CORETAN TERBARU NADH

Sweet talker or bitter talker

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Manusia ni pelik bukan? Ada yang selalu menginginkan seseorang yang hadir dalam hidupnya ialah seorang yang sweet talker. Buka mulut je hati dah berbunga-bunga. Manis saja. Tak ada yang menyakitkan cuma membahagiakan. Dengan sekali lafaz ayat yang manis bisa buat hati mencair tak kembali beku. Senangnya jatuh cinta?
Yes, you!

Ada juga manusia yang mudah tertarik bitter talker. Ya, dengan orang yang cakapnya kasar. Tak berlapik. Selalu sangat buat orang sentap. Mungkin itulah strateginya membuatkan seseorang sedar kewujudannya. Sedar yang dia ada. Sedar dan sedia untuk jatuh cinta kepadanya. Mudah sangat kata benci ada si dia yang selalu sangat menyakitkan hati dengan kata-kata sindiran, namun mudah jugalah hati tertarik kepada si dia.
Tolong mengakuinya...
Sweet or bitter? Walau apapun pilihan manusia ini, yang penting sekali. Akuilah yang sememangnya anda suka dia. Walaupun dia bukan taste awak. Walaupun dia bukan pilihan hati sebenarnya. Ingatlah, walau sekasar manapun kata-katanya pada awak, dia suka awak dan awak suka dia. Walau semanis madu pun mulutnya apabila berkata-kata hingga mengalahkan si kasanova, percayalah dia suka awak. Awak juga sukakannya.
I love you, ____!
Jujur tentang rasa di hati anda. Tak salah bukan?
Nota Iffah: Terima kasih si Sweet Talker aka Ikan Kaloi, bagi idea saya up entry.

Cerpen: Ku hanya ingin mencintai

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Safiya bangun dan terus mandi. Letih sangat badannya terasa. Semalam entah pukul berapa baru boleh dia melelapkan mata. Kusut memikirkan masalah keluarganya yang memaksa dia kahwin. Kahwin bukan masalahnya. Masalahnya, dia tak punya calon. Dia tak tahu kapankah dia akan jumpa calon yang mampu menggetar rasa di hatinya. Itu tak pernah terjadi. Jadi dia rimas dengan masalah itu.

Kalau boleh dia mahu lari jauh. Lari dari semua masalah yang membelenggu. Dia tahu lari dari masalah takkan dapat selesaikan apa-apa. Tapi dia mahu tenang. Itu misinya. Nasi lemak sebungkus dijamah. Terasa pasir. Sukar untuk dia cerna setiap butir peluh petani itu. Lantas dia menyudahkan suapan terakhir dan menutup semula bungkusan itu.

“Oit kenapa tak habis tu?” Tasnim mengerutkan keningnya. Gelengan saja yang mampu Safiya berikan.
“Piah oi, sejak bila kau reti membazir? Selalu kau yang berleter suruh aku makan habis. Nasi tu nangislah, apalah,” Tasnim memulangkan paku buah keras. Dia tak sedar sahabatnya sedikitpun tak mendengar tiap butir bicaranya.
“Piah!” Nada dikuatkan.
“Hah?” Safiah berpaling laju. Fikirannya serabut. Jiwanya rasa kosong. Ditenung wajah sahabatnya penuh tanda tanya.
“Kau kenapa?” Dia mengambil tempat. Safiya mengeluh.
“Tak ada apalah. Aku tengah fikir benda lain. Sorrylah, aku masuk dulu okey?” Dia membuka langkah. Tasnim yang masih tertanya-tanya dibiarkan di belakang. Dia benar-benar stress!

***

Pemandangan itu terlalu indah. Dia asyik sekali memandangnya. Hinggakan dia lupa yang mana realiti yang mana fantasi. Dedaunan yang gugur begitu menarik di matanya. 

“Kalaulah aku mampu menahan daun itu dari jatuh…” Bicaranya sendiri.
“Hidup ni jangan dibiasakan dengan kalau,” Suara garau menyapa gegendang telinga Safiya. Namun, tak pula dia berpaling. Dia membiarkan saja lelaki itu dengan kata-kata itu. Dia akui dalam diam. Betul apa yang dia sampaikan. Cuma Safiya masih terpesona dengan keindahan bumi korea. Ya, dia di situ. Dua hari dia menghabiskan duit ke sana. Bukan mimpi lagi. Tapi realiti.

“Awak, kenapa awak selalu sangat lepak sini?” Pertanyaan itu mengundang kemusykilan di hatI Safiya. 
“Mana awak tahu?” Dia mula risau dengan kehadiran ajnabi di sebelahnya. Dijarakkan sedikit jarak antara mereka.

“Dari semalam awak berdiri kat sini. Mula saya ingat awak nak terjun tasik ni,” Safiya ketawa.
“Merepek!” Lelaki itu ketawa juga.
“Dahlah, jangan melepak sini. Korea banyak lagi tempat best. Kalau nak saya boleh tunjukkan?” Pelawa lelaki itu. Safiya mengerutkan keningnya.

“Serius, saya dah lama di sini. Semalam saya melukis pemandangan. Tiba-tiba nampak awak berdiri. Maaf saya terlukis awak sekali,” Safiya ketawa. ‘Tak pasal aku jadi model!’ getus hatinya.

“Nak tengok? Esok saya bawakan. Oh ya, berapa lama kat sini?” Lelaki itu benar-benar menyenangkannya. Entah mengapa Safiya tak pula terganggu dengan orang asing di bumi asing.
“Lagi dua hari balik Malaysia balik. Awak buat apa kat sini?” Ringan mulutnya bertanya.
“Saya? Nampaknya awak berminat nak tahu pasal saya. Saya Azham. Lama dah duduk sini,” Safiya sesekali membetulkan tudungnya yang ditiup angin.

“Oh, dengan family?” Azham menggeleng.
“Tak. Sorang. Saya dulu macam awak,” Safiya membuat riak muka pelik. Pelbagai persoalan yang muncul dibenaknya.

“Tak, maksud saya, masa saya sampai ke sini macam awak. Termenung. Saya lari dari hakikat. Sampai sekarang begitu juga,” Safiya terkejut.
“Mana awak tahu?” 
“Saya macam awak sekarang. Banyak menung. Masalah yang saya tinggalkan di bumi sana masih berlegar-legar. Sampai sekarang masalah saya tak selesai,” Ketawanya kecil.

“Dah tahu tak selesai, kenapa tak balik Malaysia?” Safiya pula cuba mengorek rahsia di dalam hati lelaki itu. Entah mengapa ramah dia melayan. Sedikitpun tiada rasa takut dengan lelaki itu. Rasa selamat adalah.

“Saya tunggu suri hati saya bawa saya balik. Tinggalkan kenangan dulu, bina masa depan. Sebab tu saya lebih suka duduk di tempat orang. Sebab tiada kenangan yang menyakitkan di sini. Awak pun rasa begitukan?” Azham membuang pandang ke air yang tenang. Berbeza pula dengan hatinya yang berkocak hebat. Ya, godaan rasa ingin menyintai kembali. Kali ini dengan gadis sebelahnya.

“Dah jumpa suri awak?” Safiya simpati.
“Dah…tapi…” 
“Tapi apa?” Rasa ingin tahunya membuak-buak.
“Tapi sudike awak jadi suri saya tu?” Terpana. Safiya memandang lelaki itu. Renungan mengharap pengertian. Namun, hanya senyuman yang dia dapat. Dan lama kelamaan dia pun senyum juga. Cinta mula tumbuh meliar dalam hatinya. Siapa Azham dan kenapa Azham? Dia tak dapat jawapan. Yang pasti dia telah jatuh cinta!

Nota Iffah: Aku sangat sibuk membuat jasa pada sekolah. Jadi sangat jarang online. Terima kasih pada yang setia tunggu aku. Rindu aku. Ini cerpen terakhir aku karang buat masa ni untuk blog S7W hari tu. Belum ada kesempatan nak publish kat blog kesayangan. Ini baru nak republish. So, mana yang tak baca lagi. Silakan baca. Jangan minta sambungan kerana aku tak nak sambung. Busy busy busy!!!
Nota Iffah 2: Ikan Kaloi, pernah jumpa orang sweet talker tak?

La Tahzan: Forever alone

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Jangan bersedih kerana mereka ada dekat dengan kita tanpa kita sedar.Kita tak pernah keseorangan. Kita ada Allah. Kita ada sahabat. Yang penting kita ada hati yang kuat untuk menempuhi dugaan yang mendatang. Senyum biarpun sakit terasa. Sedih dibiarkan berlalu dengan harapan pasti ada sinar. Kumpullah kekuatan orang sekeliling. Itu yang lebih menguntungkan kita. 

Nota Iffah: Bagi galakan tak apa, jangan bagi orang terperasan ye anak ikan saya. :p

Hati ku tergores luka

Amboi, ayat bukan main lagi. Sejak aku tahu yang guris bermaksud gurisan dalam seni. Jadi aku gunalah gores. Sebenarnya kisah ni dah lama. Tapi aku tetap terasa hati. Sebab ayat di bawah.

"Oh tangan ni tak bolehlah nak perah santan ye?" Seorang makcik menegur. Aku angguk dan gelak saja. Memang kenyataan kan? Lepas tu datang nenek tua. Dia belek tangan aku dan cakap, "Lepas ni nak cari laki kenalah yang betul-betul. Ni tangan kanan nak buat kerja rumah apapun tak dapat. Susah laki nak terima," aku senyum tapi dalam hati hanya tuhan yang tahu.

Sakit sangat. Rasa nak menangis dah masa tu. Aku punya tangan boleh dirawat lagi kot. Selama ni aku masak jugak walaupun pisau susah nak pegang. Aku boleh je urus diri aku dengan tangan tak sempurna ni. Tak pernah nak susahkan dia. Kenapa dia pulak nak kata macam tu?

Aku tak kisah orang kata aku cacat. Tapi aku sangat kisah bila orang kata macam aku loser. Menyusahkan orang. Tak boleh buat kerja dan harapkan belas orang. Aku sangat-sangat tak suka orang layan aku macam aku sakit. Sakit lagi hati bila orang cakap macam tu. Cacat tu salah ke? Aku ke yang mintak tangan aku jadi macam ni? Kalau susah lelaki nak terimapun, aku tak naklah terhegeh-hegeh nak kat laki tu. Aku boleh jaga diri!
Nota Iffah: Aku emosi sangat! Ikan Kaloi, saya tak suka bagi orang harapan dan saya berangan lebih=)

- Posted using BlogPress from my iPad

Melayu itu unik

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Minggu lepas pensyarah aku kata melayu ni unik. Sebab lain yang dikata lain yang di hati. Lain yang dirasa lain pula yang diluah. Macam hipokrit. Tapi sebenarnya dia hanya ingin menjaga hati orang yang mendengar. Dia kata lagi, kalau orang putih suka cakap terus terang. Tak ada kiasan. Tak ada simpang siur. Kalau dia tak nak, dia akan kata NO! Dengan tegas dan yakin. Lain dengan melayu.

Situasi 1:
"Makanlah ni. Jangan malu-malu. Kuih bujang je ni," Pelawa A. Si B malu-malu. Akhirnya, Si C yang melantak. Dia pegang prinsip kalau malu tak dapat. Makan Si B aka melayu telan air liur je.

Situasi 2:
"Sedap tak kau agak aku punya nasi minyak ni?" A bertanya. B angguk. "Sedap! Macam mana resepi buatnya?" Dalam hati B menyumpah kata tak sedap. 'Mak aku masak lagi sedap!'

Okey, korang tambahlah sendiri. Sekarang korang setuju bukan yang bangsa Melayu ni unik? Ada baiknya, ada juga buruknya. Mana yang tak elok jadikanlah sempadan. Yang baik kita ikut jadi teladan. Manusia tak sempurna. Begitu juga bangsa itu sendiri. Tapi aku masih bangga dengan melayu. Sebab aku orang melayu.

Nota Iffah: Agak pelik bila nampak jari berinai. Ni gara-gara kawan baiklah ni. Oh ya, jangan cemburukan ikan kaloi tu. Itu anak ikan baru aku haha =P *gurau

Cikgu dah kahwin ye?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hari pertama sekolah yang sangat tak bermaya. Letih sangat. Tak sihat pun ada. Kata mentor aku, muka terpaksa datang sekolah. Kepala sakit je. Tapi yang melucukan, anak murid prasekolah teruja jumpa kami balik. Terus tegur.

"Cikgu, mana spek cikgu?" Anak murid tanya.
"Cikgu teruja nak datang sini, sampai lupa pakai spek," Aku jawab.

"Cikgu, cikgu dah kahwin?" Anak murid yang comel.
"Taklah. Kenapa?" Aku tanya balik.
"Cikgu pakai inai. Cantik!" Aku senyum je.

Semua ni gara-gara kawan aku punya buang tebiat. Bilalah nak hilang kesan inai tu? Malu pulak aku dibuatnya. Aishhh~~~
Nota Iffah: Rindu berbalas konon. Kang marah pulak buah hati si ikan kaloi.

Bila nak ada pakwe?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Adalah insan yang prihatin dengan aku menanyakan bila nak ada pakwe. Sebab dia kata aku semakin jiwang. Boleh tak aku kata tak nak ada pakwe? Tak salahkan. Lepas tu pakcik tu kata, habis nak ada suami? Dengan mengadanya aku jawab ye. Memanglah nak ada suami, cuma tahun bila tu tak tahu.

Takkan tak nak kahwin kot. Tapi biarlah dulu. Lama lagi nak fikir soal ni. Ramai yang risaukan bagi pihak aku nampak. Macamlah aku dah masuk senja. Fajar pun baru nak naik tahu? Dah, pergi fikirkan benda yang lebih penting dari ambil tahu pasal aku. Aku tak mahu memikirkan lagi dan tak mahu kamu yang pening kepala memikirkan sama-sama.

Sebab jodoh kan Allah dah tentukan. Kalau ada, cepat atau lambat, pasti akan ada. Aku tengah belajar jadi fokusnya haruslah belajar. Jadi single bukan pathetic. Tapi jadi desperate sangatlah pathetic dan aku tak rasa aku perlu terdesak buat masa sekarang. Cemburu tengok orang kahwin? Normallah kan? Usaha dan tunggu hasilnya senyap-senyap je. Pasti ada =)

Nota Iffah: Ramai tak rindu aku? Kehilangan aku kerana kesibukan berkenduri. Alhamdulillah, akhirnya ada jodoh untuk dia. Aku doakan dia bahagia, biarlah orang nak kata apa, janji kita tahu diri kita. Oh ya, aku rindu korang semua. Terutama Encik Ikan Kaloi yang misteri. =)

Jawapan tentang kawan baik ke kawan biasa versi aku

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Okey lama rasanya tak buat tajuk panjang macam ni. Sekali sekala tak apa rasanya. Aku sebenarnya kena buat tesis. Tapi otak tak mahu bekerjasama. Sadis bukan? Aku kena paksakan jugak! Sambung kisah kawan biasa dan kawan baik di sini. Siapa tak tahu kisah, rujuk je kat sini. Okey?
Kita kawan kan?
Jawapan dari kawan-kawan cukup buat aku terfikir. Sebenarnya aku nak kata tak setuju dengan penyataan kawan baik dan kawan biasa tu. Aku rasa kawan baik tak semua macam tu. Tak semua cakap lepas. Tak semua suka usik-usik. Tapi bila baca semua komen. Aku nak ubah persepsi aku.

