Thursday, February 28, 2013

Family Day @ Gold Coast Morib


Assalamualaikum..

Hai semuaa..

Hehee..okla..seperti tajuk yang telah tertera di atas..last week kami sekeluarga telah pergi berjimba-jimba di Gold Coast Morib..heee..best2! ^_^

Actually it was a one day event..but since en.rahie was 1 of the AIC committe member, kami telah bermalam di sana hari Sabtu tu..

Opss..lupa nak mention..family day ni ofis en.rahie punya..aku tumpang seronok je..hihihiii...

Kitorg gerak ke Morib lepas Zohor..sampai sana dalam 4.30pm kot..sbb jem yg teramat sgt!pfff..~

Semua committee stay at the homestay milik Villa Morib..
It was a double storey terrace house di Taman Bahagia yang dijadikan rumah penginapan..
Sangat dekat dgn Gold Coast Morib tu..ada la kot 5 minit perjalanan..
Homestay ni okla..selesa..
Pandai diorang ni cari duit..yela..daripada biar rumah ni kosong x berpenghuni, baik buat homestay kan?
AIC sewa 3 rumah..1 corner lot + 2 intermidiate house..
Keluarga kecilku check in kat rumah no.2..hehe..

front view Villa Morib..ok kan?



Sabtu tu xde apa aktiviti sgt..para AJK jela yg bz bat itu ini..aku n anak2 santai2 je kat umah tu..hehe..
Malam tu kitorang ada BBQ..best sgt n sedap!!yums..
Tapi lupa lak nak snap gambo..huhuu..xpela..

So the next day..pagi2 lagi en.rahie dah soh kitorg siap..
Sbb nak ke Gold Coast Morib..
Breakfast dulu kat sana sebelum acara sukaneka diteruskan..
Banyak sangat aktiviti..aku x masuk pun..
Layan Irfan n Irsyad main pasir jekk...hehee..
Irfan take part in Colouring Contest..
Sangat la berbakat anak aku ni..bukan setakat kaler..malah dicontengnya lukisan tu..hehehee..
Tapi hadiah still dapat..even x cantik pun..saja suka-suka nak memeriahkan suasana.. =D

Aktiviti kat pantai..

Lebih kurang kul 12.30pm tu kitorang masuk dalam hall pulak untuk upacara perasmian, cabutan bertuah, persembahan and lunchhhh...
Kitorang dapat set pinggan mangkuk untuk cabutan bertuah tu..hehe..

Tot tet tot tet tot tet...acara ni sampai kul 2.30pm..
Lepas tu free and easy..
Ikut la masing-masing nak buat apa..
So..apa lagi..theme park la jawabnya...weee..~


Main-main air kat theme park.. :)



Lepas kecut-kecut n kesejukan main air..kitorang pun naik..
Tapi tak balik terus..ada hi-tea dulu sebelum balik..
Irfan dah ketiduran dah dalam stroller..x sempat lagi masuk kereta..hihiii..
Penat sangat main agaknya..
Kitorang yang kelaparan lepas main air..apa lagi..belasah makan kaw2 punya sebelum bergerak balik ke Shah Alam..huhuuu...

::Happy faces of us::


Bye-bye Morib..
See u next time..... ^_^

Friday, February 22, 2013

Homemade Pizza Ajaib

Assalamualaikum..

Hello readers..

Ok uols..arini chef Ida nak tunjukkan satu resepi yg amat dan tersangat la senang  iaitu.....

Homemade Pizza Ajaib..

Hahahahaaa..kellasss x tajuk kelas memasak kita pada hari ini?hehe..
Bukan apa..dah beberapa hari sbnrnya nak bat pizza ni..tp ada je bhn yg x cukup..
So bila tgh drive blk keje td..berpikir2 la apa menu dinner mlm ni..Itu yg terlintas nak bat pizza ni..hehe..

K la..aku bahagikan resepi ni kepada 2 part iaitu :

Part A : Doh

Bahan-bahan:

2 cawan setengah tepung gandum
2 sudu kecil yis mauripan
Setengah cawan air suam
2 camca kecil gula
Secubit garam
Sedikit margerin

Kaedah :
1. Mula-mula gaul yis dengan gula dan air suam tu and biarkan seketika sampai yis tu berbuih-buih..(teknik ni untuk test samada yis tu hidup ke x..kalo berbuih-buih tu maksudnya yis tu okla..)
2. Lepas tu masukkan yis yang dah berbuih-buih tadi tu ke dalam besen and gaul dengan tepung dan juga sedikit garam..
3. Tambahkan sedikit air dan juga margerin kalo rasa doh tu x membentuk dengan baik..
4. Uli-uli dan uli doh tu sampai permukaan besen tu licin..(ini tandanya doh kita dah sempurna la..kalo ada kesan lekat-lekat lagi tu maksudnya ada la bahan x cukup lagi tu..sama ada tepung kurang atau air terlebih..)
5. Then biarkan doh tadi dalam besen and tutup dengan kain lembap..pastu letakkan bekas doh tu dekat tempat panas dan biarkan doh tadi naik sekali ganda..(saya biarkan doh tadi bersebelahan dengan oven panas selama 15 minit..)
6. Doh yang naik tadi diuli-uli sedikit dan bentukkan ikut saiz pembakar anda.. :)


Bahan-bahan utama
Doh in the making

Part B : Sos @ Inti Pizza

Bahan-bahan :
Minyak untuk menumis
Bawang Holland (kalo xde bawang besar biasa pun xpe..)
Bawang putih
Sos Pasta (saya guna separuh botol sos pasta Kimball)
Sosej
Mix Vege
Tomato
Lada benggala
Habbatus Sauda (penyembuh segala penyakit kecuali mati..hehe..ini mmg optional tau sbb ini secret recipes en.rahie kalo dia memasak..i pun dah terikut-ikut.. ^_^)
Mozzarella cheese

Kaedah :
1. Tumis bawang holland dan bawang putih sampai naik bau
2. Masukkan sos pasta, sosej, mix vege, habbatus sauda dan garam secukup rasa..agak-agak dah masak, boleh angkat..
3. Doh tadi saya leperkan di atas pemanggang ajaib..(haaa..sbb tu la nama pizza saya ni pizza ajaib..sbb saya x guna oven..hehe.. )
4. Letakkan sos yang kita masak tadi dan ratakan ke semua permukaan..
5. Tabur lada benggala, tomato yang dicincang dan juga bawang holland di atas pizza tadi..
6. Kemudian taburkan dengan mozarella cheese...
7. Tutup pemanggang ajaib tu dan biarkan pizza masak selama 10 minit dengan api yang paling perlahan..
8. Lepas 10 mnit tu, buka la tengok..kalo cheese dah melting and crust pun dah nampak masak, tutup api..
9. Taddaaaa...pizza ajaib siap untuk dihidangkan... ^_^

Kekdah membuat pizza

Haa..senangkan resepi ni?
Sebab aku memang x suka resepi yang susah and remeh..lambat!
Huhuu..bagus pemanggang ajaib ni..cepat masak n hasil dia sama macam kalo kita guna oven..
Komen en.rahie.. "sedap macam selalu!" 
weee...sangat suka kalo suami suka..sekian!~ (",)v

Tuesday, February 19, 2013

Barber in da house yo! ^_^

Assalamualaikum..

Hello readers.. (",)

Ok..aku nak tanya..berapa harga kalo pegi salon rambut sekarang?
Seingat aku la..yg dah agak lama x menjejakkan kaki ke salon..dia ikut berapa panjang rambut kita kan?
Lagi panjang rambut, lagi mahal harganya..
Itu x kira lagi kalo kita nak soh dia cuci ke..massage2 kulit kepala ke..
Itu yg kadang2 terpikir..dah alang2 nak potong, baik pendek terus! ye dak?hehe..

Sejak kawen ni..aku rasa x penah aku pergi kedai gunting rambut..
Opss..tipu..penah sekali masa awal2 kawen..hehe..
Konon nak p memanjakan diri la kannn..nak goda cik suami.. *haha..alasan x bole blah! :p
Mahal tu..huhuu..

Sejak itu..tugas menggunting rambut..den serahkan kepada en.rahie je..
Senang pun senang..FOC lagi..hehehe..
Yang penting, kita x yah risaukan dah pasal aurat sebab susah nak jumpa salon rambut muslimah kat key ell ni..

"Syg cakap je nak fesyen apa..abang bole buat.."

Perghh..ayat tu yg x tahan tu..hehe..
Tapi alhamdulillah la..xde la buruk bebenar hasilnya..okla..sbb aku pun bertudungkan..mmg x kisah sgt la..

Jadi sejak ada anak2 ni..rambut diorg pun mmg akan sepenuhnya diuruskan oleh abah mereka..
So far yg aku perhatikan..Irfan jela yg susah sket..
Menjerit macam kena dera..haishh..malu je mama!
Mana taknya..penah sekali tu..masa sidai kain, jiran aku tanya..

"Irfan kena apa Ida?jatuh basikal ke?nangis dengar sampai umah akak.."

Hahh..kuat x kuatnya anak aku ni menjerit..padahal umah Kak Tun ni selang 2 buah rumah dari umah aku..
Huhuu..
Irfan ni nangis bukan apa..dia geli bila rambut tu kena bdn dia je..
Sebab anak aku sorg ni jenis penggeli sikit..kalo jalan atas tempat dia rasa kotor..menjinjit dia jalan.. ikut perangai sapa la ni..hihii.. 

Irsyad ok..steady je masa abah dia bat keje..tp kalo lama sgt..ngamuk gak la..rimas kan.. :)

Hahahaa..daa.. (",)v


Irsyad yang steady
Bye bye blonde hair..till we meet again.. ^_^

Sunday, February 17, 2013

Suatu Kepastian..

Assalamualaikum semua..

Petang2 hujung minggu ni..ditambah dgn hujan lebat..sayu je hati aku..

En.rahie n anak2 sedang lena diulit mimpi..

Aku yg masih terkebil2 sensorang mengadap blog..

Mesti korg tertanya2..apa yg pasti?

Mati..

Kenapa tetiba aku nak bercakap ttg mati..?

Sebab bbrp hari ni aku dgr byk berita ttg kematian..

Mati memang pasti..dalam Al-Quran pun disebut ttg mati..

Cuma apa persediaan kita untuk menghadapi mati..

Cerita en.rahie ttg sahabatnya yg baru pergi menemui Maha Pencipta baru2 ini banyak menginsafkan kami..

Arwah pergi dalam usia yg masih muda..

Meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak yang masih kecil..itu belum kira anak yg bakal lahir tidak lama lagi..aduh..sayu lihat anak2 arwah yg masih belum mengerti apa2..

Namun Allah lebih sayangkan arwah..begitu juga sahabat handai serta saudara mara yg begitu merasai kehilangannya..

Arwah seorang yg sangat baik..sebab itu pemergian arwah memberi kesan yg mendalam kepada sesiapa sahaja yg mengenali beliau..

Walaupun aku sedikit pun secara peribadi tidak mengenali arwah..namun cerita en.rahie ttg arwah telah cukup buat aku sebak seolah2 arwah dekat dgn kami..

Semoga arwah tenang di sana dan tergolong dalam golongan orang2 yg beriman..ameen..

Al-Fatihah...


Thursday, February 14, 2013

Alkisah ciuman pagi…

Assalamualaikum..hello readers..

Pagi ni saya terjumpa satu artikel yg sgt sweet utk di share..

Copy paste from fb Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man..

Sila layan and ambil pengajaran ye.. :)

Begini kisahnya..


Sejak kecil saya sering melihat, papa sebelum keluar dari rumah untuk kerja, papa akan mencium dahi mak sambil membisik ‘I love you’ di telinga mama.

Mama pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan papa dari kerja.

Bila tiba waktu zohor, selepas solat, mama akan menghantar satu sms untuk papa bertanyakan sudah papa makan tengahari.

Bila lepas azar, mak akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama papa.

Mama tidak bertanya apakah papa malam ini akan pulang makan. Mama selalu masak dan lepas itu barulah mak menghantar sms ke papa bertanya apakah papa akan pulang untuk makan.

Jika papa kata ya, mama akan tunggu sehingga papa balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu papa.

Satu malam, mama bertengkar dengan papa kerana papa berkata sesuatu yang mama tidak suka.

Pada sebelah paginya, mama tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan papa.

Tapi mama dan papa tetap tidak bercakap antara satu sama lain.

Pagi itu, ketika papa keluar pintu rumah, papa tidak mengucup dahi mama. Mama pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada papa.

Apabila kereta papa sudah keluar, mama menangis.

“Mama, mengapa ngangis?” tanya saya.

“Tak ada apa,” kata mak yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.

Mama balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak

15 minit kemudian, ada kereta henti di depan rumah. Saya keluar melihat.

Papa patah balik. “Mana mana?”

“Dalam bilik.”

Papa terus ke bilik. Saya mengikut. Papa terus memeluk mama dan mencium dahinya dan membisik ‘I love you’ di telinga mama.

Air mata mama mengalir lagi.

“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata papa sebelum beredar balik ke kerja.

Mama tersenyum semula riang.

“Mama tadi menangis pasal papa ke? Mama senyum ini pun pasal papa ke?”

“Anak mama ini. Ya, mama menangis dan senyum pun untuk papa?” jawab mama.

“Papa ini nakallah, sekejap buat mama ngangis, sekejap buat mama senyum,” kata saya.

“Tak. Papa orang baik. Mama yang sakitkan hati papa semalam. Apa yang mama nak papa beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan mama. Mama merajuk semalam tatkala papa letih kerja kerana lupa belikan hadiah buat harijadi ayang. Papa kata terlupa, mama pula terlebih kata papa tiada hati untuk keluarga.

Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana papa tak buat demikian, mama merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila papa pergi kerja tak cium dahi mama, mama menangis bukan kerana papa, tapi kerana mama terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan papa, dan terasa papa tak sayang kat mama. Tapi apabila papa balik mencium dahi mama, mama terasa papa sangat sayang kat mama, dan mama sempat memohon maaf pada papa, sebab itu mama senyum,” kata mama.

Saya tak berapa faham kata-kata mama kerana masa itu kecil.

Sebelah malamnya, saya bertanya papa ketika mama sudah tidur keletihan.

“Papa, mengapa papa patah balik pagi tadi?” tanya saya.

“Mama dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila mama tahu papa terlupa beli harijadi ayang, mama naik berang kata papa tiada hati untuk keluarga. Papa terguris sedikit, tapi papa ada ego tak nak mengaku salah.

Masa memandu terfikir bagaimana mama setiap hari membuat yang terbaik untuk sarapan dan menunggu papa pulang untuk makan malam bersama, papa terasa bersalah bertindak kejam pada mama dengan tidak mencium dahi mama. Papa pulang kerana papa tahu mama adalah orang terpenting dalam hidup papa dan papa tak boleh biarkan mama sedih walaupun sesaat... ayang akan faham bila kahwin nanti,” terang papa.

Kini saya sudah berkahwin – saya akhirnya faham apa yang dilalui mama dan papa. Rupa-rupanya ombak yang melanda mama dan papa sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kesayangan dan keeratan dengan orang tersayang setelah ombak itu reda kerana kedua-dua akan memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka.

Satu lagi cerita untuk renungan malam ini.

Senyum.




Haa...i told youuu...

Sweet kan cerita ni..

Huhuhuu..im sure..most of us pernah lalui situasi mcm ni kan?

It's a part of marriage life..

Macam tu jugak apa yg aku n en.rahie lalui sehari2..

Ada pasang surutnya..

Kadang2 romantik, merajuk, gaduh, bebel, marah, geram..semua ada..

Itu namanya asam garam kehidupan..

Tapi as long as kita x berlebih-lebihan dalam beremosi..insyaAllah akan berseri rumahtangga kita..

Hehehee..allahua'alam..



p/s : Sharing is caring...  (",)v


Wednesday, February 13, 2013

Cameron Highland..day 3..

Assalamualaikum...

Hai hai haii..cek kembali lagi bersiaran setelah balik bercuti di kg..hehe..

Okay la..ni cek sambung lg cerita ceriti Cameron Highland..

We start the day with the breakfast..then siap2 packing pastu terus check out..

Sonang!Memang xde pape plan pun hari ketiga tu..nak blk je..

En.Rahie jela yg singgah di bbrp kedai cenderamata nak beli lg buah tangan..

Kebanyakannya strawberry kering n tea..

Kitorg sebenarnya dr hotel kat Brinchang tu, dah turun ke Tanah Rata..

Last2 terpaksa naik balik ke Brinchang memandangkan kat Tanah Rata tu xde pun jual benda2 yg kitorg cari...

Redah la naik balik..then singgah kat bazaar berdekatan dgn tapak pasar mlm Brinchang..

Dapat..hehe..

So far percutian my little family ke Cameron Highland kali ni light n easy..

Mmg lebih byk spend masa bersama-sama..

xdela byk sgt pun berjalan..leisure je..saja nak bwk anak2 jenjalan..

Hotel Titiwangsa ni okla utk yg budget lebih kurang..

Makanan mmg ok..

Breakfast byk choice..siap ada capati lg! :)

buffet steamboat dinner superb sbb portion yg dia kasi mmg byk..if compared dgn pakej kat Johnny's Restaurant

Sayur n bihun bole refill sesuka hati sampai lebam!hahaha.. ;p

Meh layan gambar steamboat.. :p

Byk portion dia..kenyang.. :)

Pakej dgn Jasmine Tea..
Panazzzz..

Mama n Irsyad..

Irfan n Abah..
So far so good..bole booking hotel ni thru this website : http://hoteltitiwangsa.com/


Bilik jela kot yg perlukan improvement.. :)

Lain2 ok je..

Yang ragu-ragu..jgn risau..Cafe restoren ni halal..bole check dlm web JAKIM..




Till then..bye bye Cameron..c u next time.. (",)v


Sunday, February 10, 2013

Gong Xi Gong Xi..

Hi everyone..
Gong Xi Fa Cai for those who celebrating it..
May lots of joy n prosperity coming your way..
















Adios..pis! (",) v



p/s : Tahun ni tahun ular....szzzz..

Thursday, February 7, 2013

Cameron Highland..day 2..

Ok..kita teruskan pengembaraan hari kedua di CH..

Pagi2 after breakfast kitorg gerak dgn Lamborghini buatan Malaysia ke Bharat Tea Plantation..
Nyaman sepoi2 bahasa je pagi tu..
Kitorg sampai sana dalam kul 9.30am kot..
Awal pagi pun dah ramai org..penuh parking..siap ada RELA lg jaga lalulintas..
Mula2 pakaikan jugak askar-askar comel ni dgn sweater..tp biasa la..kejap je mintak tanggalkan blk..
Mmg tahan sejuk tul la 2 beradik ni..huhuu..

En.rahie tanya.. "Nak minum ke?"

Padahal mmg secara terang lg nyata cafe Bharat Tea tu full house..

"Hmm..x yah la bang..sama je rasa tea kalo minum kat sini ke kat rumah..kita jalan ambik angin jela.."

hehehee..selamber je aku jawab..
Lagipun before dtg sini pun kitorg baru je breakfast kat hotel kan..
Mmg sedap la hirup udara segar kat ladang teh ni..
Nyaman sangat..
Kitorg turun ke bawah..snap2 gambar sket then daki naik atas balik..




Lepas tu..kami singgah pulak Taman Agro Teknologi MARDI..

Ramai jugak org time ni sbb kitorg sampai sana dalam 11.30pagi..
Ada beberapa perubahan la since last we came here 4 years ago..
Ada 1 kedai yg jual strawberry, strawberry coklat, homemade ice cream strawberry, strawberry juice..segala2nya produk berasaskan strawberry la aku bole katakan..

Kedai ni merupakan usahasama Taman Agro Al-Mashoor dgn MARDI..
Okla aku rasa..satu pendekatan dan kerjasama yg baik..
Bole org lepak2 kat situ sementara nak jalan keliling MARDI ni..

u all jgn x tahu..luas tau kawasan MARDI ni kalo nak jelajah..
Kitorg dulu sampai mendaki puncak bukit dlm MARDI ni utk tgk view dari atas..
hehe..itu dulu la..stamina pun masih kuat..kihkihkihh..
Aritu x kuasa la den..dgn stroller lagi..kitorg jalan2 kat taman2 dia je..



Irsyad tdo masa kitorg sampai..
Cantik sgt bunga2 kat sini..fresh!
Vandalisme..abis labu2 tu ditoreh dgn nama2 org..huhu..
  



Ofis MARDI

Bird of Paradise..

Satu je yg buat aku sedikit ralat..sbb kali ni byk tanaman x berapa jadi..
x tahu la kalo bukan musim dia..
Kalo dulu kitorg pegi..ada anggur..epal..
Tapi aritu..tak adoo..
Frust!dah le awal2 tu aku siap promote kat si irfan yg tempat ni ada epal la..anggur la..
Last2 dia yg tnya kita balik.."Mama..mana anggur?"
huhuu..sian dia..budak2 ni bukan leh ckp or janji..diorg mmg akan igt..
Last2 Irfan ckp ape?

"Mama..jom la blk..Irfan penat la.."

Hahh..jujur betul anak aku ni..
Lgpun dah nak time tdo dia tu..
So..kitorg pun..jom la balik..hehehe..

Tapiii...masa lalu depan hotel tu..bole lak decide..jom la kta p Kea Farm..
Buleh?Haha..konon2 esok nak balik x yah dah singgah sana..
Kuikuikuii..
Sian anak2 aku..tp nasib diorg x merap..
Sbb dari MARDI nak ke Kea Farm tu lama gak le sbb jem..
tapi okla..at least diorg sempat la minum susu n nap kejap..

Sejam gak kot nak sampai Kea Farm tu..
ramai la manusia membeli belah..adoiii..
nasib la dapat jugak parking..
Kitorg turun round2 n survey apa yg nak dibeli..
En.rahie kasi duit suruh aku shopping apa yg patut..
Masa ni budak2 dah  mengamuk..ngantuk kan..
So diorg masuk n tunggu dalam keta..
aku apa lagi..mcm lipas kudung pegi membeli belah..
Hehe..

Masuk je keta tgk si Irfan dah tdo..ngantuk sgt la td tu sampai mengamuk2..huhu..
Mulanya lps singgah Kea farm tu, nak bawak le diorg jenjalan kat Bee Farm..
terus cancel memandangkan Irfan tdo..
so..terus lah en.rahie pusing balik ke hotel..
xpela..next time ada rezeki..bole dtg lagi kan.. :)

Irfan ni dari dlm keta, angkat naik bilik..pun masih ketiduran..
x sedar langsung!letih seharian berjalan..hehe..sian anak mama..
So ptg tu rehat jela dlm bilik..

Kul 6 kitorg turun dinner..
Saja turun awal sbb dah plan lepas mkn nk gi shopping kat Pasar Malam lak.. ^_^
Lama kitorg kat pasar mlm tu..
Shopping teh..madu..buah2 kering..
Cari baju sorang satu kat family aku la lama..hehehe..
mainan wajib kalo bawak bebudak ni jalan..
aduii..nasib la abah hangpa ni rajin melayan anak2 oiii.. :)
Suhu makin sejuk mlm tu..
lepas je keluar pasar mlm..mmg terus blk bilik..
Sejuk sampai ke tulang..grrr..

K la..sambung lagi nanti ye..dadaa..



p/s : Pada pendapat aku..x yah gi Kea Farm pun xpe kalo nak cari sayur atau buah2 masa time peak season..kat pasar mlm pun byk..harga sama je mcm kat sana..sbb kalo time peak mcm ni..mmg sgt jem..dr Brinchang lg dah pjg jemnya..pffftt..sabar jela..









Tuesday, February 5, 2013

Cameron Highland..day 1..

Hye all...

haa..kali ni i bersiaran jauh di atas puncak cameron highland..hehe..
xdela..cek dah turun dah pun..
ni backdated punya post..kuikuikuii..
x sempat la nak menghapdet blog masa bercuti.. :)

ok..al kisahnya destinasi percutian kitorg kali ni adalah sempena anniversary yg ke-5..
aku igt lg..cameron highland was our 1st anniversary destination..
so holiday kali ni kunun2 la nak mengimbau saat2 manis dulu..hahahaa..

k la..kitorg gerak ke sana on 24th Jan @ 10.30am..
ding dong ding dong dlm keta ngn anak2..kitorg sampai kat exit Tapah dlm kul 12.30pm..
Nasib baik masa naik laluan berpusing Tapah ni..diorg dua beradik ketiduran..
kalo x..mabuk aku dibuatnya..huhuu..

(aku ni pantang sket kalo beraktiviti lebih2 dlm keta..mabuk jadinya..even nk sms pun pikior 2-3 kali..huu..)

Pusing punya pusing akhirnya sampai la jugak kitorg kat atas sana nun..
En.rahie singgah Tanah Rata jap tapau lunch sbb bdk2 ni tdo n kebetulan hujan renyai2 masa ni..
Hambek kau..rm16 kena..padahal lauk ikan,nasi putih n sayur je..
huhuu..cekik darah tul!xpela..rezeki org tu kot..

So..kitorg teruskan perjalanan sampai la ke Hotel Titiwangsa..
kat area Brinchang hotel ni..betul2 tepi jalan selepas padang golf..
okla bagi aku yg x berapa nk cerewet sgt..(padahal tilam pun ada rasa spring..hehe..)

Lobi hotel
TV+ astro + ammenities lain
King size bed (selesa utk kami 4 beranak)
                                                                

Dua beradik yg pantang dok diam..abis semua nak inspect! :)


Kitorg check in dlm 2.30pm..
Lunch..solat jamak siap2..pastu ujan berhenti je..kitorg pun kuar le jenjalan..


First destination : Taman Agro Tourism Big Red Strawberry Farm

Susah sebenarnya hero saya ni nak pose..tp ni okla..hehe..

This is our fav place eva!
Hehe..nape?kitorg pun x tau nape..byk benda leh tgk n buat kat situ kot..
Bole petik strawberry..mkn n lepak2..jalan2 cuci mata tgk sayur, kaktus, bunga..bla bla bla..
kesimpulannya..we loike.. :)
Tempat ni free je..cuma kena byr kalo petik strawberry tu..
skrg mahal sket harga utk petik strawberry..min rm25..x tahu la berapa berat strawberry yg bole kita angkut utk harga rm25 tu kan..sbb kitorg x gi petik pun.. ^_^

Parking...korg jgn risau..
skrg ni punya la byk parking lot disediakan..sampai ke atas bukit nuu..
adoiii..time nak keluar dr prkg tu la mencabar...sbb one way..
tp overall..nice place to visit.. :)

Meh layan gambar ye..

my heroes..
Irfan..peace!


haha..jenuh suruh diorg posing.. :)

yummehh!


feberet..

comot sampai ke pipi..sedap hingga menjilat tangan! ;p

peace yolls!



kalo suruh posing je..gaya ultraman yg keluar..adoyaii..

so..lepas penat berjalan..kitorg pun balik n singgah la kat pasar mlm Brinchang..
dekat je Big Red Strawberry Farm ni dgn pasar mlm..
kitorg survey2 n beli brg sket then off to the hotel..rehattt...

dapat sekor monyet merah kat adik.. :)

Malam tu after maghrib..kitorg turun buffet steamboat kat cafe hotel..
Haa..korg jgn x tau..hotel ni bg pakej bilik n mkn..all in..senang x yah pikir nak mkn kat mana..
Lunch jela kena carik..tp okla kan..? :)
Tiga hari dua malam stay kat Hotel Titiwangsa ni..dapat 2 voucher breakfast n 2 voucher buffet steamboat dinner..semuanya utk 2 adults..
tp syaratnya..booking direct thru their hotel..bukan melalui booking.com ke..agoda ke..
rate harga bilik pun okla..
1st nite kitorg dpt harga rm138, 2nd nite rm188..
Boleh la kan..siap dgn mkn pagi n mlm tu..
Huhuu..nanti aku kasi review ttg mknn kat hotel ni..
dah panjang bebenor lak aku membebel ni..hahaha..layan jela..pis! ^_^

Sunday, February 3, 2013

Lets Bowling @ Ampang Superbowl IOI Mall Puchong

Assalamualaikum..
Fuhh..lamanya x berbowling..
Rasanya last skali main masa trip MO ke Penang tahun 2006 dulu..
lama kan?

So bila Puspanita JMM anjurkan bowling yesterday..excited la nak join..
Walaupun xdela ramai sgt yg join..tapi best la sbb byk hadiah yg disediakan.. wee..suka2.. :)
rugi la sape yg x join..bukan tournament apa pun..saja suka2 nak spend masa dgn family..
bayar rm10 sorg je..
Vanuenya adalah di Ampang Superbowl @ IOI Mall Puchong..
Quite murah la harga dia compared to bowling di Sunway Pyramid or 1 Utama..
Kitorg semua yg dtg aritu ada la dlm 25 org..
Main 2 game je..
But we had lots of fun!
Selain hamper utk Top 5, ada juga hadiah utk Lucky Striker..
So ikut nasib n rezeki la..hehe..

Thanks Puspanita..
Please anjurkan lagi game2 mcm ni next time..
so xdela org anggap Puspanita ni persatuan utk makcik2.. pfftt..

k la..jumpa lagi..sila la layan gmbr2 di bawah ini ye?daa.. :)

Hamper and hadiah2 utk pemenang..
Irsyad n adib..anak anne..sebaya diorg ni.. :)
Antara yg hadir..
Little bowlers..
abaikan pose itu..gaya je lebih..bolanya ke longkang!haha.. :p
en.rahie n anak2ku yg sporting..