CORETAN TERBARU NADH

Hakikat kehidupan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
FB
Kan?

Cinta hingga ke syurga...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Cinta hadir tak kenal rupa...
Dia datang tak kenal siapa...
Kita terpaut walau berbeza...
Yang ada cuma kita berdua...

Cinta terpatri membuah rasa...
Buat aku tersenyum bahagia...
Dan kau pula berjanji setia...
Gembira kita saja yang rasa...

Ah indah sungguh perasaan kita...
Terbuai dek asyiknya rindu asmara...
Sakit dirasa makin hilang gamaknya...
Hanya kerana hangatnya cinta membara...

Cinta membuatkan aku terlena...
Panjang mengintai di tepi jendela...
Ingin bersatu di alam fana...
Supaya kita kekal hingga ke syurga...

Inilah cinta yang selalu didamba...
Bukan hanya cinta manusia...
Aku dan kau punya Dia...
Masih setia menagih cinta yang Esa....

Dedikasi buat kakak kesayangan saya yang dah jadi pengantin basi, juga jiran terbaik saya yang sudah menjadi lebih manly eh? Moga kalian dapat bercinta hingga ke syurga. Iffah doakan akak supaya kurang mengada dan Nadh, kurang menyakat akak yang manja tu. Heee...

Selamat bersuami isteri buat keduanya,
http://kierasakura.blogspot.com/ DAN http://www.nadzrie.com/ 
Ikhlas dari http://www.iffahafeefah.com/

Masih relevenkah BFF berlainan jantina?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Wah tajuk gempak. Tengok tajuk dah macam apa je aku rasa. By the way, aku nak kongsi quotes kakak penulis di Blog Warna Kaseh. BFF tu BEST FRIENDS FOREVER bagi sesiapa yang tak tahu.
‎"Tak ada istilah BFF antara lelaki dan perempuan tanpa perasaan cinta" Faraherda Razalan, 2012
Ada yang bantah ada yang setuju. Ada kata tak semua. Ada yang kasi contoh kawan baiknya sendiri. Bagi aku sendiri, aku tak percaya dengan diri aku sendiri untuk ada BFF dari kalangan lelaki. Pelik bukan? Aku tahu diri aku. Aku tahu aku mudah tersentuh dengan layanan yang terlalu prihatin, penyayang dari jantina berlainan. Takut perasaan suka, sayang, kasih dan akhirnya cinta menyinggah. Sedangkan lelaki tak rasa apapun. Aku tak mahu!

Aku juga tahu ada yang ada BFF berlawanan jantina dan tak ada perasaan. Dah kahwin pun macam tu. Aku tak boleh jugak. Rasa macam pelik. Mana satu suami mana satu BFF? Tak ke suami cemburu tengok isteri baik sangat dengan BFF. Setiap kali masak lebih untuk BFF. Kadang cerita pasal BFF. Jumpa selalu. Berbual mesra. Aku tak rasa ada suami yang begitu tak kisah dengan isterinya. Kalau aku, mestilah cemburu. Rasa kasih sayang terbahagi pulak.

Jangan marah aku sebab ini aku punya pandangan je. Mungkin korang selesa dengan BFF lain jantina. Aku bukan anti sosial atau anti lelaki. Tapi aku cuba adakan jurang antara aku dan mereka. Lagi-lagi yang dah kahwin, memang kalau perlu je aku contact. Aku tak mahu jadi punca perbalahan suami isteri, pakwe makwe. Serius aku faham apa yang diorang rasa dan aku tak mungkin sanggup rosakkan hubungan orang semata-mata nak pentingkan hubungan BFF aku. Aku masih kawan cuma tak serapat dulu. Mengerti kamu? 

Kenapa kena cemburu?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Sebenarnya aku baca status orang dan aku tetiba terfikir. 
Ya, kenapa kena cemburu?
Korang ada jawapan? 
Serius aku blank je. Tapi aku cuma tahu, cemburu maknanya sayang. Itu aku tak nafikan. 
Ada sesiapa nak terangkan kenapa kita cemburu? 
Kenapa kena cemburu?


Mohon jangan tanya kenapa entry ni pendek? Kenapa entry ni banyak tanda soal? Kenapa entry ni center? Kenapa ada warna warni dan font besar kecik saiznya? Dan kenapa aku tanya soalan ni?

Hari ini hari sengal aku

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Dipendekkan cerita aku menghilang seharian sebab pergi Melaka. Letih. Kan aku dah habis belajar dan aku kena submit kajian tindakan aku yang dah siap jilid dan disemak oleh penyelia. Jadi, aku kena dapatkan tandatangan beliau di rumah banglonya yang terletak di Durian Tunggal. Kemudian aku kena hantar ke Maktab di Durian Daun. Nampak nama lebih kurang, tapi jauhnya boleh tahanlah. Dengan tak tahu jalan lagi.