Aku setuju. Setuju kerana memang kawan yang kenal kita, yang tahu kita macam mana, yang baik dengan kita akan meluahkan kebenaran walaupun kedengaran seperti kejam. Sebab diorang tahu kita macam mana. Terasa pun benda betul. Takkan tak nak mengaku? Perlu ke ego dengan kawan baik? Orang yang belum kenal kita sepenuhnya, takkan berani main cakap lepas. Diorang biasanya berlapik. Bimbang hati kita terasa.
Pegang kuat-kuat kawan-kawanku!
Tapi aku tak mahu kawan baik saja. Aku perlukan kawan biasa juga. Yang untungnya aku ada kedua-dua golongan itu. Aku tak mahu semua yang terlalu menjaga hati sampaikan aku buta tentang hakikat kelemahan aku. Aku juga tak mahu kawan baik semata-mata sebab hati aku hati tisu. Kadang pandai juga nak terasa. Bukan kalis sangat pun.
Nak kawan dengan semua!
Aku tamak. Aku tahu tu. Sebab tu aku bersyukur punyai dua jenis kawan. Kita perlukan kawan yang ramai. Bak kata kawan aku, jangan terlalu bergantung dengan seorang saja, bila ada masalah kalau sorang tu tak boleh tolong. Kita nak minta tolong dari siapa lagi? Kesimpulannya, berkawan biar beribu. Jangan diskriminasi mereka. Aku suka kawan ramai. Pakwe tak ada pun hati gembira =)
Nota Iffah: Kalau dah itu kata awak Ikan Kaloi, saya ni bukanlah bawang putih mahupun bawang merah. Cuma blogger yang hanya di pinggiran.

ZINE PILIHAN (WarnaKaseh)

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
POST INI MELEKAT HINGGA 22 JUN 2012
Seperti yang korang tahu aku sangat minat menulis cerpen. Jadi untuk pertama kalinya karya aku dicetak menjadi naskah. Sila tepuk tangan. Untuk permulaan mengembangkan minat aku dan kawan-kawan Warna Kaseh telah mengumpulkan cerpen kami dalam satu naskah.

Jadi bagi peminat cerpen, anda semua dijemput membuat pre order buku tersebut. Harganya cuma RM10. Bagi yang membeli secara online tambahan RM 5 untuk bayaran pos. Jadi sokonglah kami yang baru berjinak-jinak mengembangkan bakat penulisan. Ini baru permulaan. Sokongan dari kalian mampu membolehkan kami pergi lebih jauh insyaallah.
Inilah rupa bukunya

Para penulis
Info lanjut rujuk di sini. Untuk order di sini.
Aku harap korang dapat menyokong kami yang baru mula merangkak ni! Ikan Kaloi tak nak beli? Hek hek hek~~~
Nota Tambahan: Nak by hand? Jumpa aku area KL. Bayar RM 10 je. Yang dah sure buy by hand: Opah, Sunah, Kak Shida, Hakimi, Nani, Bie, Cik Pulau, Mimie, Mrs Abi, Fasihah, Finaz, GKSB, Kak Miza. Yang bold maknanya dah bayar. Siapa lagi? Cepat-cepat order sekarang!!!

Kawan baik ke kawan biasa?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Orang kata kawan baik dengan kawan biasa lain.

Situasi 1:
Aku: "Adoi apasal air terkena lengan baju aku ni. Dahlah panas!"
Kawan baik: *Buat-buat tak dengar
Kawan biasa: "Meh aku ambilkan tisu."

Situasi 2:
Aku: "Aku budak baik kan?"
Kawan baik: "Perasan gila budak ni!"
Kawan biasa: "Kau baik sangat."

Situasi 3:
Aku: "Apasal aku rasa aku makin malas je ni?"
Kawan baik: "Kau baru tahu ke yang kau ni pemalas?"
Kawan biasa: "Taklah mana ada kau malas."

Korang setuju tak dengan penyataan di atas? Beza kawan biasa dan kawan baik? Kawan aku kata macam tu sebab dia baca kat komik FB tu. Kalau korang setuju kenapa? Kalau tak setuju kenapa? Jawapan aku akan ditulis pada entri lain. Bagi jawapan korang dulu.

Nota Iffah: Ikan Kaloi ni misteri sangat. Kalau terusan timbul takut jadi pohon beringin. Kalau ada buaian tak apa jugak. Bolehlah saya menumpang berbuai, kalau selamanya hilang, mana nak cekau? Awak tu perahsia sangat.

La Tahzan: Gagal berkali-kali

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Gagal sekali tak bermakna gagal buat selamanya. Tapi kalau kita mencuba dan berterusan gagal? Pasti sedih bukan? Kita dah cuba sedaya upaya untuk menjayakan diri. Namun, tetap takdir menentukan kita gagal. Aku juga pernah alami. Sampai satu masa aku nak putus asa. Aku benci! Aku maki orang yang membuatkan aku gagal.

Ujian JPJ misalnya. Hari pertama aku pergi. Ujian bukit, parking dan tiga penjuru. Lama tunggu. Sekali bila giliran aku, aku panik dan gagal serta merta bahagian bukit. Aku kecewa di saat orang bergembira. Aku pergi ujian jalanraya. Gagal juga sebab mati enjin dan berada di simpang terlalu belakang sampai tak nampak kereta lalu lalang. Uncle JPJ terus suruh aku berhentikan kereta. Kecewa sangat!

Tak lama lepas tu aku ambil lagi ujian. Kali ni gagal dua-dua juga. Sebab aku lawan cakap JPJ tu. Aku nak jugak jalan yang ditetapkan. Dia suruh U-turn, tapi aku teruskan bawa kereta. Sekali aku entah macam mana hampir masuk longkang. Encik JPJ terus paksa aku turun. Lepas tu aku gagal masa ujian bukit juga. Bayangkan perasaan aku? Dua kali gagal. Dua-dua bahagian pulak tu.

Aku kecewa. Aku balik jalan kaki dari Cheras ke Kajang. Sambil jalan sendiri di lebuhraya Cheras-Kajang aku menangis. Aku menangis bagai nak rak. Sebulan lepas kegagalan aku berkali-kali barulah aku bangkit dan meneruskan ujian. Akhirnya, aku lulus kedua-dua bahagian. Yang menariknya, aku diuji oleh Encik JPJ yang sama yang aku gaduh dulu. Kecil sungguh dunia ni. Allah beri aku gagal bukan sebarang.

Sampai sekarang aku tersenyum mengingatkan kisah kegagalan aku. Sampai aku ada Maria dan akhir hayat Maria diganti pula dengan Maya. Aku masih bersyukur kerana tanpa pengalaman gagal berkali-kali takkan mungkin aku hargai lesen memandu yang aku ada sekarang. Gagal berkali-kali tak bermakna kau takkan berjaya. Cuma ada hikmahnya kenapa kau kena lalui kegagalan sebelum mengecap kejayaan. Aku hargai kejayaan kerana kegagalan itu. Percayalah pasti ada pelangi selepas hujan =)
Nota Iffah: Ikan Kaloi, awak pemes sekarang. Semua berminat nak tahu, apatah lagi saya =)

Tolong aku kembalikan FACEBOOK!!!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Uwaaaa

Maaf kepada kawan-kawan. Ada 5 ke 6 mesej kat Inbox. Berapa notification entah. Maaf sangat. Aku tak boleh bukak akaun Iffah Afeefah II buat masa ni. Aku cuma boleh buka acc Iffah Afeefah je. Jadi aku tak tahu ada urusan penting ke apa yang kawan-kawan mesej kat inbox tu. Kalau urgent, pm kat sini okey.

Siapa tahu kenapa jadi macam ni? Hari tu kena sekali. Si Mark kata ada masalah login. Yang ni masalah lain. Dari pagi tak boleh online. Seksa sangat tak dapat bukak. Siapa tahu kenapa dan cara selesaikan? T_____________T

Info 1: Aku dah try dua browser chrome dan mozilla tapi tak dapat.
Info 2: Acc aku lagi satu dua-dua browser boleh bukak. Kenapa acc ni je tak boleh?
Info 3: Aku dah try mintak tolong kawan aku. Tengoklah macam mana nanti.
Info 4: Kawan aku kata tak ada problem, tadi online guna Ipad member aku boleh pulak. Aishh nak benda mahal je!

