Sunday, October 31, 2010

CALON MAKSIAT PAS DIGALAS



Bukan saja diGua musang dan kelantan hebuh cerita Dr Zul calon PASrael  diGalas kena tangkap basah maksiat dilakukannya. Mereka tidak berani menjawab dan menafikan Dr Zul tidak lakukan perkara itu. Mereka tak boleh tutup orang kampung pun semua dah tahu.

Wahai pengundi-pengundi Galas! mahukah anda calon maksiat menang dan jadi pemimpin di Galas?. Pilihlah calon yang bersih untuk jadi Tok Wakil. Rata dah orang cerita hal Dr. Zul ini.

Mereka kata nak saman UMNO online. UMNO Online dah siap saksi penting dah.  Lebih lanjut BACA SINI

Wednesday, October 27, 2010

HANCUR MASJID PAS-PKR JADIKAN HOTEL DIGALAS



Woi.. awak semua ingat masjid itu hotel ka? tak ada tempat lain ka? macam itu susahlah orang nak beribadat jadikan rumah tangga.

Pengotor pulak tu, tengok tak ada adab dalam masjid pun pakai kain cokeng. Hoi bangsat ! kalau setakat nak lepak masjid tak payah gi kempenlah buat malu saja.

Woi.. carilah rumah sewa !! itu bukan hotel. Bila tidur nanti air lyok basi menetes merata-rata. Masjid jadi haprak. Lagi pun itu tempat umum. Kamu semua halang orang lain nak sembahyang. Habat... Puisssh ... tuish...

Hapa....?  tok guru tak mampu ka sedia rumah sewa buat markas. Hapa ?... tok guru ajar macam tu ka?.. harh tuishhh. Nak perintah macam mana sampai tempat suci pun tak tau .. Ini semua orang bising hampa... pekak ka?.



                               gambar dipetik dari Panglima Perang Siber.

Wednesday, October 20, 2010

KJ MENGAMUK LAGI



Tidak ada cara paling mudah seorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia seperti apa yang dilakukan oleh KJ ucapan mengamuk seolah-seolah bereparang dengan musuh dihadapan. Cara lama itu dipanaskan, makin lama makin kuat sorakan dan mengajak mereka bangkit berdiri seolah menampakan kepada umum dia mendapat sokongan.

Apa yang berlaku, mereka semua berdiri kerana terpaksa menghormati majlis bukan kerana menyokongnya. Bila ditanya kepada perwakilan 'ya' atau 'tidak'jawapannya bercampur-campur antara ya dengan tidak. Ada yang hanya bertempik tapi tidak tahu kebuah butirnya. Kebanyakannya begitu.

Selepas keluar dari dewan masing-masing bila ditanya jawabnya 'terpaksa' sebab semua orang bangun. Ikut sahajalah.

Jawapnya cara lama juga. Tak berubah dan tak berubah. Itulah kelemahan UMNO yang menjadikan parti ini dikatakan kuat main wayang. Orang baru oder lama.

Wednesday, October 13, 2010

PROJEK NUKLEAR TIDAK SEMUDAH DICANANG


Tidak mudah untuk melaksanakan projek nuclear. Kerajaan kena tanya rakyat dahulu samada menerima atau tidak. Tahap sokongan rakyat dikira dari referendum.  Peter Chin Fah Kui, Menteri Teknologi Hijau dan Air kata langkah itu mungkin dbuat masa  depan.  Kerja membina loji Nuklear memakan masa panjang, 10- 11 tahun.
Kerajaan kena menerangkan dahulu kepada rakyat supaya faham tentang keperluan janakuasa nuclear,  jika tidak pasti rakyat menolaknya kerana dalam pemikiran rakyat Nuklear bahaya berdasarkan pengalaman  Jepun peristiwa pengeboman Nagasaki dan Hiroshima. Buat masa ini rakyat belum bersedia kearah itu.
Pertama kali kerajaan mengadakan referendum mendapatkan sokongan rakyat Sabah dan Serawak untuk masuk merdeka bersama Malaysia 1963.
Tidak guna kerajaan melaksanakan dalam sesuana projek yang ditentang oleh rakyat .  Itu kerja mencari  penyakit namanya buat masa ini. Eluklah tumpukan kepada usaha lain yang  menjadi keutamaan kecuali  rakyat dapat merasakan jika tidak dilaksanakan ia mendatangkan masalah besar kepada negara.
Bagaimanapun,  rakyat akan tahu bila masanya sesuai dibangunkan tetapi tidak waktu sekarang. Ia mungkin lambat lagi untuk sampai masanya.