Macam tak pendek je cerita aku ni? Lantak. Pagi tadi aku dikejutkan sebab anak buah aku sorang tu terjaga dan meragam. Nak tak nak aku kena temankan dia. Dah tu si kakak pulak bangun dan menangis. Aku kena pergi beli barang dapur pulak. Jadi aku angkut budak dua orang tu dengan kakak aku sekali sebab diorang meragam nak ikut. Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi. Aku janji sampai kat Tesco Cheng Melaka pukul 11 pagi.

Lepas membeli, aku basuh ayam. Simpan lauk dan sayur. Buat air dan bagi budak-budak tu makan akhirnya baru aku bertolak jam 9.45 pagi. Aku pecut ikut LEKAS dan PLUS. Tapi yang SENGALNYA aku masuk lorong tol LEKAS yang berlampu merah. Gila sengal. Aku rabun dan spek aku pecah kaca. Harap maklum. Aku pun konon nak bayar kat perempuan dalam kotak tol tu. Dia bagi kad. Aku blur. Lama aku pandang dia. Dia kata bayar kat tol lagi satu.

Rupanya kad tu macam tiket kalau lalu PLUS. Aku tak pernah guna sebab aku selalu guna Smart tag. Kebetulan kad T & G aku tak ada duit. Bila nak topup boleh pulak habis. SENGAL! Akhirnya aku selamat sampai jam 11.14 pagi dan kawan aku tak sampai lagi. Aku pergi cari topup sebab aku tak ada kredit. Boleh pulak semua kedai dalam Tesco tu tak ada jual. Aku pergi ATM dan topup. Mujur bank ada duit. Ish SENGAL!

Yang paling sengal terjadi hari ini ialah aku tersalah masuk tandas lelaki. SENGAL! Hujan lebat masa kat R & R Nilai petang tadi dan aku lari je sebab hujan dan malas pakai payung. Aku nampak lantai biru. Terus je meluru masuk dalam tandas dan ada lelaki tegur aku. Aku dah pelik. Tapi aku teruskan juga nak tutup pintu dan aku nampak ada lelaki keluar dari tandas sebelah. Okey aku salah. MALU. Itulah kisah SENGAL aku untuk hari ini. Gelaklah korang puas-puas T.T

Perempuan lagi tua dari lelaki

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku telah mewujudkan satu persoalan tentang kisah atau tak perempuan kahwin dengan lelaki muda. Isu ni dah lama. Tapi aku terfikir. Salah ke kahwin dengan lelaki muda? Sebenarnya kan aku rasa aku dah terbuat prinsip entah apa-apa.

Jangan bercinta dengan lelaki yang lebih muda.

Itu semua gara-gara cinta bangang tak kesampaian beberapa tahun lepas. Pengalaman mengajar. Jadi aku hadkan pergaulan dengan lelaki lebih muda. Senang aku bahasakan akak. Maknanya aku dah adakan jurang pemisah antara kami. Kejam tak kejam?

Lepas tu pensyarah aku kata, kahwin dengan lelaki paling kurang 10 tahun lagi tua. Bila kita dah tua, lelaki masih nampak bergaya. Kan dah nampak sebaya. Dia kata lagi, senang perempuan jaga anak-anak bila suami dah tak larat nanti.

Aku nak tanya korang, kisah tak kahwin dengan lelaki muda atau perempuan lagi tua? Jangan kata pasal jodoh. Ini pendapat. Kalau dah ada jodoh dengan lelaki muda nak buat macam mana. Jawapan tu aku pun hafal dah =)

Makanan paling dirindui bila di perantauan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku pergi membeli belah semalam. Aku terfikir kalau aku di perantauan macam negara orang apa yang aku paling rindu. Aku rasa masakan ibu. Puan Latifah, baca dan sila kembang semangkuk. Hehe tapi untuk ke luar negeri macam tak ada harapan. Kecualilah aku ambil master kat sana kan. Ehem tak rajin.

Bila aku fikir-fikir balik, banyak benda yang tak ada di negara orang. Nak masak bahan pun tak ada. Macam adik aku yang duduk kat India. Dia tak boleh makan daging lembu. Sebab kat India tuhan mereka ialah haiwan yang kita makan. Maknanya diorang tak dapat sambut raya haji dengan meriah macam di sini.

Jadi, ibu aku bertolak ke India semalam untuk melawat abang aku dan adik aku yang jauh di perantauan dengan membawa rendang daging, tempoyak, sardin, kicap, maggi, ikan bilis, bunga kantan, daun kesum dan sebagainya. Penuh beg dengan makanan. Harap maklum.

Dan kami telah borong berbungkus-bungkus mee segera. Adik aku paling rindukan Ruski, Pama, Ibu Mee goreng. Kat sana mana nak dapat? Adapun KFC yang tak ada cheezy wedges. Memang payah duduk kat perantauan sana. Jadi, beruntunglah korang berada di tanah air sendiri. Syukur...

Pura-pura

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kadang kita kena berpura-pura. Ya, pura-pura menampakkan diri itu kuat sedangkan dalam hati hanya Tuhan yang mengerti. Pura-pura untuk menjadi normal sedangkan abnormalnya kita saja tahu. Pura-pura jadi gagah sedangkan kaki sudah lemah. Pura-pura tak terasa apa-apa sedangkan dalam hati dah macam tsunami melanda.

Kenapa?

Sebab kita. Kita tak mahu simpati. Kita tak mahu empati. Kita tak mahu orang nampak kelemahan kita. Kita tak mahu orang kesiankan kita. Kita tak mahukan semua itu.

Jadi pura-pura sentiasa ada. Jangan anggap mereka gembira hanya kerana senyuman meleret di wajah. Jangan anggap mereka kuat, hanya kerana mereka masih mampu membuat lawak saat orang kesedihan.Anggapan kita tak semestinya betul. Dan apa yang kita lihat tak semestinya 100% benar. Itu hakikat sebuah kehidupan yang sentiasa ada kepura-puraan.

Cerpen: Hati berubah Part 2

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Debaran makin terasa. Kini tinggal satu hari saja lagi untuk Anith berasa muda dengan gelaran Cik. Selepas ini, dia bakal menjadi puan. Semestinya menjadi isteri kepada lelaki yang benar-benar dia cintai. Ridhuan. Itukah kekasih pertama dan terakhir. Dia masih ingat kali pertama mereka bertentang mata. Jantung bagai dilanda ombak tsunami.
“Ops sorry…” Lelaki itu menundukkan wajah dan mencapai cermin matanya yang jatuh ke lantai. Prap. Kakinya sendiri terpijak lalu berderai. Ridhuan duduk lama. Itulah cermin mata milik dia satu-satunya. Anith jadi tak keruan. Segera dia mencangkung juga.
“Maaf wak…” Anith segera mengutip serpihan kaca cermin mata lelaki di hadapannya. Kelihatan Ridhuan masih kaku.
“Awak… sorry saya tak sengaja terlanggar awak tadi… tolong jangan diam je…” Anith mulai rasa peluh dingin menitis malu.
“Tak ada apa…’ Segera Ridhuan bangun tanpa mempedulikan cermin berderai itu.
‘Kejap…” Serta merta tangan Anith berpaut di lengan lelaki itu. Bukan niatnya melampaui batasan. Namun dia perlu bertanggungjawab. Dia sedari kecil diajar untuk berbuat begitu. Walaupun mamanya telah tiada, papa juga turut mengatakan hal sama.
“Cik…” Anith melepaskan pegangan. Ridhuan memandang cuma. Dia masih meneliti pemakaian Anith. Cantik. Beg berjenama. Jaket labuh limited edition. Pantas hatinya tersenyum.
“A n i t h. Saya Anith. Sebutannya Anis. Awak?” Ridhuan tersenyum sinis. Perempuan ni belum apa-apa dah masuk jerat, hatinya berdesis.
“Ridhuan. Apa Anit?” Sengaja dia buat begitu.
“Bukan. Anis. Ejaan je Anith…”
“Oh whatever. Ada apa-apa lagi?” Anith tergamam. Lantas lelaki itu bergerak pergi saat Anith tak terkata apa. Ridhuan tahu perempuan kaya itu akan panggilnya semula. Dia pasti.
“Ada!”
Anith tersenyum mengingatkan kisah dulu. Kelakar pertemuannya dengan Ridhuan. Dia rasa itulah cinta pandang pertama. Yang sering orang pertikaikan. Dia bukan cintakan luaran Ridhuan. Namun, perilakunya. Tapi peristiwa Ridhuan lemas dicumbui perempuan lain benar-benar merobek hati Anith. Dia sengaja diamkan. Dia tahu Ridhuan curang. Dia tahu segalanya. Tapi dia tutup mata kerana cinta mendalam buat Ridhuan.
“Anith, kenapa berdiri di beranda? Tak sejuk ke?” Papa menyapa. Dia tersenyum cuma.
“Papa, Anith suka duduk luar. Sejuk je udara malam. Papa nak join?” Kelihatan lelaki tua itu tersenyum lantas bergerak ke depan.
“Anith… papa ada hal nak bincangkan…” Anith senyum lagi. Dia bahagia saat ini.
“Apa dia papa?” Papanya duduk.
“Anith betul nak kahwin dengan Ridhuan?” Rambut Anith diusap perlahan. Hati tuanya berasa tak enak. Sejak Ridhuan menjejakkan kaki bersama rombongan untuk mengikat tali pertunangan.
“Apa pula papa ni? Anith bahagia sangat tau. Kalau boleh Anith nak cepatkan masa supaya Abang An jadi milik Anith cepat-cepat…” Senyuman kali ini lebih lebar dan penuh makna.
“Kalau betul Anith bahagia, papa tak dapat nak halang. Tapi ingat, make sure hati Anith bahagia. Papa sayang anak papa ni sangat-sangat. Papa tak mahu orang gunakan, lukakan hati anak papa…” Anith peluk papa kuat.
“Papa jangan risau. Anith janji akan bahagia…” Senyuman itu terukir lagi. Namun, papanya tak nampak. Ridhuan juga tidak tahu apa makna sebalik senyuman Anith itu.
“Papa keluar dulu. Jangan tidur lewat sangat ye pengantin…” Ujar papa dan beredar. Hanya Anith masih di situ. Tak sedikitpun mata dilelapkan. Dia teruja menanti saat Ridhuan melangkah ke banglo mewah ini sebagai suami. Saat itu, segala keperitan dan kesengsaraannya akan musnah. Hatinya tak pernah berubah. Kerana yang ada cumalah dendam membara. Hidup Ridhuan akan dihancurkan. Itulah niatnya. Hanya dia saja yang tahu. Patung kecil ditikam laju-laju hingga hancur dan dia puas!