Tips: Hiasan dulang hantaran

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku tak tahu panggil apa. Dulang ke pahar. Suka-suka je aku tulis ni. Sebenarnya, aku memang suka menyibuk bila orang beli barang kahwin. Macamlah aku punya kan? Tapi sejak aku umur 17 tahun lagi aku dah melibatkan diri dengan kegiatan seperti ini. Jadi jangan hairan ye. Setelah aku tenung, perhati dan teliti aku dapat beberapa tips yang menjimatkan perbelanjaan. Buat hantaran sendiri lebih menjimatkan sebenarnya.

1. Pahar
Tahu ke apa itu pahar?
Ini pahar
Kalau beli sekali banyak murah. Tapi ikutkan aku, tak payah beli. Beli je bekas yang berkaki. Ala-ala pahar. Jadi hiasan tu cuma terhad pada bekas besi tu je. Tak payah ada kain lapik, polisterin untuk lapik. Semua akan menjimatkan anda. 
Yang guna pahar

Guna bekas berkaki
Nampak tak beza hiasannya? Bahan digunakan lebih kurang sama. Cuma yang pink tu ada pahar, polisterin, kain lapik pahar dua helai (kain pink dan kain net), kain net pembalut polisterin. Bandingkan harga? Betapa banyak pembaziran jika guna pahar.

2. Barang hantaran
Sekarang manusia makin menggilai gajet. Hampir setiap kenduri pasti ada gajet sebagai hantaran dalam dulang. Tapi diingatkan janganlah syok sangat dengan gajet sampai lupa tradisi. Kalau 9 dulang penuh gajet je mahu orang lain pitam tengok. Lagi satu, kalau boleh tunjukkan kotak je. Tengah kenduri mahunya orang panjang tangan ambil benda berharga kan?

3. Bunga atau barang hiasan
Selalu orang suka main beli je. Lepas tu try and error. Akhirnya, bunga dan hiasan tu terbiar sebab berlebihan. Cara Ibu aku, cari contoh hantaran yang kita nak buat. Ambil gambar siap-siap. Beli barang cukup untuk hiasan dulang. Masa beli dah set, nak beli reben saiz apa, warna, berapa kuntum bunga, rama-rama berapa ekor, buah nak letak dalam bekas apa, bekas kek. Supaya bila dah buat, tak kelam kabut bahan tak cukup dan hiasan terlalu meriah sampai tak nampak BARANG HANTARAN. 
Akhir kata dari aku, berbelanjalah mengikut kemampuan. Mana yang patut dijimatkan eloklah jimat. Jangan nak mewah sangat, sebab kehidupan lepas kahwin lebih penting. Barangan ni semua hanyalah adat. Tak menjanjikan kebahagiaan pun. Jangan dah bermewah dan megah pasal hantaran tapi lepas kahwin terus jatuh miskin. Biarlah bersederhana dalam segala segi. Siapa nak kahwin jemputlah aku hehe~~~
Nota Iffah: Tak ada kecewa pun Ikan Kaloi. Saya hormati keputusan awak tu =)

Tersalah cakap

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Pernah tak tersalah cakap? Aku pernah. Selalu sangat. Sampaikan orang terasa. Kadang dengan Ibu aku pun macam tu. Muka dah berubah keruh. Aku fahamlah tu. Mesti aku tersebut benda yang buat orang boleh salah faham. Aku banyak cakap. Jadi kadang, melukakan hati orang secara tak sedar. Sebab tu aku tak suka sangat berborak lama dengan orang. Kang ada yang sentap dengan aku.

Jadi, susah sebenarnya kalau dah tersalah cakap. Kadang kita tak maksudkan pun. Tapi bila penggunaan kata yang salah dan situasi yang salah. Ia menjadi sangat kata-kata yang menyakitkan hati si pendengar. Adakala boleh dimaafkan. Tapi kalau selalu sangat? Orang pun nak menyampah dengan kita. Sebab tu kita kena kurangkan bercakap. Diam itu lebih baik bukan?

Apa aku kena buat? Jaga mulut. Banyakkan perbendaharaan kata. Tapis mulut supaya tak melaser macam selalu. Tapi berjayakah? Tak cuba tak tahu. Ada tak pernah sentap dengan aku? Baik mengaku cepat. Aku nak mintak maaf ni. Manusia dengan silap macam kembar siam korang tahu? Jadi sama-samalah muhasabah kesilapan sendiri.

Nota Iffah: Ikan Kaloi, saya tak nak paksa dah. Kalau untuk dapat tahu pasal awak sampai kena korbankan persahabatan kita, saya sanggup terus misteri begini.

Cintaku dipermainkan oleh blogger

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku serius nak gelak. Lawak sungguh orang sekarang kan? Macam-macam. Pasal blogger pun nak cari keyword. Okey-okey aku tak gelak dah. Sebenarnya, blogger tu manusia dik. Bukan robot. Jadi bila cinta dipermainkan tu memang manusia je yang suka buat. Robot tak reti. Macam simi simi. Dia siap pujuk lagi. Bersayang bagai. Errr

Kenapa cinta sering dipermainkan? Aku yakin yang cari keyword ni perempuan. Sebab lelaki takkan buat benda macam ni. Lelaki dan perempuan sangat berbeza. Aku tak ada jawapan untuk itu. Jadi aku nak nasihatkan si perempuan yang dipermainkan cintanya. Awak, awak patut sedar yang cinta sebelum kahwin tak menjanjikan apa-apa. Cinta tu datang dan pergi sehinggalah yang benar-benar awak akan ingat sampai syurga nanti.

Jadi, semua ni pengalaman yang mengajar awak supaya hati-hati dengan permainan cinta. Jangan mudah sangat jatuh cinta. Juga jangan mudah hukum orang lain. Mentang orang yang mainkan awak tu blogger, awak pun dah tak suka blogger. Ada ramai blogger yang baik ni. Jangan serik dalam mencari cinta tapi ingat carilah cinta Ilahi dulu. Lepas tu, baru cinta sesama manusia. Jangan terdesak sangatlah dik oi. Sakit tu kejap je hilang. Esok bangun dah tak rasa sakit tu. Percayalah sakit itu indah =)

Nota Iffah: Korang nak beli ZINE PILIHAN by hand? Inbox aku tau. Aku kasi nombor akaun untuk bayar kat aku. Naskah tu nak diposkan dah minggu depan. Aku yang tak sabar nak dapat!
Nota Iffah 2: Ikan Kaloi, peminat ke? Kalau kesiankan saya yang pening ni, pm saya ASAP!

Kalau!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Hidup ni jangan biasakan diri dengan kalau, seolah-olah kita tak redha dengan apa yang telah terjadi dan apa yang telah kita pilih untuk hidup kita, Iffah Afeefah 2012"

Misalnya; 
Kalaulah aku ada suami macam Aaron Aziz, romantik je. Tak macam laki aku, 24 jam bola. Menyampah!

*ehem ehem* Tu contoh. Jadi macam tak bersyukur pun ada jugak. Mujur ada suami, dari tak ada langsung kan? Kita selalu nampak yang kurang kat diri kita tapi tak pernah nampak yang Allah beri lebih kat kita. Manusia tak pernah mahu belajar menghargai. Itu hakikat. Selalu sangat tak puas dengan dia ada dan kalau sentiasa ada.

Kalaulah aku kaya...

Kalaulah aku cantik...

Kalaulah aku pandai...

Sampai bila-bilapun kalau tu takkan mengubah apapun dalam hidup kita melainkan kita usaha. Usaha menjadikan ia kenyataan. Kalau tak boleh ubah ia, terima seadanya. Belajar bersyukur! Itu paling utama.

Nota Iffah: Ikan Kaloi tahu alamat rumah saya? Berhentilah berteka-teki. Saya makin pening tahu?

Kalau dah namanya lelaki

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kalau dah namanya lelaki, 
Bola juga yang dicari, 
Yang perempuan dibiar sendiri,
Merajuk dan memujuk sendiri.

Bola bagai ombak ganas,
Sekali datang sekali gila,
Buat hati perempuan panas,
Sibuk menagih kasih pula.

