Rabu, 28 Julai 2010

BIARKAN SILUNCHAI UMNO TERJUN DGN LABU-LABUNYA



Salam saudara pembaca Melayu-Islam yang dihormati,

Sudah agak lama gemasindah tidak menulis entri dilaman ini kerana ketiadaan isu yang baru melainkan isu yang membosankan yakni PERPADUAN ACAH ACAH MELAYU yang dimainkan oleh Nik Aziz dan DS Najib yang masih merasakan UMNO-nya kuat dan berpengaruh. Biarlah si-luncai terjun dengan labu labunya

Esok , Khamis 29hb Julai 2010 bertempat betul betul dihadapan rumah gemasindah akan berlaku satu lagi episod silunchai dengan labu labunya dimana Naib Presiden UMNO Shafie Afdal selaku Menteri Pembangunan Luarbandar akan merasmikan projek E-KASIH atau rumah PPRT yang telah gemasindah ulas beberapa bulan yang lalu.

Sudah tentulah ahli ahli UMNO dan JKK Kampong dan kakitangan kerajaan diarah oleh Wakil Rakyat dan ADO Gemas untuk menghadiri majlis tersebut. Maka sudah pastilah Naib Presiden UMNO akan berasa gembira melihat kehadiran orang ramai dimajlis makan tengah-hari secara percuma itu.

Maka apabila kembali nanti baik Naib Presiden UMNO Malaysia mahupun Ketua Perhubungan UMNO NSDK akan berasa amat selesa dan berasa bahawa DUN Gemas dan Parlimen Tampin masih lagi merupakan KUBU KUAT UMNO.

Gemasindah yang mengetahui keadaan sebenar di DUN Gemas ini hanya tersenyum dan hanya boleh berkata BIARLAH SILUNCAI UMNO TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA.

Nampak jelas UMNO masih enggan untuk berubah. Masih lagi mahu menggunakan kuasa dan jentera kerajaan. Masih lagi mahu kerja kerja digerakkan cara lama saperti majlis buka tutup saperti ini ...majlis makan percuma ..untuk mendekati rakyat..

Komen gemasindah..panggil makan kita makan ..panggil mengundi itu hak aku.

Nampaknya ..inilah gerakkerja rasmi pertama UMNO DUN Gemas untuk menghampiri hati rakyat Gemas....Satu gerakkerja yang jelas sekali hipokrit dan membodohkan rakyat.
Satu simplifikasi penyelesaian masaalah...BERI MAKAN ORANG KAMPONG – MENYOKONG UMNO-lah MEREKA TU..SELESAI SEGALA MASAALAH

Komen gemasindah..satu sikap yang membuatkan orang kampong lebeh menyampah pada pemimpin UMNO....

Baru sejam yang lepas gemasindah dihubungi oleh Setiausaha Gemas Homestay meminta kehadiran isteri gemasindah untuk menjadi pelayan tetamu majlis tersebut yang kontrak penyediaan makanan diberikan kepada saorang AJK UMNO Bahagian Tampin.

Projek E-KASIH Kg Londah ini menjadi rungutan ramai khasnya penduduk kampong sekitar. Dari 50 unit rumah yang dibina hanya 4 buah rumah diberikan kepada penduduk Mukim Gemas. Yang lain diimpot dari seluruh Daerah Tampin.

Kos pembinaan rumah tidak termasuk kerja kerja prasarana ialah sebanyak RM 35,000.00 sebuah.

Pengimpotan orang luar sebagai penghuni rumah rumah tersebut menimbulkan banyak masalah terutamanya dari segi pekerjaan , masalah anak anak tidak bersekolah dan masalah sosial yang lain yang tidak sepaptutnya berlaku.

Gemasindah tidak mahu menceritakan masalah sosial akibat membandarkan kampong kerana amat memalukan. Antara tajuk utama ialah wujudnya masaalah bohsia, ponteng sekolah, dadah dan skandal sex ..saperti dibandar bandar. Amat memalukan.

Namun begitu gemasindah mengucapkan Selamat Datang Ke-Kg Londah kepada Naib Presiden UMNO dengan ucapan idea Dato & KSU Dato sahabat gemasindah Dato Jabar Che Nai mengolompokkan orang miskin dihadapan rumah gemasindah memang hebat...

Pujian berkontena-kontena untuk Dato berdua dan gemasindah nak sedekah juga pujian berkontena – kontena kepada Menteri Besar NSDK..tokoh korporat yang hebat mereformasikan ekonomi Negeri Sembilan. Syabas Dato Seri....

Teruslah percaya bahawa DUN GEMAS & PARLIMEN TAMPIN ADALAH KUBU KUAT UMNO.......


Gemasindah................faham sangat akan ragam ahli ahli UMNO Bahagian Tampin & DUN Gemas...semuanya adalah para sahabat belaka.

Jumaat, 16 Julai 2010

13th May Revisited rencana asal oleh pencak_silat MENGINGATI 13 Hb MEI UNTUK KEBAIKAN SEMUA…Supaya Tidak Berlaku Semula…………..

Salam saudara pembaca Melayu- Islam yang dihormati.

Bagi maksud mengingatkan diri saya sendiri dan kesemua umat Melayu terutamanya yang muda muda saya salin satu rencana mengenai Peristiwa 13hb mei 1969, satu detik hitam sejarah negara yang sepatutnya dijadikan sempadan adan tauladan oleh semua rakyat Malaysia.

Pada 1969 saya ketika itu sedang bersedia untuk menghadapi pepereksaan OSC / MCE ( skrg SPM ) dan ketakutan yang menghantui jiwa ketika itu adalah satu perkara yang susah hendak diceritakan.

Memandangkan politik terkini negara sekarang ini sudah menunjukkan tanda tanda perkauman yang sangat tidak baik dan sentimen perkauman ini terus menerus dibakar bagi meraih kuasa, keberangkalian berulangnya peristiwa hitam ini amatlah tinggi.

Saya memohon berbanyak maaf kerana terlupa dari blog manakah rencana ini disalin tetapi penulis asalnya ialah saperti dicatitkan diatas....Berbanyak terima kasih kepada penulis asal

Gemasindah.............

...................................................

Tragedi berdarah ini bermula apabila penyokong-penyokong Parti Pembangkang yang menang mengadakan perarakan kemenangan pada 10 Mei 1969. Dr. Tan Chee Khoon dari Parti Gerakan telah menang Besar di kawasan Batu Selangor. Beliau meminta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor. Perarakan tersebut telah menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan ini djalankan di Jalan Campbell, Jalan Hale, dan menuju ke Kampung Baru. Kampung Baru pada waktu itu menjadi kubu kuat parti UMNO, dan diduduki oleh lebih 30,000 orang Melayu. Rumah Menteri Besar Selangor pada waktu itu, iaitu Dato’ Harun Idris terletak di Kampung Baru. Orang-orang Cina yang berarak pada waktu itu melemparkan kata-kata kesat, menghina, dan mencaci orang Melayu.

Orang Cina yang berarak dengan lori juga meludah orang-orang Melayu yang berada di tepi jalan. Penyokong parti-parti pembangkang juga mengadakan perarakan kemenangan melalui kawasan-kawasan kediaman orang Melayu. Perkara ini merupakan satu provokasi terang-terangan yang mencabar kesabaran orang-orang Melayu. Perbuatan-perbuatan yang menghina orang Melayu dan kata-kata nista telah dihamburkan seperti ‘Melayu sudah jatuh, Kuala Lumpur sekarang Cina punya, Kita mahu halau semua orang Melayu, dan lan-lain lagi. Mereka bersorak mencabar kuasa orang-orang Melayu dengan keputusan pilihanraya yang baru diketahui. Tunku Abdul Rahman pernah menulis bahawa perarakan kemenangan itu telah diadakan secara tidak teratur, dan diikuti dengan tindakan kasar tanpa mengendahkan arahan polis setelah perarakan raksaksa itu tamat.

Di Jinjang, Kepong seorang cina yang meninggal dunia akibat sakit tua telah diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Walau bagaimanapun, perarakan bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu. Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan yang menang di Bukit Bintang Kuala Lumpur telah menyatakan permohonan maaf di atas kebiadapan penyokong parti itu sewaktu perarakan. Namun demikian, permohonan maaf sudah terlambat kerana kesabaran orang Melayu telah tercalar.

Penyokong UMNO telah mengadakan perarakan balas pada 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini berlaku kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan daripada kedua-dua pihak. Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato’ Harun Idris selaku Menteri Besar pada waktu itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, orang Melayu yang berkumpul telah membawa senjata seperti pedang dan parang panjang, dan bersedia untuk menentang orang Cina

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Pada jam 3 petang, berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak bertiup kencang. Seterusnya pada jam 4 petang, dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung, manakala sebuah van yang membawa rokok dan pemandu yang berbangsa Cina telah dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang mendengar cerita pembunuhan ini telah bertindak balas dengan membunuh orang-orang Melayu. Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara orang Cina dan Melayu. Rusuhan kaum telah berlaku dengan rumah-rumah dibakar, kereta-kereta dirampas dan dibakar serta diterbalikkan di jalan-jalan raya. Suatu kejadian yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia yang pernah didabik oleh Tunku sebagai negara yang aman, dan beliau adalah Perdana Menteri yang paling gembira di dunia.

Bagi mengawal keadaan yang semakin huru-hara, pasukan FRU telah dikeluarkan dari Kampung Baru dan askar Rejimen Renjer mengambil alih. Malangnya pasukan ini yang dipimpin oleh ketua pasukan berbangsa Cina dikatakan menembak orang-orang Melayu. Hal ini berlaku kerana sentimen perkauman telah semakin menebal. Orang Cina menganggap orang Melayu sebagai musuh, dan begitu juga sebaliknya. Situasi ini menyebabkan kemarahan orang-orang Melayu semakin meluap- luap. Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru terus mengamuk kerana merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Akhirnya Rejimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru masih terus terbakar. Kawalan keselamatan diambil alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa orang Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Berdasarkan kepada situasi ini, didapati bahawa apada masa tersebut, anggota keselamatan sendiri sudah tidak lagi menjalankan peranan sebenar mereka untuk menjaga keamanan. Mereka juga telah terlibat secara tidak langsung dalam ketegangan tersebut, dan sentimen perkauman juga turut menebal dalam jiwa mereka.

Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton berbangsa Cina keluar dari panggung. Ramai penonton Melayu yang tidak memahami iklan berbahasa Cina itu, terkepung dan mati kerana ditetak dan terbakar. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas dengan membunuh orang Cina. Pertumpahan darah terus berlaku, dan tembak menembak berlaku di antara tentera dan beberapa orang yang bersenjata. Asap berkepul-kepul naik ke udara daripada bangunan, kedai-kedai dan pasar-pasar yang terbakar. Jalan-jalan raya juga amat kotor dengan sampah sarap. ‘Kuala Lumpur telah terbakar’, tulis Tunku Abdul Rahman tentang huru-hara itu. “Saya dapat melihat dengan jelasnya api menjulang tinggi dari tempat kediaman saya dia atas bukit. Saya tidak fikir bahawa saya akan melihat pemandangan seperti itu dalam hayat saya. Sebenarnya, segala usaha yang saya curahkan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan seronok untuk didiami sejak beberapa tahun ini, dan impian saya juga untuk menjadi Perdana Menteri paling gembira di dunia telah turut termusnah dalam api itu juga”.

Ramai daripada penduduk Malaysia yang terdiri daripada golongan tua telah menyatakan bahawa peristiwa 13 Mei 1969 merupakan rusuhan kaum yang paling dasyat dalam sejarah Malaysia moden. Jumlah korban yang sebenarnya dalam tragedi berdarah ini tidak pernah diketahui, dan ia menjadi rahsia kerajaan. Kebanyakan ahli sarjana menganggarkan 200 orang meninggal dunia, dan lebih 400 orang mengalami kecederaan. Walau bagaimanapun, sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggarkan seramai 2000 orang kehilangan nyawa dalam peristiwa tersebut. Sebenarnya, laporan daripada thesis PhD tersebut mungkin boleh diterima. Hal ini kerana, pertumpahan darah yang sangat dasyat berlaku di hampir segenap ceruk Kuala Lumpur pada waktu itu. Ramai penduduk Kuala Lumpur pada waktu itu juga menyatakan bahawa Kuala Lumpur telah bermandikan darah. Oleh itu, angka korban mungkin jauh lebih tinggi daripada jumlah yang dilaporkan.

Bagi mengawal keadaan yang semakin tidak terkawal, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan darurat dan perintah berkurung di seluruh negara pada 14 Mei 1969, mengikut Fasa 2 Akta 150 Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan dan Parlimen telah digantung, manakala pilihan raya di Malaysia Timur telah ditangguhkan sehingga ke tarikh yang belum dapat ditetapkan.

Kesimpulannya, tragedi berdarah 13 Mei harus menjadi iktibar kepada seluruh rakyat Malaysia. Tragedi ini melagukan pesan bahawa rasa saling hormat-menghormati dan bertolak ansur di antara kaum merupakan resepi paling penting dalam menjaga keharmonian negara.

To all Malaysians, we do not want this to happen again. Please do not stir the hornet's nest. Respect each other in the spirit of 1Malaysia promulgated by our Prime Minister Dato' Sri Najib Tun Razak. Peace.

Khamis, 15 Julai 2010

HANYA UNTUK MENGINGATKAN......ULANG & ULANG



Salam Hormat saudara pembaca Melayu - Islam

Perkerjaan yang paling sia sia ialah bila CICAK KUBIN nak MEMBAHAM BUAYA. Dari segi rupa dan bentuk macam satu species....Sama jugalah bila nyamuk mengaum dalam telinga gajah dan katak kembongkan dirinya kerana nak sama besar dengan labi-labi.

Itulah yang gemasindah lakukan selama ini. Cuba menjadi blogger cicak - kubin.

Maksudnya tak guna memendekkan jari menaip untuk mengingatkan pemimpin parti UMNO dan kerajaan ...lebih baik kita tulis untuk bacaan sesama kita ..kan ?

Cuba pembaca hayati luahan hati saorang cikgu pencen yang sekarang sudah menjadi lebih rasional..akibatnya penyokong Parti PAS yang taksub dah mula memaki hamun cikgu yang dah pencen ni. Saya baca apa yang ditulis beliau..takda apa yang salah..tapi ada juga yang menghamunnya ..katakan cikgu tu takda otak...orang islam menghamun orang islam..melayu menghamun ..melayu..Orang Cina yang terang terang bantai melayu tu ..tak berani pulak dihamunnya...MALAY ONGOING MENTALITY..

..................................................................................

Dari blog cikgu pencen.........SATU


Cina MCA dan Cina P. Gerakan sudah berhimpun dalam satu parti - DAP. Kemana arah tuju melayu UMNO, PAS dan PKR??????

Politik melayu sedang menuju kearah kehancuran. Perpecahan politik melayu nampak jelas dan nyata sedang melemahkan kedudukan melayu dari sudut pemerintahan nya. Walaupun melayu masih lagi nampak kelihatan sebagai peneraju pemerintahan negara tetapi ianya sedang dibayangi oleh kuasa mutlak dari kaum bukan melayu.

Satu ketika dahulu, melayu boleh berbangga dengan kekuatan dan keutuhan kuasa politik nya. Kaum bukan melayu akur dan tunduk kepada segala peraturan dan tata cara kerajaan memerintah. Melayu bebas bersuara dan menyuwarakan apa saja demi kepintingan melayu dan Islam. Malang nya, hari ini kita pula terpaksa berhati2 atau lebih jelah tidak berani lagi bersuara untuk membela melayu.

Setiap langkah atau tindakan yang di buat demi mempertahankan kedudukan melayu/Islam akan pasti mendapat tentangan keras dan lantang dari kaum yang lain. Kebebasan melayu untuk bersuara membela nasib melayu sudah ditentang awal2 lagi, bayang kan jika bangsa itu sudah berkuasa mutlak.

Sebagai contoh terdekat, Singapura. Melayu Singapura sudah kehilangan kuasa politik nya secara total. Suara melayu sudah lenyap buat selama2 nya di arena politik Singapura. Perkara sedemikian tidak mustahil akan berlaku pula kepada melayu di Malaysia.

Perpecahan kuasa politik melayu pasti akan memusnahkan politik melayu itu sendiri. Sedangkan kaum cina sudah bersatu dalam sebuah parti iaitu DAP. Kekuatan DAP tidak boleh di sangkal lagi, di kawasan2 majoriti kaum cina, BN memang tiada harapan. Ini telah terbukti pada PRU12 yang lepas.

DAP sudah mula mendapat sambutan hangat di Sabah dan Sarawak, PRU13 semakin hampir, Mampukah BN melawan arus kebangkitan kaum cina yang sudah bersatu dalam sebuah parti - DAP.

Tugas penting bagi UMNO bukan mengutuk mencela atau me rendah2 kan parti lawan terutamanya PAS dan PKR. Tugas penting ialah menyatukan melayu. Jika UMNO gagal menyatukan melayu, pasti UMNO dan BN sekali akan berkubur pada PRU13 akan datang.
..............