#Cukup. Mohon jangan ada yang minta sambungan. Aku dah meremang bulu roma mengarang. Haha

Cerpen: Hati berubah Part 1

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Malam makin larut. Matanya belum rasa mahu lena. Entah kenapa hati seakan berbicara sendiri. Bagai ada sesuatu yang menghalang dirinya dari merebahkan kepala ke bantal empuk. Lantas jari jemari rancak menaip sesuatu di komputer. Bosan gara-gara kesunyian malam.
Ting!
Ridhuan: Assalamualaikum awak. Maaf ganggu malam begini. Saya ada hal nak bincang. Mohon awak jangan marah saya melulu. Baca dulu.
Anith: Nak apa?
Dia begitu malas melayan bekas teman lelakinya itu. Cukuplah hati yang dipermainkan tanpa belas. Sakitnya masih terasa. Hati ini belum pulih dari kelukaan yang mendalam. Benarlah orang kata, luka di hati sukar untuk sembuh.
Ting!
Ridhuan: Saya nak mohon maaf atas semua kesalahan yang telah saya buat. Saya mengaku saya salah. Saya meninggalkan awak tanpa sebarang sebab munasabah semasa kita sudahpun merancang untuk bertunang. Saya hidup tak lama. Jadi saya nak awak maafkan saya. Maafkan saya sebelum ajal menjemput….
Anith terdiam. Mata mula berkaca. Hati masih berbelah bagi. Adakah benar? Atau lelaki itu Cuma menyusun kata untuk tarik perhatiannya sahaja. Sedang hati berlawan dengan minda.
Ting!
Ridhuan: Saya tahu awak susah nak maafkan saya. Tapi ini je permintaan terakhir saya. Selamat malam, Aa…
Anith sekali lagi terpana. Hanya Ridhuan saja yang panggil dirinya Aa. Nama manja katanya. Anith diam. Seribu kali otaknya memikirkan kata-kata bekas teman lelakinya. Entah mengapa kata makian makin terlarut ke dalam. Jatuh terbenam. Yang ada cumalah rasa simpati.
Namun, disebalik semua rasa yang Anith rasai kini. Ada senyuman terukir di wajah seorang lelaki. Lelaki yang bernama Ridhuan. Dia tahu Anith akan memaafkan dia dan kembalinya semula. Kisah kecurangannya pasti lenyap. Yang ada cumalah kisah si pencinta yang bakal mati.
“Anith, kau memang perempuan bodoh..." Dia menghembus asap rokok ke luar jendela. Rambut terjuntai lambat-lambat dia tolak ke atas semula. Senyum.
"Dan kebodohan kau itu yang aku mahukan…” Ketawa mengilai memenuhi segenap ruang. Dan itulah permulaan cinta palsu kali kedua buat Anith anak orang kaya. Semua mendekatinya cumalah kerana duit. Duit umpama magnet yang menarik segala mata yang memandang. Hilai tawa masih belum terhenti. Ridhuan ketawa lagi dan lagi. Dia puas!

#Hadiah untuk korang yang tertunggu-tunggu cerpen. Macam pendek je kan? Oh ya, ada orang kata hati perempuan senang berubah. Betulkah?

Always pray for you

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Dengan ini aku dengan rasa rendah dirinya nak umumkan aku dah tepek Banner untuk Gaza. Terima kasih kepada kawan baru, MK Syahir dari Group Masih Cinta sebab sanggup bagi aku banner tu. Aku minta dengan dia sebenarnya. *Muka tak malu*


Jangan sangka kita diam, kita tak membantu. Jangan kata benda ni bermusim kalau kita sendiri tak usahakan doa untuk mereka. Jangan asyik bertelagah sesama sendiri kalau hanya sebab nak boikot ke tak. Jangan jadi pengecut, kalau kita tak tahu sejauh mana tahap keberanian kita sebenar. Bantu Gaza, bantu saudara seislam kita!

Buat aku tersenyum

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kadang bila gundah, kau datang...
Jelas buat aku tersenyum...

Kadang bila sedih, kau kesat air mata...
Dan buat aku tersenyum...

Kadang aku termenung tak bersebab...
Sekali lagi buat aku tersenyum...

Kadang aku sakit kepala teramat...
Lawak kau buat aku tersenyum...

Kadang jiwa aku kacau...
Kau menari gangnam buat aku tersenyum...

Kadang aku kecewa...
Nasihat kau macam bangang dan buat aku tersenyum...

Kadang aku marah...
Kau marah aku balik dan itu buat aku tersenyum...

