Tuesday, December 8, 2009
CUTI-CUTI MALAYSIA
Friday, October 2, 2009
MAKAN NASI MINYAK
Ok ka???...heheh...pic kat atas nie juz gambar hiasan jew...hmm...nie da pas raye pasti ade daripada kawan2 kite yang akan merancang untuk berumah tangga.Kalau xsilap aku sume budak perempuan kelas aku mase aku sekolah boleh dikatekan sudah bertemu jodoh masing2.Ish...mesti diorang da gatal kot...ekeke..tapi tu la jodoh,kite tak tau bile akan menerime jodoh masing2 termasuk la aku.Setiap ujung tahun atau selepas raye aku pasti akan menerime sekeping kad jemputan kawin.Sekali aku bukak,rupe2nye kawan ku akan mendirikan rumah tangga..
Thursday, October 1, 2009
SELAMAT HARI LAHIR
Wednesday, September 23, 2009
OPEN HOUSE !!!!!!
Selamat hari raya..maaf zahir & batin..arini da hari ke empat kite beraye dalam bulan syawal nie..jap je da 4 ari ek..bile korang nak wat open house nie???huhuhu...hah pic2 kat atas ,nie la open house kat umah family aku kat Muar...wat 1st raye...aku da jemput korang sume kan...tu la korang,tak nak bace blog aku...kan da telepas..hehehe...hmm actually open house nie just wat biase2 aje...maklum la..pasnie aku da balik johor,adik beradik aku sume da balik study semula n parent aku da start keje..so terpakse la kite orang wat awal...wat 1st day raye..
Friday, September 18, 2009
SELAMAT HARI RAYA
Assalamualaikum kawan2 ku....aku mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada rakan2 ku yang berada di mane sahaja sama ada di dalam dan di luar negeri...tak di lupekan kepada rakan2 kelas 5 Amanah sekolah Menengah Parit Bunga,form 6 sekolah Menengah Tengku Mahmud Iskandar,member2 kat uitm Pulau Pinang,uitm Shah Alam dan khasnye kepada rakan2 kerje ku di Titan Chemical Pasir Gudang....
Salam lebaran,salam kemaafan & salam perantauan...maafkan aku sekirenya terkasar bahasa kat korang & halalkan makan minum aku yer.Jemput datang open house,tapi kat umah family aku la pada hari raya yang pertama di Muar nanti.....
ARAH KIBLAT DI MASJID SUDAH BERUBAH
Benarkah arah kiblat sudah berubah??...mungkin sudah berubah akibat pergerakan bumi ini....ini pasti sudah menjadi tanda tanya...hari ini hari Jumaat bersamaan 18 sept 09...maka hari ini pasti aku akan ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat di kampung aku...da lame aku tak solat jumaat di kampung bersama2 orang kampung kerana aku bekerja di Pasir Gudang...
Aku datang agak lewat sikit arini kerana aku baru sahaja sampai pada pukul 10 pagi td...biase la,pas keje malam aku terus gerak balik kampung....so,sesampai nye di masjid aku agak terkejut kerana arah kiblat telah diubah sebanyak 10 degree...mungkin banyak berlaku gempa bumi kut...yeke??ntah la...aku pon xpasti...
Hmm...benarkah arah kiblat sudah berubah di setiap masjid di Malaysia???...periksa dan bawa kompas sekirenya anda pergi ke masjid ditempat anda...
Monday, September 14, 2009
VOLVO S40 TEAM A
Friday, September 11, 2009
fantasy football
Fantasy football telah sambung kembali setelah berehat selama 2 minggu...kepada manager2 fantasy football titan league sudah pasti akan meneruskan perang mulut antara mereka...biase la beb...xdapat jadi manager betul2,dapat jadi manager dalam fantasy pon jadi la...huhuhu...apepun tahniah kepada mereka kerana memeriahkan lagi suasana epl kat Titan...so...season nie ade pertambahan team dalam Titan League ekoran ramai yang berminat untuk menyertai bersama...kepada manager yang team nye sedang berada di atas,jangan lupe untuk mengubah strategi pada minggu ini...team Tora FC masih mengungguli carta Titan League pada minggu ke empat,harus di ingat....pasukan yang berada di bawah sedang mengejar anda...ape sudah jadi dengan team Home United (bro mat shah-manager) juara Titan League season lepas...akibat terlalu excited memilih barisan pemain dan merombak, pasukannya kini terperosok dibawah liga...maybe sudah bro Mat Shah boleh berkira2 untuk melepaskan jawatannya sebagai manager....hehehe...
Apepun,pasukan Gagak Delime FC sedang meningkat naik minggu demi minggu....tapi tu sume belum menjamin......kite tunggu.....zassss....
Thursday, September 10, 2009
bazar ramadhan
Apepun aku sebagai pembeli memang xdapat dinafikan,harge2 kuih atau makanan2 lain tahun nie naik mendadak...maybe dengan keadaan sekarang nie,peniaga cube mengambil kesempatan...tapi jangan mereka lupe....mereka hanya meniaga setahun sekali je...
Akhir sekali....aku tetap pembeli tegar...xkira apepun...(malas nak masak)...
solat terawih
Segala puji bagi Allah yang menjadikan kita dikalangan orang-orang yang beriman. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Alhamdulillah, bulan Ramadhan kembali menemui kita. Banyak ilmu yang perlu kita ulangkaji berkenaan amalan-amalan di dalam bulan Ramadhan, agar kita dapat memperoleh manfaat dan ganjaran yang sepenuhnya pada bulan yang mulia ini.
Risalah ringkas ini akan membincangkan tentang “Solat Terawih” dan perkara yang berhubung kait dengannya.
Berkenaan keutamaan solat ini, Abu Hurairah r.a. menerangkan bahawa Rasulullah saw menganjurkannya pada malam Ramadhan dengan anjuran yang bukan berupa perintah yang tegas. Baginda bersabda:
((مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ)) [متفق عليه]
Maksudnya: “Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Ramadhan kerana iman dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lepas.” [Sahih Muslim, no: 759]
Takrif Solat Terawih:
Menurut bahasa (lughah): Terawih bermaksud berehat, bersenang-senang, melapangkan nafas dan seumpamanya.
Menurut istilah: Terawih ialah ibadat solat yang dilakukan pada waktu malam di bulan Ramadhan. Bermula waktunya selepas solat isya’ dan berakhir dengan masuk waktu subuh, tidak termasuk sunat ratibah isya’ dan solat witir.
Dinamakan terawih kerana orang yang melakukannya akan berehat selepas empat rakaat (dua salam).
Solat terawih termasuk solat tahajjud atau solatul-lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.
Alhamdulillah.....tahun ini aku sekali lagi dapat mengerjakan solat sunat ini...dan aku berharap akan menunaikannya tahun depan dan seterusnya....insyallah....