Bola buat jiwanya gembira,
Ada pula sendu sentiasa,
Lelaki senyum sampai telinga,
Perempuan gigit jari saja.

Lelaki tidur tak kira masa,
Demam bola sudah menggila,
Perempuan cemburu tak terkira,
Berkongsi kasih dengan bola.

Nota Iffah: Sempena musim makan bola, tidur bola, segalanya pasal bola. Maka terhasillah entri suka-suka  ni. Korang tahukan betapa aku tak suka bola? Oh bilalah aku akan menghakis rasa tak suka akan bola?
Nota Iffah 2: Ikan Kaloi, tahu nama, tapi nak hantar ZINE ke alamat mana?

Review Novel: Kahwin ganti

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Opss!
Minat aku kembali lagi. Review kali ni dibuat dalam keadaan senyum-senyum. Mood happy baru lepas baca novel ni. Semua gara-gara GKSB yang asyik sebut pasal novel ni. Hari tu dah terjah MPH Alamanda. Tak ada. Tapi hari ni setelah jumpa pasangan kuning yang sweet. Rujuk entry kak Miza #ehem. Aku pun terjah dan menerkam laju novel ini. Hah teruja bukan main.

Okey berbalik pada novel. Aku suka sebab kelainan cerita ini sebab novel ni bukan pasal kahwin paksa atau kahwin kontrak. Ini kahwin ganti! Pengantin lelaki pulak. Memang seronok baca. Konflik pun sikit. Ringan otak aku setelah berbelanja sakan sepetang di jalan TAR petang tadi. Dari awal aku asyik senyum je baca. Korang nak senyum? Silalah baca sendiri. Pasti tak rugi. Novel ni berjaya buat aku rasa nak kahwin setelah jiwa kacau dua tiga hari ni hehe~~~

Nota Iffah:  Ikan Kaloi, tak mampu nak belanja awak. Sebab semua pasal awak misteri=P

Kenapa aku tak mati je?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Siapa ingat kisah tragedi 28.7.2011? Aku ingat itulah tarikh keramat. Kalau betul umur aku tak panjang, mungkin aku dah mati masa tu. 28.7.2011. Ya, hari sabtu beberapa hari sebelum raya adalah tarikh keramat. Sampai bila-bila aku akan ingat. Ada yang hilang, ada yang pulih sediakala. Ada yang merubah aku. Walaupun tak 100%.

Pernah aku fikir kenapa aku tak mati je?
Pernah aku fikir hidup aku cumalah susahkan orang semata.
Pernah aku fikir untuk apa Allah bagi aku hidup?
Pernah aku fikir baik mati je masa tu.

Tipulah kalau aku kata tak fikir. Aku pun manusia biasa. Bila aku muhasabah diri. Tengok orang melawat. Oh masih ramai sayang pada aku. Tu aku tak mati pada tarikh tu. Aku rasa. Aku cuba cari balik sebab kenapa Allah tak tarik nyawa aku terus. Kuasa Allah siapa boleh lawan. Sekarang aku bisa tersenyum sebab aku dah tahu kenapa Allah bagi aku peluang kedua untuk hidup.

Sebenarnya, aku terbuat entri ni sebab ayah bising pasal kondisi tangan aku ni. Ibu pun bising suruh bedah. “Awak dah sakit dulu, apa salahnya sakit lagi sekali?” Ibu cakap senanglah. Yang sakitnya aku. Yang deritanya aku. Sampai sekarang aku tengah berkira-kira apa nak buat dengan tangan cacat ni. Ya Allah tunjukkanlah pilihan terbaik buat hambaMu ini. Amin.

Nota Iffah: Dah order zine sulung aku dan kawan-kawan? Order kat sini. =)

Ezad Amir

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Gila. Ternganga aku baca keyword yang melekat kat blog ni. Apasal ada orang cari Ezad Amir kat blog aku? Ceit mesti Jad kembang baca ni. 

Yang aku tahu Ezad Amir tu kawan aku paling sengal. Yang selalu lupa interview dia. Yang ada je masalah kalau tiba masa interviewnya. Itu je aku tahu. Yang lain boleh tengok kat Fb dia. Retis sangat ke kau Jad? Jelez mak nak!

Kalau nak kenal Ezad Amir, klik je ke sini. Blog dia. Oh kat sini pun blog dia jugak. Tamak benar Ejad ni Haha. Dia blogger berbakat okey!

La Tahzan: Cerai!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Rasa air mata nak jatuh saat aku taip ni. Ya, pengalaman pahit seorang wanita ialah diceraikan atau dijatuhkan talak. Memang orang kata jangan pilih cerai. Cuba pulihkan. Tapi pernah ke kita masuk ke dalam kasut dia. Rasa apa yang dia rasa? Suami ada orang lain. Selama ini dikata sayang, dibelai manja. Janji sehidup semati. Mana pergi semua janji tu? Kenapa kena terima cinta orang lain dengan status suami orang? Kalau angin tak ada masakan pokok bergoyang.

Manusia ini ada akal. Ada iman. Mata buta bila berdepan dengan cinta? Cinta itu Berjaya mengaburi mata dan membodohkan anda wahai suami yang tak setia. La tahzan kepada wanita yang bergelar isteri, bekas isteri atau wanita yang dicurangi. Sedih memang bukan kepalang. Apatah lagi bila memikirkan anak yang ada bersama. Kadang kita terpaksa buat keputusan terbaik demi anak. Tak nak anak kurang kasih sayang si bapa. Tapi perlukah kita sendiri yang makan hati dengan sikapnya?

Aku dah nampak contoh. Akhirnya, si anak turut makan hati dan tak percaya pada ayah. Paling teruk tak mahu berkahwin kerana trauma dengan kelakuan bapa tak setia. Suami tak setia, sila nyah jauh-jauh. Kau usirkan dia walau hati sayang sekalipun. Tak ada guna kau simpan suami yang tak bertanggungjawab. Cinta manusia buat dia lupa segalanya. Tak mustahil ia akan terjadi berulang kali. Sanggupkah dilukai terus menerus wahai hati-hati yang terluka? 

Namun, aku bisa menaip semata. Yang merasai kamu-kamu para isteri di luar sana. Buatlah solat istikharah dan mohonlah bantuan Allah yang esa. Yang nyata pilihan yang ada sangat menyakitkan. Aku tahu itu!
Nota Iffah: Ikan Kaloi, kedekut! haha

40#Wordless Wednesday

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
google


Nota Iffah: Ikan Kaloi, apa yang awak tahu pasal saya?

Hanya blogger faham blogger

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ya, aku tahu. Aku juga blogger. Ramai sangat tak puas hati dengan blogger. Setuju ke hanya blogger faham blogger???

Kalau yang asyik dengan SEO, diorang kata kejar trafik untuk duit, popular.

Kalau asyik dengan diri sendiri, orang kata kita syok sendiri.

Kalau asyik taip cerita orang, kata kita menjaja aib orang.

Kalau asyik nasihat, berdakwah, kata kita ustaz ustazah alam maya.

Kalau kita merepek, kata kita ni tak memberi faedah langsung kat pembaca.

Kalau asyik menulis pasal cinta, kata kita jiwang.

Habis, apa yang kita nak tulis? Informasi semata-mata. Ada ke yang nak baca? Kalau kita tulis pasal diri sendiri tetap ada terselit pengajaran. Cuma pembaca kenalah tahu apa yang tersirat. Jangan pandang cuma satu sudut semata. Kita tak boleh puaskan hati semua. Sebab tu ramai blogger pelbagai variasi isu yang diorang beri. Terpulang kat korang nak baca yang mana. Sebab tu aku kata, hanya blogger memahami blogger.

Kalau mereka tak faham apa yang kita cuba sampaikan biarkan. Tak apa. Janji kita cuba buat sesuatu yang baik. Bukan tak baik. Jadi kalau asyik nak dengar kata orang, sampai bila kita takkan ke mana. Ingat, blogger pun manusia biasa, ada salah ada juga silap. Kamu juga pembaca. Tak suka jangan baca, jangan nak komen je pandai. Tak baik. Lepas ni adalah kata, blogger kawan dengan blogger jelah, korang kan memahami. *nada sinis.
Nota Iffah: Ikan Kaloi, saya juga suka misteri. Jangan add okey =P

Teori belajar ikut golongan darah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku pernah terbaca kat blog siapa entah pasal jenis darah. Memang aku akui golongan O memang macam tu. Buktinya aku hek hek hek~~~ Korang exam ye? Semoga berjaya.
Nota Iffah: Ikan kaloi, FB pun boleh buat kita jadi misteri, lainlah awak suka expose diri kat FB tu~~~

Kenapa ada dua akaun Facebook?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Terima kasih pada yang bertanya. Sebenarnya ramai yang tanya pasal benda ni. Sorry, aku tak ingat aku dah terangkan belum. Tapi aku nak terangkan lebih lagi. Suka hatilah kan? Nak baca silakan. Tak nak baca pangkah. Ingat kau hebat sangat sampai dua akaun?  Aku sebenarnya tak niat nak buat dua atau bajet retis. Aku ada sebab. Kenapa ada Iffah Afeefah dan Iffah Afeefah II? Antara sebabnya;

1.    1. Kawan tak suka
Ya, ada yang sokong aku jadi blogger ada yang tak. Masa memula blogging memang sangat aktif. Entry lebih dari 10 sehari. Kalau tak percaya tengok tepi ni. Jadi bila asyik ping orang akan terganggu dan sebagainya. Siap kena perli lagi. Penuh home sebab aku. Jadi, nak tak nak aku cari jalan lain untuk tak menyakitkan mata orang berkenaan.

2.     2.Rahsiakan dari keluarga
Aku segan kalau family aku baca. Entah apa yang aku tulis. Tapi sekarang dah kantoi. Tiada gunanya lagi. Haha. Asyik kena bahan je. Sabar jelah.

3.     3.Privasi
Aku tak suka tayang gambar. Korang perasan kan? Ramai sibuk tertanya-tanya muka aku macam mana. Kalau ada pun dah tertutup. Misteri itu best. Jadi kalau ada gambar keluarga atau kawan aku upload tu taklah korang yang dari alam maya nampak. Siapa pernah tengok tu dah tak boleh kata apa dah.

4.      4. Bebas update status merepek
Kalau sesiapa yang add dua-dua akaun perasan aku lebih aktif IFFAH AFEEFAH II. Sebab aku boleh update status jiwang ke merepek ke mengada ke tanpa batasan. Jadi sangatlah seronok. Kalau kawan blogger atau alam maya tengok menyampah boleh hide. Tapi yang kawan tempat belajar menyampah kena kutuk depan-depan. Baik jangan sakitkan hati tisu ni kan?

Jadi korang ada FB? Boleh add aku kat Iffah Afeefah II. Sebab tu aku tayang FB yang tu kat blog. Sesuai dengan tema blogger and reader. Ececehhh~~~ Percayalah korang insan terpilih sebab aku aktif satu akaun je =P Tunggu Azhar si Ikan Kaloi add entah bila pulak kan? =P

Pantun Rasa Hati

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tanah merah jauh sekali
Ingin hati jejak ke sana
Sedih rasa ikut emosi
Akal ada jangan lupai

Kata orang kita takuti
Kata Allah kita patuhi
Jangan ikut rasa hati
Buat diri binasa sendiri

Padang bola luas saiznya
Pergi berlari hingga lelah
Jangan ikutkan hati sahaja
Kelak diri juga yang kalah

Orang ramai pergi pekan
Pergi pekan membeli ikan
Rasa hati jangan ikutkan
Buat lelah emosi dan badan
Nota Iffah: Azhar ni macam ikan kaloi, kalau seru baru muncul hehe

Tua ke muda?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku terpanggil lagi nak buat entry setelah makan nasi minyak tadi. Kan tengah musim kahwin. Ramai yang suka menyatakan pendapat sendiri. Aku nak kumpul pendapat diorang jadi satu entry. Kahwin muda atau kahwin tua? Masalah umur ni kadangkala rumit nak dibahaskan.

Kawan aku kata: Eloklah kahwin dengan orang jauh lebih tua. Dia matang. Jadi, senang nak uruskan rumahtangga. Nak selesaikan masalah pun jadi mudah. Cuba kalau yang muda, nak-nak dua-dua muda. Boleh cerai terus. Sebab darah muda. Aku? Sabar.

Kawan aku seorang lagi kata: Jangan kahwin orang tua. Tua dua tiga tahun okeylah. Kalau 10 tahun dan ke atas? Eee nanti dah tua, dia dah tak larat nak melayan kau. Hidup kau tak enjoy. Kau kena jaga dia masa sakit segala. Masa tu dia dah tak bernafsu. Siapa nak layan kau? Kau jadi bibik jelah.

Aku kata: Umur bukan penghalang. Aku akui orang lagi tua memang banyak pengalaman dan matang. Buktinya? Pengalaman sendiri. Harap dia baca. *tetiba. Bagi aku matang tak kira usia. Kalau nak orang matang, jangan tengok umur. Tak semestinya berumur 25 dan ke atas matang. Jangan ukur kematangan mereka.

Aku kata lagi, sakit, jodoh, ajal semua Allah tentukan. Siapa nak suami sendiri sakit? Tapi tak mustahil yang muda sakit. Accident misalnya. Tetiba lumpuh. Kan? Tetiba nak kahwin dengan orang lain sebab suami lumpuh? Adakah sebab itu korang kahwin dengan lelaki itu? Takkan? Sekali cinta biarlah sampai ke syurga. Jangan kira sangat pasal usia. Kahwin je dengan jodoh kita dan redha.Tamat cerita~~~

Nota Iffah: Seharian aku menghilang, ada yang rindu?

Ya Allah! Mohon mereka tabah!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku baru terbaca satu blog ni. Bukan apa, aku cuma teringat kisah 2008 saat aku pun ditimpa musibah yang sama. Dugaan Allah kita tak boleh jangka kan? Aku sebak sepanjang baca blog seorang suami untuk isterinya yang sedang sakit terlantar. Mulia sungguh suami ini kan? Sanggup jaga isterinya yang sakit. Arghhh bagi aku nangis kejap T_T.

Dulu masa Kak Long sakit macam tu rupanya. Terlantar. Bercakap pun tak boleh. Minum ikut tiub. Minum pun susu je. Lama Kak Long terlantar kat ICU Kajang tu. 3 bulan kami ulang alik ke hospital. Tambah pula beberapa bulan kat wad biasa. Kami ramai. Boleh jaga sorang kakak yang tak berupaya. Ibu berhabis duit beli mesin-mesin canggih untuk bawa Kak Long balik rumah. Biar kami je jaga sendiri. Tapi siapa tahu kuasa Allah, sebulan lepas Kak Long balik rumah, dia sihat kembali. Biarpun tak macam dia yang dulu. Tapi dia boleh uruskan diri. Itu dah cukup buat kami sekeluarga bersyukur.

Aku cuma harap supaya Kak Gee dapat kembali pulih seperti Kak Long aku. Supaya dapat menghiburkan suaminya Encik Abil semula. Aku harap sangat-sangat T_T. Serius sangat sedih baca. Orang yang tengok pun dah sebak, inikan pula orang yang mengalaminya. Kuasa Allah tak dapat kita jangka. Sekelip mata jadi berubah tak bermaya. Aku tahu hakikat itu kerana aku juga mengalaminya.

Sumbangan untuk suami isteri ini boleh disalurkan melalui;

Nama : Abil Fikri Ahmad

Bank: CIMB Bank

Account No: 0506-0040577-52-1

H/P No : 016-2634258

Klik sini untuk blog Warkah Buat Isteri. Klik sini untuk Fanpage mereka =)
Aku cuma harap, Encik Abil tak putus harapan dengan Allah. Biarlah bertahun pun anda tunggu. Sebab kuasa Allah memang luar biasa. Yang sakit boleh sihat, yang sihat tak mustahil akan sakit. Cuma jangan pernah berhenti mendoakan kesejahteraan dan kesihatan isteri Encik. Tak mustahil isteri Encik akan sihat seperti sediakala. Sama macam kakak saya!

