May 29, 2011

Batuan volkanik (breksia tuf) dari Lebir, G. Musang


Terdapat blok-blok batuan dalam bongkah batuan.




Antara blok-blok batuan yang terdapat dalam batuan yang tersimen oleh debu atau lahar gunung berapi.



Bongkah-bongkah batuan breksia tuf yang telah diletupkan.






Batuan volkanik ini ditemui di Felda Lebir, Gua Musang dalam Formasi Aring (Aw, 1990) yang berusia Perm hinga Trias Atas (250-203 juta tahun). Batuan dalam Formasi Aring adalah didominasi oleh batuan volkanik iaitu batuan piroklastik seperti litik tuf, lapili tuf dan breksia tuf.

Breksia tuf adalah terdiri daripada serpihan-serpihan batuan yang bersudut atau bundar yg bersaiz dari pasir hingga bongkah yang tersimen oleh debu volkanik atau lahar unung berapi. Batuan ini berasal dari serpihan-serpihan batuan yang melambung keluar dari lohong gunung berapi yang jatuh dalam lahar semasa letusan gunung berapi dan kemudiaanya menyejuk membentuk batu breksia tuf seperti yang terdapat di Lebir, Gua Musang.

Berikut adalah pengkelasan batuan piroklastik:

  • Tuf - batuan didominasi oleh debu (berbutir halus)
  • Lapili tuf - batuan didominasi oleh klas bersaiz lapili
  • Breksia tuf - batuan yg mengandungi 25%-75% blok volkanik (serpihan batuan)
  • Tuf piroklastik - batuan yg menandungi lebih 75% blok volkanik
Nota: Batuan ini sangat keras sifatnya dan tahan terhadap tindakan luluhawa kerana mempunyai pelbagai jenis blok batuan di dalamnya. Pembinaan jalanraya yang menghubungkan G. Musang ke Lebir ini tergendala disebabkan terdapatnya batuan tersebut pada sebuah bukit yang memerlukan kerja-kerja pengerudian dan peletupan batuan. Kawasan tengara Kelantan terutama di kawasan Gua Musang sememangnya kaya dengan taburan batuan volkanik seperti yang terdapat di Aring.

May 23, 2011

Tanah Runtuh di Hulu Langat



Fakta:

1. Cerun berada dalam kelas IV, berkecerunan > 35 darjah.
2. Bahan cerun adalah sisa granit gred III-IV.

Punca kegagalan: Pembinaan cerun potongan yang terlalu curam tanpa ada sebarang pengukuhan cerun.

Faktor pencetus: Hujan lebat. Kandungan air yang tinggi dalam bahan cerun akan menyebabkan ketepuan dan tanah akan hilang kekuatan. Bahan cerun seterusnya mengelongsor akibat daya graviti.