Kadang aku teringat ex aku...
Kau kata kau suka aku dan ia buat aku tersenyum...

Kadang aku menyanyi lagu muse...
Kau kata sumbang tapi tetap buat aku tersenyum...

Kadang aku menangis...kerana kau...
Kau minta maaf dan buat aku tersenyum...

Kadang aku cuba lari dari kau...
Kau tanya dan aku jawab sebab kau buat aku tersenyum...

Kadang aku tersenyum sendiri...
Kau kata aku gila dan itu buat aku tersenyum...

Kadang aku kata aku sukakan kau...
Kau kata aku tipu tapi kau tetap buat aku tersenyum...

Kini kau kata ingin meminangku..
Dan kata-kata itulah yang buat aku tersenyum... Lama!

#Entry ni rekaan semata-mata. Tak ada kena mengena pun dengan aku. Nak buat cerpen malas, inilah hasilnya...

Perempuan si pelik

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ada orang kata perempuan tak unik tapi pelik. Aku musykil bukan maksudnya sama ke? Tapi bukan itu yang aku nak bahaskan. Aku cuma nak bagitau lelaki di luar sana. Yang membaca blog aku ni. Aku nak bocorkan satu rahsia tentang perempuan.

Mereka pelik.

Pelik yang macam mana? Pelik macam...

Bila dia tak puas hati, terasa atau apa-apa je yang mengganggu ketenangan jiwa dia, biasa dia akan luahkan secara sedar atau tak sedar. Tapi bukan secara berterus terang. Secara kiasan atau guna medium lain.

Macam status. #ehem. Tulis entry yang nampak umum tapi tujukan pada seseorang. Luahkan kat kawan yang kenal si dia. Marah si dia tapi lepas tu kata gurau je. Ataupun tunjukkan protes pada dia tapi dia tak faham-faham.

Itulah peliknya. Kadang aku pun macam tu jugak. Heee

Kistot: Di hari perkahwinanmu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Lariannya makin menjauh. Sakit kaki tidak dipedulikan. Yang dia tahu kini dia perlu ke majlis kenduri kahwin temannya itu. Kain baju kurung diangkat sedikit bagi memudahkan larian. Wedgesnya sudah tidak begitu selesa di kaki tidak juga dipedulikan. Yang dia tahu, dia perlu sampai.
“Teksi!!!” Tangan melambai deras. Kereta bernama teksi terhenti jauh sedikit. Pantas saja dia masuk ke dalam.
“Pakcik, Bandar Tun Hussein please…” Ujarnya Farisya termengah-mengah.
“Awak kenapa?” Cermin pandang belakang jelas menunjukkan wajah Farisya. Namun, tiada sebarang jawapan dari mulut si gadis. Pakcik teksi hanya memandu sepi.
“Terima kasih. Jasamu dikenang,” Pintu di tutup. Sebaik saja teksi berlalu dia membetulkan semula kainnya yang sudah renyuk. Malang sungguh nasibnya. Tadi masa berjalan di kawasan perumahan dia nampak anjing dari kejauhan. Traumanya terhadap anjing belum pernah lupus. Pantas saja kakinya lari.
“Farisyaaa…” Dia berpaling. Aliff tersenyum memandangnya. Di sebelah Aliff ada pula Hernani. Ah dia benci gadis itu. Gadis yang merampas cinta Aliff. Dengan sekali lafaz, Aliff dan isterinya mencipta jurang maha besar dengan Farisya.
“Hai suami orang…” Farisya sedaya upaya menelan kelatnya air liur. Dia bersalaman dengan Hernani secara terpaksa. Mana mungkin dia mahu berbaik dengan perempuan perampas.
“Farisya, selamat awak datang. Saya tertunggu-tunggu dari tadi tau,” Aduan Aliff makin menambah bara di hati isteri. Farisya senyum cuma. Layanan Aliff masih sama. Masih seperti bujang dahulu. Layanan itulah membuatkan cinta mekar di hati tanpa dia sedar. Layanan itulah membuatkan dia hanyut dengan angan sendiri. Akhirnya, cinta yang dia damba ternyata sia-sia. Aliff bukan untuknya.
“Farisya… awak menung apa lagi? Jom saya teman awak makan…” Lagi sekali hati dirobek pilu. Ketika ini Hernani tidak lagi kelihatan.
“Aliff… saya boleh makan sendiri. Boleh tak awak jangan layan saya baik macam ni. Saya penat… Isteri awak pun mesti tak suka… Minta diri…” Aliff ditinggalkan terpinga-pinga. Saat itu jugalah air matanya tumpah. Niat dihatinya takkan bertemu lagi jejaka itu buat selamanya.

#Rentetan dari entry Cinta...sila kau pergi...
#Mohon jangan muntah wahai pemilik nama di atas. Kistot dibuat kerana aku mudah dipujuk rayu. Akak propa, ni untuk akak. Moga akak temu jodoh dengan orang yang benar-benar cintakan akak. *muntah pelangi.