Hina nya Melayu, bangsa 'asing' tidak ter agak2 lagi 'memijak' muka Melayu ~~~~~


Dari blog cikgu pencen.........DUA


Di zaman Tungku Abdul Rahman, melayu berada di kemuncak keagungan nya. Semua kaum yang berada di tanah air sangat menghurmati dan menanjungi Melayu. Tidak ada sebarang kaum lain yang berani dan sanggup menyangah atau mengegi Melayu. Melayu sangat di hormati.

Melayu boleh membuat apa juga keputusan tanpa di ganggu gugat oleh mana kaum. Di kala itu boleh lah dikatakan negara benar2 di perintah oleh Melayu. Kekuasaan Melayu ini semakin hari semakin terhakis, ianya di sebabkan pergeseran atau 'rebutan' kuasa politik diantara PAS dan UMNO

Pergeseran dan rebutan kuasa antara UMNO dan PAS bermula dari PM yang pertama. Mengapa perkara yang sangat penting ini gagal di tangani atau diselesaikan dari awal lagi. Perkara ini semakin bertambah buruk di akhir zaman pemerintahan TDM apabila ujud pula PKR. Politik Melayu semakin berpecah dan bertambah lemah.

Masuk pula era zaman pemerintahan TAAB, perkara ini tidak perlu di huraikan di sini kerana semua sudah sedia maklum mengetahui nya. TAAB 'digulingkan' dan digantikan dengan DSNTR. Tetapi malang nya hakisan yang telah terjadi pada Politik Melayu semakin bertambah parah.

Kebijaksanaan kaum bukan melayu telah mengambil kesempatan di atas pergeseran politik melayu ini untuk memperkuatkan kedudukan mereka dalam politik. Hari ini sudah jelas dan nyata mereka sudah mendapat hasil tuaian nya yang sangat laba.

Kekuatan kuasa politik bukan melayu ini lah yang menyebabkan mereka sudah jadi besar kepala, sombong dan 'kurang ajar' terhadap Melayu. Mereka sudah berani bersuara lantang menetang apa juga dasar2 yang memehak kepada Melayu dengan alasan - PERKAUMAN.

Hari ini perkara kaum sudah menjadi satu isu atau agenda yang terlalu sensitif untuk di bincangkan bagi mana pehak. Mana2 NGO Melayu yang berani bersuara tentang pembelaan kaum nya, pasti akan menerima padah buruk.

Melayu Hilang Suara kerana Lemah Kuasa Politik.

DARI BLOG CIKGU PENCEN ....3
PENYAKIT KANSER TAHAP 3 UMNO


Tiada siapa boleh nafikan lagi bahawa UMNO bermasalah. Presiden UMNO sendiri mengakui bahawa UMNO bermasalah dalaman yang perlu di selesaikan dengan segera.

Sebenarnya masalah penyakit dalaman UMNO ini sudah terlalu lama bersarang dalam jiwa UMNO. Tidak ada cara atau formula yang boleh selesaikan masalah dalaman UMNO ini. Pemimpin2 nya cuma boleh bersuara mengarahkan supaya ianya diselesaikan dengan segera. Persoalan nya, bagaimana dan apa cara yang berkesan boleh selesaikan masalah dalaman ini?

Setelah lebih dua tahun PRU-12 berlalu, luka2 yang dialami oleh UMNO masih tidak terubat bahkan ianya semakin bertambah parah. Pemimpin2 UMNO tahu apa yang menyebabkan UMNO berpenyakit. Malang nya mereka tidak terdaya mengubati penyakit ini. Ianya disebabkan pemimpin2 itu sendiri juga sedang berpenyakit.

Penyakit UMNO ini akan kekal hingga UMNO itu mati dengan sendirinya.

DARI BLOG CIKGU PENCEN..........4

PAS - mulut di suap pisang, dubur di cucuk onak oleh DAP ~~~~~
PAS semakin bertambah yakin pasti akan memerintah negara berdasakan hukum2 Islam sepenuh nya selepas PRU-13 akan datang. Keyakinan PAS ini se mata2 berdasarkan atas sokongan DAP. PAS harus sedar bahawa sokongan dari DAP ini bukan lah sokongan untuk PAS mendirikan negara Islam di Malaysia.

DAP atau PKR tidak pernah berniat atau bersuara tentang sokongan nya kepada PAS untuk mengujudkan sebuah negara Islam di Malaysia. Tentangan keras dari presiden DAP memang selalu di suarakan. Malang nya PAS anggap itu cuma pendapat perbadinya sahaja. Apa bezanya presiden dan pendapat peribadi - itu kan sama saja. Jika seorang presiden bersuara demikian maka suaranya itu adalah pendapat bagi keseluruhan parti nya - iaitu DAP.

PAS memang bangang dan bongok, susah sangat memahami nya. Itu sebab DAP lebih suka menyokong PAS, kerana sikap bongok dan bangang nya. Mulut dia suap pisang tidak sedar dubur di cucuk nya dengan onak dan duri. Bila dah habis pisang ditelan barulah tersedar rasa sakit di dubur.

Agenda DAP menyokong PAS bukan kerana mahukan PAS mendirikan negara Islam, tetapi se mata2 mahu menambah kekuatan nya untuk berkuasa memerintah negeri dan akhir nya kalau boleh negara juga. Kejayaan nya terbukti apa bila DAP berjaya menawan P Pinang dengan bantuan PAS dan PKR.

PAS walaupun ada satu kerusi DUN di P Pinang, malang nya telah di ketepikan oleh DAP seperti anjing kurap. Tetapi kebodohan PAS tetap anggap DAP itu sebagai teman setianya yang sangat jujur dan ikhlas.

UMNO sama juga macam parti2 lain yang ujud di dunia ini, pasti ada buruk dan cacat celanya, begitu juga dengan PAS. Tetapi sedikit sebanyak UMNO sudah memberikan jasa nya terhadap melayu/Islam. Bagi PAS pula memang tidak pernah ada jasa2 nya terhadap melayu/Islam melainkan telah memecah belah kan melayu/Islam.

Melayu yang menyokong PAS harus kembali kepangkal jalan, bersatulah dalam sebuah parti melayu yang benar2 utuh iaitu UMNO.

BUNGA PERPADUAN MULA MENGUNTUM............



Salam saudara pembaca Melayu-Islam yang dimuliakan,

Nampaknya bunga bunga perpaduan Melayu – Islam sudah mula menguntum. Amatlah diharapkan ianya akan berputik menjadi buah.

Marilah kita sama sama berdoa kepada Allah SWT agar membuka dan melapangkan hati keseluruhan umat Melayu – Islam khasnya mereka mereka yang dimanahkan Allah untuk menjadi pemimpin baik dipihak PAS mahupun dipihak UMNO.

Tidak ada apa yang salah baik dari segi politik atau hal hal keduniaan yang lain untuk menunaikan Perentah Allah agar umat Islam yang berbangsa Melayu itu bersatupadu dalam segala bidang kehidupan apatah lagi dalam hal pemerentahan negara dan perjuangan agama.

Tidaklah mengapa jika DS Najib masih mahu mengatakan bahawa parti UMNO pimpinannya masih kuat dan tidak lemah sehingga terpaksa mendapatkan sokongan dari PAS.

Dan tidak mengapa juga jika Tok Guru Nik Aziz menegaskan bahawa parti PAS sedang mendapat sokongan majoriti orang Melayu dan bertambah kokoh.

Kita terimalah kenyataan kedua –dua pemimpin kita itu sebagai benar, kerana itulah kenyataan yang hendak dicapai jika kedua-dua parti utama orang Melayu – Islam ini dapat disatukan.

Ini adalah kerana tidak ada sebarang faedah dan keuntungan kepada masyarakat Melayu jika mereka terus berpecah dan bercakaran hingga boleh menyebabkan orang Melayu kehilangan kuasa politik . Berdasarkan kenyataan pahit yang terpaksa kita terima, orang Melayu masih sangat sangat memerlukan bantuan kerajaan untuk memperbaikki pelbagai bidang kehidupan kerana kita masih ketinggalan dan tidak berada dalam keadaan bersaing dengan bukan Melayu.

Kehilangan kuasa memerentah pasti mendatangkan malapetaka bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi juga kepada Agama Islam.

Kita tidak lagi perlu “nursing” perasaan marah, kecewa dan dendam kesumat antara satu sama lain disamping perlu sedar dan insaf atas kelemahan kelemahan, kemungkaran kemungkaran yang telah kita lakukan selama ini.

