Sabtu, 9 Jun 2012

Wisata Madani Turki 2012


AlhamdulilLah, segala puji bagi ALlah, GPTD Turki telah berjaya melaksanakan Wisata Madani Turki 2012 yang berakhir 4 Jun yang lalu.

Sepertimana biasa, setiap kembara yang dilalui mempunyai cabarannya tersendiri. Begitu juga kembara kali ini. Namun, akhirnya, segala pahit manis yang ditempuh sepanjang kembara ini pastinya akan diambil manfaat dan menjadi kenangan sepanjang hayat.

Antara pengalaman menarik yang dialami termasuklah melawat ke tempat-tempat bersejarah yang semestinya memberi pengalaman berbeza setiap kali dilawati.

Antara yang dilawati adalah 3 istana iaitu Topkapı Sarayı, Dolmabahçe Sarayı, dan Yıldız Sarayı; Aya Sofya; Masjid Fatih, Masjid Biru (Sultanahmet); dan Muzium Panorama 1453 Istanbul.

Grup kali ini juga diberi kesempatan oleh ALlah bertemu dengan beberapa tokoh yang tidak disangka-sangka.

Rakan Blog

ANDA Pengunjung Ke

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP