

Keilmuan | Kebajikan | Falsafah Universiti
Pengerusi GMUKM merasmikan penggunaan logo baru GMUKM
PUSANIKA, UKM BANGI : 29 OGOS JAM 1।20 P.M – Majlis Pelancaran Logo GMUKM yang baru telah dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Rapat umum yang bermula dengan ucapan Jurucakap Gerakan Mahasiswa Lantang Negara (GMLN), Saudara Kazman Abdullah yang bertindak sebagai pengerusi majlis pada tengahari itu. Beliau menyeru semua mahasiswa yang berada di aras atas Pusanika untuk turun ke bawah manakala bagi mahasiswa yang ada di tingkat bawah Pusanika, untuk naik ke Aras 2 Pusanika itu.
Pengerusi GMUKM, Saudara Ahmad Farhan Yusoff memulakan majlis dengan menyentuh latar belakang penubuhan GMUKM. Beliau turut menyentuh tentang sejarah GMUKM yang mempunyai sejarah perjuangan yang amat panjang. Beliau turut menegaskan bahawa GMUKM bukan hanya diwakili oleh kaum Melayu sahaja tetapi mempunyai penggerak mahasiswa daripada kaum Cina dan
Seterusnya ucapan daripada wakil JKMI, Saudari Davani yang menyentuh tentang asal penubuhan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/I (JKMI). Beliau turut menyatakan yang mahasiswa
GMUKM melihat penganjuran forum ini sebagai
Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan): 31,195 undi
Hanafi Mamat (AKIM): 92 undi
Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi
Jumlah mengundi: 47,258
Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi
Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi
9.47 malam: Keputusan rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti 15,671 undi.
Penasihat PKR itu mendapat 31,195 undi, manakala calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi.
Sementara calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.
Yang menariknya, majoriti undi yang diperolehi mantan timbalan perdana menteri itu, lebih tinggi daripada undi yang diperolehi oleh calon BN.
Seramai 81.1 peratus daripada 58,49 pengundi di Parlimen Permatang Pauh keluar mengundi hari ini.
9.15 malam: Keputusan awal setakat ini, daripada sumber rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti 14,551 undi.
Sebanyak 11 kotak undi belum dihitung. Pengiraan masih berjalan.
8.00 malam: Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi pilihanraya kecil Parlimen Permatang dengan majoriti tidak rasmi sebanyak 16,210 undi.
Menurut sumber-sumber yang mengetahui, Anwar mendapat 26,646 manakala calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah mendapat 10,436 undi.
Pengiraan masih dijalankan.
7.59 mlm: Pengiraan tidak rasmi menunjukkan Anwar setakat ini mendapat 16,101 undi mendahului Arif Shah yang mendapat 6,071 undi. Pengiraan masih dijalankan.
7.30 mlm: SPR mula mengumumkan keputusan mengikut kotak undi. Setakat ini Anwar mendahului dengan 3,507 undi atau 48.11 peratus, iaitu PKR 5,398, BN (1,891) dan Akim (9).
Sebanyak 20 daripada 111 kotak undi telah dikira.
6.55 ptg: Proses pengiraan undi sedang berjalan di 25 pusat pengundian. Menurut sumber-sumber dalaman, Anwar mendahului di semua saluran.
6.30 ptg: Ribuan penyokong, sebahagian besarnya dari PKR, berhimpun di semua pusat pengundian. Polis turut mengadakan sekatan jalanraya menuju ke pusat pengiraan.
Kira-kira 30 anggota polis dan trak FRU juga dilihat di tempat-tempat berkenaan.
6.05 ptg: Menurut Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman, seramai 38,144 atau 65.25 peratus keluar mengundi.
5.53 ptg: Polis telah menutup jalan utama menuju ke pusat penjumlahan undi di Institut Perguruan Tuanku Bainun, tempat keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh akan diumumkan.
Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh amat menarik, sungguh penting dan cukup signifikan untuk diikuti oleh majoriti rakyat
Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh adalah pilihan raya yang pertama sesudah Barisan Nasional (BN) dilanda tsunami politik; kehilangan kerajaan negeri di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor; dan memperolehi majoriti yang tipis di peringkat Parlimen menerusi PRU-12 kira-kira
Pilihan raya kecil ini juga diadakan sewaktu kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan berada dalam keadaan yang cukup lemah; populariti Abdullah dikatakan berada pada tahap yang amat rendah; BN masih lagi berusaha keras memulihkan kegagahannya; Umno sedang dilanda krisis kepimpinan; rakyat jelata sedang dibelenggu kenaikan kos sara hidup akibat kenaikan harga minyak di pasaran global; dan segelintir pihak tertentu sedang mempertikaikan beberapa perkara strategik dan sensitif yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Seorang daripada tiga calon pilihan raya kecil ini pula adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim. Beliau pernah mewakili Parlimen Permatang Pauh berpuluh tahun lamanya atas tiket BN. Sewaktu Anwar dalam penjara, Datin Seri Wan Azizah Ismail, isteri Anwar, memenangi kerusi parlimen ini atas tiket KeADILan menerusi PRU-10 dan PRU-11. Dalam PRU-12, Azizah terus mengekalkan kerusi ini dengan majoriti yang besar.
Insan Malang
Baru-baru ini, Azizah mengosongkan kerusi Permatang Pauh dengan harapan Anwar dapat memenanginya semula dalam pilihan rakaya kecil kali ini atas tiket KeADILan, mungkin untuk merealisasikan pelbagai agenda KeADILan dan Pakatan Rakyat, termasuklah ura-ura Pakatan Rakyat mahu menubuhkan kerajaan pusat menjelang September 2008.
Bagaimanapun, Anwar hari ini adalah insan yang amat
Terbaru sekali, Anwar pula dijebak dengan satu tuduhan yang amat sensasi. Akibatnya, Anwar pun diheret ke mahkamah atas tuduhan tersebut. Tetapi, beliau mengaku tidak bersalah dan diizinkan diikat jamin.
Seluruh realiti dan perkembangan di atas melatarbelakangi pilihan raya kecil Permatang Pauh. Oleh itu, pastinya realiti dan perkembangan berkenaan akan dinilai dan dirincikan oleh para pengundi yang partisan atau pengundi atas pagar di Permatang Pauh. Hasil penilaian dan perincian inilah yang akan menentukan siapa yang akan menang dan siapa pula yang akan kecundang. Ia juga menyukarkan semua pihak membuat bacaan awal terhadap keputusan pilihan raya kecil berkenaan.
Ledakan Tsunami
Walaupun demikian, keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh pasti akan jadi indikator, pengukur, penentu dan jawapan kepada pelbagai andaian, ramalan dan persoalan, termasuklah seperti berikut:
. Adakah tsunami politik yang melanda BN dalam PRU ke-12 akan terus meledak?
. Sejauh manakah perkongsian kuasa Pakatan Rakyat di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor diterima oleh rakyat
. Mampukah Anwar merintis jalan pulang ke Putrajaya menerusi platfom Pakatan Rakyat?
. Sekukuh manakah permuafakatan dan sekarab manakah kesetiakawanan yang wujud di kalangan seluruh parti komponen BN dan komponen Pakatan Rakyat di era pasca PRU ke-12?
. Sejauh manakah tahap penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Abdullah dan Anwar dalam era pasca PRU ke-12?
' Sejauh manakah warga Umno yang mengundi di Permatang Pauh menerima formula peralihan kuasa ciptaan Abdullah?
. Sebijaksana manakah para pengundi akan menilai integriti pihak-pihak yang didakwa sebagai mendalangi konspirasi terhadap Anwar?
. Adakah survival politik Abdullah akan tergugat atau terjamin dan terbela menerusi pilihan raya kecil Permatang Pauh?
. Sejauh manakah para pengundi akan terpengaruh dengan seluruh mega mendung dan kegelitaan gerhana total yang dikatakan sedang menyelubungi politik mutakhir Anwar?
. Sebijaksana manakah para pengundi akan menilai kredibiliti seluruh kontroversi, tuduhan dan tohmahan terhadap Anwar?
. Adakah survival politik Anwar akan terancam, luntur dan pudar akibat pilihan raya kecil Permatang Pauh?
. Adakah sistem dua parti diterima oleh rakyat
Motif Politik
Pada kebiasaannya, memang agak sukar untuk BN tewas dalam sesuatu pilihan raya kecil. Tetapi, oleh kerana pilihan raya kecil Permatang Pauh adalah pilihan raya kecil yang diadakan atas motif politik, bukan akibat kekosongan berikutan kematian penyandang kerusi berkenaan, mudahkah BN memenangi pertarungan seperti ini?
Pada waktu yang sama, walaupun Permatang Pauh sudah dikuasi oleh Anwar sejak berpuluh tahun lamanya, dan sesudah itu dikuasai oleh KeADILan sejak kira-kira 8 tahun lamanya, adakah mudah untuk KeADILan dan Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya ini bila jentera dan kekuatan BN daripada seluruh negara difokuskan ke pilihan raya kecil ini?
Pengkhianatan
Pendek kata, oleh kerana pilihan raya kecil Permatang Pauh diadakan hanya kira-kira lima bulan sesudah BN dilanda tsunami politik dalam PRU ke-12; oleh kerana tuntutan segolongan rakyat jelata supaya kepimpinan tertinggi kerajaan ditukar sesudah PRU ke-12 belum jadi realiti; oleh kerana formula peralihan kuasa ciptaan Abdullah tidak diterima sepenuhnya oleh seluruh warga Umno; oleh kerana Anwar kini bertanding sewaktu beliau juga sedang menghadapi satu kes mahkamah yang kontroversial; oleh kerana kesejahteraan rakyat jelata kini terjejas oleh kenaikan kos sara hidup; parti manakah yang akan jadi pilihan utama para pengundi di pilihan raya kecil ini?
Berasaskan seluruh hujah di atas, BN atau Pakatan Rakyat tidak boleh riak dan tidak boleh takbur. Kedua-dua pihak wajar berkempen dengan penuh etika dan penuh hemah. Kedua-dua pihak perlu hindari apa juga kesilapan walau sekecil mana sekalipun. Paling penting lagi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan seluruh jentera pengaman suasana mestilah bertindak secara bijaksana, adil dan saksama pada setiap masa.
BANGI, UKM : 22 OGOS 2008 – Satu penghantaran Petisyen membantah kewujudan Kelab Aspirasi telah dilakukan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang simpati kepada perjuangan mahasiswa. Petisyen itu diserahkan kepada Naib Canselor UNniversiti Kebangsaan
Petisyen yang mengandungi tuntutan untuk membubarkan kelab Aspirasi yang selama ini terlibat aktif dalm Pilihanraya Kampus (PRK) di UKM. Petisyen ini mendesak pihak Naib Canselor untuk memansuhkan Kelab Aspirasi berkuatkuasa 15 September ini. Juga, petisyen ini mendesak agar Pejabat Naib Cnselor untuk menubuhkan Jawatankuasa Menyiasat Salah Laku Kelab Aspirasi UKM bagi menyiasat pelbagai alibi dan bukti yang dikemukan oleh Petisyen ini.
Di dalam Petisyen ini juga dinyatakan 4 alasan utama mengapa Kelab Aspirasi harus diharamkan dalam UKM ini. Antaranya Kelab Aspirasi terlibat secara langsung dalam PRK yang lalu, Kelab Aspirasi menyebarkan propaganda dan fitnah, Kelab Aspirasi menerbitkan risalah Haram tanpa bercop dan Kelab Aspirasi mengamalkan konsep hologanisme (budaya ugutan) dan gangsterisme.
SHAH ALAM 22 Ogos - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara bersedia untuk menerima tindakan tata tertib daripada pihak universiti atau pihak kementerian, kata yang dipertuanya Luqmannulhakim Mohamad Idris.
“Kami bertanggungjawab dan sedar dengan tindakan (demonstrasi) yang dibuat,” kata Luqmannulhakim ketika dihubungi Malaysiakini.
Beliau menjelaskan, mungkin demonstrasi itu melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku), tetapi menyatakan perjuangan mereka itu betul.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pangajian Tinggi, Datuk Idris Haron bahawa pelajar UiTm akan berdepan dengan tindakan dispilin kerana menganjurkan demonstrasi.
Demonstrasi minggu lalu diadakan berikutan cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar 10 peratus daripada kuota pelajar di UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera serta pelajar asing untuk meningkatkan daya saing institusi pengajian tinggi itu.
Naib canselor Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah semalam dilaporkan akur dengan arahan kementerian untuk mengenakan tindakan terhadap pemimpin-pemimpin mahasiswa yang menggerakan ribuan pelajar ke jalan raya, 12 Ogos lalu.
Luqmannulhakim menambah, kesediaan pelajar menerima tindakan tatatertib itu dapat mengikis tanggapan masyarakat bahawa demonstrasi mereka itu dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu.
Sementara itu, jelasnya lagi, MPP setakat hari ini masih menunggu jemputan rasmi daripada pihak MB Selangor berhubung kesudian beliau untuk berjumpa dengan pada pelajar UiTM menyelasaikan isu tersebut.
Kata Luqmannulhakim, majlis pelajar itu bersedia berjumpa dan berbincang dengan Abdul Khalid berhubung isu ini walaupun dalam bulan Ramadhan.
MPP juga menjalankan sesi penerangan kepada para pelajar berhubung isu kuota 10 peratus ini.
“Bagi peringkat pelajar, kita mengadakan sesi penerangan kepada pelajar berhubung kedudukan UiTM sebagai benteng terakhir Bumiputera.
“Kita minta pelajar balik ke kampung menceritakan kepada penduduk kampung berhubung pencapaian cemerlang yang diperolehi oleh UiTM di peringkat nasional dan antarabangsa,” jelas Luqmannulhakim.
Sesi penerangan itu telah bermula pada Khamis lepas dan sekarang pelajar-pelajar UiTM sedang bercuti dan pulang ke kampung.
Sehubungan itu, jelas Luqmannulhakim, pihaknya juga akan mengadakan satu forum pda 29 Ogos ini, bersempena dengan kemerdekaan Malaysia.
Mereka menjemput pro canselornya Tan Sri Datuk Arsyad Ayub dan Tan Sri Abdul Rahman Arshad berforum berhubung kepentingan UiTM dan pendidikan Bumiputera.
Selain itu, MPP turut merancang mengedarkan risalah dan brosur penjelasan berhubung isu tersebut kepada masyarakat setempat dan juga akan diletakkan dalam laman web MPP UiTM. - MALAYSIAKINI* Psst : Wah.berani betul Aspirasi UiTM. Nak hadapi AUKU. Tengok selepas ini, apa reaksi KPT dan Menteri. Adakah menteri sanggup nak hukum anak emas mereka. Sama-samalah kita saksikan konpirasi baru. GMUKM beri amaran keras kepada MPP UiTM yang juga ASPIRASI.. Jangan mainkan isu perkauman. Sayangilah negara ini sebagai tempat kita berbakti pada masa hadapan.
Hari Mahasiswa Kembali Lagi!! Esok, Khamis,21 Ogos 2008 merupakan hari Mahasiswa UKM sempena 5 Tahun Penubuhan Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) di kampus tercinta ini. GMUKM yang terdiri daripada Kelab Sosialis UKM, MAMPU, DEMA, CCC, JKMI, KARISMA, PKPIM, GAMIS, LawSoc, Solidariti Hak Asasi Mahasiswa UKM (SUHAM), Gerakan Mahasiswa Lantang Negara (GMLN), Johorian dan Penang Guide serta Persatuan atau Kelab yang berpayung dibawah lambing Pro Mahasiswa
.
Hari Mahasiswa UKM bukan setakat hari Khamis semata-mata, tetapi satu hari yang memberi signifikan kepada perjuangan mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa mempunyai kuasa pendesak atau “task force” yang memberi satu ketakutan dan kepedulian daripada pemerintah sama ada peingkat Negara mahupun Universiti.
Justeru, seluruh mahasiswa/I UKM digalakkan untuk memakai apa-apa tanda berwarna Ungu sama ada payung, lencana, reben ataupun baju berwarna Ungu pada hari esok, Khamis 21 Ogos.
Ayuh Mahasiswa/I UKM, marilah kita membuka mata semua pihak tentang perjuang kita yang berpaksikan Falsafah UKM, Kebajikan dan Keintelektualan Mahasiswa.
GABUNGAN MAHASISWA UNTUK SEMUA MAHASISWA
“HARAPAN BARU MAHASISWA”
Gabungan Mahasiswa adalah pakatan mahasiswa mahasiswi yang bergabung untuk memperjuangkan tiga dasar utama iaitu memperjuangkan Falsafah Universiti, kebajikan mahasiswa mahasiswi serta memperjuangkan keintelektualan dan keimuan. Pakatan mahasiswa mahasiswi ini untuk seluruh mahasiswa tidak kira agama, bangsa dan fahaman ideologi. Ini bemakna, Gabungan Mahasiswa untuk semua bangsa; Melayu,
Gabungan Mahasiswa merupakan gagasan mahasiswa yang bukan semata-mata memperjuangkan politik kekuasaan atau politik kepartian, tetapi mengutamakan perjuangan politik nilai (independent group, catalys, pressure group, sofwah al-mukhtarah, check and balance, watch-dog). Mahasiswa mahasiswi tidak sepatutnya dicanangkan hanya untuk menjadi ‘pak turut’ atau ‘pak angguk’. Sebaliknya, mahasiswa mahasiswi sewajarnya diberi ruang dan peluang untuk memberi pandangan, cadangan, nasihat dan teguran kepada semua pihak sama ada pihak kerajaan, pembangkang, badan bukan kerajaan (NGO), syarikat-syarikat dan lain-lain.
Dengan motto “HARAPAN BARU MAHASISWA”, kepimpinan Gabungan Mahasiswa menyeru semua front-front, persatuan-persatuan, kelab-kelab sama ada rasmi atau tidak rasmi, Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA) kolej dan seluruh mahasiswa mahasiswi UKM tanpa mengira agama dan bangsa untuk bersama Gabungan Mahasiswa dalam menggerakkan universiti.
Gabungan Mahasiswa
Universiti Kebangsaan Malaysia
Latar Belakang Penubuhan
Menurut Artikel 10 (1) Perlembagaan Persekutuan :
a) Setiap rakyat mempunyai hak untuk bersuara
b) Setiap rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata
c) Setiap rakyat mempunyai hak untuk berpersatuan
Peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan ini seharusnya digunakan dengan sebaik mungkin oleh mahasiswa dalam mempertahankan hak mereka. Mahasiswa perlu menyatakan pandangannya secara kolektif dan efisyen seandainya tidak mahu terus ketinggalan dalam arus teknologi masa kini.
Idea demokrasi lahir daripada evolusi pemikiran politik Barat yang berpaksikan kedaulatan rakyat. Ini bermakna parlimen berperanan dalam menggubal dan meluluskan dasar yang melibatkan kepentingan rakyat. Ia dilakukan melalui wakil rakyat. Parlimen, melalui wakil rakyat, bertanggungjawab secara langsung kepada rakyat. Demokrasi jenis inilah yang diamalkan oleh sebahagian besar negara demokrasi seluruh dunia termasuk Malaysia. Situasi yang sama juga berlaku dalam konteks universiti. Konsep demokrasi yang sama juga diguna pakai untuk pemilihan wakil pelajar sebagaimana tertulis di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (PINDAAN) 1975, seksyen 48.
Namun kita melihat fungsi yang dimainkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2003/04 hingga 2007/08 tidak menggambarkan bahawa mereka merupakan wakil kepada pelajar untuk menjadi pembela terhadap kebajikan pelajar. Pemilihan mereka juga dilihat tidak telus dan bertentangan dengan AUKU 1971, pindaan 1975 dan Perlembagaan Universiti sendiri.
Atas kesedaran inilah, maka sebuah gagasan yang menggabungkan hasrat kesemua mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan yang dikenali sebagai ‘Gabungan Mahasiswa’ atau singkatannya GMUKM.
Sejarah Penubuhan
Menurut sejarah awal penubuhan, ‘Gabungan Mahasiswa’ didasarkan kepada beberapa pertemuan awal dengan pimpinan tertinggi setiap gerakan sebelum rundingan penuh bersama semua pimpinan dilakukan. Kemudian, pada tanggal 22 Ogos 2005 satu persetujuan telah dicapai untuk menubuhkan Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia atau ringkasnya disebut Gabungan Mahasiswa atau GMUKM.
Pakatan mahasiswa/i di atas nama ‘Gabungan Mahasiswa’ ini perlu diteruskan kerana :
i. Terlalu banyak isu yang diperjuangkan secara tidak serius oleh PMUKM-Aspirasi. Antaranya ialah isu keselamatan diri dan kenderaan, ugutan dan penyalahgunaan kuasa, kos pentadbiran 3% PTPTN, pemansuhan/pindaan AUKU. Hanya isu yang mempunyai kepentingan sahaja diperjuangkan secara serius.
ii. Perlu wujud satu kerjasama yang melibatkan pelbagai kaum dan lapisan masyarakat universiti walaupun daripada idealisme yang berbeza. Apa yang disepakati ialah memperjuangkan Falsafah Universiti, kebajikan mahasiswa/i dan masyarakat UKM tanpa mengira kaum serta memartabatkan nilai keilmuan dan keintelektualan Universiti Kebangsaan Malaysia.
iii. Suara-suara kecil mahasiswa mahasiswi tidak diambil peduli oleh PMUKM-Aspirasi. Tambahan pula sebelum daripada ini, suara mahasiswa dipandang sinis oleh mereka dan dikatakan tidak bersepadu kerana hanya segelintir ‘golongan’ yang memperjuangkannya.
iv. Mahasiswa perlu bersatu atas satu nama untuk menunjukkan bahawa HAK MAHASISWA adalah hak bersama dan mesti diperjuangkan. Mahasiswa perlu bangkit menyatakan ketidakpuashatian mereka terhadap sistem dan corak pentadbiran serta pengurusan PMUKM-Aspirasi.
v. Perlu mengenepikan segala pertikaian dan perbezaan ideologi sebelum ini kerana selagi HAK MAHASISWA tidak dikembalikan selagi itu golongan yang lemah akan ditindas sama ada mahasiswa mahupun kakitangan universiti.
vi. Untuk menjadi Alternatif kepada PMUKM-Aspirasi untuk mencapai dan merealisasikan matlamat dan dasar yang disepakati.
Dasar
Gabungan Mahasiswa memperjuangkan :
1. Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
2. Kebajikan semua mahasiswa/i dan masyarakat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tanpa mengira batasan agama dan kaum.
3. Nilai keintelektualan dan keilmuan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Keanggotaaan Terkini
Gabungan Mahasiswa dengan wajah baru pada kali ini dianggotai oleh gabungan front-front lama dan baru iaitu iaitu MAMPU (Membina Mahasiswa Penggerak Ummah), GMM (Gerakan Mahasiswa Maju), Malaysia Youth Democratic Movement (DEMA), JKMI (Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/i), Indian Democratic Council, Pertubuhan Mahasiswa Sosialis UKM, GMLN (Gerakan Mahasiswa Lantang Negara), GAPIM (Gerakan Pelajar Intelek Malaysia), Solidariti Hak Asasi Mahasiswa UKM, Laws Faculty Council (LawFaC), Pertubuhan Mahasiswa Profesional Perubatan & Kesihatan UKM (Pro-PKUKM), KARISMA (Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Pertubuhan Johorian dan Penang Guide.
Motto
Harapan Baru Mahasiswa.
SAH!! Pertandingan 3 penjuru. Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan parti serpihan Pas, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).
BN mempertaruhkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah, 52, manakala PKR menampilkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 61. Akim pula menerusi Presidennya, Hanafi Mamat. Bagaimanapun, Timbalan Ketua Biro Pilihan Raya PKR, Dr Mansor Othman (calon bebas yang diletakkan sebagai langkah berjaga-jaga jika pencalonan Anwar ditolak) yang turut menyerahkan borang pencalonan dan dikatakan bertanding sebagai calon Bebas, bagaimanapun menarik diri.Dato' Arif Shah mendahului menyerahkan kertas pencalonan pada pukul 8.40 pagi, Dato' Seri Anwar pada jam 9.10 pagi manakala calon bebas pada pukul 9.14 pagi.
Suasana jalan masuk ke Maktab Perguruan Tunku Bainun penuh sesak dengan para penyokong Pakatan Rakyat dan BN. Bukan itu sahaja malahan jalan daripada Pekan Penanti telah ditutup buat sementara manakala laluan menerusi Lebuhraya Butterworth-Kulim penuh sesak dengan kenderaan.
Antara yang hadir memberikan sokongan padu ialah Muryidul Am PAS, Dato' Nik Aziz Nik Mat, Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mariah Mahmud dan Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali dan pimpinan DAP seperti Lim Kit Siang dan Lim Guang Eng.
Jelas bagi GMUKM bahawa ini bukan pilihanraya kecil sembarangan, hal ini kerana ura-ura menyatakan bahawa kemenangan Anwar di Permatang Pauh akan menjadi batu loncatan Anwar mendiami aras 4 Wisma Putra. GMUKM berharap agar pilihanraya ini bersih daripada penipuan dan berpilihanrayalah secara demokrasi, bagi melengkapkan konsep ‘ good governance’ yang masih lompang di negara kita ini.
Pesta Konvo ke-36 telah melabuhkan tirai. Satu lagi bukti projek kegagalan Aspirasi buat sekalian kalinya. Pesta Konvo kali ke 36 menyaksikan bahawa pihak Seketriat gagal melaksanakan program dengan jayanya. Masalah publisiti kurang meluas, gerai yang kurang dan juga program pra konvo yang tidak mendapat sambutan, menyerlahkan sebenar kredibiliti Aspirasi UKM itu sendiri.
Jika dahulu, semasa Pesta Konvo di pegang oleh GMUKM (7 tahun lalu), Pesta Konvo UKM kali ke- 29 telah mendapat pujian ramai termasuklah Naib Canselor ketika itu dan para mahasiswa. Dengan program keintelektualan yang pelbagai, sambutan menggalakkan dan keuntungan pesta Konvo yang menbanggakan, menyerlahkan karisma sebenar pemimpin GMUKM. Tetapi berbanding Aspirasi sekarag, mereka tidak tahu untuk mengendalikan program dan menguruskan organsasi. Yang mereka tahu, hanyalah aspek kemewahan dan hedonisme. Tetapi dari segi penjanaan sumber manusia dan penyerapan nilai bepersatuan, mereka gagal melakukannya. Bukti jelas dan nyata, penganjuran DC Kampus di panggung seni Julai lalu, gagal mendapat sambutan mahasiswa UKM dan hambar sekali.
Pesta Konvo telah berakhir. Itulah hakikat yang perlu kita sedar bahawa selepas pengakhiran inilah, berlaku pelbagai isu. Jika dahulu, isu MPP Aspirasi yang memegang Konvo, melarikan wang dan bercouple dengan Setiausaha Konvo hinggakan tidur bersilang kaki di Pesta Konvo, sekarang isu dia lain pula. Dengar khabar yang kuat, penyata kira-kira Pesta Konvo telah dilakukan pemalsuan oleh beberapa AJK. Ini bagi menyembunyikan kebobrokan mereka mencuri duit keuntungan tersebut. Jelas bahawa GMUKM akan menyiasat sehingga akar umbi bagi mencari pencuri tersebut.
Bagi mahasiswa/I yang menjadi budak suruhan semasa Pesta Konvo berlangsung, GMUKM amat simpati akan kebajikan mereka. Para Majlis Eksekutif Pesta Konvo akan bersuka ria di luar negara sedangkan AJK yang bertungkus lumus sehinggakan mengabaikan pelajaran, hanya mendapat laba lawatan ke dalam negara. Paling kuat ke Pulau Pangkor. Ini adalah fakta. Tahun lalu sahaja. Para Majlis Eksekutif telah pergi ke