UMNO khasnya pemimpin pemimpin pelbagai peringkat wajib insaf dan bertaubat atas kesalahan kesalahan dan kemungkaran kemungkaran yang telah mereka lakukan hingga bukan sahaja mendatangkan kemarahan rakyat tetapi juga kemarahan dan rasa kecewa ahli ahli UMNO yang terasa dipinggirkan .

Ini adalah kenyataan. Kehilangan kerusi kerusi pada PRU 12 di kubu kubu kuat UMNO adalah disebabkan tindakbalas ahli dan penyokong UMNO yang disebabkan rasa marah, kecewa dan benci beralih menyokong parti pembangkang.

Tidaklah ada gunanya menasihatkan orang lain bermuhasabah diri, jika ekor kita bergelumang tahi.

Dan tidaklah ada gunanya kita mengatakan UMNO masih kuat jika kita akan kehilangan lebih banyak kerusi kerana pada hakikatnya kita tidak lagi mendapat sokongan rakyat Melayu saperti sebelumnya.

Dipihak PAS pula , wajiblah disedari bahawa parti itu tidak akan dapat meneruskan legasi pemerentahan negara jika bergerak bersendirian. Tidak akan ada apa apa kebaikan bagi PAS bekerjasama dengan DAP kerana pimpinan DAP dan masayarakat Cina amnya tidak akan mahu menerima pemerentahan negara berlandaskan Negara Islam acuan parti PAS. Lim Kit Siang & Karpal Singh telah berulangkali secara konsisten menyatakan bangkangan mereka terhadap hal ini hingga Karpal secara konsisiten berkata langkah mayatnya dulu.

Yang demikain adalah amat lojik PAS dan UMNO bekerjasama dan bersatu demi masa depan keturunan Melayu. Tiada pilihan lain.

Akhirnya sebagai penganut agama Islam janganlah kita lupa bahawa sebagai makhluk kita tidaklah ada kekuatan ...Yang Bekuasa ialah Allah SWT . yang demikian tidaklah wajar jika kita mengatakan UMNO masih kuat dan PAS bertambah kuat.

Wahai pemimpin pemimpin Melayu – Islam janganlah kamu engkar atas Perentah Allah supaya bersatupadu kerana setiap umat Islam itu bersaudara. Dan dinegara bertuah ini hampir semua Melayu itu beragama Islam dan mengakui Ketuhanan Allah & Kerasulan Nabi Muhammad.

Janganlah biarkan kami terpaksa bersama-sama menanggung bala akibat keengganan segelintir pemimpin untuk menunaikan Perentah Bersatu Allah SWT.

Gemasindah..............marilah kita bersama-sama berdoa wahai saudara saudara Muslimku.

Selasa, 13 Julai 2010

PANDANGAN BLOGGER ASPAN ALIAS TTG POLITIK NSDK



Salam saudara pembaca Melayu-Islam yang dihormati,

Sdra Aspan Alias merupakan sahabat lama gemasindah yang telah memilih untuk menjadi fulltime blogger.

Sdra Aspan pernah bekerja dengan kerajaan dan bidang yang sangat disukainya ialah menggalakkan orang melayu melabur dalam ASN / ASB. Kebolehan istimewa Aspan ialah cara bercakap dan berhujahnya yang amat memukau....

Baru-baru ini beliau telah menulis mengenai politik Negeri tumpah darahnya yakni Negeri Sembilan. Ikutilah pandangan brader Aspan.....dan juga komen komen gemasindah dilaman blognya......

...................................................................................

NS contributes another state to PR?


The opposition parties that formed the front to meet head-on with BN coalition are getting closer to their ultimate; that is to replace the current BN in Putra Jaya in the coming General Election (GE); with or without Anwar Ibrahim.

Technically and morally the State of Perak is still under the opposition. The unprecedented coup staged by BN put the BN coalition at the helm is just temporary before the rakyat dispose them in the next GE.

The Perak state government was put up by the questionable court verdict. The State government is the government formed by the courts and has nothing to do with the wish of the people. The outcome of the GE in that state has already been pre-determined and predictable.

Hence all the 5 state governments currently under the control of the PR will be retained and PR is looking for a few more hot spots for them to make the way to march to Putra Jaya in the coming GE. If BN is still at this level of capacity the march by PR to Putra Jaya is not impossible.

I made some efforts to interact with the top leaders of the opposition fronts as some of them are my friends, real friends. All of them are now focusing on NS and Trengganu, and hope there will be some observable successes in Pahang and Johore.

Across the South China Sea, Sarawak will contribute another 10 Chinese dominated Parliamentary Constituencies to the opposition front as in that state BN is in the quiet beginning to crumble. That is what they say and I believe it.

Their presence in my state NS too is obvious and to them they are convinced that they can win another 6 to 7 seats apart from the current 15 that they have now for reasonably comfortable majority just after the next GE and that target is not unreachable.

They are in the process of searching and talent spotting for loyal candidates with high level of allegiance to their struggles and this is to avoid their winning candidate’s crossing over the bench for monetary considerations like what had happened in Perak.

The opposition is detailed in their findings and studying of situation of politics in the state. They now know how and which button to touch for them to succeed in the coming GE in the state.

The oppositions are not duly worried with some crossovers of PKR leaders to UMNO in the last few months as they are convinced that there would be massive UMNO and BN turncoats in the ballot boxes in the coming GE in NS.

“We want them to cross over to us in the ballot boxes in the GE’ said one of the top PKR leaders when I met them in KL recently.

When I asked him which are the seats that he feels prospective to fall he said “2 from Kuala Pilah, 1 from Jelebu, 1 more each from Seremban and Rembau and we are quite certain to snatch 1 each from Rasah and Tampin. We are working for another 1 from Jempol as well” he said confidently.

In the 2-hr tea time with this particular leader his confidence to take the NS government is because of the weaknesses of UMNO and BN leadership of NS. The restlessness of UMNO members in the sate is too clear for Mohammad Hasan to deny.

Mohamad Hasan has failed to put up good and recognizable leaders in every division in the sate for reasons known to everyone. It’s because of his personal politics.

He enjoys leaders who are subservient to him for him to bully and to reciprocate him with blind allegiance. He is suffering from serious superiority complex which tarnishes his administration by having court jesters around him whose duty is just to amuse him in perpetuity.

Mohammad in essence is a proud personality and his high nosed character is because of one clear reason; the wealth that he secured before becoming the MB. He is lavish in claiming that he has a wealth that can last for another four generations and he does not depend on corruption to make up the wealth like many others do.

I don’t know why he has to impress others that he is rich and it is just unacceptable to many who heard it especially by the politicians.

He is obsessed in making others to acknowledge him as wealthy man even before he became the MB. He does not stand honest critics. He thinks he is the best MB that NS has ever had and he acts like a leader who comes from paradise.

He hates to be humble and to respect individuals. He is very fond of branding anyone who disagrees with him by saying, “Ah, dia tu tak mendalamkan air. Jangan pedulilah dio tu.” This is crude word is an actual resemblance of a proud person. One does not need to be a genius to understand this.

He is disconnected with sincere and good hearted leaders and he is easily influenced by newly found sycophants who are all out to get personal political and economic gains out of him.

He suppresses his supporters and supports his weak and unattainable leaders around him who are not capable of assisting him to manage the state and the party. He appointed his elder brother to be the Secretary of UMNO liaison committee for quite a number of years and that was a clear illustration of his political insecurity

He respects nobody and distrusts everybody. He mixes only with the rich and the famous, and the rest are not within his wave length to get his friendship any longer.

I can’t see any division other than his that gives him unequivocal support. The lame duck Ismail Lasim, who is the Head for Kuala Pilah Division was once his strongest supporter but Ismail is not anymore a leader of any consequence in the division and is not able to permanently be Mohammad’s political henchman.

Mohammad has ostracized all budding leaders of the division to ensure Ismail to lead the division as long as he is the MB. By supporting Ismail, Mohammad is totally disconnected with other leaders in this important division.

He does that in all divisions in the state and his encroachment of the division’s democracy makes him to be an MB without observable support state wide.

He attempted to dispose Rais in Jelebu by encouraging his EXCO Yunus to challenge the information Minister but Rais managed to scrape through with just 11 votes majority, and that was enough to give shame to Rais, another obvious primadona in the state.

Mohammad Hasan’s dismal defeat in the recent Supreme Council election was mainly due to the insubordination from NS delegates. He hardly secured 20% votes from his own state delegates.

Thus the question is; how is he going to lead the state in the coming GE when he is in total impassiveness with the real and organically good leaders? The leaders ‘yang mendalamkan air’ are all outside the lineup in almost all divisions.

The confidence level of the opposition to take over the state administration will always be at the peak for as long as Mohammad leads the state BN.

