Assalamualaikum.
First time saya nampak hantu waktu umur saya 7 tahun. Saya ni ... hmm ... malulah mau cakap ... lantaklah ... saya ni dulu sorang anak yang manja. There you go ... I've said it! Ya la, saya anak bongsu, mestilah berlagak manja ... walaupun sebenarnya tidak manja pun.Adik beradik saya ramai. Bilangan bilik di rumah kami dulu pula tidak mencukupi sebab semuanya tamak haloba ... mau bilik sorang satu. So, terpaksalah saya tidur dengan parents. Pada suatu malam tu, saya rasa susah sangat mau tidur. Rasa panas seluruh badan.Lepas tu saya nampak ada dua biji mata berwarna merah menyala merenung saya dari luar jendela. Tapi saya tidak takut. Saya buat selamba saja.
Kali kedua saya dikacau hantu waktu saya Tingkatan 3. Time tu, saya bersekolah di SMK Bundu Tuhan, Ranau Sabah. Saya tinggal di asrama. Ramai orang cakap, kawasan asrama tu agak 'keras'. Saya relax saja sebab kalau kita tidak kacau mahkluk tu, dia pun tidak kacau kita. Di hostel, katil saya berdekatan dengan tingkap yang cerminnya sudah pecah. Memang agak menyeramkan sikitlah terutamanya pada waktu malam sebab saya dapat rasa angin yang sejuk dari luar masuk ke dalam bilik seolah-olah ada 'benda' lain ikut masuk. Pada suatu malam, saya rasa sangat sejuk. Sejuknya luar biasa.Tidak lama selepas tu saya rasa sesak nafas. Rupa-rupanya ada 'benda' berat datang menindih badan saya. Orang cakap, kalau kita kena tindih, cuba gerakkan jari-jari tangan atau jari-jari kaki supaya benda tu lari. Saya buat tapi benda tu tidak lari. Saya pun bacalah ayat-ayat Al-Quran. Saya tidak takut. Saya buat selamba saja. Tidak lama selepas tu, benda tu mengalah. Hah! Tau takut.
Hari tu saya gi Sunway Lagoon. Saya masuk Scream Park. Saya ingat saya OK ... alaa ... setakat hantu palsu buat apa mau takut kan. Rupa-rupanya saya hancus. Hantu-hantu dekat dalam tu ... mak kau ... menyeramkan.Sepanjang masa saya jerit. Menghairankan. Hantu-hantu dekat dalam tu bukannya hantu betul pun ... semuanya manusia biasa yang berlagak jadi hantu. Rupa-rupanya manusia lebih menakutkan daripada hantu. Kalau difikir, memang betul pun. Manusia sememangnya lebih menakutkan daripada 'benda-benda' yang kita tidak nampak.Manusia boleh buat macam-macam benda yang menakutkan contohnya mencuri, merogol, membunuh dan sebagainya.
Jadi wajarlah saya takut dengan hantu-hantu yang ada dekat dalam Scream Park tu kan?