Ketika menghadiri sesi brainstorming di Kampong Baru pada akhir Ramadhan lepas, SB berpeluang membangkitkan persoalan ini : Kenapa tiada tindakan ke atas pencetus isu perkauman daripada kaum selain Melayu? Dan kenapa kalau Melayu, tindakan begitu cepat?
Soalan klise tetapi jawapannya amat diperlukan.
Seorang pegawai dari Cawangan Khas, Bukit Aman kemudian menjawab persoalan itu dengan tenang dan berhati-hati.
Menurut beliau, pihak polis telah melakukan yang terbaik - menyiasat dan menahan - jika ada laporan dibuat. Yang menjadi masalahnya ialah di peringkat pendakwaan apabila melihatkan pihak Jabatan Peguam Negara.
Begitu banyak kes yang dibuang tanpa sebab walaupun siasatan telah dijalankan oleh pihak polis. Kononnya siasatan tidak lengkap. Nak lengkap macam mana lagi? Anehnya, bila kes melibatkan orang Melayu, tindakan pendakwaan begitu cepat dijalankan.
Di sini, persoalan yang dibangkitkan kembali ialah, apa sudah jadi dengan Jabatan Peguam Negara? Masih tidur dan mahu terus tidur hingga negara berkocak?