I won’t be wrong here: there will be massive turn coats from UMNO in the coming GE in the ballot boxes. Don’t get exited with the recent crossover of the few PR Parliamentarians.

There will be tens of thousands of UMNO members’ crossing over in protest through the ballot boxes in the State of NS in the coming GE and almost a million of them nation-wide will opt to vote the alternative parties.

So NS will deliver another State government to PR. Anything happen in Trengganu will make up for at least 8 state governments in the hands of Pakatan Rakyat. In Trengganu UMNO is as good as dead.

Until to this date all my intuitions seldom went wrong. I bet you.

.............................................................................

Komen Gemasindah dilaman blog Aspan Alias.


gemasindah said...

Salam brader Aspan

Be optimistic a little bit bro. Do not be skeptical ...why not look at these UMNO nonsences from different angles ..take your tropong to Sg jelutung ..then focus it to Wisma Negeri ..see all the greens and the blues ....write something that make all the NS UMNO leaders happy..so that everybody will shake your hands the tight mat salleh style

ini tak...you keep on saying things that worries them ..do u think that they are capable of getting worried on their political future or the future of the negritos malays like u and me ..

come on bro ..see ..now u are suffering from an unknown disease because u attached yourselves to people like samongkol AK 47. He is definitely a sadist cause he practices all that siamese boomerangs and always carry the illegal assault rifle that can bring down apache.

See the comments by yr readers ..suggesting that Isa should make his comeback ..and KJ can be better than this rantau boy who happened to liken lembus very much ..until he sucessfully turned my hometown into a shahrizatial beef valley ..wh is comparable to that silicon valley some where in the states

why dont these readers of yours ..use the same tropong that u use in Sg Jelutung pointing the focus at Wisma Negeri ..and smile widely..oh oh ...i see something..u can politely ask him ..hei brader ..what did u see ..?
How joyful will it be ..bro ..if what he saw is my brader aspan and his old friend from gemas sitting on the MBNSDK chair...having breakfast together..

bravo bro aspan..i have been following yr thoughts ..wh sometime ..i dont agree at all..sometime i wonder ..eh eh macammana aspan boleh keluar dari kumpulan UMNO totok tu ?

I still wonder cause right at this end i am still that stupid UMNO TOTOK lah bro aspan

Salam bro aspan..

Sometime i wonder who are your target groups bro...the learned readers, the midlle class or people like me the mass or akar umbi ? What akar umbi ..a rotten one cause the stupid malay leaders have started to grow maple, grape , apples ...no more the padi, jambu , getah and sawit bla bla

And i still wonder ..why you refuse to use the pens given to you by KU-LI ..to write somethings or all the things that will boomerang in the kepalo otak melayu to get together ..pull their socks and boots ..and start playing football in the same club wearing the same jersies.

Or bro , you have been citilised in such ways that you have forgotten that kamponglised people in padang lebar or batu kikir are not able or will not be able to stand straight without those malicious tongkats ...is it malicious or magnicious ..forgive me bro my english is getting terrible..rather rottening ..to long being kamponglised..

Come on bro , we need experienced sharpshooters like you to shoot the wild ducks that damage our sawah padi...

Do become that bro aspan that i know before who at time is totok UMNO..well bro UMNO is not that bad ..only the present leaders may have gone wild alittle bit cause zulaikha is still beautiful...so is maya karin who will becomes a widow very soon

campur campurlah tulih pan sokojap melayu sokojap org putih..sonanglah kito nak baco..ni pulak bilo baco entri bro kono ado oxford dict disobolah ..loteh lah camtu.

Jawapan Aspan.........

Aspan Alias said...

gemasindah,

you questioned me why I am not as 'totok' an UMNO man like how you had known me since.

i am the most 'totok' UMNO member. that is why i detest any leader who takes UMNO as his personal property as that party is also mine.

that is why i detest and extend no respect and regard to a leader who spoils the party, that turns it become a potential opposition party in time to come.

i hate people who become a leader to steal people's property like 'pasir' an subsequently bring shame to UMNO.

so bro, i am a 'totok' UMNO man. i don't understand why you misread me despite of knowing me from the primary school.


Gemasindah.......memang kagum pada kebolehan Aspan menulis baik dalam bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris......

Jumaat, 9 Julai 2010

PIKET PEKERJA KTMB.........

Salam sdra pembaca yang dihormati.........

Sudah agak lama juga kita tidak mendengar tindakan industri berlaku dinegara kita.

Bila mendapat tahu sahabat sahabat gemasindah di KTMB, merancang untuk berpiket untuk menyatakan rasa tidak puashati terhadap pengurusan KTMB yang diterajui oleh Dr Aminuddin bekas orang kuat ERL yang mengendalikan Tren Ekpress Rellaju Kuala Lumpur Sepang, kita agak terkejut juga.

Apa yang tidak kena ? Kenapa sampai berpiket ? Adakah akan sampai ketahap mogok ? Apa pun gemasindah berharap pihak kerajaan khususnya MOT akan mengambil tindakan segera untuk selesaikan apa juga masalah yang timbul dengan segera dan berkesan.

Berikut gemasindah turunkan petikan berkaitan isu utama yang diperjuangkan oleh RUM - Perasatuan Pekerja Pekerja KTMB :-

MELAHIR KEKILANAN:

Melalui perancangan yang tidak sihat, maka “ETS (Electric Train Service)” telah dijadikan “anak syarikat KTMB”. Sesungguhnya perancangan in bukan lagi satu ilusi atau khayalan sebaliknya telah terjadi kenyataan atas perbuatan digerakkan oleh “tangan yang tidak bertanggungjawab” bertujuan meragut kesejahteraan ‘WARGA KTMB’ dan pada masa yang sama juga “cuba meranapkan” nama “pengangkutan rel KTM” secara perlahan-lahan sebagai pengangkutan tertua di negara ini yang menjadi tulang belakang kepada Negara.

Pada hakikatnya pihak kesatuan telah memaklumkan berkali-kali kepada pengurusan bahawa “ETS (Electric Train Service)” telah dianugerahkan oleh kerajaan kepada “syarikat KTMB” dengan niat baik demi “kebaikan syarikat khususnya dan kakitangan KTMB amnya” kerana disedari kerajaan yang dipilih oleh rakyat mempunyai “tanggungjawab moral untuk menimbang kepentingan ekonomi syarikat dan sosial pekerja-pekerjanya,” tetapi “bukannya mengintai laluan selamat bagi tujuan merampas hak KTMB” untuk tujuan dijadikan sebagai “anak syarikat KTMB”. Rata-rata menyifatkan perancangan tersebut adalah satu “bencana” yang boleh mengakibatkan “punca kehilangan pendapatan” untuk tabung syarikat KTMB kerana “ETS” adalah “daya gerak atau berpotensi menjana ekonomi syarikat KTMB”.

Melalui suatu perancangan “salah langkah” oleh peneraju utama KTMB yang bersifat “pepat diluar rencung di dalam” hakikatnya ada tujuan lain yang tersembunyi dan justeru itu perancangan ini juga boleh diandaikan sebagai mementingkan orang lain yang mana gerakan ini boleh diibaratkan sebagai ungkapan peribahasa “kera di hutan disusu–susukan, anak dirumah mati kelaparan”.

PENEGASAN KESATUAN:

Pihak kesatuan pada hakikatnya juga telah mempersoalakan bagaimanakah “ETS” ini akan berfungsi kerana sebarang pergerakannya tren hendaklah bermula dari landasan keretapi yang dikawal oleh peralatan semboyan selaku kuasa isyarat bagi membolehkan perjalanan teren.

Kedua tempat penantian dan perhentiannya hendaklah di bangunan yang dikenali sebagai “Stesen Keretapi”.

Ketiga para “pioneers” serta mereka yang mentadbir semasa atau “kontemporari” akan berperanan sebagai kesinambungan tugas dan tanggungjawab bagi maksud urus tadbir “ETS” adalah kakitangan.

Keempat bagi kelicinan urus tadbir hendaklah menempatkan para kakitangan dalam bagunanan yang dikenali sebagai pejabat dan

Kelima lain-lain kemudahan yang akan mendapat faedah-faedah tertentu didapati kini ke semuanya berfungsi atas harta “milik atau kepunyaan KTMB”.

Dengan ini ianya boleh disimpulkan bahawa “ETS” menjalankan perniagaannya “atas modal atas angin” atau atas modal yang dikenali ‘Zero sum game’ yang bermaksud “seseorang itu menang atas kerugian orang lain”.

Kesatuan bukannya berprasangka buruk terhadap mana-mana pihak, tetapi langkah tersebut adalah tidak sehat kerana ianya berfungsi di bawah prinsip “kebudak-budakan” atau “mendapat kebaikan atas kesusahan orang lain” yang mana perbuatan ini boleh dinamakan “sebagai menindas”.

Justeru itu oleh kerana kesemua fungsian atas harta kepunyaan syarikat KTMB, maka “adalah munasabah bahkan lebih sesuai “ETS (Electric Train Service)” diwajibkan menjadi hak milik mutlak KTMB dan perancangan ini tidak boleh dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak, kecuali semata-mata di sebabkan oleh keuntungan peribadi”

KEKESALAN ATAS PERNYATAAN PROVOKASI:

Bahawa disebabkan kesatuan ini menentang “ETS (Electric Train Service)” yang disebutkan akan dijadikan sebagai “anak syarikat KTMB” maka “DR. AMINUDDIN ADNAN’, Pengarah Urusan/Presiden” telah menuduh kesatuan ‘berfikiran ke belakang’.

Nukilan pernyataan ‘Masalah Union - masih berfikiran ke belakang’ ialah dari dokumen rasmi syarikat yang mana pihak pengurusan tidak boleh ‘MENAFIKAN’. Justeru itu bagi “mengekalkan kedamaian perusahaan” maka kesatuan telah mempelawa agar ‘DIADAKAN MAJLIS DEBAT TERBUKA’ di mana-mana tempat di antara “Presiden Kesatuan” dengan “DR. AMINUDDIN ADNAN’ selaku “Pengarah Urusan/Presiden KTMB” atas maudhu’ atau topik ‘“ETS dan Kesatuan masih berfikiran ke belakang’.

Sesungguhnya ‘MAJLIS DEBAT’ yang dicadangkan itu adalah penting bagi merungkai krisis persepsi atau tanggapan yang boleh dileraikan kekilanan melalui penyampaian hujah-hujah khususnya mengenai “ETS”.

KEDUA ianya bagi maksud menyelesai pernyataan “Kesatuan masih berfikiran ke belakang” kerana ungkapan sedemikian boleh ditakrifkan sebagai ‘sindiran /ejekan /perli ’ dan tidak menolak atau menafikan bahawa ianya boleh menyamai pengertian yang boleh diklasifikasikan sebagai ‘TAK BERTAMADUN’.

KEKILANAN SELANJUT DAN
KEBENARAN:

Bahawa sehingga ke hari ini pihak kesatuan tidak menerima sebarang jawapan dari “DR. AMINUDDIN ADNAN’ selaku “Pengarah Urusan/Presiden KTMB” mengenai dengan ‘MAJLIS DEBAT’ walaupun telah beberapa surat mengenai ‘MAJLIS DEBAT’ dihantarkan kepadanya.

Dengan tidak memberi jawapan, maka jelas beliau telah menolak “platform” penyelesaian atas nama “PERSEPAKATAN” dalam kontek “mengekalkan kedamaian perusahaan”. Pada kesatuan sekiranya tiada jawapan mengenai ‘MAJLIS DEBAT’ maka jelaslah hujah kesatuan mengenai “ETS” adalah “BENAR” sebaliknya “DR. AMINUDDIN ADNAN’ selaku “Pengarah Urusan/Presiden KTMB” telah bertindak menentang arus atas sebab “keuntungan peribadinya”.

Justeru itu beliau sanggup melakukan apa sahaja walaupun melalui satu pernyataan propaganda murahan diluahkan dalam helaian ‘perutusan Hari Raya Aidiladha’ yang lepas untuk sajian bagi menggula-gulakan ‘Warga KTMB’. Pada hakikatnya “DR. AMINUDDIN ADNAN’ selaku “Pengarah Urusan/Presiden KTMB” tidak menepati janji seperti apa yang telah tersurat dalam dokumen ‘perutusan Hari Raya Aidiladha’.

MENGAMBIL KEPUTUSAN:

Menilai kepada beberapa faktor diatas yang dilihat boleh berlaku kegelapan kepada wawasan atau masa depan KTMB, sebaliknya akan menambahkan lagi keretakan imej syarikat disebabkan beliau gagal menepati sasaran yang telah diamanahkan, maka dengan ini memutuskan :-

(1) Memanjangkan sesalinan resolusi ini masing-masing kepada “semua Menteri Kabinet” dan kepada “semua Ahli Lembaga Pengarah KTMB”.


(2) “Mengambil tindakan perusahaan” yang juga merangkumi piket.


(3) Memberi sepenuh keyakinan kepada “kepimpinan yang kesatuan ada sekarang ini”


(4) Memberi mandat sepenuhnya “kepada Pegawai-Pegwai Utama” atau urusetia menjadualkan tarikh-tarikh berpiket.


(5) Memberi mandat sepenuhnya ”kepada Pegawai-Pegawai Utama” untuk menentukan jenis tindakan susulan yang bolen menjaminkan kebaikan kepada syarikat KTMB.


Dari laman Facebook RUM
Kesatuan Pekerja – Pekerja Keretapi Tanah Malayu Berhad

PEKERJA KTMB BERPIKET ..apa yang tak kena ?



malaysiakini.tv

Kira-kira 300 orang anggota Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPTMB) berpiket di hadapan ibu pejabat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berikutan tindakan syarikat itu menubuhkan sebuah anak syarikat sebagai pengendali perkhidmatan tren elektrik (ETS) seliaannya.

Gemasindah nak mintalah brader brader blogger yang ada di k.l tu buat coverage sikit..nanti media pembangkang pick up ..lain jadi ceritanya.

Khamis, 8 Julai 2010

KJ & BRAHIM ALI ....COOL ...LAH



Saudara pembaca Melayu – Islam yang dihormati,

Akhbar beberapa hari ini melapurkan perbalahan antara YB Ibrahim Ali & YB Khairi Jamaludin , kedua-duanya Ahli Parlimen berbangsa Melayu.

Yang dibalahkan tidaklah merupakan isu yang besar, tetapi perbalahan itu boleh membawa kerugian besar kepada politik Melayu jika diteruskan juga.

Gemasindah sebagai ahli PERKASA berpendapat , Perkasa khasnya YB Ibrahim Ali tidaklah perlu melayan kerenah kebudak-budakan si Khairy yang entah apa apa tu…Dalam organisasi yang dipimpinnya pun dia ..tidak ada uumph & banyak buat silap..maknanya bukan kelas ibrahimlah…

Rugilah Melayu kalau NGO & UMNO bercakaran. Contohilah masyarakat cina dimana NGO-nya pasang lukah disetiap pergentingan.

Ikuti satu rencana berkaitan pandangan terhadap KJ yang gemasindah petik dari laman blog anak omak…..


"Worst answer since I've been an MP,'

Khairy menulis demikan (dalam tweeter) apabila Timbalan Menteri Kewangan, Donald Lim menjawab bahawa kerajaan akan melakukan sedaya mungkin untuk lebih berdaya saing.

Memang betullah kenyataan tersebut terburuk sejak beliau menjadi Ahli Parlimen. Tapi kenyataan terburuk sejak Khairy muncul dalam politik negara ini dilontarkan oleh bapa mertuanya, "I don't know, I'm not involved in anyway."

Sebenarnya Donald Lim dan Khairy sama-sama menyusahkan sahaja. Sepatutnya Donald "duck" kena tanya Khairy dulu mengapa beliau, Datuk Ahmad Zaki Zahid mempengaruhi Pak Lah untuk meluluskan penjualan MV Augusta dengan harga 1 Euro?

Khairy perlu menjawab soalan-soalan ini dahulu sebelum bertanya sebarang soalan mengenai Proton.

1. Adakah terdapat sebarang usaha untuk mendapatkan harga terbaik bagi jualan saham MV Augusta milik Proton? Maksudnya di sini ialah berapa banyak pihak yang dihubungi atau bilakah Proton membuka sebarang bida untuk menjual sahamnya dalam MV Augusta tersebut?

2. Siapakah konsultan yang membeli saham Proton dalam MV Augusta ini? Apakah track record mereka sebelum ini?

3. Siapakah konsultan yang bertanggungjawab mengesyorkan penjualan saham MV Augusta milik proton dengan harga 1 Euro sahaja?

Khairy kata Kementerian Kewangan bodoh. Tak tahulah siapa bodoh sama ada Menteri Kewangan, TimbalanMenteri Kewangan mahu pun pegawai kemeneterian kewangan.

Tapi tentulah kebodohan mereka ini tidak setaraf dengan Khairy yang menjual MV Augusta kepada sebuah syarikat yang tidak diketahui iaitu Gevi S.p.A. untuk nilai nominal satu Euro (RM 4.50). Syarikat ini kemudiannya menjual pula sebahagian dari MV Augusta, iaitu Husqvarna kepada BMW untuk Euro 93 juta (RM 419 juta).

Hari ini juga Khairy mahukan Kementerian Dalam Negeri menyiasat Suara Perkasa yang mahukan Wee Ka Siong ditangkap di bawah ISA kerana mempersoalkan hak biasiswa bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Sebelum Saya pasti mentor Khairy, Hishamuddin Tun Husien akan segera menyiasat dan memberi amaran kepada Perkasa.

Tapi pernahkan sesiapa mendengar Khairy meminta Kementerian Dalam Negeri menyiasat akhba-akhbar Cina yang saban hari mempersoalkan hak-hak orang Melayu dan menimbulkan kebencian kaum cina kepada orang Melayu melalui pelbagai artikel yang tidak tepat dan berbentuk menghasut.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya Khairy ini Ketua Pemuda UMNO atau Ketua Pemuda DAP?

Khairy sebenarnya tidak perlu ganggu Perkasa. Ia tidak ada kena mengena dengan Pemuda UMNO atau Khairy sendiri. Perkasa adalah entiti cauvinis seperti DAP, Don Jiao Zhiong, Hindraf dan ribuan persatuan perniagaan kaum Cina. Mengapa Khairy begitu sibuk memburukkan Perkasa tetapi lupa tanggung jawab beliau membetulkan Pemuda UMNO.

Ketua-ketua Pemuda UMNO Bahagian sebenarnya sudah menyampah dengan Khairy. Sebab itu hentaman Khairy ke atas Perkasa tidak bersambut. Mereka sendiri mahu menyelamatkan diri dari terkena "lumpur" milik Khairy. Khairy hanya boleh bergantung kepada "rakan minumnya" Wee Ka Siong sahaja.

Khairy jangan cemburu dengan sokongan anak muda Melayu kepada Perkasa kerana mereka melihat Pemuda UMNO di bawah khairy hanya tahu berpoya-poya dan bercakap semacam Pemuda DAP.

Idelisme dan ideologi Khairy tidak sesuai dengan Pemuda UMNO. Eloklah Khairy letak jawatan sahaja, biar Razali memimpin. Khairy boleh terus menjadi Ketua Pemuda BN dan juga meminta bantuan M Kayveas agar melantik beliau sebagai Ketua Pemuda PPP atau meminta bantuan Koh Tsu Koon agar melantik beliau menjadi Ketua Pemuda Gerakan.

Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO hanya merosakkan organisasi sahaja. Kali pertama dalam sejarah Pemuda UMNO mempunyai Ketua yang tidak berakhlak, perosak parti dan sekarang melingkupkan Pemuda UMNO dari dalam

SAMBUNGAN ENTRI ----REFORMASI EKONOMI DESA.



SENYUM DULU BARU BACA ...dari Azman Kelubi

Tajuk : Jenaka Siapa Tua

Di sebuah tadika di pinggir kota.

Cikgu: Amri, awak ada berapa adik beradik?
Amri: Tiga, cikgu.
Cikgu: Awak yang paling tua?
Amri: Tak. Atuk saya.

Tajuk : Mayat

Cikgu: Hassan,sambungkan 2 ayat ni menjadi satu.”Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat’.

Hassan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

SAMBUNGAN ENTRI ----REFORMASI EKONOMI DESA.

Ekonomi desa yang berasaskan pertanian nampaknya tidak akan mengeluarkan orang Melayu dari kepompongan kemiskinan walau macam mana rajin dan gigihnya mereka bekerja dan berusaha.

Jika asas ekonomi desa ini tidak diubah maka berterusanlah orang Melayu itu didalam kepompongan kemiskinan dan berterusanlah momokan yang menghina bangsa Melayu itu sebagai pemalas dan bodoh.

Sejak dahulu kita perhatikan kerajaan telah cuba merubah senario ini dengan pelbagai usaha memodenkan sektor pertanian. Kita dapati usaha itu walaupun ada kesannya tetapi masih tidak memberi impak yang diingini untuk merubah tahap pendapatan penduduk luarbandar dan mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan.

Apakah yang perlu dilakukan untuk meningkatkan pendapatan penduduk luarbandar ?
Jawapannya ialah ECONOMIC REFORM – Reformasi Ekonomi Desa.

Apakah asas asas utama Economic Reform ini ?

Jawapannya – asas asas ekonomi luarandar perlu dipelbagaikan.

Kita tidak sepatutnya lagi menjadikan kegiatan pertanian sebagai asas utama ekonomi. Kita perlu merubahnya dengan pertamanya membawa ekonomi perindustrian ke luar bandar, mengguna dan mengembangkan sektor perkhidmatan saperti pelancongan, memindahkan pelbagai sektor perkhidmatan & utiliti awam kekawasan luarbandar, umpamanya tidak lagi membena kolej dan universiti di dalam bandar tetapi membinanya diluarbanadar ( ini telah mula dilakukan )

Sabenarnya apakah yang perlu dilakukan untuk reformasi ekonomi luarbandar ini memerlukan kajian yang mendalam oleh pakar pakar ekonomi.

Entri ini ditulis oleh rakyat biasa bagi maksud meminta pihak kerajaan mengkaji dan menjalankan reformasi ekonomi desa sahaja .

Didalam entri yang terdahulu, gemasindah ada mencadangkan agar Program Industri Kampong diaktifkan semula sebagai salah satu asas utama ekonomi desa.

Gemasindah mencadangkan agar pembangunan Industri kampong dilakukan secara serius, konsisten dan secara professional. Cara yang pernah dilakukan dengan menjadikan KEMAS sebagai pelaksana dasar tidak menunjukkan professionalisma kerajaan dan dilihat sebagai projek politik yang sangat lemah bagaikan melepaskan batuk ditangga.

Rabu, 7 Julai 2010

REFORMASI EKONOMI DESA..............???

RURAL ECONOMIC REFORM
Reformasi Ekonomi Desa

SENYUM DULU BARU BACA....dari Azman Kelubi

Bila hidupmu dalam kegelapan, maka berdoalah; dan apabila selesai berdoa, jika kegelapan masih mengelilingimu maka bayarlah bil letrik yang tertunggak tu!!”
Suami : Kenapa sayang menangis ?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku sad ending bang
Suami : Buku apa ?
Isteri : Buku bank abanglah
………………………………………………………………………………………………....................................

Salam Bahagia pembaca Melayu-Islam yang dihormati,

Pertamanya gemasindah membuat pengakuan bahawa pengetahuan gi dalam sistem ekonomi tidaklah seberapa kerana pengkhusususan ( majoring ) semasa di-universiti Malaya dahulu ialah dalam bidang Perhubungan Antarabangsa yang melayakkan gi menjadi Duta.

Kita kena akui dalam kehidupan khasnya dalam bidang kerjaya di-negara kita ini , ramai juga yang berjaya dalam bidang bidang yang tiada kaitan dengan kelulusan akademik masing masing. Antara sahabat sahabat gemasindah yang melakar kejayaan kemuncak ialah Dato’ Jabar Che Nai KSU Kementerian Pembangunan Luarbandar, Dato’ Thomas George Juga KSU dan Dato’ Mohd Izat Hasan , Ketua Pengarah RISDA sekarang ini.

Berbalik kepada tajuk entri diatas, kita tidak semesti perlu terlebih dahulu menjadi saorang pakar ekonomi untuk menyatakan bahawa satelah sekian lama merdeka , sistem ekonomi desa memerlukan reformasi jika kita benar benar mahu berbakti kepada penduduk luarbandar. ( melayu )

Ini sewajarnya menjadi fokus utama Kementerian Pembangunan Luarbandar yang dari segi pentadbirannya menjadi pikulan beban sahabat gemasindah Dato’ Jabar Che Nai.

Lonjakan atau reform ekonomi desa yang ada sekarang adalah rancangan dan buah fikiran Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 70 an dahulu. Asas utamanya ialah AGRARIAN REFORM / Reformasi Pertanian. Maka wujudlah apa yang kita kenali sebagai FELDA, RISDA , FELCRA dan beberapa kawasan pertanian khusus saperti DARA ( telah dimansuhkan ) KEMUBU dan lain lainnya.

Kejayaan Agrarian Reform itu amatlah mengkagumkan jika dilihat dari pelbagai sudut . Namun pengkritik akan cuba menafikan kejayaan kejayaan itu dengan menimbulkan seribu satu macam cerita cerita kegagalan saperti yang dilakukan oleh pembangkang mengenai Felda sekarang ini.

