" Changing for good is not a sin. Though it will cost you blood and tears for a start." - Sun , Versus ; Hlovate

Saturday, 23 February 2013

Kejauhan.

Jarak itu sakit
Tetapi manis dengan redha Nya.
Jauh itu perit
Tetapi indah dengan sabar.

Yakinlah dengan janji Allah.
Dan jangan berhenti untuk berusaha.
Jangan putus untuk berdoa.

Mungkin, berjauhan itu lah yang terbaik.
Untuk hati aku.
Hati kau.
Hati kita.

Semoga Allah redha.

Saturday, 16 February 2013

Kisah Cinta Sejati.


Mereka bertemu bukanlah se-romantik seperti yang ditayangkan dalam filem-filem cinta.
Malah si wanita jatuh cinta bukan kerana si jejaka itu kacak, HOT, digilai ramai wanita, genius dan sebagainya.
Bukan juga si jejaka yang cuba memikat dengan membuat kejutan menyanyi lagu cinta buat si wanita di atas pentas ketika jamuan akhir tahun, atau dengan cara mebuat jenaka yang mengukir senyuman dan cetuskan ketawa, atau juga seorang presiden negara yang terbang ke sana ke situ melaungkan kata-kata entang keadilan dan sebagainya.
Tidak.
Apalah ada pada seorang lelaki yang bekerja di bawah orang lain.
Bukan kekayaannya sendiri.
Malah cuma seorang lelaki miskin yang tiada apa-apa.
Cuma si wanita jatuh hati melihat keikhlasan, kejujuran, usaha yang ditunjukkan, serta kepercayaan orang ramai terhadapnya.
Mereka jatuh cinta. 
Dan cinta semakin mekar ketika ikatan halal sudah menjadi milik mereka.

Betapa cinta Rasulullah pada Khadijah, isteri pertama baginda.
Sehingga meniti namanya di bibir baginda meskipun Khadijah sudah tiada
Malah istimewanya dia, baginda tidak pernah menikahi sesiapa ketika dia masih hidup

Dia lah yang menenangkan Rasulullah ketika Nabi dalam ketakutan didatangi Jibril pertama kalinya
Dia lah yang yakin pada suaminya, tanpa berfikir panjang, datang memeluk agama yang dibawa kekasih hati
Dia lah yang memberikan Nabi keturunan, yang sentiasa menyayangi dan mencintai Nabi
Dia lah yang memahami Nabi, sentiasa tahu apa yang Nabi suka, apa yang Nabi inginkan
Dia lah sahabat sejati Nabi.

Ketika dia pergi
Kedukaan yang tiada tandingannya bagi Nabi
Dia lah cinta
Dia lah kekasih
Dia lah sahabat
Dia lah isteri
Malah tahun pemergiannya dan bapa saudara Nabi merupakan Tahun Kedukaan
Jelas terbukti betapa Nabi amat terkesan
Wanita yang sentiasa menjadi 'bahu' baginda
Wanita yang sentiasa tersenyum cuba menenangkan baginda
Wanita yang sentiasa yakin terhadap apa jua yang dilakukan baginda
Telah pergi buat selamanya.

Kerana dia lah insan pertama yang membibitkan cinta Nabi terhadap seorang wanita.

 Aisyah berkata, “Saya tidak pernah cemburu kepada seoorang wanita seperti kecemburuanku kepada Khadijah, kerana Rasulullah sangat sering menyebut-nyebut namanya…” (Muttafaqun a’laih).            Aisyah melanjutkan cerita, “Jika Rasulullah SAW menyembelih kambing, maka baginda berkata, ‘Bahagikan kepada teman-teman Khadijah.’ Saya pernah membuat Rasulullah marah apabila berkata, ‘Lagi-lagi Khadijah!’ 

Baginda berkata, ‘Sesungguhnya saya amat mencintainya.’ (Muttafaqun a’laih).



Inilah kisah cinta sejati.
Antara Muhammad bin Abdullah dan Khadijah al-Khuwailid.
Kisah cinta yang sentiasa abadi.





sumber : Sebarkan Bahagia