Kenapa cikgu suka bagi kerja sekolah?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sejak dua menjak nak dekat jadi cikgu, baru aku faham kenapa cikgu suka sangat bagi kerja sekolah. Kadang tak sempat nak main sebab kerja menimbun. Mana nak sekolah agama lagi kan? Kalau cuti sekolah, memang semua subjek cikgu berebut nak kasi kerja sekolah. Cikgu tak penat ke tanda jawapan nanti?

Jawapan?
1. Cikgu nak kamu pandai. Ya siapa tak nak anak murid pandai kan? Aku pun banyak kasi kerja kat budak prasekolah. Diorang patut tak payah ada kerja, tapi latihan lebih apa salahnya? Lagi-lagi yang menulis nama pun tak reti. Kenalah asah kemahiran kat rumah. Lagi-lagi cuti lama.

2. Cikgu tak nak ibu bapa kata bukan-bukan. Dulu selalu cikgu kena marah. "Anak saya belajar apa kat sekolah?" "Anak saya tak buat kerjapun," "Cikgu tak reti mengajar ke?" "Takkan cuti tak ada kerja rumah langsung?" Jadi sebelum jadi bualan ibubapa, baik cikgu bagi sedikit kerja supaya mak bapa yang tak tahu tu tahu. Bukan apa, orang reti cakap je, tapi tak pernah nak memahami bidang tugas cikgu.

3. Kementerian Pelajaran Malaysia dah tetapkan pasal ni. Setiap subjek kena ikut rancangan. Kalau murid tak mencapai standard yang ditetapkan cikgu jugak kena. Jadi latihan itu perlu untuk murid menguasai bab-bab dalam subjek berkenaan.

Ingat cikgu tak letih nak tanda kertas ujian, buku latihan, latihan yang sampingan? Kita buat kerja untuk sorang dan cikgu buat untuk berpuluh-puluh orang. Jadi jangan merungut. Buat latihan untuk diri sendiri jugak kan? Akhir kata dari aku, majukan prestasi sendiri mengikut usaha sendiri. Jangan harap cikgu je =)

Nota Iffah: Takpe Azhar, take ur time. Aku dah sihat. Thanks yang risaukan aku semalam T.T

Kadang manusia bisa putus asa

Manusia tak sempurna. Lemah. Tak kuat mana jika dibanding yang Esa. Adakala manusia itu letih. Letih dengan harapan yang tak berkesudahan. Lantas manusia itu mencari titik noktah penderitaan dengan bersyukur apa adanya.

Manusia itu aku. Aku juga manusia. Jadi tak hairan jika aku mahu berputus asa. Bukan tak percaya dengan janji Allah. Cuma aku tak mampu lagi nak berharap tentang benda yang tak pasti. Aku letih dengan semua ini. Ujian ini akan aku hadapi dengan tiada sesalan. Anggaplah aku tewas dalam peperangan. Bukan tak cuba namun tiada kudrat menunggu lama. Biarlah ia berkesudahan begini. Biarlah tangan aku begini terus dari aku diherdik, dimarahi, dibuat sesuka hati hanya kerana mahu memuaskan hati orang sekeliling.

Aku sudah redha dengan ketentuanNya. Aku terima seadanya kerana aku tak kuat nak tunggu lebih lama. Izinkan aku berputus asa kerana aku telahpun penat berjuang. Aku manusia biasa. Aku tak mahu terus terseksa. Aku redha, insyaallah Allah pun redha dengan pilihan aku. Aku yang memilih untuk begini. Aku yang harus tanggung baik buruknya bukan? Aku manusia khilaf, aku akui kini aku lemah. Hanya mampu tersenyum dan bersyukur kerana aku masih hidup.

Nota Iffah: Aku tak larat. Letih sangat bila berdepan dengan mainan perasaan dan ia membuatkan aku sakit!
Published with Blogger-droid v1.7.4

La Tahzan: Lambat kahwin

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Jangan menangisi ketiadaan jodoh. Tapi redhalah ia. Jangan kau tangisi akan setiap kejadian dengan hiba, tapi senyumlah kerana ia terjadi kerana semua yang jadi ada sebabnya. Hidup ini bukan untuk suka-suka. Allah dah aturkan. Cuma kita. Terpulang kepada kita nak pilih yang mana. Jangan terlalu negatif akan sesuatu, cubalah bersikap positif pula. 

Seperti lambat kahwin, mungkin ada sebabnya. Mungkin ada hikmah yang disediakan. Mungkin ada aturan yang lebih indah buat anda. Jangan dengar kata orang, kerana selama manapun orang berkata takkan merubah hidup anda selagi anda yang tak memilihnya. Ingat hidup ini pilihan. Negatif atau tak anda tentukan. La tahzan buat mereka. Tambahan dari aku, sekarang musim kahwin sebab tu entry berkisar kahwin, korang jangan fikir lain. Haishh~~

Nota Iffah: Apa nama FBnya Azhar? Oh ye, gadis bertudung biru kirim salam Assalamualaikum kat awak =)

Ada masa kita kena menangis

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Don't cry...
Kenapa?

Sebab menangis itu terapi jiwa. Orang menangis bukan maknanya lemah. Tapi dia menangis kerana dia tak mampu menzahirkan melalui kata-kata. Hanya perbuatan mencerminkan jiwa. Sebab tu dia menangis. Jadi jangan tahan, menangis jika perlu. Memang akan ada orang kata jangan menangis, membazir air mata je. Tapi macam aku kata, menangis itu terapi jiwa. Ada orang lepas menangis dia akan okey. Cuma perlu masa sendiri melepaskan tangisan. Terpulang cara mereka terapikan jiwa sendiri.

Aku?

Menangis dalam hati banyaklah. Menangis depan orang amatlah jarang sebab ego menghalang aku kelihatan lemah di depan orang. Port menangis? Dalam tandas, bilik gelap atau bawah selimut. Supaya orang tak sedar kita sedang menangis. Oit terbongkar rahsia aku =P Kalau kau berjaya buat aku nangis maknanya kau orang yang hebat =)

Nota Iffah; Masih menanti jawapan Azhar.

Perempuan dan emosi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Pakcik mengada, entri ni untuk awak. Dia asyik kata aku ni emo je. Mana tak emo asyik sentap dengan dia. Tak tahu ke hati aku hati tisu? Kerja menyakat orang je. Lepas tu dia emo, tak nak mengaku pulak. Biasa lelaki kan? Ego, mana nak mengaku. Huh berangin je ni.

Perempuan dan emosi tak dapat dipisahkan. Perempuan kebanyakannya jiwa halus. Lembut. Macam tisu kan? Aku pernah cerita pasal hati perempuan ni. Tapi biasalah lelaki bukan reti nak faham. Ikut hati dia jugak. Ingat kita macam dia ke? Perempuan selalu emosi. Jadi jangan hairan perempuan asyik menggunakan emosi untuk membuat kerja. Jangan amalkan. Nanti orang lain emosi sama.

Oh ya, kalau perempuan emo bukan bermakna dia datang bulan aka datang haid. Emosi dah sebati dalam diri. Tak kena gaya cakap atau perlakuan memang boleh emosi. Jangan fikir sebab hormon je. Tapi aku kan sejak akhir-akhir ni asyik sentap je. Orang kata pengaruh kafein. Ketagih minum nescafe kot. Korang suka beremosi? Kenapa?
Nota Iffah: Azhar kata berlegar-legar di blog tapi mintak FB tak layan =P

39#Wordless Wednesday

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kami di tepi pantai pastinya~~~
Nota Iffah: Azhar, ada FB? Twitter? Ngeh ngeh ngeh

Tips elak dirogol

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku dapat ilham dari cerpen ini. Biasa wanita dan seks tak dapat dipisahkan. Kononnya kami simbol seks. Tapi kenapa masih ada wanita yang memakai pakaian menjolok mata untuk dapat kepuasan. Kepuasan mengikut fesyen atau kepuasan rasa diri itu cantik? Bahananya terkena kepada orang lain. 

Lelaki gial seks memang ada. Tak dinafikan. Jadi tolong para wanita. Tolonglah jaga diri. Jangan terlalu rasa diri senang dan selesa. Sebab bahaya tak kenal masa. Perogol tak kenal siapa. Seks paling utama. Jangan sebab anda rasa anda tak cantik, mustahil mereka nak rogol. Bila nafsu tingkat teratas, tak ada apa yang pelik.

Tipsnya;
1. Belajar seni mempertahankan diri. Aku tak ada dan tak tahu. Errr.
2. Penyembur lada, pemedih mata, perfume. Dalam beg sentiasa ada. Nampak semacam je, sembur je kat muka die tu.
3. Kasut wedges atau heel. Ketuk je kepala laki yang cuba mengganggu korang.
4. Benda tajam. Macam pisau lipat, gunting. Letak je. Memang nampak macam kelakar tapi itu penting. Biar nampak psiko yang penting kita selamat.

Korang nak tambah? Silakan. Aku nak nasihatkan korang dan aku juga. Tolong jangan bertegur dengan orang asing yang kelihatan mencurigakan, jangan ikut orang itu pergi mana-mana. Biar je mati tapi jangan menyesal nanti. Jangan jumpa orang yang tak dikenali tanpa teman. Errr terasa* Jangan mudah percaya dengan lelaki yang baru kita kenal. Banyak kan kes kena rogol dengan kenalan sendiri? Akhir kata dari aku, doa banyak-banyak dan jagalah aurat anda=)

Review Novel: Isteri Separuh Masa

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sebelum mereview novel ni aku nak mengaku yang aku memang mudah terpengaruh. Semalam masa jalan-jalan kat Alamanda aku terbeli buku. Mula nak beli dua. Tamak. Tapi tak jadi, yang "Maaf jika ku tak sempurna"dengan novel "Cukup sekadar dirimu" pun tak baca lagi. Jadi apa yang aku beli? Aku beli novel Suri Ryana gara-gara entry akak blogger di SINI
IKLAN: Sudikah awak menjadi isteri sepenuh masa saya?
google
Nampak menarik tajuknya bukan? Haha jalan cerita pasal kahwin paksa. Macam biasa agak klise jalan ceritanya. Tapi itu yang orang nak baca. Memang trend sekarang. Walaupun agak klise. Cara olahan dan permainan kata lain sama sekali.

Sinopsis: Nazrin Shah dan Medina Izwani adik beradik angkat. Mereka tak sebulu sebab kenangan silam abang angkatnya. Cinta terhalang sebab Izwani. Tiba-tiba kena paksa kahwin. Lama diorang berlakon sampailah nenek diorang tahu. Apa jadi lepas tu? Baca sendiri =)

Pada pendapat aku, mula aku tak minat dah nak baca sebab penggunaan penceritaan sudut pertama iaitu guna aku. Jadi sepanjang cerita akan ada Medina Izwani semata-mata. Susah aku nak fahami watak yang lain terutama DR Nazrin Shah yang handsome tu.

Yang kedua, jalan cerita agak melompat sebab cepat sangat masa berlalu. Kalau cerita pasal memula kahwin lebih mendalam lebih syok. Nak juga tahu layanan suami yang benci isterinya pada mulanya kan?

Apapun cerita ini sweet. Aku kasi 4 bintang. Aku berjaya habiskan dalam masa 3 jam semalam. Sebab tak tebal sangat. Jalan cerita pun tak meleret. Apapun kahwin awal itu best! #ehhhh 

Mohon bantuan untuk Abang Soleh dan keluarga

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Entry rakan lain di sini, sini dan sini. Entry ini copy paste dari mereka. Blog Abang Ady di sini.


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Takziah kepada blogger Ady Budika aka Soleh Ahmad dan keluarga kerana ujian dari Allah SWT yang menimpa mereka. Pada jam 11 malam semalam rumah mereka telah hangus dalam kebakaran di Kubur Panjang, Kedah.

Ady Budika juga merupakan salah seorang ahli group Kami Blogger Utagha (KBU). Dengan ini kami ingin memohon sumbangan kewangan anda untuk diserahkan kepada Ady Budika bagi membantu ady dan keluarga melalui wakil bendahari KBU.

Wang sumbangan akan diserahkan selewat-lewatnya pada hari Sabtu (9 Jun 2012). Sumbangan anda boleh bank-in kepada
Nama : Nur Syakira Binti Yaakub
akaun : Maybank
Number akaun : 158172923744

Bagi yang berada di Kedah dan sekitar Alor Star yang ingin membuat sumbangan berupa pakaian atau perlatan boleh juga berbuat demikian.

Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban sahabat kita dan keluarganya. Bila bersahabat tak semestinya di saat gembira tetapi juga bila mereka mengalami saat-saat sukar.

Tips 2: Menulis cerpen

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Okey, seperti yang aku janjikan. Aku tulis tips seterusnya. Bersedia ye semua? Ceh bajet ada orang nak baca kan? Untuk tips 1,2,3 tengok kat sini.

4. Penerangan latar tempat dan masa.
Ini ala-ala masa sekolah dulu kan? Sastera BM yang ramai orang menyampah nak belajar. Jangan, semua ni ilmu. Okey sambung, latar tempat kena terangkan. Contoh watak tengah duduk di dapur. Terangkan sedikit ruang dapur ke, saiz dapur ke, ada apa kat dapur tu. Lepas tu, masa pukul berapa. Pagi ke siang ke malam. Sikit je penerangannya. Sebab cerpen ni cerita pendek. Jadi ruang terhad nak terangkan semua kan?

5. Dialog dan monolog
Kalau nak lebih menarik, letaklah dialog atau monolog. Ada yang tak letak. Terpulang gaya individu. Tapi kalau aku pembaca aku lebih suka baca dialog. Kadang penerangan aku tak baca. Haha. Apa beza dialog dan monolog? Dialog perbualan yang keluar suara. Yang boleh orang lain dengar. Mononlog dalam hati je. Simple?

6. Perasaan, emosi
Ini paling penting. Aku suka beremosi masa baca. Taklah sampai menangis macam sorang tu kan. Tapi penulisan kita akan lebih hidup kalau kita pandai bermain emosi. Ikutlah emosi apapun. Gembira, sedih, marah. Wujudkan sampai orang pun terkesan dengan emosi itu.

Seperti biasa, ada penambahan, cadangan dan bantahan boleh letak kat komen. Sampai sini je kot tips dari aku. Korang? Kalau tak faham mesej via FB aku tu. IFFAH AFEEFAH II. Chow chin chow!

Review Novel: Sebenarnya, saya isteri dia!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Image Detail

SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA - ZURA ASYFAR
HARGA JUAL : RM 30.00
Sebenarnya, saya isteri dia!
Mula aku tak berminat sebab ni novel online. Tapi disebabkan ramai sangat cakap best. Baru aku beli. Kesimpulan? Best untuk orang bosan macam aku. Memang satu hari melekat dengan novel. 

Nama watak, agak keliru sebab abang dengan adik lebih kurang sama namanya. Farish dan Firash. Tapi okeylah.

Watak Firash paling aku suka. Dalam nakal ada romantis, dalam lucu ada tegas, dalam garang ada sweetnya. Disebabkan itu aku terbuat satu cerpen watak yang sama hahaha.

Konflik cerita ni sikit je. Aku suka tu. Sebab aku tak suka novel berat, buat sakit kepala aku je. Kira okeylah ada sikit. Dari tak ada kan?

Kesudahan cerita pun sweet je. Jadi tak sia-sia beli. Sebab aku senyum masa tidur teringatkan ending dia. Tapi untuk budak sekolah aku tak galakkan. Sebab ada "kasih sayang" suami isteri. Tak elok budak-budak baca. Kang lain jadinya. Apapun selamat membaca novel di cuti yang bosan=P

Untuk baca klik je kat sini. Penulisan2u banyak cerpen dan novel best!


PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers