Friday, December 19, 2008


Teringin sangat nak beli Jumpero ni untuk Ayra
Dia suka sangat main menda alah nih
sampai meleleh air liur,.
tak endah kan aku ngan beckham
tapi..........
Harga dia..
Humang aih.
lagi singgit RM 700
Kena cari kat ebay yang second hand punya..
Kalo ada rezeki dia..
Adalah if not..
Tunggu dia 7 bulan
belikan walker jer lah..
Bila dah jadi mummy nih
bila tengok anak kita suka sesuatu benda tuh
hati tu rasa nak penuhi jer permintaan tu
bila tak dapat penuhi
rasa sedih sangat..
rasa mcm aku mummy yang tak baik..
jenuh!

Wednesday, December 10, 2008

Venue : Umah Tok Mama
Date: 2 November 2008
Model: Ayra Rahadatul 'Aisy
Majlis Cukur Jambul & Marhaban

Tuesday, December 9, 2008


Entry ini mungkin agak emosi..
Sekadar luahan perasaan seorang anak dan ibu
Mungkin Dia tak pernah nak menyayangi aku
Tanpa sepatah ucapan Tahniah, atau bertanya khabar aku
Yang bertarung nyawa melahirkan cucunya
Tiada sepatah perkataan atau sekali kunjungan
Tak teringin kah nak tengok cucunya yang pertama
Atau aku ini memang tidak pernah ada didalam hatinya?
Aku tak pernah menyesal bukan dalam peliharaan dia
Tapi aku masih ada namanya di hujung nama ku
Apabila anak aku sudah besar nanti
Harus kah aku katakan
Ayra ada tok wan..tapi tok wan tak sayang ayra..
haruskah?
Tak apalah ayra..
Tok wan mungkin di hati dia tidak ada ruang untuk kita...
Semoga selepas ini .. jangan ada apa2 diantara kita dan dia kan ayra
selagi Mummy ada
selagi Daddy ada
Selagi Tok Mama ada..
Ayra tetap akan kami limpah kan kasih sayang



Thursday, December 4, 2008

Dah lama tak update dalam blog nih
Life was great.. ehh super great..
Masih dalam penyesusaian as Mummy and Daddy
Masih dalam pengiraan bajet itu dan ini
Kadang2 bajet burst
Kadang2 bajet terlebih
Hi hi hi
Masih menatih,
Masih terlalu hijau dalam dunia keibubapaan ini
But still learning.. belajar dan bertanya pada yang tahu dan sudi..
Insyallah
Nak Share Milestone Ayra
Being 4 Months
  • STill tak mahu meniarap..
  • Nak duduk + berdiri sajer+ ngereng2
  • Bangun seawal 530 pagi ajak sembang
  • Dah pandai nak ikut if nampak orang pakai baju cantik
  • Nangis kuat2 kalau lapar
  • Dah minum 180ml susu (alhamdulillah)
  • Still breastfeed at nite
  • Pandai cari bantal bucuk if nak tido
  • Dah pandai main "ba-ba chak"
  • Suka tengok cerita tom tom bak (maybe sebab colors)
  • Dan pandai tarik booties sendiri (sib baik tak isap jari kaki)
  • Suka dengar lagu yang mummy nyanyi pehtu tergelak

Untuk semua yang diatas ..

Aku bersyukur kepada tuhan.. atas setiap kehendaknya

Friday, November 28, 2008

Semenjak dua menjak ni
Stok susu cap gantung agak merudum skit..
Maybe pasal ayra dh jrang nak isap susu
So susu pun agak kurang
Jadi aku pun ngadu ngan tok mama,
mula nak soh oarng datang urut
Pehtu mama call tok aku pulak
TOk aku soh cari jantung pisang n masak kasi aku makan
ALhamdulillah rezeki.
Jantung pisang senang pulak nak jumpa..
Pehtu orang tu bagi free pulak 2 bijik jantung pisang
Nih lah lepas mak aku masak
Masak Lemak Jantung pisang..
Dengan izin allah..
lepas aku makan nih 4 hari berturut2
Susu aku lebat balik seperti biasa
malam tadi adalah kemuncak
Memancut2 abih kat muka ayra
dah dia tertidor sambil menyusu ekekek
Sian dia.. aku pun tertidur gak
ALhamdulillah
So kengkawan..
Pi lar cari jantung pisang..
Cepat/murah dan sedap..


ps: sharing is caring.. aku makan nih ngan nasi..tp semalam aku ratah macam tuh jer.. tgh diet nasi lalalalalalala..

Monday, November 24, 2008

Niarap

Hi hi hi..
Ari ni terjawab segala yang aku tanggung beberapa minggu nih
Serius aku bebetul risau
(Being 1st mom kan)
tetambah lak dengan cakap2 orang tua
Lagi wat aku risau..
Tapi sib baik ada internet
Internet nih bagi aku library dunia,
sumer aku boleh cari dalam nih,
BUkan per..
Aku risau a.k.a tertanya2 naper baby aku tak mo niarap2
Tak mo roll over..
Kalo aku paksa dia niarap
Dia niarap kejap jer pehtu nangies..

Kemuncak kerisauan aku bertambah lagi
MInggu nih, bila ..
Baby aku dah angkat kepala (sambil berbaring nak duduk kaedahnya)
tak mo niarap tapi nak terus duduk
Pehtu nangis suh aku angkat kasi dia duduk..
Dia tak mo ikut step by step
Selalunya baby akan niarap kan
tapi nampaknya baby ayra akan skip meniarap nih
Pasal dia nak terus duduk.. then nak berdiri
siap kaki melangkah bila aku dirikan dia

Ari nih,
Aku tanya kawan aku yang xpert (anak dia dah 2 tahun)
Then dia soh aku masuk website nih http://www.babycenter.com/
Nah terjawab lah ..
Sumernya
so tak perlu risau lar kan.. lain baby lain progress nya
Asalkan baby sihat ..alhamdulillah

Ini persoalan aku :
_is-it-normal-that-my-baby-doesnt-roll-over-yet

Jawapannya:

Most likely, yes. Some babies can kick themselves from front to back as early as three months, but most need the strong neck and arm muscles they'll have at about five or six months to flip from back to front. If your child looks like he wants to roll over but can't quite do it, you can encourage his developing skill through play. Wiggle a toy next to the side he customarily rolls to in case he's interested enough to try again. Applaud his efforts and smile; he may need your reassurance since new actions can be alarming.If your baby hasn't figured out how to flip one way or the other by the time he's about seven months old and isn't showing any interest in getting around by any other means (crawling, bottom shuffling, etc.), bring it up the next time you talk to his pediatrician.


Tapi camner aku nak explain kat tok mama??
TOk mama dan Nek tok (tok aku) masih dengan kepercayaan lama
Yang kononnya if baby tak ikut step
Bila besar nanti..
entahlah.. should i worry abt this?
Tolonglah kengkawan..

