Friday, March 11, 2011

assalamualaikum.........
rasanyer dh tersangat lama aku buka blog aku apatah lagi nk update benda nie.....
mgkin sebab aku nie bkn seorg yg pandai dlm berkata2@ brmdah itu yg menyebbkan aku pun xthu apa yg nak aku post dkt blg aku nie...huhuuhuhu

ntah apa mimpi aku tiba2 jer rasa teringin nk mcoret sdkt kata2 dlm blog aku nie..apa yg blh aku kta kn skrg nie aku dlm keadaan mood stressss nga asmgt n mybe tat y aku tergerak aty tuk meluah sgla yg terbuku di aty ku nie...

aku sedih sgt nga sikap mber aku 2..sikap dia mbuat aku sgt2 trkilan..ak thu ak xsebagus dia n xseperfect dia n xperlu dia mngabaikan ak..xperlu lh malukn aku dpn kwn2 yg lain...dh lh seolah2 nk tunjuk dia pndai tp hampeh bla bab buat asgmt hancur..tp bab kutuk org lain perhhhhhhh no 1 lah, nmpk cam dia jer baik..lg xleh blah bla dpn laki2 ya ALLAH dia punyer ngada2 sampai aku naik nyampah tahap gaban...tapi jika btl lh dia mber aku yg slma nie brjnji friend 4ever lh konon tp apa motif dia buat aku cam 2...ak pun xthu nk ckp cmner skt aty nie smpai kadang2 bla dgr nama dia jer automatik rasa bnci 2 terbit dr aty aku.....aku cuba nk buang perasaan bnci 2 jauh2 tp ntah lh aku pun xthu cm ner nk buang perasaan bnci ...yaALLAH berikan aku kekuatan tuk buang semua perasaan bnci yg bersarang dlm aty ku ini..aminnn

Thursday, September 2, 2010


selamat ary raye maaf zahir dan batin...ku susun 10 jari ku pohon kemaafan andai dri ini prnh mnyakiti & pernah mguris htimu mungkin bkn niatku brbuat demikian ttpi mungkn semua 2 brlaku tanpa ku sedari yg ku tlh melukai hti mu teman....
mari lh kta sma2 & slng bermaafan-maafan krna kemaafan itu begitu indah terutamanya dibulan yg mulai ini....
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN


Friday, August 20, 2010

dAk2 EmPatY yg RiAnG gUmBiRa


puteri2 empty yg cmy & cun melecun....



jejaka2 empaty yg hensem kot



kami......


dan kami lagi......



semoga ikatan pershbtan dan ukhuwah yg tbina ini akn kekal & sntiasa sgr di ingtan kita...
smga kta akn sntiasa bersama dlm mgharungi ska & duka


Sunday, August 15, 2010

kawan2 renungkn lh kta2 di ats ini...
detik waktu terus berjalan, berlari tanpa kta mnyedari,,,,
menghiasi gelap dan terang
suka dan duka, tangis dan tawa
tergores bagaikan sebuah lukisan

Thursday, August 12, 2010

kepada kawan2ku selamat bersahur semua.....tp jgn lh jd cam kartun diats nie dpn rezeki pn dia blh lena...hehehehe

Sunday, July 25, 2010

boystudy




  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa


    • kita ingat 10 % apayang idbaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan

  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).


  5. …Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya….


  6. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum

  7. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

  8. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  9. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

  10. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.

    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  11. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.


  1. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepanuhnya
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  2. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  3. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  4. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  5. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  6. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock).

  7. Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  8. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  9. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  10. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  11. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  12. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  13. Tahu petua mengulang kaji
    • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    • siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
    • duduk tegak dikerusi yang selesa
    • baca doa penerang hati
    • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    • fikir dan ingat kembali isi utama
    • catat/lakar
    • semak semula ketepatan maklumat
    • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    • buat rumusan
    • jawab soalan
    • tampal maklumat yang rumit di dinding
    • baca doa tanda kesyukuran selepas
    • belajar


  1. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

  1. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    • jangan makan kepala ikan
    • jangan makan organ dalaman
    • jangan minum semasa makan
    • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    • jangan melihat kemaluan
    • jangan melihat buih
    • jangan membaca nama pada batu nisan
    • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    • banyakkan makan kekacang
    • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    • jangan makan sehingga terlalu kenyang
    • jangan kencing berdiri



  1. Tahu kemahiran mengingat:
    • tampal nota-nota penting di dinding
    • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    • gunakan kaedah akronim
    • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

  2. Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.