Cinta... sila kau pergi!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sakitnya hati bila melihat seorang yang kita sayang berpaling dan sayang orang lain bukan? Sakitnya hati bila kita tahu dia sayang orang lain tapi hati berdegil nak tengok dia dari jauh. Sakitnya hati bila tahu dia sedang bahagia tapi kita terseksa dengan kemesraan keduanya itu. Sakitnya!

Degil betulkan perasaan dan hati ni? Kita kata jangan suka. Dia tetap akan suka. Kita marah dia menangis. Kita paksa dia tetap berkeras. Cinta tak semestinya memilik mudah diungkapkan, tapi payah untuk hati menerima hakikat yang cinta itu sudah bukan tertulis untuk kita. Perit tahu?

Wahai hati, lepaskan cinta itu. Sesungguhnya cinta itu sakit untuk kamu. Cinta itu tak wajar sama sekali. Kenapa perlu melihat kebahagiaan mereka yang mampu meranapkan kegembiraan hati kamu? Lepaskan cinta itu. Tidak ada cinta sebegini yang membahagiakan. Usah mengharap pada yang tak sudi. Izinkan cinta itu pergi dan dengan itulah hati kamu bisa bangkit semula dan mengejar cinta yang lebih berhak untukmu.

Pergilah wahai cinta... bahagiakan mereka yang benar-benar layak untuk dicintai walau hati di sini tergores luka. Selamat tinggal cinta yang tak kesampaian...

Hargai

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku pilih untuk menghargai orang yang rajin bertandang di blog dengan meninggalkan jejak, daripada yang datang mengikut namun tak datang-datang jugak. Sebab tu aku tak buat entry untuk follower 2222. Lawa macam mana pun nombor tu, ia tak bisa mendapat penghargaan dari aku. Aku hargai orang yang menghargai aku.

Lagi satu aku nak kata, ada orang puji aku cute dan sweet. Nampak aku real life pun belum pernah kan? Tapi hargailah pujian tu. Terima je seadanya. Haha tapi apapun aku sebenarnya tengah buat tinjauan kepada pembaca tegar aku. Siapa yang masih suka baca tanpa mengharap aku balas jejak mereka.

Jadi korang pula macam mana? Macam mana korang tunjukkan penghargaan korang?

Sengih-sengih

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ada orang kata kalau kita senyum sorang-sorang nampak macam kita gila. Apalah tanggapan orang bila tengok blogger sengih sorang-sorang depan tab, smartphonenya? Mesti kata pelik. Tapi itulah hobi blogger. Aku tahu. Sebab aku pernah jadi blogger tegar. Asyik bukak tab, tengok komen senyum sendiri. Bukak FB tengok gelagat senyum lagi. Sampai orang sekeliling pandang pelik.

Dalam FB nampak peramah. Bila kat luar nampak sombong. Sebab apa? Kita senyum dan gelak sorang-sorang. Dalam dunia sendiri. Sampai kita lupa patutnya kita seimbangkan mana realiti dan fantasi. Kita lupa yang kita perlu juga melibatkan diri dengan orang luar. 

Ada juga baiknya FB dengan blogger.com ni. Sebab dari sinilah kita jumpa ramai kawan. Bukan setakat maya, tapi realiti. Yang mana sanggup meredah dari utara sampai selatan. Yang pergi ICITY sama-sama. Yang konvoi naik Viva. Yang hantar kawan ke mana saja. Yang sanggup drive jauh demi kenduri. Yang bertemu jodoh pun ada. Semuanya tampak indahkan?

Siapa kata sengih-sengih sorang tak membawa faedah? Dan aku pasti ada sebilangan manusia yang membaca entry ni akan sengih sorang-sorang heee. Rindu semua =)

Terkilan

Cuma nak kongsi rasa terkilan yang amat sangat dengan korang. Mungkin korang dah biasa rasa perasaan ini. Tapi aku tetap cuba kawal emosi supaya tak terasa. Apapun tak boleh jadi sebab emosi susah nak kawal ye. Lagi-lagi bila terkilan tu dengan orang jauh lebih tua.

Usaha dipersia. Dikritik. Dihentam. Akhirnya? Inilah hasilnya. Aku rasa marah. Meluat. Menyampah. Sampai rasa nak maki je. Nak cakap ni je, "Untung aku buatkan. Kalau terer sangat buatlah sendiri," Tapi aku sedar dia jauh lebih tua. Dan aku kena hormat dia. Walaupun hati sakit teramat.

Cukup usaha ini. Aku mengalah. Ikutlah mulut dia nak kata apa. Yang penting aku dah jalankan tanggungjawab. Aku dah buat sehabis baik. Susah layan karenah orang cerewet ni tau? Jadi aku cuba positifkan diri. Kalau aku marah terus, pahala takkan dapat. Jadinya, aku cuba untuk tersenyum walaupun hati masih sakit. Mengalah tak semestinya kalah kan?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Belajar cakap depan cermin

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Belajar berbicara di depan cermin kerana setiap apa yang kita tuturkan terhadap orang merefleks untuk diri kita tanpa kita sedar~~~

Maksudnya apa?