Ini tidak menarik perhatian gemasindah kerana mengkritik adalah amat mudah berbanding merancang , menentukan gerak kerja dan melaksanakan apa yang telah dirancang.

Tanpa mengira pegangan politik masing masing , kita wajar menerima hakikat bahawa penduduk desa yang majoritinya melayu perlu berterusan mendapat pembelaan kerajaan. Pembelaan yang utama ialah dari segi meningkatkan pendapatan mereka kerana hanya dengan peningkatan pendapatan sahaja tahap dan gaya hidup mereka akan dapat ditingkatkan.

Ramai yang menuduh sejak dahulu lagi dan sekarang ini menjadi modal cemuhan orang cina bahawa orang melayu menjadi miskin akibat mereka malas dan bodoh. Betul ke Melayu itu pemalas dan betul ke Melayu itu bodoh ?

Gemasindah sangat sangat tidak bersetuju dengan tuduhan melayu itu bangsa pemalas. Ayah dan ibu kita dikampong yang menjadi pesawah, penoreh getah, petani kecil sawit, penanam sayur rata rata bekerja melebihi waktu bekerja peniaga peniaga cina yang berniaga di pekan pekan dan dibandar bandar ....jadi siapkah yang lebeh rajin dan berusaha gigih ? Kita kena akui juga bahawa mereka masih SUSAH dan MISKIN tetapi kita tegaskan meraka TIDAK MALAS dan TIDAK JUGA BODOH.

Kita perlu akui bahawa hasil dari kerja atau usaha kerajinan itulah menjadi penentu pendapatan. PENDAPATAN MULA BERGANTUNG KEPADA APA YANG DIKERJAKAN DAN CARA PEKERJAAN DILAKUKAN.

Maka benarlah kata kata “ no need to work hard ..work smart “ dan “knowledge is power. “. BARANGKALI INILAH YANG WAJAR DIJADIKAN TEMA UTAMA RURAL ECONOMIC REFORM YANG KITA BICARAKAN SEKARANG INI.

Yang demikian kita perlu akui kemiskinan melayu luarbandar bukan disebabkan mereka malas atau rajin tetapi sistem ekonomi yang ada diluarbandar sekarang ini ( sejak dahulu lagi ) tidak membolehkan mereka mendapat pendapatan yang tinggi walau bekerja 24 jam sehari .

Ini semua orang tahu termasuk Pemimpin Melayu UMNO..tetapi sudah tidak diberi perhatian yang sewajarnya...lagi. Kenapa ?

Jika ini diakui maka adalah sangat wajar kerajaan DS Najib sekarang dengan segera mengkaji perkara ini dan mula melakukan RURAL ECONOMIC REFORM dengan segera . Kita tidak lagi boleh menjadi STATIK dan terus ber-retorik................

Bersambung.........................................

Isnin, 5 Julai 2010

DAILOG - One Way Kerajaan NSDK - Apa Hasilnya ?



Salam para pembaca Melayu-Islam yang dihormati,

Sudah agak lama juga saya tidak menulis entri dilaman Gemasindah ini. Sebabnya ialah saya sudah mula jemu dengan apa yang berlaku dalam parti UMNO yang saya anggotai sejak lama dan saya sudah mulai bosan dengan cakap cakap tak serupa bikin pimpinan kerajaan UMNO sekarang ini. Tidak ada yang menyeronokkan hati dan menimbulkan rasa bangga di jiwa.

Didalam lamanblog Fakirabdillah saya ada mencatatkan makna jargon Tasauf yakni JAHIL MURAKKAB yang maksud umumnya ialah bodoh tidak boleh diajar, pandai tidak boleh diikut.

Dalam banyak kes pentadbiran kerajaan NSDK sekarang ini ..jahil kelas ini menjadi amalan biasa yang normal nampaknya.

Sudah hampir empat bulan saya menghadiri Majlis Dailog sehala yang diadakan di kampong saya. Saya telah mencatatkan prosiding Dailog itu dilaman ini sebagai satu rekod permainan kerajaan Negeri Sembilan pimpinan Muhamad Hasan untuk kenangan.

Baru-baru ini saya telah berbincang dengan salah saorang pegawai tinggi yang mentadbir daerah Tampin. Saya menyampaikan pandangan saya tentang ketidakberkesanan majlis Dailog arahan Menteri Besar Negeri Sembilan itu.

Saperti yang saya jangka , pegawai tersebut mempertahankan bahawa majlis dailog itu merupakan satu cara berkesan untuk kerajaan NSDK mendapat input dari rakyat.

Saya tegaskan bahawa banyak cara mendapat input rakyat tetapi mengadakan majlis dailog sehala lebeh banyak mendatangkan mudarat dari kebaikan. Saya telah membuat random survey dan hampir 100% responden mengatakan majlis dailog tersebut indah khabar dari rupa kerana apa apa yang ditimbulkan hanya menjadi catatan sahaja tanpa ada apa apa yang dilakukan untuk diselesaikan.

Hari ini salepas 4 bulan majlis dailog diadakan , saya dapati apa yang dikatakan oleh responden saya adalah benar pada tahap 100%. Tidak ada satu pun masalah yang ditimbulkan oleh rakyat pada majlis dailog itu diselesaikan. Tahap penyelesaian ialah tidak ada apa apa pun dilakukan....nil....kosong...naahi..yeelek.

Cuba saudara pembaca renungkan...............bersesuaiankah apa yang berlaku dikampong saya yang kecil ini dengan slogan Najib ...rakyat didahulukan –pencapaian diutamakan ?

Pada saya tahapnya adalah sama dengan CERITA KATUN – DORAEMON.

Cuba pembaca cuba bayangkan bagimanakah rasa benci, menyampah dan kecewa orang melayu yang sepanjang hidupnya menjadi ahli dan penyokong UMNO – yang tanah mereka diambil tanpa bayaran pampasan yang setimpal terhadap pimpinan UMNO tempatan dan kerajaan UMNO Negeri ?

Tentu menanah telinga mereka bila mendengar DUN Gemas, Ahli Parlimen Tampin, Menteri Besar NSDK melaungkan slogan KHIANAT ... rakyat didahulukan –pencapaian diutamakan.

Saya yang jadi tukang catat yang tak serugi saudara saudara saya pemilik tanah itu pun mahu menyumbat telinga saya dengan kapas bila erdengar laungan khianat itu.

Saya bertanya kepada pegawai tinggi daerah Tampin itu kenapa masalah pengambilan tanah itu diambil mudah kerana sebelumnya saya telah meminta pegawai yang sama mengadakan satu perjumpaan khas dengan pemilik tanah tersebut agar agar mereka faham apa yang kerajaan hendak lakukan ..tidak baik untuk kerajaan membiarkan perkara pampasan itu dibawa kemahkamah.

Sebaliknya pegawai itu bertanya ..belum selesai ke masallah itu pakcik ?

Lho ..kata saya...kita yang tanya dia ..dia pulak yang tanya kita balik ?

Saya katakan kepada pegawai itu...apa sebab kerajaan bayar pemilik tanah cina RM 21,000 saekar pada tahun 1986 dan pada tahun 2010 menawarkan hanya RM 12,000.00 saekar pada tanah orang Melayu ?

Asas apakah yang digunakan untuk menilai nilai / value tanah tanah itu ?

Kalau penilaian dibuat berasaskan politik saya kata..bankrap ke kerajaan NSDK membayar RM 180,000.00 kepada 6 pemilik tanah pada kadar RM 30,000.00 saekar sedangkan belanja majlis dailog one way ..lebih daripada nilai itu ?

Saya juga bertanya , dibawah seksyen mana Kanun Tanah Negara yang digunakan oleh Pengarah Tanah & Galian NSDK untuk menafikan bayaran pampasan kepada saorang pemilik tanah yang menanam beberapa batang pokok gaharu dikebun yang diluluskan untuk tanaman getah.

Jika melanggar syarat nyata tanah kenapa pula agensi kerajaan lain menggalakkan rakyat memaksimakan tanaman umpamanya menanam pokok sentang dan rotan semambu didalam kebun getah ?

Celaru kan dasar kerajaan kita ini ?

Saudara pembaca ,

Kenapakah perkara perkara sebegini berlaku ? Banyak sebab jika kita buat kajian mendalam. Sebab tanpa buat kajian ialah....tidak prihatin...tiada semangat cintakan bangsa, sombong kerana aku pegawai cerdik kau orang kampong bodoh...

Saya teringat kepada pesanan rakan blogger GOTAHLANTUN yang sebelum dailog itu diadakan menulis .....Loteh Den ..tak kemano tu doh brader..

Yes gotahlantun you are damn right...

Gemasindah...............osah lotih eee.