Selamat Tahun Baru, selamat tahun baru.. apa azam ko tahun ni? ni lah ucapan dan pertanyaan yang biaso den dongar dari kawan-kawan bilo menjolang tahun baru ni... Huhuhu
Selamat Tahun Baru, Tahun tu memang dah selamat.. soalnya adakah kita ni pun turut selamat? Atau terus hanyut dengan macam-macam tipu daya dunia... ewahh... bukan main lagi ayat aku skang ni, yer tak...
Macam kebiasaan dari dulu-dulu lagi, tiap-tiap kali new year menjelang aku tak pernah sambut.. bagi aku tahun baru aku adalah 1 Muharram. Aku ni bukanlah poyo.. bukannya baik sangat pun .. tapi aku ada prinsip yang tak mungkin akan bergoyah walau dilanda tsunami sekali pun.. Huhuhu..
Tapi semenjak aku kenal alia, tarikh 1 Januari ni, mula memberi makna yang sangat besar dalam hidup aku. 1 Januari ni adalah tarikh hari lahir awek aku yang aku sayang.. alia (Alia: ko jangan poyo pulak baca entry aku ni :P)
Aktiviti aku ari ni tak banyak, nak-nak pulak aku rasa macam nak demam ajer ari ni.. pagi tadi aku ke Ocean nak carik limau mandarin yang dalam kotak.. tapi stok limau tu belum ada lagi.. hampeh tul. Aku ni gila sikit makan limau mandarin ni, kalau time ada tu, kira macam makan nasik la aku makan limau ni. Huhuhu...
Walaupun limau mandarin dalam kotak tu takder, tapi diorang ada jual yang longgok. Aku pun beli la...
Sambil duk melayan dvd citer antu mirrors aku pun melantaklah limau. Citer ni dah lama tapi aku baru beli dvd dia. Memang best la citer ni.. Menakutkan siut.. lepas dah tonton citer ni nak nengok cermin kat umah pun rasa cuak ajer.. Huhuhu.. alia.. ko nak pinjam tak dvd ni? :P
Tak tahu la nape aku ni suka sangat nengok citer antu.. perangai dah la macam antu.. nasib baik hensem .. kui..kui..kui.. (gelak antu lampor) Lepas abis nengok citer tu aku pun main-main la dengan kucing aku.. Black.. dan makin comel dan montel dah dia ni..
Eh lupa lak nak bagi tau korang azam tahun baru aku,
Aku ingin dan akan berusaha untuk sampai ke satu tahap di mana ketika itu, dengan bangganya aku boleh berkata "AKULAH UMAT BAGINDA MUHAMMAD SAW!"
Dan Baginda Rasulullah SAW pun menerima aku sebagai umatnya. Amin.. perkenankanlah ya ALLAH.