Wednesday, April 8, 2015

流星ワゴン

0 comments
Kiyoshi Shigematsu, 2005

Buku ole-ole dari rakan Jepun yang datang melawat. Katanya buku ini best seller sebab drama berdasarkan buku ini akan ditayangkan di Jepun tak lama lagi (Mungkin sekarang sedang ditayangkan) Dan buku ini bermula dari 2005, ia telah dicetak sebanyak 59 kali! Memang kalau tulis buku di Jepun boleh jadi kaya sebab rakyatnya ramai dan rajin membaca dan buku-buku pun murah..

流星ワゴン (ryuusei wagon) kalau dalam bahasa Melayu bermaksud "wagon meteor" iaitu wagon yang bergerak di alam angkasa. Ia adalah wagon jadi ia besar dari kereta dan boleh membawa ramai orang. Di cerita ini ia sebenarnya adalah sebuah kereta Honda Odyssey yang dipandu oleh dua orang - ayah dan anak lelakinya yang berumur 8 tahun yang telah meninggal dunia 5 tahun yang lalu.

Mereka ini akan "menumpangkan" orang yang akan mati atau sudah berputus asa untuk hidup dan membawa mereka ke beberapa tempat kenangan atau tempat di mana berlaku peristiwa penting kepada orang itu. Dan jika mereka sampai di situ, masa juga akan berpatah balik ke waktu sewaktu peristiwa itu akan berlaku.

Disebabkan penumpang dapat melalui peristiwa yang sama sekali lagi, maka mereka boleh cuba mengubah peristiwa tersebut (selalunya peristiwa kekesalan) tetapi tidak semestinya orang yang berkaitan dengan peristiwa itu (yang dijumpai semula pada waktu itu) akan berubah mengikut kehendak penumpang. Juga selepas melalui peristiwa itu, penumpang akan dibawa masuk ke dalam wagon semula dan jika dia pulang sekali lagi berjumpa dengan orang yang sama tetapi pada waktu berlainan, orang yang sama tidak akan mengingati berlaku "perubahan" dalam peristiwa. Dalam kata lain, penumpang sebenarnya tidak dapat menukar kenyataan kerana kenyataan tetap sama.

Jadi di cerita ini mengisahkan ayah, Hashimoto dan anak lelakinya, Kenta membawa seorang lelaki bernama Nagata Kazu yang sudah berputus asa untuk hidup akibat kegagalan dalam rumahtangga dan juga dalam kerjaya. Malah dia juga tidak berbaik dengan ayahnya sekian lama. Ayahnya pula sedang nazak menunggu saat kematian.

Jadi Hashimoto membawa Kazu melalui semula peristiwa-peristiwa penting dalam hidupnya dan juga membawa ayah Kazu yang berumur sama dengan Kazu, 38 tahun. Apakah peristiwa-peristiwa penting dalam hidup Kazu? Bagaimana akhirnya hubungan Kazu dengan ayahnya? Itu semua diceritakan di buku ini.

Pada saya buku ini biasa-biasa sahaja. Mungkin sebab banyak dialog dari drama. Lagipun ya dia dapat pulang ke "masa depan" tapi biasa-biasa sahaja. Kita cuma dapat tahu kisah isteri dan anaknya dan kenapa dia membenci bapanya. Itu sahaja.

Tapi bagusnya ialah walau dia dapat melalui peristiwa lama dan "mengubahnya" tetapi sebenarnya kenyataan tidak berubah. Jadi tidaklah merepek sangat buku ini.

Dan selepas Kazu dihantar "pulang ke bumi", dia berubah menjadi lebih positif dan cuba membaiki hubungan kekeluargaan dengan isteri dan anaknya.

Jadi ia cerita tentang semangat baru setelah "bermimpi" kot :)

Boleh la...

★★★
Buku ke 10, 2015

p.s: saya sangat suka dapat hadiah buku ;)

p.s: mungkin drama TV lagi best?



Tuesday, March 3, 2015

Asam Pedas Untuk Dia

2 comments
Nureen Mirza, 2013

Not bad juga novel ni!

Hari Jumaat lalu, saya ternampak buku ini di meja adik ofis.

"Best ke?" tanya saya sepatah. Dia kata best tapi lagi best drama TV.

Oh baru saya tahu ada drama TV rupanya. Tapi tak pe, saya tak minat nak tengok ;)

Anyway, saya pinjam dan saya habiskan dua malam sahaja!

Kimochi ii na baca buku bahasa Melayu...zap!zap!zap! dua malam habis! ;)

*******
Kisah pembantu rumah yang masih muda tetapi sudah menjadi balu kerana kematian suami dalam kemalangan dan ada bayi perempuan yang masih kecil. Dia rajin dan sangat pandai memasak. Masakan dia disukai oleh semua ahli keluarga tuan rumahnya termasuk anak sulung tuan rumah yang masih bujang.

Setelah mengetahui kesusahan keluarga pembantu rumahnya, anak tuan rumah cuba hendak membantu tetapi bantuan dia ditolak kerana tidak mahu termakan budi. Ini menyebabkan anak tuan rumah membuat keputusan untuk mengahwini pembantu rumahnya supaya dia dapat membantu tetapi dengan beberapa syarat....

*******

Apa yang membuatkan saya rasa buku ini ok ialah watak pembantu rumahnya yang bersahaja. Dia tidak mengada-ngada. Dia memang serius bekerja untuk menanggung keluarganya dalam masa yang sama cuba mengikut syarat yang ditetapkan oleh "suaminya". Dia berjaya mengawal emosinya dan seorang yang cekal.

Suaminya pula sebaliknya seorang yang tidak berani berterus-terang semata-mata untuk menjaga hati orang di sekelilingnya. Ini membuatkan ada rasa menyampah sikit kepada dia.Tetapi saya terfikir, mungkin benar-benar ada orang sebegini di dunia ini... So bukan lah pelik sangat watak dia, yang membuatkan buku ini bagus. Ye, ceritanya bagus kerana watak-watak yang natural, tidak "over" seperti sebuah drama rekaan.

★★★★
Buku ke 9, 2015

Wednesday, February 25, 2015

Cinta Tiga Segi aOteArOa

0 comments
Mohd Fudzail Mohd Nor, 2010

Buku terakhir dalam Trilogi Legasi Anak Felda Keratong dari penulis ini.

Kali ini watak utama, Ahmad berada di tahun ke-dua dan cuba memohon untuk menduduki kuliah tahun ke-3 juga pada tahun ke-2 kerana Ahmad rasa dia boleh kuasai dan lulus semua. Di samping itu dia masih bekerja di bank.

Pada kali ini ditulis pengakhiran kisah cinta Ahmad dengan Raewyn dan Rozita - yang agak tragis juga.

Juga kisah pengembaraan Ahmad ke UK dan Amerika serta Jepun yang menarik.

****

Seperti buku-buku yang lalu, saya suka gaya penulisan penulis ini. Bahasanya ringkas tetapi penggunaan perbendaharaan kata yang bersesuaian dan sususan ayat yang menarik yang menyebabkan emosi sampai kepada pembaca.

Agak tragis juga pengakhiran kisah cinta Ahmad dengan Rozita. Tetapi dari awal lagi saya telah mengagak yang Ahmad tidak begitu serius dalam percintaannya. Mungkin Rozita serius tetapi Ahmad tidak bersedia untuk komit dalam percintaan mahupun perkahwinan.

Selain kisah cinta, Ahmad dibayangkan sebagai seorang yang pandai - selalu dapat score semua subjek, malah dibenarkan melangkau ke tahun ke 3 pada tahun ke 2 dan dipilih untuk mewakili universiti untuk mesyuarat besar di universiti di Amerika.

Semua ini buat saya terfikir, sejauh manakah "kebenaran" di dalam ketiga-tiga buku ini. Adakah memang ada seorang "Ahmad" yang pandai sebegitu? Atau cuma angan-angan penulis buku ini.

Anyway, buku-buku ini membuatkan saya nak pergi New Zealand!

Dan juga pembacaan yang sangat berbaloi untuk RM5 sebuah!

Saya rasa buku-buku karya penulis ini memang sangat berbaloi berbanding banyak buku-buku novel cinta dan tah apa-apa di pasaran. Memang sangat disyorkan untuk anak-anak muda di luar sana.

Saya berhasrat untuk membaca buku-buku lain karya penulis ini. Dan saya harap beliau akan terus menulis karya-karya yang bagus. :)

★★★★
Buku ke-8, 2015



Friday, February 13, 2015

Al fatihah untuk seorang Tokoh Ulamak

0 comments
Malam tadi terima berita sedih

Pada kira-kira 9:40 malam Jumaat, hari Khamis 12/2/2015 Tok Guru Nik Aziz Nik Mat telah pulang ke rahmatullah.


Innalillahiwainnalillahiroji'un

To Him we belong, to Him we shall return


Selesai sudah perjuangan TGNA dalam menegakkan Islam.

Pergi menemui Penciptanya pada malam Jumaat yg mulia.

Semoga rohnya dirahmati oleh Nya dan diberi ganjaran syurga al Firdaus.

Al Fatihah.


******


Air mata ku tidak mahu berhenti mengalir dari semalam......

Thursday, February 12, 2015

Fifty Shades Freed

0 comments
E.L James, 2012

Ini buku terakhir untuk Trilogi Fifty Shades ini.

Kali ini Ana dan Christian sudah berkahwin dan ada beberapa episod sedih yang menimpa Ana dan Christian serta keluarga mereka.

Tidak sangka juga penulis akan menulis episod/drama yang agak berat sehingga melibatkan hidup dan mati.

Walaupun begitu, ini adalah kisah cinta happy-ending so... :)

Cuma satu perkara yang saya perasan ialah bagaimana Ana yang pada mulanya digambarkan sebagai gadis yang innocent dan "lemah" tetapi sebenarnya seorang yang berjiwa kental dan berani. Malah dia akhirnya dapat "mengalahkan" Christian dan mungkin sebab itu juga Christian akhirnya berubah.


★★★
Buku ke 7,2015

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

w.a.g.a.m.a.m.a.j.i.n.s.e.i Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template