Ya, kita selalu nampak salah orang. Kita selalu tengok salah orang. Kita selalu cari salah mereka. Tanpa kita sedar yang salah yang kita nampak tu sebenarnya ada pada diri kita. Ada dekat dengan kita. Kita buat salah tu. Tapi kenapa nak terus-terusan mengata mereka? Kenapa tak cermin diri dulu dan muhasabah diri.

Jangan lupa iman tak boleh diwarisi.

Jangan lupa yang iman bebila boleh datang dan pergi kalau kita tak jaga.

Jangan pelik bila pelacur jadi ustazah dan ustaz jadi gigolo.

Jangan sangka yang baik sekarang mesti masuk syurga.

Jangan sangka yang buat jahat memang tak dapat langsung bau syurga.

Jangan terlalu tenang dan senang dengan kehidupan anda kini.

Jangan terlalu mudah melempar kata nista hanya kerana dia berdosa seolah kau tiada dosa.

Jangan... jangan dan tolong jangan...

Nasib kita masih belum pasti lagi macam mana jadinya...

#Sesi muhasabah depan cermin

Hidup umpama main judi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ada orang kata hidup macam main judi. Sebab apa? Sebab salah pilih jalan yang kita akan lalui, mungkin ada kesan negatifnya yang membuatkan kita sesal sepanjang hayat.

Kenapa nak memperjudikan nasib kita untuk tempoh yang lama sebab termakan kata-kata orang.

"Kau je tak kahwin-kahwin lagi. Nak jadi andartu ke?"

Terus je si polan nikah dengan sesiapa je yang meminang. Padahal itu soal hidup mati sepanjang hayat. Nikah bukan perkara senang. Kalau tak suka boleh cerai? Pedulikan kata orang yang sentiasa negatif. Pedulikan. Yang tentukan nasib kita ialah kita dan apa akan jadi pada kita seterusnya ialah ketentuan Allah.

Ini tak. Ada juga yang suruh kahwin sebab takut posting jauh. Yang ada calon bolehlah nak tamatkan zaman bujang. Posting pedalaman? Aku takut. Tapi kalau dapat aku terima jelah. Mungkin itu dah takdirkan? Tapi untuk mengelak dari posting pedalaman dengan kahwin macam terburu-buru pulak kan?

Jadi relakah korang pilih perjudian hidup gara-gara sebuah tempoh perjudian yang pendek seperti berada di pedalaman?

Kami Blogger Utagha

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Betul ke tak aku eja ni. GKSB suruh aku buat entry. Dah setahun rasanya nak masuk group tu. Tapi payah. Aku bukan kelahiran utara. Aku bukan kerja atau belajar kat sana. Datang melawat sana pun jarang. Tapi ramai kawan dari sana. Percaya tak?

Hang tak caya lantak p lah. Aku nak jugak masuk tang situ. Haha jadi tak loghat utagha?

Sebab nak masuk?

Nak jadi warga KBU.

Nak gather2 together.

Nak join sembang kencang dalam group.

Nak jadi FAMILY mereka pulak.

Okey cukuplah kan sebab-sebabnya. Kalau jodoh orang sana tu tak tahulah pulak kan. Tiada istilah harap orang sana pun. Saja kumpul kawan ramai-ramai. Syok apa?

Hanya demi mereka

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Akhirnya aku muncul semula. Tahniah kepada mereka yang membuatkan aku berjaya menghapus dilema hari tu. Dilema keluarga dan kawan. Aku pilih?

Kawan.

Kenapa?

Sebab mereka bukan setakat kawan dan mereka dah pun selamat jadi suami isteri 10.11.12. Kenapa bukan setakat kawan? Aku adik kepada si isteri yang cengeng. Asyik menangis je masa dah nikah. Padahal patut gembira sebab dah selamat jadi isteri orang kan? Dan aku juga kawan merangkap jirang terbaik di dunia maya si suami. Siapa lagi nak puji aku kan?

Syakira Yaakub dan Nadzri Azlan, semoga berbahagia selalu. Semoga hubungan suami isteri korang berdua kekal hingga ke syurga hendaknya. Wah sangat teruja dapat bersama-sama mereka di hari bahagia. Dan terus terang aku cakap, aku tak menyesal pergi kenduri diorang.

Buat yang datang memeriahkan majlis maaf ada terkasar, terlebih, tergedik sana sini. Aku memang begitu. Ramai blogger datang. KBU, Blogger Perak dan juga GMG. Walaupun lain-lain group, tapi bila sama-sama dengan blogger aku rasa kitorang dah lama kenal. Padahal baru jumpa sehari. Kuatnya ikatan maya bila di realitikan kan?


#Video ni khas untuk korang. Tekalah aku yang mana. Errr moga tak ada yang cam. Malu kot =P
#Tiada gambar. Tengoklah kat mana-mana blogger yang rajin upload. Harap tiada muka gedik aku terupload sama T_T

Sebab itu semua kerja Allah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Jangan dipersoalkan kenapa pengantin lelaki handsome pengantin perempuan biasa-biasa je atau sebaliknya, sebab dah memang tertulis jodoh buat mereka. Tak salah pun kalau pengantin tu bukan bagai pinang dibelah dua. Asalkan bahagia hingga ke syurga... dan diringi restu ibu bapa dan diberkati yang Esa =) Siapa kita nak tentukan jodoh terbaik buat mereka? Sedangkan jodoh kita pun Allah yang tentukan =)

Dilema

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Macam lagu Ukays tu di sana menanti di sini menunggu. Macam tulah aku rasa sekarang. Serba salah nak buat keputusan supaya kedua-duanya puas hati.

Antara keluarga dan kawan mana aku nak pilih?

Antara bercuti dan kenduri mana aku nak pergi?

Antara kedua-dua event mana aku nak dahulukan?

Aku buntu. Sana aku sayang. Sini pun aku sayang. Sana akrab. Sini rapat. Sana dah janji. Sini memahami. Tapi... aku yang serba salah. Korang rasa apa aku patut buat? Janji kena ditepati kan? Tapi keluarga lagi penting. Tapi.... Haishh benci dilema!

SWEET!

Kenapa aku buat entry ni? Sweet? Sememangnya makanan sweet memang senang jumpa. Beli coklat dan rasai manisnya di lidah. Lepas tu jumpa kata-kata yang sweet. "Awak jangan berhenti senyum, sebab senyuman awak cahaya buat saya. Kalau awak tak lagi senyum maka bergelaplah saya!" Tapi untuk orang yang sweet macam aku *ehem mana nak jumpa? Haha.

Stop! Aku bukan taip sebab nak perasankan diri sendiri. Aku cuma nak luahkan pengalaman dilayan secara sweet oleh seseorang bernama lelaki. Aku tahu mesti korang dah mula fikir bukan-bukan. Takpun fikir pakwe baru ke apa. Tapi hakikatnya tak! Lelaki langsung aku tak kenali. Aku rasa dia cuma jadi diri dia. Tapi aku pulak rasa pelik.

Yalah kenal pun tak kan? Aku tak rasa dia nak mengorat. Cuma adegan bagi laluan, payungkan perempuan kehujanan tu selalu tergambar dalam cerita. Novel. Cerpen dan imaginasi aku sendiri. Itu bagi aku sweet. Sebab dia gentlemen. Sopan. Prihatin. Tapi apa yang aku rasa bila dia buat macam tu cumalah annoying.

Kita selalu harap benda sweet jadi kat kita. Kita berangan kita yang dilayan macam hero layan heroin dengan baik dan romantik. Tapi bila kita di tempat itu, di realiti. Ia tak sesweet yang kita bayangkan. Aku tak rasa perbuatan laki tu sweet. Entah kenapa. Mungkin realiti tak seindah imaginasi. Mungkin aku bukan lagi perempuan yang terlalu menginginkan kemanisan dalam kehidupan kerana manis itu tak semanis fantasi.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Lipat baju

Oh malunya nak cerita. Haha sebenarnya aku nak buat pengakuan yang aku tak reti lipat baju. Sila gelakkan aku. Dari dulu lagi lipatan aku akan dikomplen. Ada je tak kena.

Habis aku cuba jaya. Tetap lipat baju adalah perkara sukar untuk aku buat. Aish malunya jadi perempuan. Tapi itulah orang kata setiap orang ada kelemahannya.

Tadi aku mengadu dengan ibu payah lipat baju. Ibu kata seminit siap setimbun baju. Wah! Aku pun tetap nak kata susah. Ibu pulak balas, habis nanti dah kahwin tak payah lipat baju? Biar je dalam bakul?

Aku jawab, lecturer Ipah ada je yang buat. Satu bakul untuk dia. Suami dia. Anak dia. Asingkan setiap bakul je. Haha apa lagi ibu bising tak sudah :-P

PS: Ada tak yang tak reti lipat baju macam aku? Ada cara tak bagi pandai lipat dengan kemas? Huuuuu····
Published with Blogger-droid v1.7.4

Ragam si ayah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Semalam aku tertarik dengan ragam seorang ayah berbangsa cina. Bukan main setia menjaga anak kecilnya yang bermain di Playground JJ. Yang ibu aku tak tahu ke mana. Ada jugak budak-budak lain main. Ganas tapi mak ayah diorang tak ada ke nak tengok-tengokkan?

Kita bukan kongkong aktiviti diorang, kita cuma mengawasi. Kalau terjatuh, tak pasal berdarah kepala. Sebab lantai tu simen je. Sikit je diletakkan span. Dah tu tepi tangga semua besi. Bahaya. Apapun tahniah kepada bapa berbangsa cina tu. Kagum aku dengan sifat sabar dalam mengawasi anaknya.

Persoalan yang timbul, masih ada lagikah bapa yang sebegitu? Atau nisbahnya 1:9? Tanggungjawab tu bukan untuk kaum ibu je. Jadi, bapa-bapa di luar jagalah anak-anak anda. Jangan harap ibu si anak semata-mata. Dunia sekarang makin bahaya. =)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers