Agak lama tak update blog ni. Tgk laptop pun jarang sekali. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur oleh Allah untuk terus menjadi hamba dan khalifah di atas muka bumi ini. Memang betul lama sangat meninggalkan dunia berkomputer dan apatah lagi blog. Post sebelum ni pun berbahasa inggeris. So for my English followers please use translator to understand more on this post. This is because I'm too excited to write, write and write for today's post.
Alhamdulillah saya telah dikurniakan seorang bayi perempuan yang comel yang bernama Nik Faqhira Naqish.
![]() |
Ketika Majlis Perkahwinan Sepupu |
![]() |
Abi dan Naqish |
Dan disebabkan oleh itu, saya menjadi surirumah yang terlampau sibuk ( walau hanya kerja yang sedikit sahaja) menguruskan anak dan rumah. Pada ketika ini saya tak boleh lihat sampah walau secalit dan sentiasa nak rumah kemas selalu. Adakah disebabkan saya ader baby sebab takut jangkitan kuman?
Seperti juga ibu saya pernah berkata, akan ada perubahan pada diri selepas ader anak termasuk kulit yang kering dan rambut yang kerap gugur. Ader sesiapa boleh bg tips?
Masa pun dirasakan sangat terhad sehinggakan saya lupa hari ini hari apa? Jelas sekali saya masih tak pandai lagi mengatur masa. Sebab itu 'Masa Itu Emas'.
Ohh...saya lupa hari ini hari isnin. Hari yang baik untuk memotong kuku.
Sampai sini dulu.
Assalamualaikum.