Bosan dengan corak kain yang kelihatan biasa-biasa saja? Ingin kelihatan unik dan menarik di kalangan rakan-rakan? Tiada masalah lagi! Anda pasti teruja dengan kain-kain yang di import terus dari Mumbai ini. Warna-warna menawan di datangkan dengan harga yang sangat berpatutan pasti memikat mata dan poket anda.

Setiap helaian cotton dan saree di pilih sendiri oleh supplier kami di Mumbai.

Jom! Jadikan diri anda unik dengan rangkaian kain bermutu dari kami!

Sila baca Syarat & Terma sebelum melakukan pesanan anda.

Monday, June 14, 2010

Kain Kami

Hello semua,

Ada antara pengunjung blog @ customer plus size yang agak khuatir dengan ukuran panjang textile yang kami tawarkan di sini. Fret not!

Semua material cotton dan saree yang kami sediakan di sini, amat-amat sesuai dengan customer yang plus size. Ukuran panjang cotton kami minima ialah 4.5 meter (kecuali yang di nyatakan sebaliknya). Kami juga menyediakan cotton yang berukuran 5 meter. Cotton yang berukuran 4.5 meter, selalunya mempunyai bidang 44 - 45 inci. Jika bidang kain ialah 36 inci, cotton tersebut akan di potong mengikut ukuran panjang 5 meter dan 6 meter.

Untuk material daripada saree, minima ukuran saree ialah 6 meter. Adakalanya, saree-saree ini ada yang berukuran 6.5 hingga 7 meter. Ianyanya lebih dari mencukupi untuk di buat sepasang pakaian, cuma material saree adalah lembut dan ianya agak fragile dan lebih sesuai di jahit bersama inner lining.

Jadi jangan ragu-ragu, kami tahu betapa frustnya bila melihat kain-kain cantik tetapi tidak dapat di beli kerana ukuran panjangnya tidak mencukupi. Insyallah di Gobok Putih masalah itu tidak akan timbul.

Tunggu untuk update kain baru seterusnya! Selamat mencuci mata :)

Saturday, June 12, 2010

Pos Laju Tracker

Hello semua,

Untuk memudahkan anda semua track parcel yang kami hantar, kami telah menyediakan Pos Laju Tracker untuk anda. Sila scroll hingga ke bahagian bawah blog ini, dan anda akan jumpa link Pos Laju yang kami maksudkan.

Sila masukkan tracker code yang telah kami email @ sms kepada anda dan tekan track.

Terima kasih atas urusniaga anda bersama Gobok Putih.

 
Blogger design by suckmylolly.com