Friday, November 21, 2008


Jawab Tag dari Mummy AIRA (EINA)
Ala seyes kita tak byk gambar peknen lar..
Masa peknen malu nak amik gambar
pasal gemok dempol

nih jer yg sesat dlm computer
seyes x tipus
anyway kita jawab gak eh..
I kan sporting hi hi hi
1. Berat sebelum mengandung
----> 50 kg
2 .Berat terakhir mengandung sebelum bersalin
-----> 72kg jgn terkejut
3. Berat selepas abis pantang
----> 57kg (sekarang as at 4 months after delivered dh 53kg yeaa)
4. Apa yang korang suke makan mase mengandung ?
-----> Sumer western food/fast food n menda manis-manis ajer..no masam2 and no nasi
5. Hospital mana anda bersalin?
-----> Hospital Pakar An-Nur Bangi (SEbelah az-zahrah)
6. gambar anda masa pregnant.....at least 5 keping
-----> sekeping ajer x suka tgkp gmbar pasal gemoks..
hi hi hi
so dah terbayar hutang tag kat mummy AIRA



Sesungguhnya
Aku amat bersyukur kepada mu
Tak tertulis dengan perkataan
Tak terucap dengan kata-kata
Betapa aku amat menyayangi amanahmu ini
Terima kasih Ya Allah memberi kami peluang untuk menjaga amanahmu ini

Semoga Kau memberkati hidup kami sekeluarga
Amin ya rabbal al - amin
Syukran Ya Allah

Thursday, November 20, 2008

Semalam ujan bukan main lebat
sepatutnya sejuk lar kan
tapi kami kepanasan wohh
Sebab takder "karan" (elektrik)
Sian ayra tido berpeluh2
Kipas sumer x leh bukak
Last alternative pasang kipas stroller dia
Hi hi hi

semalam banyak kali gak dia terjaga
Memula nak susu... biasa lah kalo malam aku bagi EBM
Peh dah minum susu dia nak memain lak
1st jaga kul 930 smpai kul 1030 jenuh lar daddy dia dok pujut bagi tido
2nd jaga kul 1130 pun nak ajak sembang
3rd jaga kul 4 pagi (tu pasal tak der kipas dia hangat)

Tertido2 aku nak menidokan dia balik
ntah pukul berapa dia tido balik aku pun tak sure
Pasal aku pun dah hanyut
Pagi neh dia tido lagi, selalunya kalo nak pi keja tu dia dah mangun dah nak nenen
Agaknya dah letih lar tuh..
Agaknya macam ni lah kan mak-mak kita rasa dulu2
Bangun malam2 jaga kita yang degil neh..

Isk..
Betullah orang kata bila dah jadi ibu.. baru tau!



Dear mommies out there,
Camner kaliannya baby?
Tido senang?

Tuesday, November 18, 2008


1. Brand : Menan 1 Brand Simple Dimple,
Menan 2 Brand : Disney
Menan 3 Brand: Tesco
2. Date of Purchase: Beli masa ayra umur 3bulan ++
3. Function Toys : untuk dia belajar pegang + gigit color attractive, mobile toys tu untuk dia tgk sambil khayal dan terlena or kalo dia boring nanges2 pasang lagu tu dia senyap.. ekekee
4. Memang confirm beli sendiwik bukan orang bagi.
ps: menan hocee tu mmg ayra suka sgt psl book tu soft and dia leh picit2 + gentel2 hi hi hi

Oleh sebab Auntie Dila wat tag bag diaper
Mummy Ayra nak wat tag jugak
Mainan pertama yang dibeli untuk baby


Syarat-syarat:
1. Mesti toys yang dibeli sendirik
2. Tak kira barang murah / branded / no brand
3. Apa function toys tuh
4. Umur baper beli toys tuh



So nak tag
And mummy sekalian...


ps: Bukan per. lepas nih ada lar idea nk beli toys apa yang berpatutan.. sharing is caring kan??





Monday, November 17, 2008

Gigih..kan?
Mummy gigih tangkap2 gambar
tuh pun last minute semalam..
So agak kelam kabut lar sikit..
Tapi ok lar kan?
Dari takder

Nih beg diaper nih tak der dalam senarai aku untuk things to buy pun, memula dulu aku tak beli pun, pakai beg biasa jer,
raas macam tak perlu..sekali bila baby dah semakin membesar, and banyak berjalan bag diaper nih mcm perlu pulak.. ada 5 compartment, 2 kat tepi utk letak btol susu, depan nih yg kat logo tuh boleh letak pacifier, toys, etc etc..
Ini actually bekas susu..tapi...

tapi aku gunakan sebagai tempat letak tissu., takut ayra poo poo
compartment yang ni, aku wat letak pampers or napkin, atau towel kecik kut2 dia muak
or air liur meleleh.. hi hi hi Nih pandangan dari dalam.. letak segala mak nenek benda, aku bleh letak flask/susu tapi sebab ini last minut punya kerja so flask ngan susu sudah kat simpan lorh..
Barang2 yang dipack kat dalam beg ayra
1. Beg Diaper tuh..
2. Baju extra + towel + suar pendek kut2 nak kena tukar.. (selalunya tukar lar ayra suka muak)
3. Segala mala toiletries ayra, Balm, sikat, krim drapolene, thermometer
4. Baby wipes nih kena bw lebih, biler dia peluh2 aku lap jer bagi wangi.. kalo tak masam jer bau hi hi hi
5. Kipas stroller yang ni menda wajib bawak..ayra tak leh panas skit naik rumah pehtu dia rengek2 so kalo pi kenduri ke apa ke senang ler hala kat dia jer.. asalkan ada berangin kalo dak jenuh daddy dia dok tiup kasi angin..


so lepas ni nak tag :

1. Kak Oren. (nak gak tengok kak oren pack bag camner eh ramai baby)
2. Kak KV (baby girl n boy camner pack)
3. Adeqanjer (baby boy girl gak nk tgkkk cmner pack)
4. Tulip ( hi hi hi new mommies mesti nak tgk gak)
5. Kak Chenta Hati (nak gak tengok akak pack cmner utk U-ul

ok mesti buat tauuu tau tauu..



Thursday, November 13, 2008


Ohh..
Ini agaknya yang ibu bapa rasa
biler anak dapat wat sesuatu yang membanggakan
rasa mcm teruja sangat2
walhal menda tu biasa jer kut.
Ayra..
Mummy and Daddy masih tunggu ayra niarap nih
Tak sabar..
Dok baca blog orang jer anak diaorang dh leh niarap
Teruja nih
Sekarang Ayra leh ngiring2 jer
Insyallah tak lama lagi Ayra pasti leh kan?
ps: Abaikan daddy..dia tido sambil susukan ayra..masa ni mummy tgh nak pi keja..

Monday, November 10, 2008

Ayra tido dalam sini.. kat umah aku.. sebelum kuar kena tunggu dia mangun dulu

Tido nyenyak jer kalo dalam aircond.. so mummy anda daddy kena lar tunggu dulu.. (pstt.bantal tu sebenarnya kami baru letak pasal dia asik terkejut2)

Kat kenduri cukur jambul kawan dia.. Dia telan2 airliur tengok daddy dia makan.. Mummy tak reti nak pegang sambil makan mcm daddy dia..

See.. Ayra buli daddy dia.. sian daddy letih.. tak mo ngan mummy pegang nak daddy dia jer.. majuk aper ntah ngan mummy dia (maybe mummy pakai minyak wangi baru kut?)


Inilah kawan dia yang potong jambul tuh (rambut pun tarak) baby ayra dah 4 bulan besaq tuh.. kawan dia baru 44 hari besaaq sama dia gak..takper lar ayra janji ayra sihat kan kan..

Masa nak tangkap gambar nih, beckham siap pesan tangkap gambar jer tau..takder perjanjian apa2 ..takut sangat anak dara dia dikahwinkan secara paksa.. ekekekeee
So itu sajalah aktiviti ayra dan mummy and daddy semalam..

Thursday, November 6, 2008

U all..
Ini boyfriend Ayra..
Hi hi
Cuba teka ni baby sapa??
* Mak dia lah teman aku berbual masa aku dalam pantang
* Mak dia lar teman aku dengar segala benda yang aku dok ngadu
* Kami sama2 dalam pantang, sakit perit sama2 rasa
* Kami sama keluar kan baby secara vacuum
* Birthday Months baby sama bulan Julai 2008
* Baby minum susu yang sama (susu naik harga wohh)
DIA nih lah mak baby tuh

Entry ni untuk nano..
Nak reveal kat public segan lar kan
Tudung ni.. nano yg bagi MoRtada..
agak susah nk pakai
tp tgk nano pakai comey jer
so solution kena pakai camnih jer baru aku reti


1st pin kat kat tgh2.. camtu dia kat 4 segi tak yah jadikan 3 segi
Pehtu tarik tepi... kemas2 untuk bawa naik atas
Pehtu lilit2 kat leher kemas2 lar kan..
Sampai kat kepala terus pinkan..


Taraaa... (tgkp sndirik gmbar nih dlm toilet jenuh tau takk)



Tuesday, November 4, 2008

Arooo..
Ayra dah naik Car Seat dia..
Nampak selesa jer dia
Siap tidur ngan nyenyak sekali
Tapi biler kat traffic lite jer terus tercelik mata besar2 ..
Biler jalan jer balik
Lena balik..
Hi hi hi
Nih hari sabtu, gi kinik
Ayra Cekcema..
Ntaah jangkit kat aku or kat beckham.
Aku paling takut nak letak ubat dalam idung ayra
Ubat tu kena titis kat dalam lobang idung
Botol tu mcm besar moncogn dia
So aku tak buat just bagi makan ubat
last sekali kena marah ngan tok mama
TOk mama tolong buatkan..
Aku takut ...
Daddy dia lagi lar takut..




Wednesday, October 29, 2008

Dah lama tak update..
Mummy sibok malas
Ini gambar ayra ngan baby
Beckham sangat suka hati
Sumer (mostly) orang cakap muka dia sejibik sejibik
Dia dok nanges2 ngan aku
Biler beckham angkat
Muka eksyen tuh tgk aku..
Aku tak sentap dah..
Betuiiiii...

Wednesday, October 22, 2008

Hey mommies out there,,
Nak tanya pun macam segan..
Aku rasa sentap semalam
masa bagi baby ayra nenen.. (badan)
LEpas dia dah kenyang and nampak daddy dia
Terus ngeliat2 badan dia pehtu nangis..
Bila daddy dia dukung diam lak dia..
Hu hu hu
Adakah dia tak sayang aku??
Aku sentapzzz nih..
Ke perasaan aku yang terlebih jer??
itu jer lar
sekian

Tuesday, October 21, 2008

Tengok daddy kepenatan, so do Baby Ayra..
Dua2 tido lasak tak ingat dunia..
Sib baik mummy tak jatuh ke tepi..
Aku tangkap gambar nih.. dua2 tak bergerak2
Tido keletihan ar tuh..
Beckham tu sebenarnya tengah tepuk2 ayra
Tapi tertido lar tuh..
comey kan dua2?
I love them both...

Car Seat Ayra

Ari ahad..
Pi jejusco kat kepong tuh..
Kan dah lama nak cari carseat @ carrier for baby ayra nih
Sementara voucher dia banyak lagik (kang diguna oleh mummy and daddy baru tau hi hi hi)
tambahan pulak tok mama pun sponsor gak
Mummy and daddy dah kering kontang poket.
raya tak ingat dunia ha ha ha
sendiri mau ingat lar kan..



Memula try baby carrier nih RM 149
Sweet cherry dia ok jer.. psl dok isap jari buat apa pun kat dia
Dia tak kisah dah..tapi tgk macam dah sempit n sendat jer tempat tuh..
So cancelled ler

Pehtu Try yang nih pulak.. tak sesuai pasal kedudukan dia
Ayra tak leh lar duduk jer sepanjang masa
Car seat yang neh tak leh baring-baring
Lagipun suitable for 6month - 3 years
Ayra Baru 3 bulan
yang nih RM 159 sweet cherry gak

Pehtu last sekali .. try yang ni pulak.. humang aih sesuai ler sangat pasal newborn up to 4 years.. ha memang ler sesuai duit pun sesuai ler jugak.. tapi oleh kerana bukan pakai duit mummy and daddy dia.. so kitaorang buat keputusan beli yang ni RM 299 lagipun mmg kena beli sangat2 dah tak leh tangguh2.. Tok mama dah start kena pi masjid mengaji , so nak angkut baby ayra sekali .. tak kan tok mama nak riba dia sambil drive kan?? lagipun dh ada car seat nih.. bleh ler aku balik umah aku nanti tak der lar alaasn tok mama tak bagi aku balik hi hi hi.. Pandai tak aku

sekian, itu lar cerita untuk ari ahad..

Friday, October 10, 2008


nih keja 2 anak beranak
Tangkap gambar
Daddy tu x sihat MC
Muka pun letih..
ayra muka boring kan kan kan?
hi hi hi
Dua tiga hari nih,
beckham tak keja, MC + cuti..
So berdampingan mesra lar ayra ngan daddy dia..
Tok mama mengadu kat aku..
Cakap daddy dia asik dukung ayra jer..
peluk ayra jer..
TOk mama takder can nak pegang ayra
h hi hi hi
TU baru beberapa jam jer tuh
Dah berebut2 dua orang anak beranak tuh..

Ayra pun skrang memang sangat pandai tegnok TV
TOk mama citer
Kebetulan semalam ujan lebat
So asteruk tak der siaran..
Dah gelisah Baby ayra ku..
Ha ha ha..
jangan sok besar dok rebut remote ngan aku, ngan beckham

MOntot dia dh kurang merah,
Aku beli zaricot dan
Aku dapat pampers pureen dry 5,
Elyn kasi aku try..
COmey pampers tuh siap ada kartun2 lagi
Beckham kata, kalo pakai pampers x yah pakai suar dah..
Pasal pampers nih lawo!

Tapiiiiiiiiiiiiiiiii
Sekarang dia naik mcm bijik2 pulak kat leher dia
Aku rasa sebab dia nih kuat berpeluh ke ha??
Sebab tido memang tak bukak kipas
Pasal kan ke dia ada kahak tuh kan
SO doktor advised jangan bukak kipas
So nak tanya doktor ler..

Isk .. any idea anyone??

Monday, October 6, 2008


Ayra skrang kalo lapar..tak dan dan nak minum susu..mesti isap jari.
Pantang lepa.. mesti tgn dia dh dok dlm mulut...
Aksi sedang asik isap
nyot nyot
Masa nih nak bagi mandi.. dia dok tgk aku siap2 tmpat mandi.. beckham tolong pujuk2

Lepas dia dah sedar apa yang akan terjadi..terus naness..

ps: montot dia merah ar.. aduyai apa cara selain letak krim?? skrang dia pakai Pampers Comfort tuh


(Baju nih atak nanoo kasik dah muat dah masa mula2 lahir dulu x muat lagik)
Aroooo.
Assalammualaikum..
Raya tahun nih apa nak cite..??
Memang pengalaman baru ar kan..
Selalunya beraya satu hari bleh pi berbelas2 umah..
Tapi tahun nih.. raya satu hari average 2 rumah jer
Pasal aku n beckham tak berapa pandai nak manage baby lagik
Ada sekali tuh sampai jer umah sedara kami..
Ayra poo poo.. hi hi jenuh lar nk cari ayaq panas
cotton lar itu lar..
aku pack apa pun tak tau.. baragn yg aku bawak!
Pengajaran untuk aku dan beckham
Rugi beli baju cantik2
akhirnya baby ayra pakai tshirt sama suaq pendek
ha ha ha
sian dia panaih..
tau lar jalan2 kat kg kan.. mana lar depa nak ada aircond ka apa ka..
So sib baik ayra ada kipas kecik yg letak kat stroller tuh
dok pasang tuh jer lar
Bab lain paling best
Collection masyukk ha ha ha (mcm haper jer mummy n daddy dia)
Agaknya pasal anak aku baby lagi kan
ramai nak sedekah..
Alhamdulillah..
bab yang tak best pun byk gak..
sangat lar banyak
Apa2 pun aku kontra ja lah dengan keseronokkan raya ngan baby ayra n beckham
Aku lupakan jer lah ketakseronokkan tuh..
ps: atak nano nk tgk baby ayra mai ar KL..

Monday, September 29, 2008

Apa nak citer pasal ayra yer?
Hmm..semalam (ahad)
Gi tengok MIL kat spital..
Aku n mama memang x mo bawa ayra gi spital
Takut lar kan kuman2 sumer..

Tapi beckham tu
Yer lah kan
Yang kat spital tuh mak dia
SEbab my MIL memang kena beraya kat spital tahun nih
Kencing manis operation faham2 jer lah kan

Yang menjadi ketakutan aku
Beckham macam nak bawa ayra naik spital tuh untuk jumpa my MIL
aku tak suka and takut lar
Baby baru 2 bulan lebih
Kang antibodi badan bukannya kuat lagik
Hai susah
Agaknya ini memang dugaan aku kut
pasal anak aku dan beckham dah 2-3 kali dok bermasam muka
Aduyai.. betul2 berubah hidup kami nih

Tapi tuh lah sekarang aku dok pujuk dia elok2
Aku tau beckham serba salah
Sebelah sini mak dia
Sebelah sana anak dia and aku bini dia
Tapi apa2 pun memang aku berkeras tak mo ayra pi spital tuh
Isk.. agaknya nih lah naluri ibu kan
Overprotected untuk anak !!!

Doakan aku kalian..
Agar beckham lembut hati tak mo bawa ayra jumpa MIL aku
Memang tahun nih ada dua perkara
Satu best and satu tak best
Sian gak aku ngan beckham
dia kata dia hepy sebab dapat raya ngan ayra n aku..
Tapi at the same time dia sedih gak psl mak dia masuk spital and beraya kat spital..

Baju raya ayra..
Aku dah beli 3 lai..
Pehtu dapat lak hadiah dari kawan-kawan
Pehtu tok mama beli baju jugak 4 lai..
So total baju raya ayra ada 9 lai ha ha ha
Banyak giler?!!

Dalam pada tuh aku dok risau jer
nak balik kg nih
Kali nih lama lar pulak
Harap2 aku n beckham leh ar manage ayra
yer lah selalu tok mama dia dok jaga fully
Hi hi hi aku tau bagi nenen jer..

Ada2 apa2 petua kalo nk berjalan masuk dlm kampung2?
Aku letak surah yassin dekat ngan baby ok kan??

Thursday, September 25, 2008

Aku sepatutnya tak berhak pun nak komplen2 pasal tok mama
Sepatutnya aku kena bersyukur banyak-banyak
Tok mama nak jaga ayra
Orang lain bermatian2 cari orang (baby sitter yang boleh diharap)
Aku nih kira nya beruntung kan?
Alhamdulillah..
Ya allah..ampunkan aku..

So nampak gayanya
Aku kena berkorban sikit jer
Untuk keselesaan baby ayra
Untuk aku dan beckham
Insyallah tuhan lebih mengetahui mana yang lebih baik

Sekarang ni perkembangan Ayra
Bila malam tido
Mesti nak orang tepuk2
or dia nak rasa tangan aku or beckham dekat ngan dia
kalo tak dia bunyi
"Hek, hek hek..
Kadang2 dia tido nyenyak sangat bunyi bom mercun punt ak sedar
Kadang2 dia tido - tido ayam..
Bunyi org jalan pun dia leh celik mata..

Ayra dah pandai nangis menjerit
kalo aku lambat bagi nenen..
Pehtu kadang2 nangis kuar air mata yang sedih sangat
Kalo aku lambat angkat..
Paling suka tido kalo beckham dodoikan
Aku dodoikan lagi celik mata adalah ajak sembang
Bila aku dodoikan dia.. Dia nyanyi sama woo waaa
Kalo tok mama or beckham dodoikan
Elok jer tido nyenyak.. hi hi hi

Raya tahun nih ada dua perkara best and tak best
Yang Tak best..mother in law kat spital.. and aku x pi lawat2 lagik
Berkemungkinan besar dia raya kat spital
so kami nanti kena berkampung kat spital ar
camner x mo bagi depa kecik ati
aku tak mo bawa ayra pi spital
tau lar budak kecik kan baby lagi
kat spital tuh byk kuman2 isk..

Yang best pulak,
Tahun ni tahun pertama raya ngan baby
Rasa semangat tu semacam jer
Selalunya aku n beckham memang bersemangat nak raya
tapi kali nih lebih2 lah pulak.. hi hi hi
Beckham siap nak beli purse baby sebab nak wat collection
ADa ka.. tak malu sungguh beckham tuh kan??
Dia kata nak pi lawat umah2 orang yg tak penah pi..
Tak senonoh..

Apa apa pun..
Aku berharap semoga kalian juga bergembira di aidil fitri nanti

Tuesday, September 23, 2008

Baby ayra pengeli (maknanya romantik macam mummy dia ececehh)

Mendiamkan diri dan mengosongkan entry dalam blog ni
bukan bermakna tak ada cerita
sebenarnya setiap saat ada jer citer yang aku nak tulis kat sini
tapi masa tak mengizinkan
pehtu ditambah pulak ngan kemalasan tahap apa pun tak tau lar
tambah lagi ngan mood nak raya (walhal puasa tak cukup)

Aku period lagi..
entahlah hormon tak stabil kut
ari tu awal bulan dh period dah
pehtu nih kuar lagi
banyak nyer lah hai nak kena ganti
Last week, saturday
aku bawa ayra ke rumah kami
itu pun ada konflik yang melanda
Tok mama masam muka masa aku nk bawa balik tuh
tok mama merajuk
aduyai pening paler aku..
Tapi aku kuatkan hati balik gak umah kami..
Yer lah bagaimana pun umah sendiwik lagi best..
Selesa dan nak wat apa pun tak der orang heran.. and bantah
Memang tok mama merajuk
aku sms ajak berbuka poser kat umah aku
dia jawab "tahun depan jer ler"
aduyai.... susah gak kan
hati memasing nak kena jaga
nak kena jaga hati beckham gak
nak kena jaga hati mama jugak
beckham nak balik umah kami
yer lah dah berbulan2 kami x balik..
Ari ahad tuh..
dalam kul 12 lebih
sms dari tok mama
dok tanya cucu dia bila nak balik umah
aku ckp baby ayra tido lagi..
hi hi hi
then kul 3 sms lagi tnya biler nak smpai
and ckp tak yah beli apa2 mama dah masak
"bodek lar kut takut2 kami pi berbuka puasa kat luar"
rasanya ada la 7-8 kali sms dok tnya biler kami nak sampai
padahal umah kami n umah mama sepelaung jer
dlm 20 minit perjalanan
agaknya kalo kami x sampai umah malam tuh
mau dia datang amik baby ayra
sampai jer umah mama
terus depa terkam ayra
aku n beckham terkedek-kedek jer lah punggah barang2
dalam diam2
tok mama cakap kuat2
"minggu depan tak payah balik umah mummy duduk jer ngan tok mama"
aduyai!!!
baru jer kami bercadang-cadang nak bawa baby gi beli car seat ngan baju raya
dah kena perli camtuh
nampak gayanya tak leh bawa keluar ar si baby ayra
susah susah..
maybe my mom dah terlalu attached ngan ayra
so dia x mo renggang langsung ngan cucu dia..
alhamdulillah..
tapi tuh lah
aku ngan beckham makan hati berulam jantung jer lah



Thursday, September 18, 2008

baby ayra dok atas dada aku.. mencari nenen..

semalam aku cuti nuzul quran
masa tu aku rasa cepat tul berlalu
tak puas main ngan baby ayra
entah kenapa semalam aku raas letih sangat2
padahal tak buat apa2 pun

just main2 ngan baby ayra
pehtu tido kan dia
and nenenkan dia..

dah petang tu beckham balik keja
dia lak nmpak tak bermaya
dia kata dia letih n mcm nk demam
so semalam memang aku sorang jer lar yagn bangun
tukar pampers,
susukan baby ayra..
tak sampai hati aku nak kejutkan beckham
sian dia

Then, satu lagi
kejam ker aku
baju raya aku dah beli
baju raya beckham dah beli
tapi aku still lom beli baju raya utk baby ayra
bukan per
ari tu bw dia gi jalan dia tido
tak smpai hati nak bangunkan dia
and ukur size..
tak reti ar nak beli tak ukur size
kang terbesar ke
terkecik ke..
camner eh??
any idea??



Tuesday, September 16, 2008

Semalam aku balik
Laju giler aku drive keta..
hi hi hi atk sabar nak jumpa baby ayra

Sampai jer umah
Ujan turun bukan main lebat sekali
bukak je pintu aku tgk tok mama berkain telekung
dok solat sebelah baby ayra

Tok mama kata baby ayra "merap"
tak mo tido siang
risau gak aku
baby sepatutnya kena tido baper jam??
susah ar dia nk tido
asik nk main n nak orang layan dia
pehtu my mom ckp
dia x mo tido psl aku bw dia berjalan ari ahad tu lama sangat
yer ker?? betul ke fakta tuh?
abih biler leh bw baby jalan2??


biler aku dh pegagn tuh
bagi dia bfeed..
elok lak dia tido ternganga
korang rasa dia rindu aku ker????
ke dia rindu nak bergantung kat nenen jer??

Monday, September 15, 2008

(nih gambar baby ayra semalam sebelum mandi)

Semalam gi soping-soping
Bawa Ayra.
Actually bawa curi-curi
Tok mama tak tau
Hi hi hi
Gi Alamanda
Cari gelang Ayra
Kat Habib jewels..
Berat 2gm jer
Tapi dah cecah RM 200++
Mahaiiiiii
Tapi takper lar
Gelang emas pertama Ayra


Then gi Midvalley pulak,
berbuka poser kat Nando's
Ehem..
Dah ada baby nih
takleh ar nak makan bersenang lenang
sorang pegang soarng makan
sorang makan sorang pegang
Kelam kabut jugak lar
maklumlar 1st time jenjalan
Pehtu keta penuh dek barang dia jer
beg mummy pun penuh ngan barang dia gak
sampai kan nak cari purse mummy pun
terkeluar pampers hi hi hi
ngan napkin, wet tissues, puting, etc etc
sib baik bag mummy besar..
memula ingat nak beli bag baby tuh
tapi pikir2 macam rugi jer
last2 beli bag avon yang besar dabak tuh
nampak vogue skit
hi hi hi



Pehtu balik umah dah lewat dalam kul 9 lebih
My mom punya lar dok call
tapi tak berani nak angkat takut kena marah
last2 dh sampai umah baru angkat
cakap jalan jem sebab baru lepas hujan (tipu sunat kut)
sampai tu terus tok mama tekam ayra
macam setahun tak jumpa
hai nih anak sapa nih sebenarnya????






Friday, September 12, 2008


Be thankful of what you have...
Alhamdulillah.
Well well well
Dah over 60 hari.
Cepatkan?
Aku pun dah start keja..
ADus hari pertama aku tinggalkan Baby Ayra 11 Jam
Rasa windu sangat2
Tersangat rindu...

Aku sebenarnya tak sangka
Yang aku sayang sangat ngan baby ayra
Dulu masa dia dalam perut aku rasa biasa jer
Tapi sekarang ya allah tak tau nak describe macam mana

Progress baby ayra sekarang
Dah pandai tengok TV
And tersengih senyum..
Once a time bleh dengar dia ketawa mengkekek..
Kalo dengar sore Tok mama (my mom)
Mula ar nak soh angkat atau nanges manja
Kalo tido malam nak daddy dia yang bagi tido
Kalo ngan aku x mo dia tido..tapi asik nak bergantung kat nenen jer

Aku ngan beckham masih dalam proses adjust mengadjust time
Biler pagi jer macam kelam kelibut
Dah dua pagi aku ngan beckham kuar umah lambat
Nak mensettled kan Baby ayra..
Kadang2 dia nak susu
Kadang2 dia tido..
Nak tukar pampers etc etc
Nanti kena wat planning awal2 kut..

Perkara yg merunsingkan aku nih
Baby aku ada kahak
Ari tu dah bw gi klinik dr bagi ubat mencairkan kahak
Any blogger yang tau cmner cara nak hilangkan kahak tuh?
Risau ar..

Hari nih pulak nak pi bukak poser ngan office
So dah tentu balik lambat
Windu banget!!

Saturday, August 23, 2008

satu satu ayra sayang mummy
dua dua ayra sayang daddy
tiga tiga ayra sayang tok mummy
satu dua tiga sayang semuanya
44 hari berlalu
CEpat masa berlalu
tapi aku masih rasa baby aku masih baby mcm baru lepas lahir
itu naluri ibu kut?
kalo dia nangis kejap jer aku leh dengar
naluri ibu ..
kalo dia berak aku ckp takder bau apa2 pun padahal org lain dh bau busuk
naluri ibu..
Apa2 pun..
Aku tak sangka sangat
Aku leh mandikan baby
Aku boleh basuh berak baby
Aku boleh pakaikan pampers baby
Aku boleh tidurkan baby
SEdangkan dulu satu hapa pun aku tak tahu
Allah punya kuasa kan
Begitu hebat naluri ibu nih.. dan kasih sayang ibu nih

Wednesday, August 6, 2008

Lama aku tak update
Bukan buzy pun
Tapi malas nak taip
Boleh camtuh?

Hari nih dah 27hari..
Kalo ikut orang cina lagi 3 hari abih lar pantang
Orang cina pantang 30 hari jer
Tapi orang kita nih pantang lama bebenor
Tak tahan dah aku
Aku nak 30 hari ikut cina
Mak aku soh 44 hari
Tok aku soh 100 hari..
Huwa!!!!Letih betul!!

Aku nak bagi tau
Masuk jer hari ke 23 ari tuh..
Aku terus tak mo pakai baju sejuk stokin sumer
Aku mcm dah bosan
Aku melawan tuh!!
Mama marah2 aku..
Aku lari masuk bilik merajuk
Tak tahan ar...
Seyes aku tak tahan!!!
Terkepung macam dalam penjara
Aku rasa kat penjara pun best kut
Pasal leh kuar2 jalan2
Aku nih nak jalan kat depan pun x leh
Iskk!!
Kalo ar kalian tahu perasaan aku saat nih

Selepas nih
Aku harus hargai menda yang aku tak leh wat waktu dalam pantang
Seperti
Membaca
Kuar berjalan
Mandi puas-puas
Minum air sejuk
Makan makanan kegemaran (nak makan abih2 x mo buang2)

Monday, July 28, 2008

Rentetan Peristiwa..


10Hb July
Pagi tu aku dah siap2 plan nak MC
Nak pi jenjalan ngan beckham malas gi keja
Tetiba aku sakit perut
Since aku nyer next check up on saturday
so beckham cakap soh pi spital terus cehck up



Macam biasa..
Masuk jer bilik doktor..
Doktor nak check bukaan kat bawah tuh
Dia masuk jari
Wohh dah terbukak 1.5 cm
Doktor ada tanya baby gerak camner ok ketak..cukup tak 10 kali gerakan
Semalam nya memang baby gerak 7 kali jer
So aku kena gi check apa nama ntah
Check2 contraction aku tinggi
Kena warded..


Masa tu perasaan aku tuhan jer yang tahu
Terketar2 lemah segala sendi lutut
Beckham pun panik
Panik pasal kalo ikut kami belum ready pun
Beg spital apa pun tak bawa
SElai sepingang jer masuk sepital

Dok kat labour room
Beckham teman aku 24jam
tak renggang2
solat sumer dalam bilik labour room
montot aku kena cucuk ubat bagi berak
Aku siap berak sumer
Dr datang check bukaan baru bukak 2cm
Dr soh aku masuk wad dulu
tunggu kat bilik
Aku cakap dr nak balik umah
Tapi mama lak tak kasi
Dia cakap kang jadi apa2 susah

Kat bilik pun masih tak ada apa2
Aku leh relak2 gelak2 sembang
Tapi contraction still tinggi
Babypergerakan kurang sangat
Pada mulanya aku ingat
Contraction tu rasa camtuh jer
Dengan eksennya aku cakap kat mak aku
Ma..kalo rasa camnih tiara leh tahan lar
Tak yah ar EPIDURAL
Mama aku pun diam jer..
senyum jer...





Start kul 10 malam
Mama nak balik umah
AKu dah start sakit .
Muka pucat
Rasa sakit tu aku tak leh nak tulis kat sini
Beckham dah resah
Nurse kuar masuk bilik
tapi bukaan takder pun
still 2.5cm
kena tunggu lagi
Masa tu baru aku nampak betapa beckham sayang aku (hi hi hi)
Dia peluk aku agar sakit aku hilang (tu baru skit)


Kul 2 pagi
Sakit beransur pergi
Aku dapat tido ngan nyenyaknya (buat kali terakhir)


11 July 2008 (Hari Itu)
Kul 6 pagi..
Midwife datang selak bawh aku
Soh kangkang nak seluk
SIb baik hospital private
Leh ar aku manja2 nangis2
Sakit nak mampuih tuhan jer yang Tahu
Bukaan masih 2.5cm jer..


Kul 730 pagi
Dr lak datang
Seluk bawh lagi
Check2 dah 3 cm
Aku pun dah start sakit2 yang teramat
Masuk labour room
Dengan jujurnya aku cakap
Aku nangis
Aku beristigfar
Aku berselawat
Aku bertasbih
Hanya mati yang aku ingat
Beckham tak henti2 membaca yassin disebelah
Masih aku ingat lelehan air mata beckham
Aku tersekat-sekat minta maaf kat beckham
Saat nak tunggu bukaan tuh
Aku dah tak hirau apa2
Aku sakit teramat sakit
Mungkin ini kifarah atas dosa2 aku
Aku redha
Aku berdoa agar kesakitan ini dibawa pergi


Kul 9.00 pagi
Dr datang..
Beckham soh dr cucuk epidural kat aku
Dia tak sanggup tengok aku sakit
Dan aku pun tak sanggup dah..
TUhan maha penyayang
Dia kurangkan kesakitan aku
Setelah diberi Epidural
Hilang semua sakit2 itu
Alhamdulillah...
Aku mampu tersenyum dan bergelak ketawa



Aku dan beckham
sabar menanti
Bukaan dari pukul 10 pagi hingga 430 petang
Baru ar bukak 9cm
Tepat 4.32 petang
Dengan 3 kali teran + vakuum pasal baby nak kuar sangat2 dan BP baby pun dah rendah
Ayra Rahadatul'Aisy Selamat dilahirkan
Amin yarabbal al amin..
Atas kurniaan yang terlalu bernilai ini..






pERISTIWA selepas tu
Nanti aku sambung
Aku ingat lepas beranak tak der ar tanggung sakit lain
Tapi tuhan dah tentukan bahagian aku..
Akhirnya..
dah 18 hari
Aku melalui masa dalam pantang..
Seronok>???
Ohh my god!!
tak seronok langsung
Walaupun cuti..
Aku tak dibenarkan keluar rumah
Hatta kat depan pagar jer pun
Kena pakai baju sejuk walaupun tenghari buta
Kena minum air panas walaupun maaskan tuh panas membahang
Makan nasi panas2 berasap
Ikan goreng sama sayur bayam celur jer
Hari2
hu hu hu
Kena pakai stokin 24 jam
mandi sehari sekali (busuk aku rasa)
Pad 24 jam berkepit jer
AKu ingat darah nifas ni macam period 7-8 hari abih
Lamanya...
Dah 18 hari ni masih ada..
Puting aku sakit..
Baby isap kuat walhal dia belum tumbuh gigi lagik

Hu hu hu

Itulah komplain aku..
Hi hi hi aku berani komplain kat sini jer
Depan mama n tok aku
Aku diam jer..
Kekadang beckham sembunyi2 bagi gak aku minum air sejuk
:D
Apa2 pun aku tetap sayangkan baby aku tuh..
Dong, elyn kalian camner??
Dilla dah berpantang ke??

Tuesday, July 22, 2008

Aku redha..
Atas segala kesakitan yang aku lalui
Masuk hari ke 11
Tapi kesan jahit tu masih terasa
Nauzubillah
Sakitnya bersalin
Hanya tuhanyang maha mengetahui
Mungkin itu atas kifarah diatas segala dosa-dosa aku
Ibarat terasa nyawa dihujung tanduk
Ibarat terasa hamba yang tak berdaya
Aku redha saat itu
Namun atas belas ehsan tuhan yang maha penyayang lagi maha pengampun
Aku selamat melahirkan baby girl
4.32 petang 11.7.2008 di hari jumaat yang mulia
Secara normal tapi vakuum..

Tak pandai nak tulis rentetan peristiwa
Apa yang pasti
Saat itu pasti tak akan terlupa biar 50 tahun lagi

Wednesday, July 9, 2008

Memula aku stress gak..
Rerata kawan-kawan aku yang dah preggy kuar COLOSTRUM..
Sedih gak ar..
And tertanya-tanya
Apsal aku nyer tak kuar-kuar..
Ada ke yang tak kena ngan breast aku..

So kesimpulannya
Lepas aku wat research (research lar sangat)
Aku rasa aku tak perlu kuwatir..
Belum sampai masa lagi untuk susu aku keluar nih..
Insyallah sampai masa..
Semua akan tuhan berikan pada aku..
Yang perlu aku buat..
Berdoa dan redha atas segalanya..
So mummies dearies sekalian
Ada yang dah keluar colostrum??

Apa itu Colostrum
Apakah itu colostrum?
Colostrum, sering juga disebut sebagai pre-milk, adalah cairan pertama yang diproduksi payudara saat produksi ASI dimulai. Cairan ini manis, dan mudah dicerna. Awalnya, colostrum kental dan berwarna kuning. Semakin dekat dengan persalinan, colostrum mencair dan warnanya pucat. Di hari-hari pertama persalinan, colostrum inilah yang menyediakan bayi Anda nutrisi sebelum air susu Anda benar-benar keluar. Saat Anda hamil, payudara Anda akan 'bocor' dan mengeluarkan colostrum saat dipijat atau dirangsang secara seksual. Tidak ada yang perlu Anda khawatirkan saat ini terjadi ataupun jika tidak terjadi sama sekali.
Hari ni 38 weeks woo..
Belum 40 weeks lagi lar..
So still tak ada apa-apa tanda pun
Semalam jer aku beria-ia naik tangga mai opis..
12 minit baru sampai 4th floor..
Sumer orang potong aku...
Yer ar aku terboyot-boyot nak bawa perut..
Hi Hi Hi..
Ari nih.. aku naik lift jer..
Adeh tak larat woh!

Azam nak berjalan banyak nih..
Berjalan pi balik kut dalam opis nih lah
Nak jalan kat soping compleks kena tunggu ujung minggu
Penantian memang menyiksakan..
Ari-ari beckham tanya ada rasa apa-apa tak?
Aku cakap rasa baby jer lah.
Rasa yang abnormal?? tanya beckham
Tak ada.. langsung
Di akhir-akhir pregnancy..
Tuhan kurniakan aku dengan kesihatan yang baik
Alhamdulillah..

Perasaan terus terang aku cakap
Takut, risau, gementar, happy and tak sabar..
Ya allah penantian memang menyiksakan..
Ya allah kau kurniakan lah aku kekuatan dan kesabaran dalam mengharungi segalanya
Dong due date lagi 3 hari..
Tapi still takder tanda2 yer dong??
Sama lar..
My perut masih tinggi..dok cakap ngan baby soh turun ..
Kita tengok nextweek lak dia turun tak?

And di akhir-akhir nih
Aku asik nak nangis jer
Macam semalam aku goreng tempe hangit
Tetiba nak nangis..
Sedih skit nak kememeh nangis
Baca citer sedih skit nak nangis..
Aku ke yang emosi.. ke baby??
Naik lemak betul!!!

Tuesday, July 8, 2008

Hah sekali aku update..
Amik lar korang baca..

Aku gi check up last saturday!
Again gi sorang-sorang lagi..
Aku bawa buku and magazine kali nih..
Sib baik aku dapat no 2..
So tunggu tak lama ar
Lama tak lama 40 minit gak ar

Alhamdulillah everything ok
Cumanya..baby baru engaged skit jer..
Perut aku masih tinggi..
Risau gak ar.. tapi doktor tak kata apa lar..
Air ketuban, tali pusat.. baby sumer ok.
Alhamdulillah...

Doktor tanya aku..
Ada rasa sakit perut tak (contraction)
Aku cakap ada.. tapi bila kentut n berak..everything ok dah pastuh
Dr kata perut keras2 sakit tak??
Aku cakap..perut keras.. selalu tapi nak kata sakit sangat tu takder lar
Tapi lepas tu ok dah..
Normal ka??
OR aku patut ucap syukur kepada tuhan
Tak beri aku rasa kesakitan seperti orang lain...

Tapi satu jer sekarang nih, aku dok risau
Lagi 16 hari jer dah nak due date aku..
Apa jadi if..
dah due date..baby tak turun??
Kena operatekah?
Kena inducekah?
Ini aku terlupa tanya doktor..
Nexweek harap aku tak lupa nak tanya doktor..
Kata my mom pepandai lar doktor tu nak wat camner..
Harap semoga dua2 selamat
Oh sedih + terharu..

Bila aku cakap kat beckham
dia kata jangan pikir banyak..
Doktor lagi tau segalanya..
Sekarang doktor soh aku berjalan banyak..
Azam aku.. biler g opis esok aku nak naik tangga ar
Instead of naik lift always..
Tingkat 4 tuh.. harap2 aku tak terpengsan ar kepenatan..
Nak jalan banyak..
Aku pun tak der jalan banyak kat opis tu
Duduk jer ngadap komputer
Pasal sumer dekat ngan aku..

Insyallah aku nak jalan banyak..
Ya Allah semoga dipermudahkan segalanya!

Saturday, July 5, 2008

Still waiting..
:) lom bersalin lagik..
Dilla and Dong.. dont worry
Kalo dah bersalin akan ku war-warkan seluruh dunia..ececehh

Mood tak ada nak update blog
Sesekali datang perasaan tak best dalam diri aku..
Tak best camner??
Entahlah..

ARi tuh sabtu..
Actually nak gi cari baju..
Nak gi kenduri tunang kawan beckham
Aku ni ada satu tabiat tak suka beli maternity dress
Suka beli baju biasa tapi size XXL or XL or L
Sekali tuh gi try baju size2 tu sumer tak lepas kat breast..
Pehtu dah try 7-8 lai baju
Beckham cakap kita beli maternity nyer baju ar
Aku kan degil.. so tak mo dengar
Last2 aku EMOSIONAL yang melampau!
Leh menangis dalam fitting room tuh..
Aku rasa aku gemok sekali didunia
Pasal sumer baju yang aku try sangatlah sempit.. :(
Aku yang cari pasal kan..

And mulalah pikir yang bukan-bukan..
Mula2 beckham buat2 lawak
Cakap idung aku merah (yer ar lepas nangis)
Lagi ar meleleh2 air mata aku
Masuk toilet kat soping complex tuh bleh nangis.
Jalan tengok baju baby pun takder mood (selalunya aku lah yang paling teruja)
Bila dah macam tu ..
Barulah beckham kelam kelibut nak pujut2 aku
Masa tu nasi dah jadi bubur ar
Air mata dah meleleh2..
Terus aku ajak balik..
Dalam keta sebeulm tuh..nak pi makan dinner..
Tapi sebabkan emosi aku yang tak stabil tuh..
Terus tak mo pi makan..
Aku leh nangis..dari Subang ke Kajang...
Teresak2 ..teruknya aku!!!

Aku leh pikir nanti beckham cari lain pasal aku udah gemok n tak lawa!
Sib baik ar beckham nih pandai memujuk walaupun aku tau tak logik
Beckham kata aku tak gemok still kurus cuma perut jer kedepan..
Tak logik kan??
Aku dah 71kg ok!! tak gemok lagi korang bayangkanlah!!
last2 camner ntah aku ok.. (ohh tertido dalam keta sambil nangis)
Sedar2 dah sampai umah..

So itulah ceritanya ..
Emosi yang tak stabil
Ntah apa-apa..

Ari ahad tu takder gi mana-mana
Dok umah jer..
Tak ada mood..
Tapi beckham pandai dia paksa aku kuar..
Dia kata dia teringin nak makan pizza..
Memula aku kata tak mo
Last2 dia kata dia teringin (ngidam)
Aku pun kenalah ikut..
Sampai jer kat pizza apa lagi sapa yg makan lebih..
Dah tentulah aku!!!
BENCI tau!!!
Balik tu siap dapat baskin robbins lagik!!
Dalam tak nak tuh!!

Tuesday, July 1, 2008

Menghitung hari..
Detik demi detik..
Lalalalala..
Ececechh...nyanyi lak mummy..
It's already JULY
Month of baby birthdate insyallah!
Kalo ikut kata doktor aku akan due on 23 July 2008
Tapi mana tau kan..
Kuasa tuhan melebihi segala-galanya
Perasaan aku sekarang
Mesti lah berdebar-debar
Tak sabar
Takut
COnfius
Seronok
Tak percaya
Sumer bercampur baur
Harapan aku cuma harapkan dipermudahkan segalanya
Dan selamat semuanya!
At this stage
Baby semakin ganas menendang dan meliuk lintuk
PErut semakin "cekang" + ketat
Ibarat belon yang ditiup angin penuh
Stretch mark menjadi-jadi
Kaki membengkak
Nafas termengah-mengah
Nafsu makan menjadi-jadi
KErap kencing 7-8 kali sehari.. but bukan manyak pun
Pantang nampak makanan or orang makan sumer teringin
Kesensitifan dan blues mengada-ngada semakin kerap
Kememeh jer (Mudah nangis)
Tuh lah perangai aku at this stage 37 weeks!
Debar-debar biler tengok kalendar..

Monday, June 30, 2008

Tak dapek nak nolong ..
Bila malas menguasai diri
Apa pun tak leh wat..
Back to last weekend..

Saturday.
Mummy gi check up... (sorang-sorang)
Sian mummy, daddy keja tak leh cuti dah nak simpan cuti after mummy bersalin dia nak cuti 2 minggu katanya..
Nanny pun sibok lar pulak..
So terpaksa lar mummy gi sorang-sorang check up...
Sumer yang datang spital tu sumer berpasang-pasangan..
Ececehh.. jeles sungguh..

Check up routine..
Alhamdulillah sumer ok
Masa scan baby tengah isap tangan
Baby genggam tangan and isap..
Lapar ke? kan mummy baru lepas makan jer.. Nasi goreng sepinggan
Hi hi hi

Dr kata baby lom engaged..
But will be slowly akan turun..
Cepat2 ya baby..hi hi hi
Mummy macam dah x larat nak bawa perut nih..

So after this every week nak kena jumpa dr..
And every week is on saturday
Maknanya mummy kena gi sorang2
Huwaaa..sedih nya!
Tapi tak per lah berdikari..
kan kan kan..

Masa nak bayar tuh..
Dapat lak sample susu baby from ANMUM satu tin kecik
and play mat for baby (save tak yah beli playmat dah) lalalalala
Pehtu bawa balik..malam tu daddy dia yang main ngan faiz..
Best gak playmat tuh.. nanti mummy upload gambar ya!

Ahad
Pepagi kengkonon nak pi serang mydear warehouse sales..
Tapi mummy tak larat nak mangun
and pikir2 rasa macam nanti-nanti ar beli car seat and stroller for baby
Duit tu leh pakai untuk menda lain dulu..
So end up terterus tido atas katil..

PEhtu kat kul 10, mangun gi bfast kat bandar tun razak
Teruknya mummy ni makan manyak sekali..
Roti bakar, telur 1/2 masak 2 biji, roti jalan cicah kuah durian 6 bijik..
Hah tuh sekali breakfast tuh..
Daddy hanya makan roti bakar sapa mee sup jer.

Pehtu jenjalan lak ke Jejusco maluri..
Memang lar macam magnet ditarik-tarik
Ke baby department..
Daddy awal2 dah pesan..
tak yah beli apa-apa ..
Mummy iya kan ajer..
KEbetulan tengah sales..
Tapi memang mummy kuatkan semangat tak beli langsung apa-apa untuk baby..
So bulan nih allocation untuk baby masih ada lagi..
PEhtu jalan2 kat ladies department lak
Mummy rasa nak beli baju n kasut siap2
Sebab lagi 20 hari jer
Perasan betul..mummy nih..
Last2 try satu kasut Primavera size 6
Macam kaki gajah pakai kasut semut..
hu hu hu..
Kaki mummy sangat bengkak ..
Memang tak suitable
Tapi daddy sian tengok mummy dia soh beli gak..Mummy tak mo membazir.. mummy sabarkan hati..
Mummy kata kat daddy..lepas pantang nanti
Nak beli banyak2 sampai penuh lemari tuh.. hi hi hi
Lastly.. daddy yang dapat kasut
Yer lah selama nih pun asik beli barang baby n mummy jer
Daddy tu selai tshirt pun takder from last 8 months..So mummy paksa daddy beli kasut dia..
Daddy happy
Mummy happy
Baby pun happy kan kan kan???
Diskaun!!! Mummy tahan hati nih.. lagi 20 hari.. harap2 leh ar slim balik lepas nih..

Daddy tengah happy dapat kasut baru..



Nih kaki mummy yang bengkak teruk.. macam gajah pakai kasut semut!


Friday, June 27, 2008

Semenjak akhir pregnancy nih..
Hati aku lak sering tertanya-tanya
Hari ni ke
Malam ni ke
Petang ni ke
Tengahari ni ke
Jap lagi ke..
Hi hi hi..
Walaupun aku tau hari tu akan datang jugak..
Tak kan baby ni nak dok dalam perut aku lelama kan..
Dah lar perut nih dah macam belon..
Tapi tuh lah instinct tuh tak dapat nak bendung
Asik nak tertanya jer..
Macam tak sabar-sabar..
Bila harinya wallaahualam

And yes aku dah start bukak segala barang-barang kemas kat badan aku nih
Dari rantai leher, gelang, cincin, gelang kaki sumer aku dah bukak cuma subang jer lom bukak..
In case if nak terbersalin
Sumer dah ready
Gi serah diri camtuh jer lar..

Ari ni aku baca blog dilla (ingatkan dia dah bersalin pasal blog tak update hi hi hi)
Dia ada kuar mucus..
Aku pun ada gak lendir2 nih
Tapi aku ingat tu lendir keputihan biasa..
Tapi aku tak alert ar lelebih..
So lepas ni kena ar tengok
sama ada mucus tuh maacm yang diterangkan dalam website tu ke tak..

Nih antara tanda-tanda besar if dah nak bersalin
So aku kena alert ar..(baca banyak info tapi tetap tertanya2 and kadang2 jadi macam tak sabar)

Biasanya ada 3 tanda utama yang menunjukkan seseorang itu telah hampir masa untuk melahirkan anak, iaitu:
  1. Lumrahnya, apabila berlaku pengeluaran lendir yang bercampur dengan darah di faraj. Pengeluaran ini menunjukkan bahawa ruang serviks anda telah mula membuka dan menyebabkan cecair lendir bercampur darah tadi keluar.
  2. Apabila air ketuban mula pecah dalam proses pengecutan rahim yang menyebabkan pemecahan karung bayi. Air ketuban ini berbau hanyir dan tidak bewarna. Tidak seperti air kencing yang bewarna kuning dan berbau hancing. Pastikan pada masa ini anda telah sampai di pusat bersalin yang telah dipilih, jika tidak segera dapatkan bantuan untuk ke hospital.
  3. Apabila anda mula berasa sakit di bahagian perut dan belakang seumpama sakit tatkala senggugut, tapi yang ini lebih sakit dari senggugut. Sakit ini datang sekali sekala yang biasanya selang sejam, kemudian makin kerap sehingga selang 15 minit dan seterusnya setiap 5 minit dan rasa sakit makin kuat. Setiap kali rasa sakit itu datang, ia akan berlarutan sehingga 15 ke 30 saat.


Jadi, apabila anda mengalami tanda tanda di atas, maka bersiaplah untuk ke hospital dengan segera. Bagaimanapun jangan panik, kerana itu hanya tanda tanda, proses bersalin biasanya akan mengambil masa yang lebih lama lagi. Jika anda ingin bersalin buat kali pertama, biasanya untuk menunggu bukaan serviks dari 3 hingga 10 cm mengambil masa sehingga 8 jam. Ada yang sehingga 10 jam. Pengalaman saya sendiri antara 4 hingga 8 jam.


Ok mommies dearie sekalian, harap info di atas dapat membantu persiapan minda untuk tindakan kita nanti.. (harap aku tak panik ar, pasal aku ni loqlaq skit)

Thursday, June 26, 2008

Morning.. mummy dearies ..
Hari ni malas (hari-hari aku malas) nak mangun!
Malam tadi beckham tengok bola..
And aku lak tak leh nak tido
Perut memulas-mulas
kali ni confirm bukan pasal nak berak or kentut.. hi hi hi
Tapi alhamdulillah takder per
Maybe baby membesar and kedudukan posisi tidor aku pun tak berapa betul
Tuh yang buat sakit perut kut..

Pengalaman baru yang aku rasa..
Baby hiccup dalam perut..
Dulu aku tak tau pun gerakan tu dipanggil hiccup
Aku ingat kan tu pergerakan baby dok kick aku
Tapi after explanation by doktor kat kelas tuh
Baru lah aku tau..
Kalo tak baby chart movement tu aku tick sekali
Rupanaya kalo pergerakan yang macam tuh dipanggil hiccup
And oh ya Dilla.. kalo baby keras2 badan tu bukan pergerakan..
And tak boleh tick.. :D
Kita hanya boleh tick bila rasa dia kick jer..

Mummy Dearies pernah rasa baby hiccup (SEDU)??
Nak tahu camner rasa dia?
Ada satu ketukan kecil kat perut tak kuat sangat macam kena kick..
Tapi berirama dan berulang2
Ada orang yang boleh lama sampai 10 minit or less than that..
Pagi tadi aku rasa.. but tak sampai 3 minit..
Actually hiccup dia tak mengganggu dia pun..
Tak macam kita hiccup.. annoying kan..
Tapi bagi baby dalam perut nih.. diaorang tak kisah pun..

Nak tahu lebih lanjut pasal baby hiccup nih..
Sila click sini..
http://pregnancy.families.com/blog/feeling-babys-hiccups

Wednesday, June 25, 2008

Pst.. mommy's
tadikan.. baby wat gymnastik ke apa ntah kat dalam nih
Dok tak diam meliuk lintuk
tapi aku macam rasa tapak tangan kaki sumer naik..
Termengah2 ar aku.. tergeli-geli
sekali daddy dia call..
Aku ngadu kat daddy ckp baby notty nih.
Daddy soh pas tepon line..
aku pun pas..
Lepas daddy dia cakap
Siap dia main "sep - sep"
Dia kick2 aku..
Lagi meliuk lintuk..
Daddy cakap " Baby jangan notty mommy nak wat kijer..."
cute jer aku rasa..

Perut aku yang besar.. dalam ni ada baby..

Baby tengah dengar daddy cakap ngan dia..