Selamat datang di CaraGampang.Com

Featured Content Slider

Selasa, 22 Januari 2013

Terkini!!! Najib Razak Jejak Kaki Di Bumi Gaza Hari Ini, Anwar Ikut Sekali?


Hari ini gua amat bangga dengan PM ke-6 Malaysia apabila menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama yang menjejakkan kaki ke bumi bergolak itu.


Agaknya Anwar Ibrahim bilalah lagi agaknya, jangankan tanah Gaza, tanah suci Kota Mekah pun tak tersentuh lagi rasanya...

Isnin, 21 Januari 2013

Video Tilawah Bible Yang Diakhiri Dengan SADAQALLAHUL AZIM Akibat Membenarkan Penggunaan Kalimah Allah Kepada Kristian!!!

Sekali dengar macam tilawah Quran cuma ayat-ayat itu bukannya dari Quran. Siap dengan "sadaqallahu azim"
Begitulah mereka lakukan dalam satu majlis konvokesyen di Institut Teologi Kalimatullah di Jakarta di bawah Yayasan Misi Global Kalimatullah - 29 Mac 2003.
Sememangnya patut kita tidak benarkan penggunaan Kalimah Allah oleh puak Kristian.

http://www.youtube.com/user/akarimomar?feature=watch


Terima kasih Bob Tutup Botol dan Qynah Ibrahim

TQVM PAPAGEGE

Jumaat, 18 Januari 2013

Antara Isu Kahwin @ustazfathulbari DAN Isu China Doll @anwaribrahim


Pelik gua lihat perlakuan sebahagian besar troopers Pakatan Rakyat yang mengambil pendekatan cuba membesarkan isu perkahwinan kedua Ustaz Fathul Bari.

Kenapakah sebuah ikatan pernikahan yang sah cuba diganggu gugat?

Panas!!! Rosmah Telah Bersumpah Bahawa Pertuduhan Terhadapnya Tidak Benar, Anwar Bila Lagi Mahu Bersumpah Laknat?



Datin Seri Rosmah Mansur hari ini telah membuatkan nasi yang dimakan oleh Anwar tersembur keluar apabila Datin Seri Rosmah Mansor telah membuat kejutan besar di hadapan balu-balu tentera malam tadi dan dengan beraninya beliau telah bersumpah kerana Allah swt yang beliau tidak mempunyai cincin berlian seperti yang didakwa pihak pembangkang.

Lagi satu penipuan yang dilakukan oleh pembangkang ditepis oleh isteri Perdana Menteri yang sanggup bersumpah dihadapan khalayak ramai.

Lepas ni tak tau apa pembangkang nak fitnah keluarga Perdana Menteri pulak.

Khamis, 17 Januari 2013

Fesyen Tudung Mengikut Pelbagai Agama, Korang Ciplak Yang Mana?


Di atas adalah sebahagian fesyen tudung mengikut kepercayaan agama yang dianuti setiap wanita di dunia ini. Gua rasa tak kurang juga daripada wanita beragama Islam di negara kita yang terikut- ikut dengan fesyen agama lain. Dok gitu? Lihat dan tentukan cara tudung anda dipakai. Korang ikut agama mana?

Selasa, 15 Januari 2013

Pemandu Sosilawati Dibunuh Atas Arahan Pathmanabhan!!!


SHAH ALAM - Tertuduh keempat kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa N. Pathmanabhan mengarahkannya memegang pemandu jutawan kosmetik itu dari arah belakang selepas diberitahu lelaki itu hendak memukul bekas peguam tersebut.

R. Kathavarayan, 32, berkata, tindakannya memegang pemandu Sosilawati menyebabkan mereka bergelut sehingga terjatuh atas kerusi dalam sebuah bilik karaoke di Ladang Gadong.

"Kemudian, tangan pemandu itu telah diikat guna tali pinggang sebelum dia disuruh duduk dan dipukul kira-kira tiga kali," katanya pada pemeriksaan utama oleh peguam Hasshahari Johari Mawi, yang dilantik mahkamah bagi menggantikan peguam Ravi Nekoo, yang telah menarik diri daripada mewakilinya.

Video Pemimpin Negara Didedah Dibaptis Paderi Kristian!


Situasi seperti ini lu orang mahu biarkan terjadi di bumi Malaysia? Gua tak sanggup bro...

Rabu, 9 Januari 2013

Hadi Terkena Nasi Kangkang DAP & PKR?


Gua lihat Haji Hadi dan PAS semakin menyimpang jauh daripada landasan sebenar perjuangan yang dilaung- laungkan suatu ketika dahulu.

Sekarang ini dapat dilihat setiap perlakuan dan tindakan yang diambil lebih banyak menjurus kepada sesuatu yang merugikan agama Islam.

Hadi, lu dah kena nasi kangkang Anwar Ibrahim ke? Semua cadangan lu jadi pak turut? takde hak bersuara ke PAS dalam Pakatan Rakyat?

Our Partners

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea | Pusat Promosi
Copyright © 2011. Geng Anak Hantu - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger