meningkatkan kepakarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Sebaliknya jika faktor usia menjadi kekangan terhadap usaha menimba ilmu pengetahuan maka seseorang itu perlu mengetahui perkara asas dan penting dalam ilmu yang dikuasainya berdasarkan kemampuannya.
Keenam, tidak memaksa untuk menguasai semua disiplin ilmu secara sekaligus. Tindakan yang bijak ialah dengan menguasai sesuatu bidang ilmu itu mengikut tahap dan tingkatan ilmu berdasarkan kemampuan dan keupayaan yang ada pada diri seseorang. Kompetensi yang ada pada manusia adalah terbatas oleh pelbagai faktor dari aspek pengalaman, realiti semasa, kepakaran dan keupayaan mentaliti seseorang.
Ketujuh, seseorang tidak boleh mencampuradukkan sesuatu cabang ilmu sebelum menguasai dan memahami dengan mahir cabang ilmu yang sebelumnya. Ini kerana tertib dalam ilmu adalah tersusun dan berkait rapat antara satu sama lain. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang pelajar memahami sesuatu ilmu dengan tertib dan tersusun maka ia dapat menguasai sesuatu konsep ilmu dengan baik. Pemahaman manusia tentang konsep ilmu akan lebih sempurna dan konsisten jika setiap cabang ilmu dihadam dan dicernakan mengikut tahap-tahap dan fasa yang tersusun dan terancang.
Kelapan, seseorang pelajar perlu mengetahui hakikat dan objektif sesuatu disiplin ilmu yang dipelajari. Ia bertujuan untuk menilai sesuatu kepentingan ilmu dan faedahnya kepada para pelajar supaya ilmu tersebut dapat diaplikasi dalam kehidupan dan memberi manfaat kepada masyarakat. Matlamat utama ilmu yang dipelajari itu tidak bertentangan dengan syariat dan membawa kemudharatan kepada umat manusia.
Kesembilan, para pelajar perlu bersikap ikhlas dalam menuntut ilmu. Kepentingan nilai ikhlas bertujuan untuk membersihkan jiwa seseorang yang bersifat riak dan takabur sesama manusia. Hakikatnya, manusia yang berilmu memiliki jiwa yang bersih dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Meskipun manusia dituntut menguasai ilmu-ilmu agama, namun ilmu-ilmu yang berkaitan dengan keduniaan tidak boleh diabaikan, kerana ia sebahagian daripada fardhu kifayah. Dalam era globalisasi ini, ilmu yang dikategorikan sebagai fardhu kifayah sangat penting bagi masyarakat Islam kerana ia dianggap sebagai satu kemaslahatan ( keperluan ) yang perlu dikuasai oleh umat Islam. Sekiranya manusia mengabaikan bidang disiplin ilmu ini menyebabkan umat Islam ketinggalan dalam zaman yang serba canggih. Dalam al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud:
“ Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (al-Mujadalah:11)
Kesepuluh, setiap pelajar perlu mengetahui perkaitan ilmu yang dipelajari bertujuan supaya mengutamakan keperluan ilmu yang perlu didahulukan daripada ilmu yang berbentuk sampingan. Keutamaan ilmu ini penting kerana ia dapat mengukuhkan pemahaman pelajar tentang sesuatu perkara. Di samping itu, ia menjadi asas utama untuk mempelajari disiplin ilmu yang lain disebabkan ia mempunyai kesinambungan di antara satu cabang ilmu dengan disiplin ilmu yang lain.
Berdasarkan garis panduan yang telah diberikan oleh Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali dalam kitabnya “Ihya’ `Ulum al-Din” diharapkan dapat memberi pedoman yang berfaedah kepada mereka yang bergelar pelajar. Mutiara kata-kata yang dicurahkan oleh ulama’ silam perlu diambil perhatian dan diamalkan oleh individu yang bergelar pelajar, agar ilmu yang dipelajari diberkati oleh Allah dan dapat memberi faedah besar kepada umat sejagat.

Wednesday, February 25, 2009

Program Kepimpinan Insan Terbilang, SMK Segambut Jaya

Hujung minggu lepas saya n ahli group dah wat program utk salah satu tugasan En Aziz. Kami wat program ni kat SMK Segambut Jaya. Alhamdulillah, semua berjalan dgn lancar. Thanks utk semua yg terlibat, En. Aziz, kwn2, pihak sekolah n peserta2 program ... memang 1 pengalaman yg menarik n sronok.. Insyaallah, dgn pengalaman yg dh sy dpt ni, sy akn praktikkan utk program2 yg akn dtg..



barisan fasilitator bersama para peserta

Mmg best sgt spnjg program ni... para peserta mmg memberi kerjasama yg amat baik... diaorg ni mmg sporting especially time nyanyi, kalah fasi2... bkn stakat sporting, diaorg ni aktif jgk sbnrnya... mulanya km tkut jgk, tkut x termampu nk handle diaorg ni,mklumla semua lelaki.. tp semuanya mmg dlm keadaan terkawal, sbb adik2 ni sbnrnya mampu memimpin diri sndri..kami sbg fasi, membimbing je...tahniah utk adik2 semua...













segiant crew


SEGIANT CREW. dari kiri: mirul,raja,farid,shahiran,hilmi,sayour,taqi,bukhari,baeim,afiq, kamal

tahniah kepada suma kwn2 yg dh bertungkus lumus utk menjayakan program ni. (ckin,ida,ainul,dura, kak j, sara, che chah, jihan n kamal).. mnta maaf atas sgala kelemahan n kslapan sy spnjg program..mnta maaf jgk sbb pnah x hdir meeting skali... sy bangga dgn krjasama n komitmen kwn2 skalian...tahniah.. Insyaallah, kta dh wat yg terbaik, n sgala pengalaman yg kta dpat kta bleh gnakan utk program2 yg akan dtg..

kepada semua peserta program, dharap apa yg akak2 n abg2 nk smpaikan spjg 3 hari program, sdkit sbnyak dpat membantu adik2...sbnarnya adik2 mampu memimpin dri sndri...

mnta maaf date dlm gmbr x btul sbb x disetting dgn btul..

kepada peserta program,kalo nk tgk pic lg, bleh msuk fster sya, ha_pzah@yahoo.com