Kesah ini adalah kesah benar. PAda hari Sabtu yang lalu,12 Jun 2010,aku dan kazen-kazen aku yang lain dijemput oleh Aunty Joan dan Buju Clement untuk ke wedding adik Aunty Joan iaitu,Uncle Ben di Kampung Sebat,Sematan. Perjalanan kami bermula pada jam 2 petang. Dalam kancil merah,aku,Larry,Elik dan Baby sungguh excited hendak ke Sematan. Agaknya,sudah bosan terkurung dalam rumah beberapa minggu. HAHA!! Kazen aku yang baru berumah tangga,Lyn bersama suaminya,Augustine ikut dari belakang kereta kami.
Perjalanan ke Sematan sungguh lama.Burit kami agak kebas duduk. Larry menjadi si Pemandu. Aku dan Baby sibuk berbual. Kami bermain di dalam kereta. Banyak game kami. Contohnya,mengacau pemandu lain.Hahaha!! Sungguh bosan sepanjang perjalanan tetapi dengan adanya Baby di sisiku,aku tidak mudah boring. (:
Setibanya di Kampung Sebat,kami terus berjumpa dengan Buju Clement untuk mengambil kunci bilik hotel kami. Buju sponsor bilik u know! Haha!! Hepi2...Pelamin sudah siap. Pentas untuk live band sudah ada. Sungguh chantek segala persiapan yang telah dilakukan oleh keluarga Aunty Joan dan penduduk Kampung Sebat. Bravo!
Kami terus ke Hotel Sematan. Sungguh unik hotel ini. Tidak aku sanggup mengelarnya hotel. Bak kata Baby,Motel 5 bintang. Hehe!!! Aku dan Baby berkongsi bilik. Elik dan Larry. Lyn dengan suaminya,Augustine. Aku dan Baby ketawa apabila masuk ke dalam bilik. Bilik ini sungguh cantik. Hehe!!!
Selepas berkemas,kami terus ke Kampung Sebat untuk menghadiri majlis perkahwinan Uncle Ben dan isterinya. Sungguh meriah. Kami disambut dengan mesra oleh penduduk Kampung Sebat dengan air tuak. Haha!!! Aku minum bagi wakil Larry dan Baby. Sesi makan malam bermula. Kami makan sehingga kenyang. Tidak perlu segan. Makan saja!!! Hahahaha!!!!
Sesi joget yang kami tunggu-tunggu telah tiba. Memang aku dan Baby berjoget sehingga peluh kami keluar. Poco-poco sudah semestinya! haha!!! sungguh meriah malam itu. Kami balik tepat jam 12 tengah malam. Balik la kami ke hotel. Jarak dari kampung ke hotel memakan masa selama 15 minit. Itupun kalau drive dengan laju lah! haha!!!
Setiba di hotel,perut aku yang kiut memulas. Oh Tidak! Aku pergi la ke dalam tandas yang agak sempit itu. Setelah selesai,aku cuci lah apa yang patut. Haha!!! Selepas itu,aku cuci kaki kerana hendak tidur. Tiba-tiba,aku ternampak satu objek berwarna cokelat yang melompat-lompat! Oh tidak!!! Kodok dalam jamban!!! Aku jerit,terus keluar. Baby,kazen aku blurr seketika. Aku memberitahunya aku terjumpa kodok. Beliau tidak mempercayai aku.Aku dalam ketakutan. Akhirnya,beliau mempercayai aku. Beliau lebih takut daripada aku. Kami takut sangat2. Tidak dapat tidur lena malam itu. Hahaha!!!
agaknya,kodok itu merupakan Prince Charming Baby nak??? Hahhaa!!!!!
Adohh..Lawak eyh...Gelik pun ada. Aiyyerr!!!
Aku tak sukda kodok.