"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...

Photobucket Photobucket Photobucket

Followers

! kurasakan something...

Tuesday, January 19, 2010

Perjalanan Ke tempat Praktikum

18 Januari 2010

Perjalanan ke Utara Perak bermula dari Kolej Harun Aminurrashid, jam 8.15 pagi saya dan Stanley menunggu kereta sapu Abg Sham untuk pergi ke Pekan Tg.Malim. Jam 9.00 pagi perjalanan kami bermula dari Tg.Malim ke Ipoh. Selepas itu saya dan Stanley tiba di Perhentian Bas Medan Gopeng, Kemudian kami menaiki Teksi untuk pergi ke Perhentian Bas d Medan Kit untuk menuju ke Taiping. Kira-kira jam 11.30 pagi kami tiba di Taiping d Perhentian bas Kamunting Raya. Di sini, kami menjamu selera, barang yang banyak menjadi bebanan buat kami berdua tapi semua itu menjadi pengalaman yang berharga buat kami berdua.. hehehe, berbalik kepada cerita menjamu selera, kami makan d Restoran Minang berdekatan dengan Perhentian Bas Kamunting Raya. Kedai itu macam tau2 jak kami ni orang luar coz barang yang kami bawa sangat banyak so depa semua amik kesempatan pada saya dan Stanley. Makanan di Restoran Minang ini memang mahal. Tau tak saya makan nasi dengan ayam goreng serta Nescafe Ais RM5.50 manakala Stanley makan nasi, sayur, ayam serta minuman Teh ais Rm9.00.. Fullamak mmg cekik darah makcik tu.. Aku doakan dia cepat kaya la ek.. huhuhu.. Saya dan Stanley menunggu bas untuk pergi ke ke destinasi terakhir sangatlah lama iaitu 3 jam.. Bas yang ditunggu2 tiba pada jam 3.4o pm... Pejalanan yang kami lalui amatlah jauh d Ulu Perak d Selama. Pemandu bas memang laju... menyeramkan jak.. huhuhu... apakan daya kenalah berkorbankan. Saya dan Stanley pulak tersalah turun.. huhuhuhu.. nasib baik lah ada sorang pakcik sanggup bantu kami berdua.. dia hantar kami ke rumah sewa kami iaitu d Taman Nesa, rumah 110 43100 Selama Perak... fuhhh jauh perjalanan yang kami harungi dengan berhenti selama 5 perhentian.. hurmm mmg sangat mencabar tp best woooo... kami tiba di rumah sewa jam 5.00 petang.. AKu berasa asing di sini... tp berusaha untuk membiasakan dgn suasana baru ini.. Malamnya pulak kami berehat jak la.. fuhhhh....

19 Januari 2010

Hari ini bangun solat subuh jam 6 pagi.. pastu tdo kembali... bangun pulak jam 9.30 am dengan memerhati sekeliling kawasan perumahan yang didiami oleh pelbagai kaum.. ada Melayu, Cina dan India... Di sini semangat kekitaan itu masih lagi wujud... semuanya mesra2 alam.. pastu aku just mengemas2 bilik, selak2 RPH, selak2 buku dan baca buku2 Geografi.. pastu memikir pasal Praktikum... memikir kaedah apa yg patut d guna dalam pgajara... memikirkan bagaimana komitmen cikgu2 kepada kita... hurmm dan macam2 lagi.. jadi serabut pulak.. pastu fikir positif yang aku leh buat,,, chaiyoookkk AK... so peratusan keyakinan ku naik kembali.. hehehe...
Aktiviti hari ini just kemas rumah, petangnya aku iron 7 helai baju, dan susun kertas serta borang2 Ros utk d bawa pada esok hari d sekolah... kami berlima makan d luar n pegi tgok ekspo.. pastu survey2 dapur gas, mesin basuh, meja dan almari baju... hehehhe... tido pulak jam 2 pagi.. coz bantu rakan2 prepare baju2 depa, ikat tie depa dan lain2 g... hehee.. mlm yg lucu.. macam2 telatah kami buat,.. hehehe.. so tido jam 2 ah... k la nk tidoooo...

Monday, January 11, 2010

Jom Exchange Link

Sunday, January 3, 2010

++ Isu Pendidikan yang Hangat diperdebatkan ++

Assalamualaikum...



Isu penempatan tempat untuk mengajar bagi lepasan jurusan pendidikan menjadi bual bicara yang hangat pada hari ini. Aku menjadi runsing dan lemah semangat sikit disebabkan isu ini. Hal ini kerana, tinggal berapa hari lagi aku akan menjalani latihan mengajar, hurmm mesti di sekolah tempatku membuat latihan nanti isu ini akan menjadi bual bicara guru-guru di sekolah itu nanti.


Aku berasa heran dan rasa upsi atau ipta ini dianaktirikan disebabkan statement yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Mohd Puad Zarkashi yang mengatakan penempatan tempat untuk mengajar diutamakan kepada pelajar IPG dan pelajar tajaan KPM sahaja, maka pelajar yang diberi pinjaman selain daripada KPM hanya boleh menunggu jika ada kekosongan. Hurmm.. jadi takkan la pelajar under KPM & IPG je yang boleh dipostingkan..?? Nampak macam BIAS jak kan.. heran betul...


Lepas itu ada pulak yang mengatakan isu posting ini berdasarkan unjuran.. Apa kejadahnya unjuran itu, takkan la unjuran yang dikeluarkan oleh KPM itu bersesuaian dengan bilangan sekolah yang baru dibuka.. Unjuran yang dikeluarkan hanyalah sedikit padahal banyak lagi sekolah yang baru diwujudkan, lain pulak ada sekolah yang tidak mencukupi bilangan gurunya.. Takkan la kekosongan itu diisi oleh budak-budak GSTT (Guru Sandaran Tidak Terlatih). Padahal ada bakal pelajar yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan layak untuk mengisi kekosongan tersebut, tapi di isi oleh budak-budak GSTT... hurmm macam ada udang disebalik batu jak.. bagi aku macam kerajaan nak menjimatkan kos pembayaran gaji. Biasalah budak GSTT pun dapat gaji dalam 3 bulan sekali... hurmm makin heran lagi... Ramai pulak gstt di sekolah ek, ada yang sampai 25 orang gstt... jd kenapa tak diisi jak kekosongan tu oleh pelajar jurusan pendidikan?? so kemana perginya "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan??" betul kata kawan aku Abu di dalam penulisannya, "kerajaan didahulukan,rakyat diabaikan" dan "kapitalis di dahulukan, keuntungan diutamakan"


Di sekolah aku di kawasan Sabah pulak banyak mempunyai kekosongan, kenapa pulak TM Pelajaran mengatakan lambakan guru di pasaran.. Macam mana dia tau ek?? padahal beliau langsung tak turun padang pun.. takkan la main agak-agak jak kot.. Dulu time Zaman Hisyamudin memegang tampuk Menteri Pelajaran mengatakan pada tahun 2010 ada kekosongan guru sebanyak 13,000 yang akan diisi oleh pelajar Jurusan Pendidikan.. Heran pulak ek bila dikatakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran iaitu Dr.Puad lambakan guru di pasaran pada hari ini???? Setiap kali tampuk pemerintahan bertukar tangan ada sahaja isu yang tak kena timbul, macam isu ini la "Lambakan guru"..


Aku rasa isu ini macam saja-saja diadakan, alah macam mencari publisiti.. bgitulah katakan.. Hurmmm aku rasa isu ini takkan ke mana, sebab mahasiswa/mahasiswi adalah tampuk negara, sekiranya isu ini tidak diselesaikan dengan baik confirm mahasiswa/mahasiswi tidak akan mengundi mereka....


AKu harap isu ini dapat diselesaikan dengan baik.. Terima Kasih kepada Naib Canselor UPSI Prof. Datuk Dr. Aminah Bt Ayob kerana beliau memperjuangkan nasib pelajar-pelajarnya... Harap kebenaran akan mengatasi kejahilan.... Insyallah.. sama-sama kita berdoa agar isu ini akan kembali pulih dan kita semua dapat Ber'posting'....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...