Saturday, October 9, 2010

APA KE HAL EKONOMI KITA NI?



Apa dah jadi ekonomi kita sekarang ni?. Keadaan rasa terlalu ketat. Payah betul cari rezki sekarang. Semalam dua ni aku sering keluar malam. Ada banyak restoran mamak buka 24 jam,  lewat pukul  1.00 pagi sudah tutup. Biasanya mamak tu marah kalau tanya pukul berapa tutup. 24 jam tau ka? Lagi itu jam ada pusing ini kadai tarak tutup tau ka?.  Sekarang itu jam tarak pusing ka ??.
Aku tak Tanya lagi mereka mengapa. Tapi aku nampak kurang orang landing kedai mamak lagi malam-malam.   Luar biasa keadaan ni. Dulu pun ekonomi  gawat 1997 tidak macam ni. Orang masih keluar sembang-sembang jauh malam silih gati lagi.
Raya dulu aku balik kampung lama juga. 10 hari  aku merayau kat kampung.  Aku jumpa kawan-kawan kontraktor kelas F. Nampak mereka macam tak beraya saja. Aku Tanya mengapa tak happy  macam raya sebelum ni ? selalu buat open house. Kali ni usahkan open house, raya kedua pun dah pergi memancing. Apa hal?.
Mereka kata setahun dua ini dah tak macam dulu. Kerja kontrak tak ada.  Ada satu kerja berebut 50-60 orang. Untung ciput.  Lagi pun kalau ada repair-repair kecil saja. Tapi jaranglah ada tender kata mereka. Kadang fikir nak hidupkan lessen PKK pun  dah lemah. Nak niaga lain tak ada modal dan tak ada pengalaman.
Mereka Tanya aku !.  Mengapa begitu ?. Aku nak jawap pun tak pandai. Aku bukan sekolah tinggi. Dato’ Sakmongkol tu sekolah tinggi. Sebab itu tulisan dia macam bunyi DAP saja. Dia marah dengan MB kasi dia bertanding sepenggal saja tak ? mereka Tanya aku. Terngangalah aku !. Aku ni bukan faham sangat politik ni. Aku jauhkan diri masuk politik kerana aku politik tu jahat dan kejam.  Mana yang baik aku sokong. Tapi kalau sampai meliwat tu lagi lagi berat.  Bumi jadi terbalik. Itu aku tak sokong.
Agaknya gitulah !. Memanglah kalau aku pun marah. Kalau nak kasi sepenggal lebih baik jangan kasi langsung. Ini tidak, tengah sedap-sedap kawan tu berniaga, suruh bertanding. Menang, lepas itu tak kasi bertanding lagi. Marahlah. Nayalah dia. Nak mula berniaga balik bukan senang. Hutang jadi wakil rakyat  pun dah tak terbayar.
Banyaklah kes macam tu. Dato Halim Mansor Lipis, Tengah sedap jadi Pengurus Besar Yayasan Pahang tiba-tiba suruh bertanding. Lepas sepenggal tamat. Kerayanlah kawan tu. Tu YB Rahman  Jengka, Kawan tu eluk jadi  pensyarah UiTM, suruh notis 24 jam bertanding PRU 12. Sepenggal  tamat. Pencen entah apa entah. Matilah.
Tu,  Bekas ADUN Tahan  Haji Ahmad Jaafar. Notis 24 jam jawatan kadi Jerantut. Sepenggal juga. Apalah dia orang fikir boleh naya orang macam tu.  Tak ada perasaan langsung. Bila Tanya, jawapnya kalau tanding kalah. Itu saja jawapannya.  Kalau dah tau kalah awal-awal carilah jalan bagi menang. Ini tidak, mana yang tiga penggal, empat penggal terus juga. Double standard betul.
Kalau sakit tu lainlah. Siapa pun tak gaduh, macam mana nak buat kerja. Kerja wakil rakyat lasak. Ini tengah sihat, buat kerja rajin, Tok-tok dibuang mentah. Dahlah malu kat orang. Kaum keluarga marah. Ingat saudara mara mereka tak marah ke? Itu sebab UMNO makin lama makin kurus, ramai orang marah. Mereka rasa saudara mereka di inaya.
Ah lantaklah kalau aku cakap banyak aku pulak kena lastik dek dia orang. Lebih baik aku diam. Pedulilah.