Anonymous Group ?

Posted by ghimau under


Anonymous Group ?
Hmm.. serangan dari group hackers anonymous group. Huh.. jadi topik hangat skang ni yo tak, masuk paper, masuk tv. Huhuhu.. Siapo anonymous group ni? Ontah la.. den pun tak tahu. :)

Kalau ikut paham den, anomymous group ni adolah satu konsep untuk menjayokan misi hacktivism setengah pihak dengan tujuan tertentu. Jadi anonymous group ni adolah sekumpulan hacktivist yang ingin menyuarokan luahan hati mereko. Sesiapo pun bulih jadi ahli member kumpulan ini, asalkan mereko remain anonymous. Dengan kato lain bilo nak hack tu pakailah kondom :) (ni istilah hacker tempatan, maksud eh, guno lah proxy).

Serangan terhadap Malaysia ni banyak dari hacker tempatan. Bukti eh, nengok la kek pag-page yang dideface, kebanyakannyo mesej yang dipaparkan adolah dalam bahaso melayu.

Hmm... tapi kalau dipikir balik, dengan adonyo service google translate, sesiapopun dari luar bulih menulis mesej dalam apo-apo bahaso.

Pado den, tindakan mereka ni adolah totap salah, kito kono pikir panjang, den secaro peribadi langsung tidak menyokong tindakan mereko.

Maleh nak komen banyak pasal hal ni. Hehehe.. Hmm.. den nak kongsi satu tool LOIC yang digunokan untuk tujuan DOS attack.

Untuk runkan tool ni (latest version), kono install .NET version 4.

Masukkan maklumat yang berkaitan, dan tekan run. Huhuhu. Mudah yang amat.



Nengok bilangan request yang dibuek oleh tool ni. Dan tiado sebarang
Failed request. Ini kerano tiado sebarang protection pado target server.

Untuk detect kat server, kito gunakan command ni :


U mak ai.. banyaknyo connection. Hehehe..



Jadi macom mano nak block request dari ip tersebut. Kito gunokan iptables.

Setkan rule seperti berikut :




Kito run balik LOIC. Nampaknyo takdo request yang berjayo :) Hmm..bilo nengok log file, ado entry yang menunjukkan request telah diblock.



Kito jugo bulih menggunokan DDOS_Deflate untuk mengelakkan masalah DDOS ni. Copy file ni ke dalam server anda. Dan mulokan install


Pastu edit skit configuration eh kek /usr/local/ddos/ddos.conf. Ubah ikut setting kek bawah ni.


Ok, pastu kito runkan script ni untuk test. Kito nengok cpu usage semakin bertambah, bilo kito run LOIC ni, (ni sebelum kono block). Banyak process apache.



Bilo sampai waktu dan ketiko eh, skrip ni akan auto set rule kek iptable untuk drop connection. Macam tu la caronyo. Kalau ado nak tanyo.. silo bertanyo diruangan komen :)
Ok.. kito sambung balik siri ni yo. Hehehe..

Byte Code

Bytecode adalah code yang setelah dicompile akan berjalan pada processor. Dengan menggunakan bytecode, code tersebut boleh berjalan pada semua platform. Bytecode juga dikenali sebagai p-code(portable code).

Little Endian

Little Endian atau Big Endian adalah terms yang digunakan untuk menunjukkan susunan byte yang disimpan dalam memory. Little endian (little end) adalah susunan (least significant value in the sequence) di simpan dahulu.

Sebagai contoh Big Endian akan menyimpan nilai 4F52(nilai hex) sebagai 4F52 dalam memori (senario : 4F di simpan pada address 1000 dan 52 di simpan pada address 1001)

Manakala Little Endian pula akan menyimpan dalam memory dengan susunan 524F (senario: 52 pada address 1000 dan 4F pada address 1001)

Compilers

Bahasa mudahnya compiler adalah satu program yang menterjemahkan source code kepada object code.

Compiler berbeza dengan interpreter, kerana interpreter akan menganalisa setiap baris source code dan melaksanakannya, tanpa 'melihat' pada keseluruhan program.



Ni ado satu language yang sangat menarik. namo eh Brain Fuck. Hehehe.. korang leh dapekkan maklumat lanjut kek sini : http://home.arcor.de/partusch/html_en/bfd.html

Ok.. try la download compiler dio dan runkan code kek bawah ni, pastu bagitau den apo hasil eh :)



Nanti kito sambung pulak pado siri yang ketigo :) Nantikan...

Perjalanan Diri..

Posted by ghimau under


Perjalanan diri itu jalan yang lurus, 'siratal mustaqim'
Perjalanan diri itu hakikat diri
Perjalanan diri itu hijrah diri

Perjalanan diri itu daripada nafsu tercela kepada nafsu terpuji
Perjalanan diri itu daripada nafsu ammarah (pada kebanyakan orang) kepada nafsu Kamaliah (pada yg terkhusus sahaja)
Perjalanan diri itu daripada banyak dosa kepada kurang dosa
Perjalanan diri itu daripada kurang dosa kepada terhapus dosa
Perjalanan diri itu daripada terhapus dosa kepada dipeliharaNYA daripada berbuat dosa
Perjalanan diri itu daripada banyak syiriknya, kepada kurang syiriknya, kepada tiada syiriknya, tiada syirik khafi, tiada syirik mukhafi

Perjalanan diri itu daripada jahil kepada berilmu
Perjalanan diri itu daripada tidak bersolat kepada bersolat
Perjalanan diri itu daripada bersolat tidak cukup kepada cukup fardhunya
Perjalanan diri itu daripada cukup solat fardhunya kepada ditambah solat sunatnya
Perjalanan diri itu daripada tidak sempurna solatnya kepada sempurna solatnya

Perjalanan diri itu daripada Latifatul Qalbi kepada Latifatul Kullu Jasad
Perjalanan diri itu daripada tidak mengenal diri kepada mengenal diri
Perjalanan diri itu daripada mengenal diri kepada mengenal Allah Yang Esa
Perjalanan diri itu daripada mengenal Allah yang Esa kepada DIA semata2

Perjalanan diri itu berkaitan Islam
Perjalanan diri itu berkaitan Iman
Perjalanan diri itu berkaitan mikraj
Perjalanan diri itu berkaitan Ihsan

Perjalanan diri itu berkaitan di mana kita di alam barzakh kelak

Perjalanan diri itu setiap detik, masa dan ketika...